BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! 12 KALI PRU PAS MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 28 Nov 2012 03:00 PM PST


Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian serentak Perhimpunan Agung tiga sayap utama UMNO ada menyebut, "Cukuplah.Cukuplah sepanjang 12 kali pilihan raya, 12 kali Pas berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam." Beliau berkata demikian ketika merujuk pada hala tuju perjuangan PAS yang ternyata hanya bijak memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik kepartian. Selanjutnya beliau meminta rakyat supaya mengambil kesempatan PRU 13 nanti untuk memastikan PAS tidak lagi bebas untuk terus berbohong dengan berselindung disebalik retorik agama yang mengelirukan. Barangkali menyedari betapa pedasnya teguran oleh Timbalan Presiden UMNO itu, tak semena-mena para penyokong PAS dan PR menghamburkan kemarahan mempertikaikannya. 

Memang agak pahit untuk penyokong pembangkang menerima kebenaran kenyataan itu sekalipun terbukti benar sejak 61 tahun PAS ditubuhkan hanya gembar-gembur propaganda sahaja yang mampu PAS utarakan kepada rakyat. Mudah untuk PAS berjanji itu dan ini konon asas perjuangan bersandarkan Islam dan sunnah Rasulullah s.a.w, namun realiti dari segi praktikalnya bab kata Tan Sri Muhyiddin kepada PAS, "jauh panggang dari api",Lihat sajalah tindak balas lemah oleh kepimpinan PAS ketika timbulnya isu kebebasan agama yang di suarakan oleh Naib Presiden PKR,Nurul Izzah,sehingga kini PAS gagal mencapai kata sepakat berkenaan isu itu. Ramai dikalangan pemimpin PAS lebih gemar mengambil pendirian berkecuali atau hanya berdiam diri sekalipun tahu kenyataan anak sulung Ketua Umum PKR itu besar impak negatifnya terhadap akidah orang Melayu Islam. Malah dalam menentukan siapa yang sepatutnya menjadi PM sekiranya PR diberi peluang memerintah juga PAS gagal tanganinya dengan berkesan sehingga akhirnya ternampak jelas kuasa pemutus sebenarnya berada di tangan DAP manakala PAS cumalah sekadar balaci sahaja. Sudah 12 kali musim PRU berlalu dan dalam tempoh itu hingga sekarang PAS terus gagal membuktikan partinya jauh lebih baik dari UMNO, baik dari segi manfaat untuk rakyat, agama mahupun negara.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBANTAI PAS KAW-KAW !!!

Posted: 28 Nov 2012 11:00 AM PST


Doa Pas yang meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas solat Hajat sempena muktamar parti itu bermakna menghancurkan umat Islam di negara ini.Ahli Majlis Tertinggi Umno,Datuk Seri Noh Omar berkata, berbeza dengan Umno,parti keramat Melayu itu tidak pernah meminta doa hancurkan Pas tetapi mendoakan perpaduan sesama Melayu dan Islam.Menurutnya,pada masa ini, doa sudah dijadikan bahan kempen dan laungan seperti demonstrasi oleh parti Pas. 

"Doa dibacakan pada muktamar tersebut adalah doa untuk menghancurkan umat sesama Islam.Saya berharap umat Melayu Islam dapat berfikir terhadap perjuangan Pas iaitu apakah perjuangan Pas masih memperjuangkan prinsip asal mereka," katanya.Noh berharap Pas tidak terlebih politik sehingga mahu menghancurkan agama dan bangsa - SH

HOT NEWS !!! DATUK SERI ZAHRAIN MEMBELASAH PAKATAN HARAM KAW-KAW !!!

