PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
| Anugerah Skrin 2012 :Panas!! Ustaz Azhar Idrus Kata Rosyam Nor JahiL!! Guane?? Posted: 09 Nov 2012 09:48 PM PST |
| PANAS!! PUAKA FAHAMAN PLURALISME NURUL IZAH TERBONGKAR NIK AZIZ KATA OK!! Posted: 09 Nov 2012 09:23 PM PST Nilai-nilai diri seorang manusia terletak pada keteguhan prinsip hidupnya. Seorang pemimpin hebat wajib mempunyai prinsip yang kuat atau tidak mungkin akan tercatat dalam sejarah sebagai hebat. Kerana itu, Adolf Hitler walaupun tercatat sebagai manusia paling kejam tetapi tiada siapa dapat menafikan yang beliau adalah pemimpin hebat. Walaupun beliau dikutuk kerana kekejamannya, tetapi kemampuannya mempengaruhi begitu ramai rakyatnya, menggerakkan askar-askar yang patuh kepadanya yang percaya dan setia kepada cita-citanya telah melayakkannya mendapat penghormatan tersendiri dalam kategori seorang pemimpin hebat di dunia. Hitler tidak berdolak-dalih mahupun menafikan kekejaman yang dilakukan tetapi berdiri teguh atas kepercayaan bahawa apa yang dilakukannya adalah wajar yakni, benar. Anwar Ibrahim, diketahui sering menyamakan dirinya dengan pemimpin-pemimpin hebat dunia. Namun, ciri-ciri pemimpin hebat tidak ada dalam dirinya. Dunia melihatnya tidak lebih sebagai manusia paling rakus yang tergila-gila untuk menjadi Perdana Menteri. Anwar tidak mungkin dapat menjadi pemimpin hebat kerana tidak berani berdiri atas prinsip hidupnya sendiri serta mengakui fahaman pluralisme and liberalisme yang dipegangnya. Apabila diasak mengenai kenyataan berunsur liberalis iaitu bahawa undang-undang homoseksual adalah lapuk, Anwar pantas menafikannya pula. Apabila ditekan oleh rakan-rakannya di dalam ABIM mengenai beberapa ucapan dan kenyataannya yang berunsur pluralis, Anwar menafikannya juga. Malah, sehingga ke hari ini, Anwar masih cuba meyakinkan umat Islam di Malaysia bahawa beliau adalah pemimpin Islam sejati, warak dan alim. Beliau ke hulu ke hilir mencari peluang bercakap dan berkhutbah di dalam masjid. Imej isteri dan anak-anaknya yang bertudung banyak membantu mengelirukan orang ramai mengenai warna sebenar hati, budi dan pemikirannya. Persoalannya, kenapa Anwar tidak mengaku sahaja arah tuju perjuangan liberalnya serta fahaman pluralisnya? Kenapa perlu berdolak dalih? Kenapa perlu bermuslihat dengan umat Islam yang menjadi penyokongnya? Rekod pergerakan Anwar membuktikan bahawa Anwar berpegang kepada fahaman pluralisme agama dan liberal. Bukti terkini ialah kenyataan Nurul Izzah yang selari dengan Majlis Peguam yang menganjurkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang menyerlahkan lagi fahaman pluralis dan liberalis yang dipegang oleh bapanya dan mungkin juga seluruh keluarga dan ahli-ahli partinya. Matlamat utama IFC iaitu memberikan kebebasan memilih agama dan keluar dari sesuatu agama termasuk di kalangan umat Islam. Dan ini jugalah yang dikatakan oleh Nurul Izzah iaitu umat Islam juga wajar diberi kebebasan untuk memilih agama lain, atau dalam kata lain, murtad. Bukankah ia sama saja? Pandangan Nurul Izzah itu adalah jelas berdasarkan fahaman pluralisme agama yang meletakkan semua agama adalah sama sepertimana yang disebut Anwar dalam ucapannya di London School of Economic (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk "Religion and Pluralism in a Divided World", iaitu "tidak penting apa sahaja agama yang anda anuti , hanya berbuat baik dan elak kejahatan." Ucapan tersebut menjadi kontroversi, mendapat teguran JAKIM dan meletakkan Anwar dalam keadaan tegang dengan rakan-rakannya di dalam ABIM. Sehubungan dengan itu, satu kajian dan diskusi telah diadakan untuk mengenalpasti pluralisme di dalam Anwar dan percanggahannya dengan Islam. Dari situ, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) telah mengenalpasti 12 dalil yang bercanggah dengan Islam dari ucapan tersebut: Antaranya:
Ini hanya sebahagian dari 12 hujah utama dalam ucapan Anwar yang mengesahkan bahawa beliau berfahaman pluralisme dengan berpaksikan cara hidup liberal. Ucapan ini telah dimuatnaik ke dalam blognya tetapi dikeluarkan apabila mendapat bantahan JAKIM. Kesimpulan di sini ialah, Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin walaupun rakus dan gila-kuasa tetapi tidak cukup 'jantan' untuk berdiri teguh di atas fahaman, pendirian dan prinsip dirinya. Sedangkan pemimpin hebat wajib berani menyatakan apa yang dianggapnya benar dan memperjuangkannya tanpa perlu berselindung atau berlakon. Pemimpin hebat tidak akan takut pada risiko ditangkap atau kalah pilihanraya, asalkan perjuangannya berjaya menembusi hati dan minda seramai yang mungkin atas kepercayaan yang beliau membawa kebenaran. Keengganan Anwar untuk mengakui fahamannnya membawa kita kepada satu kemungkinan iaitu; jauh di sudut hati, beliau tahu bahawa fahaman itu adalah salah dan sesat tetapi ingin terus mempromosinya kerana ia sesuai dengan jiwanya yang sukakan kebebasan seks mutlak, di samping sesuai dengan kehendak penajanya di barat. gap Pssst: Sebut pasal adolf hitler, Gua teringat yang hitler benci sangat kat golongan homoseksual. |
| You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.


No comments:
Post a Comment