PAPA GOMO

PAPA GOMO


Khairy Jamaluddin Templak PAS Parti Jual Agama Demi Kepentingan Politik DAP

Posted: 28 Nov 2012 05:00 PM PST




Tepat dan benar apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda UMNO YB Khairy Jamaluddin sewaktu Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO semalam. Parti PAS sememangnya bukanlah parti yang memperjuangkan Islam sebaliknya melacurkan Islam demi kepentingan politik mereka semata mata.

DAP dengan jelas menentang agenda yang dibawa PAS dan kita sendiri dapat lihat bagaimana PAS membisu apabila DAP menentang mereka secara terang terangan. Pejuang PAS yang kononya melaunkan Islam disana sini juga bisu apabila diarahkan oleh kepimpinan PAS untuk duduk diam menghormati DAP.

Manakala kepada ahli PAS yang menentang DAP mahupun Anwar Ibrahim tindakan tegas diambil oleh parti PAS dengan memecat keahlian mereka seperti mana yang berkaku kepada YB Hassan Ali dan juga YB Nasaruddin yang disingkirkan dari jawatan parti.

UMNO sejak dulu sehingga kita tidak pernah sama sekali melacurkan Islam demi kepentingan politik. Malah kerana UMNO lah juga perlembagaan Malaysia menjelaskan dengan jelas bahawa lahirnya Melayu di Malaysia ini maka Islam lah agamanya tampa kompromi untuk bertukar kepada agama lain.

UMNO lah yang memperjuangkan dan memartabatkan Islam sejak dulu, kini dan selamanya. Kerana UMNO lah juga pelindung kepada Islam yang ada di bumi bertuah ini. PAS hanyalah boneka kepada DAP dan pencacai kepada PKR semata mata.

Psssttt..... Mesej KJ jelas buat rakyat agar menolak PAS yang menjadi barua kepada parti racist anti islam iaitu DAP


"Tanah Tumpahnya Darahku" 
 Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga. 
 UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.




Persidangan Perwakilan UMNO 3 Sayap - Wanita Ganyang, Pemuda Tibai, Puteri Balun

Posted: 28 Nov 2012 08:10 AM PST



Tindakan Pakatan Rakyat yang mengambil langkah terbaru mengangkat dan memperjuangkan martabat wanita menerusi Perbentangan Bajet 2012 Alternatif mereka dilhat 'sudah terlambat'.
Sambil mengecam tindakan tersebut, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan Wanita UMNO telah sekian lama memperjuangkan maruah dan hak wanita di Negara ini sejak mula penubuhan UMNO sekian lama dahulu.
"Forget it! (Lupakan!) Puan-puan semua sudah mendahuluinya, (Pembangkang) 66 tahun terlambat. Bukan nak mengata, tapi saya nak geleng kepala, tergedek-gedek baru nak melancarkan," Read More....

GOMO: Setuju dengan kenyataan Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil berhubung kenyataan beliau pada Persidangan Perwakilan Sayap Wanita UMNO Malaysia pagi tadi. UMNO dan BN sudah bertahun memperjuangkan nasib kaum wanita malah dari masa kesemasa segala kebajikan buat Wanita Malaysia dipertingkatkan sehingga memberikan banyak kelebihan buat wanita Malaysia berbanding wanita di negara luar.

Pembangkang? Mana perjuangan mereka kepada wanita? Jangan kata untuk wanita malah kepada para ibu ibu juga tidak langsung diberi perhatian mahupun menjaga kebajikan mereka. Lihat sahaja apa yang mereka lakukan selama mereka mentadbir Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Apa yang  kaum wanita dapat?

Pemuda Umno mahu lebih ramai calon pergerakan tersebut diberi peluang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang sekaligus ingin peralihan generasi berlaku di peringkat sayap muda parti teras Barisan Nasional (BN).
"Kami tidak mendesak apa-apa untuk kepentingan sendiri, jauh sekali untuk meminta-minta buat pemuas nafsu haloba. Namun, atas realiti politik masa kini, kita berhasrat agar peralihan generasi ini bukan setakat di atas kertas sahaja. Read More....

GOMO: Benar apa yang dikatakan Ketua Pemuda UMNO berhubung calon calon muda yang perlu diketengahkan pada PRU 13 kelak. Apa yang dinyatakan oleh KJ ini sememangnya relevan dengan keadaan semasa waktu ini yang memperlihatkan golongan muda mahu suara mereka didengar pimpinan atasan. Malah waktu ini juga golongan muda sudah semakin peka dan membuka mata tentang suasana politik yang mana mereka mahu suara dari generasi mereka diketengahkan oleh sesama merek.

Namun demikian Gomo merasakan ianya perlulah diseimbangkan dalam menentukan calon bertanding atas ticket BN kelak. Fokus utama adalah bersatu hati dan semangat "SETIAKAWAN" yang perlu UMNO buktikan tampa mencantas mana mana calon yang bakal diumumkan kelak. Jika calon dipilih dari pemuda maka yang merupakan orang lama perlulah memberikan sokongan dan begitu juga sebaliknya.




Anggota Pergerakan Puteri Umno diingat tidak menggunakan emosi semasa berhadapan dengan serangan pembangkang terutama politik fitnah, sebaliknya mematahkan serangan itu dengan menggunakan fakta.
Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata anggota Puteri perlu menggunakan tiga senjata sebagai strategi mendepani politik fitnah iaitu ilmu, kebijaksanaan dan kesabaran.
"Ketiga-tiga pendekatan ini harus diadaptasi mengikut situasi. Tanpa ilmu, kebijaksanaan tidak akan lahir, dan tanpa sabar, fitnah akan menyalakan api kemusnahan, membakar seluruh isi perjuangan," Read More....


GOMO: Tepat dan itulah yang perlu dilakukan puteri UMNO dalam menghadapi serangan dan propaganda jahat pihak pembangkang. Gomo sedia maklum tentang peranan Puteri UMNO yang cukup efektif dalam membantu jentera BN bila menghadapi Pilihanraya. Malah dalam bantuan yang dijalankan Puteri UMNO ini bermacam tindakan ganas serta kejam dilakukan pihak pembangkang.

Puteri UMNO perlu terus bersabar dalam memberikan segala upaya bagi memastikan BN menang ada PRU 13 kelak. Sesungguhnya peranan Puteri UMNO dalam menghadapi tomahan dan cemuhan pembangkang amat dipuji dan disanjung tinggi.

Gomo berpuas hati dengan persidangan perwakilan 3 sayap Wanita, Pemuda dan Puteri pada hari ini. Walaupun banyak isu yang belum diketengahkan namun ianya sedikit sebanyak memberikan semangat buat jentera UMNO berjuang apabila kembali ke kawasan masing masing apabila tamat Persidangan kali ini.

Esok pastinya debaran besar apabila Presiden UMNO D.S. Najib Tun Razak menyampaikan Ucapan Dasar Presiden. Semua perwakilan, ahli UMNO malah rakyat diluar sana akan menunggu apa yang akan dilakukan UMNO bagi menghadapi PRU ke 13 nanti, Sama sama kita nantikan.

Psssttt.... Antara Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri hari ini, Gomo puji persidangan Wanita....benar kata orang, yang matang lebih bertenaga.

"Tanah Tumpahnya Darahku" Melayu Bersatu Bersama UMNO Pastikan Tanah Melayu Ini Terus Dibela Dan Dijaga. UMNO Parti Orang Melayu Sejak Dulu Hingga Kini.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...