Posted: 28 Nov 2012 07:30 AM PST


Kegiatan puak-puak yang ditaja anasir asing di negara kita ini adalah sesuatu yang benar dan nyata.Perkara ini bukanlah khayalan atau rekaan mana-mana pihak seperti yang sering digambarkan pihak pembangkang.Pembohongan bersiri anasir-anasir yang berselindung disebalik pertubuhan haram seperti SUARAM adalah bukti nyata akan kewujudan puak-puak subversif ini di dalam negara kita. Ancaman puak-puak subversif ini adalah amat serius dan harus disekat sebelum nasi menjadi bubur.Penyaluran maklumat palsu oleh sebuah syarikat guaman tempatan kepada peguam di Perancis,seperti yang di-laporkan sebelum ini adalah pengkhianatan yang amat keji lagi hina.Kenyataan peguam Amer Hamzah Arshad dari syarikat guaman Zain & Co adalah satu pengkhianatan kerana maklumat yang disalurkan adalah tidak benar dan merupakan pembohongan yang jelas.Kita tahu pihak Suaram dengan kerjasama erat pihak pembangkang telah menjaja isu pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis demi kepentingan politik mereka.Kita sedar baru-baru ini bahawa dakwaan pihak Suaram dan puak pembangkang tentang perbicaraan di mahkamah Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene adalah satu pembohongan besar. 

Pendakwaraya dari Perancis sendiri telah menyatakan bahawa tidak ada apa-apa bentuk perbicaraan atau 'trial' di Perancis seperti yang didakwa pihak Suaram dan puak pembangkang selama ini.Puak-puak ini hanya memperbodohkan rakyat dengan niat jahat,demi kepentingan politik mereka.Nyata syarikat guaman Zain & Co,menerusi peguam Amer Hamzah Arshad juga bersekongkol mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu dengan niat jahat.Apakah pendirian Majlis Peguam kita dalam isu ini? Apakah Majlis Peguam bacul atau mereka sebenarnya 'ignorant' berhubung isu ini? Saya mendesak agar tindakan tegas diambil keatas peguam terbabit dan syarikat guaman berkenaan kerana ini adalah satu kesalahan yang amat keji.Majlis Peguam harus dibubarkan jika mereka tidak mampu menangani gejala jijik yang tidak professional ini di kalangan peguam di negara ini.Syarikat guaman Zain & Co juga didapati banyak menjalankan urusniaga dengan kerajaan Malaysia serta agensi-agensi kerajaan yang lain. Dalam konteks ini saya ingin mendesak agar kerajaan mengkaji semula segala urusniaga atau 'dealings' dengan syarikat tersebut dengan serta-merta demi menjaga keselamatan negara. Mana mungkin kerajaan berurus niaga dengan sebuah syarikat yang telah nyata mengkhianati negara ini dengan menyalurkan maklumat palsu kepada pihak asing? 

Kuala Lumpur dan Paris mempunyai hubungan dua-hala yang akrab dari pelbagai aspek, terutamanya dari segi ekonomi.Urus niaga pembelian kapal selam Scorpene dan puluhan kapal terbang Airbus melibatkan perbelanjaan berbillion ringgit.Terdapat juga pelbagai jalinan perdagangan lain yang bernilai ratusan juta ringgit setiap tahun.Walau bagaimanapun hubungan baik dua negara ini tidak terbayang dalam isu pembohongan Suaram dan puak pembangkang berhubung pembelian kapal selam Scorpene kerana sehingga kini kerajaan Peranchis masih berpeluk tubuh menjadi penonton. Apakah kerajaan Peranchis tidak menghargai hubungan baik dengan Malaysia dan memilih untuk berdiam diri walaupun tohmahan demi tohmahan dilemparkan ke atas pemimpin dan kerajaan Malaysia? Kenapa kerajaan Peranchis atau pihak kedutaan mereka di sini seolah-olah memihak kepada pihak lain walaupun kebenaran itu berpaut pada pihak kerajaan? Apakah Hak Asasi Manusia,kebebasan dan sebagainya lebih penting dari kebenaran? Sebagai rakyat Malaysia saya mahu kerajaan mengkaji semula urusan perdagangan dengan syarikat-syarikat Peranchis kerana negara itu seolah-olah menjadi duri dalam daging bagi kita.SUARAM adalah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dalam negara ini.Fakta ini diakui sendiri oleh pemimpin politik pembangkang yang menerajui pertubuhan haram itu.SUARAM juga telah terbukti menerima dana dari organisasi asing yang telah memainkan peranan penting dalam memporakperandakan beberapa negara yang kini bergelumang dalam konflik politik dan perang saudara.Jenayah yang dilakukan SUARAM adalah amat jelas dan kerajaan harus mengambil tindakan yang tegas ke atas rakyat Malaysia yang menjadi tali barut asing.Tali barut asing yang mencipta maklumat palsu harus dibawa kemuka pengadilan.Jika kita gagal bertindak mungkin perbuatan khianat sedemikian akan di-ulangi kerana habuan yang diterima adalah amat lumayan.Jangan kita menyesal di kemudian hari kerana kealpaan pada masa ini.

