Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


GEMPAR!! Akibat Murtad, Nurul Izzah Bercerai Dengan Suaminya? #IzzahPlural

Posted: 08 Nov 2012 08:29 AM PST

Mc ada jumpa satu blog baru dari beliawanis yang berfikiran relevan blognya Cik Yah Kata. Baca apa yang si Cik Yah tulis kat bawah,

Perempuan dan kisah panas tak dapat di pisahkan. Setuju tak uolls?? Haaa kalini Cik Yah Cun ada isu panassss lagi menggelegak. Kalah pisang goreng panasss. Mari kita tengok video kat bawah ni:


"Hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-muslim tetapi juga kepada orang melayu yang beragama Islam"

Inilah kenyataan yang mampu menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati seluruh umat Islam yang diungkapkan oleh Izzah plural baru-baru ini ketika menjadi ahli panel forum "Islamic State: Which Version; Who's Responsibility?" anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Lazer betul mulut si Izzah ni ye.

Selain Izzah plural, panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia, Malik Imtiaz, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar ,Mujahid Yusof Rawa Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura, Dr. Syed Farid Alatas, Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian, Datuk Kenny Ng. Apa yang menyedihkan Cik Yah ialah Mujahid Yusof Rawa seorang ahli PAS yang kononnya memperjuangkan Islam mempertahankan Izzah plural ni.

Selain itu, macam biasalah pelakon airmata terhebat, Datin Seri Wan Azizah memulakan lakonan watak sedih seorang ibu yang kasihankan anaknya, Nurul Izzah yang berhadapan dengan serangan berbagai pihak akibat mengeluarkan kenyataan yang 'politically incorrect' bagi partinya, berkenaan kebebasan beragama bagi Umat Islam.

Wan Azizah menyalahkan media kononnya memutarbelitkan kenyataan anaknya dan kononnya ia adalah serangan politik dari pihak lawan sebagaimana yang dialami oleh suaminya ketika dituduh meliwat dan terlibat dalam pluralisme dan liberalisme. Si ayah pula (Anwar Ibrahim) pun turut sama-sama menjayakan drama tragis ni. Anwar beria-ia mempertahankan anak kesayangannya.


Walaupun Mujahid Yusof Rawa menyokong Izzah, ini tidak bermakna ahli PAS turut menyokong. Buktinya Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz menyatakan , ungkapan 'tiada paksaan dalam agama' daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.

Nak baca sambungannya boleh Kat Sini

PANASS!! Ustaz Fathul Bari Komen Nurul Izzah Galakkan Melayu Murtad!

Posted: 08 Nov 2012 04:38 AM PST


Komen yang bagus dan terang dari Ustaz Fathul Bari mengenai kenyataan Nurul Izzah. Sebagai seorang muslim, Nurul Izzah tak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian. Bila Nurul Izzah berkata demikian, nampak sangat imej luarannya tidak mencerminkan akidah sebenar beliau.

Contoh terbaik ikon muslimah Pakatan Haram yang boleh melingkupkan anak muda pada masa depan.

PANASS!! Wan Azizah Wayang Air Mata Bela Nurul Izzah!

Posted: 08 Nov 2012 01:17 AM PST

Drama air mata

Muka depan Sinar Harian hari ini memaparkan gambar pelakon airmata terhebat, Datin Seri Wan Azizah yang memulakan karier lakonannya pada tahun 1998 iaitu sejak suaminya dipecat dari kerajaan kerana meliwat. Kali ini, Wan Azizah melakonkan watak sedih seorang ibu yang kasihankan anaknya, Nurul Izzah yang berhadapan dengan serangan berbagai pihak akibat mengeluarkan kenyataan yang 'politically incorrect' bagi partinya, berkenaan kebebasan beragama bagi Umat Islam.

Wan Azizah menyalahkan media kononnya memutarbelitkan kenyataan anaknya dan kononnya ia adalah serangan politik dari pihak lawan sebagaimana yang dialami oleh suaminya ketika dituduh meliwat dan terlibat dalam pluralisme dan liberalisme.