Sumber Blog Zahrain Mp

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KARPAL SINGH DAH JADI PENGERUSI MAJLIS FATWA PR ??? BIAR BETUL ???

Posted: 28 Nov 2012 04:00 AM PST


Krisis dalaman di dalam PAS,DAP dan PKR kini dilihat semakin memuncak apabila isu yang dipertelagahkan saling bertindihan dalam pakatan dan secara berasingan dalam setiap parti sekutu. Yang menariknya ialah 'kemunculan' Karpal Singh sebagai watak utama dalam setiap isu yang berbangkit.Karpal merupakan 'bintang' dalam pertelagahan dengan Nasharudin Mat Isa mengenai hudud.Beliau begitu garang mengarahkan PAS kembali kepada perjanjian asal iaitu untuk menghentikan terus cakap-cakap mahupun niat untuk melaksanakan hudud dan negara Islam.Walaupun kenyataan Karpal adalah mewakili pendirian DAP tetapi nampaknya hanya Karpal yang ditonjolkan sebagai menuntut PAS meletakkan satu pendirian yang jelas dalam isu ini. Kit Siang,Guan Eng dan lain-lain pemimipin DAP hanya menjadi pelakon tambahan. PAS juga hanya dilihat hanya menumpukan tembakan terhadap Karpal seorang.Malah,PAS juga yang mengeluarkan kenyataan membela DAP untuk 'menenangkan' ahli-ahli PAS, dengan menggambarkan kononnya,kenyataan Karpal adalah kenyataan peribadi dan DAP secara dasarnya tidak ada masalah 'memahami' hudud PAS. 

Dari situ,Karpal terus menjadi bintang utama DAP menghiasi akhbar dengan kenyataan-kenyataan lantang yang mendedahkan konflik partinya dengan PAS.kelmarin,Karpal menempelak kerajaan PAS Kedah kerana memperdagangkan sumber anugerah Tuhan,iaitu air.Karpal tidak puas hati apabila PAS Kedah memutuskan agar Pulau Pinang perlu membayar bekalan air mentah yang disalurkan oleh Kedah ke negeri itu.Alasan kerajaan Kedah ialah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang juga memperniagakan air tersebut.Lagipun,penjagaan sumber alam itu,termasuk mengekalkan kawasan tadahan juga melibatkan perbelanjaan dan kos itu perlu turut dikenakan kepada Pulau Pinang yang turut menikmatinya.Kesungguhan Karpal menjaga kepentingan Pulau Pinang dilihat mengatasi Ketua Menteri negeri itu,Lim Guan Eng,yang kurang menonjol akhir-akhir ini.Pendek kata,Karpal adalah satu-satunya pemimpin PR yang cukup pantas dan lantang dalam menangani sebarang masalah yang melibatkan perpaduan dalam kerjasama PR.Bagaikan pengerusi Majlis Fatwa bagi PR,Karpal sedaya upaya memastikan kerjasama dalam pakatan rakyat terus berkiblatkan semangat menghormati DAP. 

Malah,di dalam DAP juga, Karpal membawa sikap yang sama iaitu sebagai 'penegak hukum'.Karpal menjadi 'juara' memperjuangkan 'satu calon,satu kerusi' bagi PRU kali ini atas alasan memastikan wakil rakyat dapat menumpukan sepenuhnya kepada kawasan masing-masing.Walaubagaimanapun,cadangan Karpal diragui oleh berbagai pihak dalam DAP sendiri dan ditempelak Teresa Kok dengan penghinaan bahawa Karpal adalah 'old story' atau cerita lama.Tindakan Teresa Kok menimbulkan kemarahan beberapa pihak kerana dilihat tidak menghormati orang tua dan juga Pengerusi parti yang telah lama berjuang dan banyak pengalaman.Akibatnya,Ahli Parlimen, Kota Alam Shah M. Manoharan telah membangkitkan kegagalan Teresa untuk berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan baik kerana memegang begitu banyak 'kerusi' atau jawatan dalam parti dan juga kerajaan negeri.Namun,akhir-akhir ini,nampaknya semakin ramai di dalam DAP menyuarakan sokongan terhadap idea Karpal ini, sekali gus,'menggilapkan' lagi namanya. Strategi menonjolkan Karpal seorang serta mensenyapkan pemimpin-pemimpin DAP yang lain secara sengaja atau tidak sengaja dilihat tepat bagi meminimakan kerosakan yang berlaku akibat krisis yang melanda Pakatan Rakyat.

Namun,bagi pihak Karpal,beliau mungkin perlu lebih berhati-hati dalam mengatur langkah seterusnya kerana tindakan ini dilihat mampu meletakkan beliau dalam dua keadaan iaitu jika bukan sebagai 'bintang',maka mungkin juga sebagai 'kambing hitam'.Senarionya,jika PR menang dalam PRU ke-13 ini,maka isu penentangan DAP terhadap hudud perlu diselesaikan bagi mengelak akar umbi PAS 'mengamuk'.Sedang pemimpin PAS boleh terus berdolak dalih dengan menggunakan alasan kekurangan majoriti di parlimen dan hakikat masyarakat majmuk,PAS tetap perlu membuktikan yang mereka benar-benar serius dalam menentang sesiapa sahaja yang menentang hudud.Oleh itu,Karpal mungkin perlu dikorbankan sebagai satu-satunya pemimpin DAP yang menentang hudud.Dengan itu,walaupun hudud tetap tidak dilaksanakan,akar umbi PAS akan kembali tenang dan DAP akan kekal selamat. Karpal sebagai 'cerita lama' boleh dibersarakan saja. Malang bagi Karpal jika ini berlaku kerana tidak dapat memakai gelaran Tun Karpal selepas bersara seperti yang dibayangkan oleh Tun Mahathir,kerana Karpal tidak bersara sebagai Perdana Menteri tetapi hanya bersara sebagai si-kambing hitam,Pengerusi parti. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PENGANUT BUDHA WAJAR KEKALKAN KERAJAAN BN - MASTER HSING YUN !!!

Posted: 28 Nov 2012 12:30 AM PST


Master Hsing Yun Master Hsing Yun,iaitu pengasas kuil Fo Guang Shan iaitu kuil terbesar di Taiwan pada tahun 1976 kini berada di Malaysia untuk menghadiri Buddhist Cultural and Dharma Blessing Function.Beliau merupakan tokoh Sami Buddha paling berpengaruh di dunia.pembaca Badut Rakyat sedia maklum bahawa Sami Buddha terkenal dengan sifat mereka yang tenang dan berdisiplin.Seorang Sami yang 'tinggi' darjatnya sering dikaitkan dengan kebolehan-kebolehan luar biasa yang menggunakan kekuatan minda.Sami yang benar-benar komited dengan kepercayaannya sentiasa menjaga tingkah laku dan tutur kata mereka.Mereka tidak bercakap sebarangan sepertimana orang biasa.Oleh itu,kata-kata seorang Sami seperti Master Hsing Yun diterima sebagai amanat oleh pengikut-pengikut agama Buddha kerana mereka tahu bahawa beliau tidak akan bercakap sesuka hatinya tanpa memikirkannya dalam-dalam dan hakikat inilah yang menarik untuk dikongsi bersama iaitu Master Hsing Yun telah menasihatkan rakyat Malaysia agar bersatu padu dan jangan berpecah kerana ia mampu melemahkan negara.