Nurul Izzah sebelum ini mendakwa akan menyaman akhbar-akhbar yang dituduh memutarbelit kenyataannya. Namun, seperti juga bapanya ketika menuduh media memutarbelit kenyataannya mengenai sokongan terhadap Israel sebelum ini, mereka hanya memilih untuk menyaman akhbar berbahasa Melayu atau pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia.

Dalam kes bapanya itu, yang mula-mula menyiarkan kenyataannya adalah The Wall Street Journal dan dalam kes Izzah, adalah Malaysiakini tetapi nampaknya Izzah dan bapanya langsung tidak berminat untuk menyaman media tersebut, malah tidak langsung menafikan laporan mereka.

Sedangkan, akhbar pro-kerajaan hanya memetik laporan dari sana, kemudian menyiarkan ulasan, pandangan serta pendapat berbagai pihak terhadap kenyataan mereka pula yang menjadi sasaran serangan mereka.

Walaupun tiada putar-belit, tiada manipulasi dalam laporan yang dibuat media ini, tetapi Izzah nampaknya menjadi tidak tentu arah sekali. Risau sekali Izzah dan keluarganya apabila terserlah pendiriannya yang 'longgar' terhadap soal murtad.

Melihat laporan ala novel sedih di Sinar Harian mengenai Wan Azizah, tidak salah jika dikatakan bahawa Izzah benar-benar tertekan. Manakan tidak tertekan, apabila sebelum ini, suaminya sering menafikan yang beliau terlibat dalam pluralisme dan liberalisme, tetapi kini anaknya pula seolah-olah mengesahkannya.

Dari kenyataan Izzah, sekali lagi segala bukti mengenai fahaman Anwar dibangkitkan. Ucapan-ucapannya yang kontroversi yang jelas menyatakan bahawa 'semua agama adalah sama', kembali dipaparkan oleh para blogger. Rakan-rakannya di dalam ABIM yang telah lama meragui dan menghentamnya berkenaan isu ini boleh saja muncul membuat kenyataan mengesahkan fahamannya. Pendek kata, begitu banyak bukti dan saksi yang mampu membuktikan fahaman plural dan liberal Anwar.

Mungkin menyedari betapa sukarnya untuk membela diri dari tuduhan menganut fahaman pluralisme dan liberalisme, maka strategi keluarga ini bagi memulihkan pandangan ramai terhadap Izzah hanyalah dengan meraih simpati. Untuk itu lah maka Wan Azizah pelakon handalan, perlu memainkan peranan di muka depan.

Strategi ini mungkin berkesan jika tujuannya adalah untuk meraih simpati untuk Wan Azizah, tetapi lebih dari itu ia hanya menunjukkan betapa lemahnya Nurul Izzah. Nurul Izzah yang selama ini menonjolkan diri sebagai politikus lantang dan tidak berfikir panjang untuk menyerang tiba-tiba memperlihatkan dirinya sebagai wanita yang lemah, tidak berdaya atau mangsa kerakusan politik lawan.

Sedangkan, hakikatnya, Nurul Izzah bukan mangsa, beliau adalah ahli politik dan pemimpin. Beliau bukan bermain ombak atau membuat rumah di tepi pantai, tetapi beliau sedang berenang di tengah lautan atas pilihannya sendiri dengan berani sekali.

Justeru, jika beliau membuat kenyataan, beliau wajib bertanggungjawab ke atasnya. Jika beliau mempunyai pendirian bahawa Umat Islam perlu bebas menukar agama, maka beliau wajib mempertahankan pendiriannya, dengan tegas dan lantang juga biar apa jua kritikan, kecaman mahupun hukuman yang bakal diterima.