Kata beliau,Malaysia adalah sebuah negara yang baik malah berhajat agar dilahirkan semula sebagai sami di Malaysia dalam kehidupan selepas ini.Beliau juga menyatakan yang kerjasama antara kaum bakal menjadikan Malaysia negara yang hebat. Beliau mengingatkan golongan sami agar tidak masuk campur soal politik walaupun mereka disarankan untuk mengambil tahu mengenainya.Master Hsing dijadualkan untuk diraikan dalam progam yang dinamakan "A joyful dharma evening "2012 Marvellous Malaysia--Venerable Master Hsing Yun" di Stadium Shah Alam di mana 2,000 sukarelawan dijangka mengambil bahagian dengan lebih 80,000 cenderamata akan diagihkan kepada orang ramai.Program ini dengan sendirinya membuktikan kemakmuran Malaysia sepertimana yang digambarkan oleh Master Hsing.Ini bukan hanya kerana temanya yang memuji Malaysia,tetapi juga kerana hakikat penganjurannya di sebuah negara bermasyarakat majmuk serta kehadiran orang ramai dalam keadaan aman, tanpa diancam kebimbangan.

Semua ini hanya mampu terhasil dari sebuah kepimpinan yang bijak,adil dan cekap dan kepimpinan itu adalah kepimpinan Barisan Nasional.Dengan bukti kredibiliti BN yang begitu jelas,adalah tidak wajar bagi masyarakat Buddha di Malaysia untuk terpedaya dengan hasutan pihak yang saban hari menyogok fitnah bahawa Malaysia adalah negara yang buruk dan teruk di mana pihak minority didiskriminasi.Sedangkan,sepintas lalu sudah terbukti bahawa masyarakat Buddha yang menjadi minoriti,juga mampu hidup dalam keadaan yang jauh lebih selesa dan mewah dari kaum majoriti. Mereka tidak pernah dihalang untuk mengumpul kekayaan dan kemewahan di negara ini. Malah,budaya dan bahasa ibunda mereka juga mendapat tempat dan diberi ruang untuk berkembang. Kebebasan mengamalkan agama dan menganjurkan program berunsur agama tidak mungkin boleh diragui lagi walaupun agama rasmi negara ini adalah agama Islam.Justeru,segala apa yang dikatakan diskriminasi, kezaliman dan penindasan terhadap mereka hanyalah ilusi dari kenyataan di atas kertas yang meletakkan hak istimewa kaum majoriti.Sedangkan realitinya,kaum minority tidak pernah tersekat atau tertindas.Maka,sewajarnya masyarakat Buddha merenung sedalam-dalamnya amanat Master Hsing yang membawa mesej kebaikan,ketenangan dan keamanan dengan berpaksi kepada semangat perpaduan dan kerjasama di bawah payung BN yang sedia terbukti mampu memastikan hidup kita kekal makmur dan selesa.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! SYARAT PALING TERHEBAT DI MALAYSIA UNTUK MENJADI CALON PR TERBONGKAR !!!

Posted: 27 Nov 2012 09:00 PM PST


Sampai bila-bila pun ada satu perkara yang pemimpin UMNO tidak mampu menandingi kelebihan PAS,yakni membuktikan kesetiaan pada parti dengan mempertaruhkan isteri yang sah dinikahi sebagai barang cagaran bagi menjamin kelangsungan kerjaya politik sang suami.Jangan pula ada yang kata ini fitnah,bukan juga cubaan atau main-main,tapi ini realiti sebenar yang diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri dan hakikat ini sedang membelenggu kehidupan ramai wakil rakyat PAS baik di peringkat DUN ataupun Parlimen.Tidak berapa lama dulu,beberapa pemimpin kanan PAS termasuklah Ahli Parimen PAS Shah Alam,Khalid Samad sendiri pernah mengakui memang wujud sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri,katanya untuk mengikat kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti.Dalam perkembangan berkaitan, Pesuruhjaya Tinggi PAS Perak,Abu Bakar Hussain dalam kenyataannya kepada Sinar Harian Online 27 November 2012 telah menyarankan supaya sumpah baiah dilaksanakan kepada semua calon pilihanraya yang mewakili PR terutama sekali di Perak. 

Katanya demi menjamin kesetiaan calon dan wakil rakyat kepada parti selanjutnya mengelakkan peristiwa lompat parti berulang kembali sebagaimana kejatuhan yang dialami oleh Kerajaan DAP PAS Perak pada 2009.Bunyinya seperti PAS agak meragui tahap kesetiaan calon dan wakil rakyat dari PKR dan DAP terutama sekali PKR tentunya,maka disebabkan itulah timbul desakan supaya kedua-dua parti tersebut mengikuti kaedah sumpah baiah seperti diamalkan oleh PAS.Tahukah kalian kenapa bekas Naib Presiden PAS,Hasan Ali tidak keluar dari PAS sekalipun kerapkali difitnah,diperlekeh dan dihina oleh pimpinan PAS yang lain berikutan ketegasan Hasan mempertahankan kepentingan Islam dan umatnya dari asakan DAP ??? 

Sebaliknya PAS pula yang terpaksa mengambil langkah drastik dengan memecat bekas Naib Presiden PAS itu tanpa diberi peluang pembelaan diri semata-mata untuk menjaga hubungan politik PAS dengan PKR dan DAP. Kenapa dan mengapa ??? Jawabnya kerana kewujudan sumpah baiah yang mana sekiranya Hasan secara rela keluar atau berhenti dari PAS,automatik ikatan perkahwinannya dengan isteri akan terputus (talak tiga).Namun apabila Hasan dipecat oleh PAS,sumpah baiah talak tiga ke atas isterinya tidak lagi sah.Bagi pelayar internet yang pernah mengikut isu sumpah bai'ah sebelum ini tentunya pernah melihat sendiri video ceramah seorang wakil rakyat PAS yang mengakui risiko keluar dari PAS bermakna akan tertalak tigalah hubungannya dengan isteri tersayang.Tak sanggup katanya.Inilah wajah sebenar PAS,parti politik paling celaka atas muka bumi hanya untuk menjaga kepentingan politik kepartian sanggup dipaksa calon-calon pilihanraya dan wakil rakyatnya mencagar ikatan suci suami isteri untuk dipertaruhkan demi kemahuan parti.Jadinya,apabila wisel PRU 13 ditiupkan kelak,mudah untuk kita mengetahui setiap calon PAS tentunya sudah mengangkat sumpah baiah talak tiga,berkemungkinan ada pemimpin PKR yang beragama Islam pun ada yang sanggup bersetuju dengan syarat menceraikan isteri.Malang benar sekiranya pada PRU 13 nanti masih ada pengundi dari golongan hawa yang tergamak menyokong PR setelah mengetahui hakikat betapa rendahnya maruah mereka diperlakukan oleh pemimpin PR.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KAUM INDIA DI TINDAS LAGI !!! APA CERITA NI KHALID GAGAP ???

Posted: 27 Nov 2012 06:00 PM PST


sebagaimana pembaca Badut Rakyat ketahui,PR selalu membuli kaum india.sebelum ini anwar ibrahim ketika PRU 12,beliau mengatakan akan membela kampung buah pala.kali ini lain ceritanya.di bawah kerajaan khalid gagap sekali lagi benda ini berlaku.apa cerita ni ??? 

LIHAT GAMBAR DI BAWAH 



A tempe inside a house..yes..inside a house demolished by PR led Selangor Gov.I thought they know how to respect the Hindus better than BN..?

http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/11/selangor-terbaru-foto-kuil-hindu-d.html

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...