Nurul Izzah pernah menuduh dengan lantang dan keras kononnya Perdana Menteri terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam yang kemudiannya berkait dengan pembunuhan. Ini adalah tuduhan yang amat berat. Ketika itu, adakah Nurul Izzah terfikir akan apakah kesannya ke atas orang yang dituduhnya? Tidak. Apakah Perdana Menteri meminta simpati rakyat agar mempercayai beliau dan bukan tuduhan Nurul Izzah serta kuncu-kuncunya? Tidak juga.

Ini adalah kerana Perdana Menteri tidak gentar kerana tuduhan tersebut tidak benar. Perdana Menteri juga faham ini adalah mainan politik kotor Nurul Izzah, bapa Nurul Izzah serta kuncu-kuncu mereka. Justeru, Perdana Menteri sabar memberi keterangan dan penjelasan tanpa jemu kepada rakyat mengenainya. Beliau juga bersumpah sebanyak 3 kali mengikut cara Islam sebagai usaha membela diri. Akhirnya, pihak Perancis sendiri tampil membongkar penipuan rangkaian yang berkait rapat dengan parti Nurul Izzah sendiri.

Melihat bagaimana Nurul Izzah gabra dan gentar tidak seperti Perdana Menteri apabila dituduh dengan tuduhan sebegitu berat, rakyat boleh membuat kesimpulan sendiri bahawa Izzah bukan mangsa putar belit sesiapa, tetapi beliau benar-benar berpendirian sepertimana yang dinyatakannya. Iaitu bahawa Umat Islam wajar diberi hak untuk menukar agama sepertimana penganut agama lain.

Kini, tidak boleh disangkal lagi bahawa Nurul Izzah mewarisi fahaman bapanya yang mendokong pluralisme dan liberalisme. Selama ini beliau berselindung di sebalik tudung dan baju kurung konon keluarganya dididik sebagai Muslim sejati, sedangkan di masa yang sama menyebarkan agenda plural dan liberal bagi pihak 'tuan-tuan mereka' di barat.

Kita ingin menyarankan kepada Nurul Izzah agar berterus terang saja dengan fahamannya dan keluarganya serta berdiri teguh atas pendirian itu. Sekurang-kurangnya kita boleh menghormatinya sebagai pemimpin yang berani, walaupun kita tidak boleh menghormatinya sebagai seorang Muslimah sejati. Dengan tidak berani berkata yang benar dari hatinya, maka Izzah adalah sama saja dengan bapanya, yang pengecut dan membawa imej talam bermuka-muka, menjadi warak, liberal, plural, komunis, demokrat, neo-con dan apa saja yang mampu memberi keuntungan politik kepada mereka.

Jika Izzah takut untuk menghadapi semua ini, kembalilah saja ke daratan agar tidak perlu lagi dilambung ombak di lautan.

PANASS!! Nik Aziz VS Hadi Awang?

Posted: 07 Nov 2012 10:16 PM PST



Niat di hati sekadar nak buat gimik politik sambil menguji pengaruh, kemudian tak pasal-pasal ianya memalukan diri sendiri dan menjadi bahan lawak politik tanahair pula.

Akhirnya terpaksalah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengakui kenyataannya untuk bertanding di Parlimen Pekan hanyalah bertujuan untuk membuktikan dirinya bukan diktator.

Tahu pun Hadi takut untuk menyerahkan tengkuknya untuk disembelih oleh para pengundi di Parlimen Pekan. Lagipun dikalangan ramai pemimpin PAS sendiri pun tak yakin Hadi akan merealisasikan gimik lawaknya itu.

Kecuali, hanya Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang kelihatan seronok hingga senyum sampai ke telingga bila sahaja mendengar berita berkenaan ura-ura Presiden PAS itu mahu bertanding di Pekan, Pahang.

Seronoknya Nik Aziz bukan main lagi sehinggakan terus sahaja memberi lampu hijau kepada Hadi kerana tahu dengan demikian akan tamatlah riwayat politik Hadi dalam PAS dan hilanglah satu lagi perintis cadangan Kerajaan Perpaduan (UG).

Persoalan sekarang dalam keadaan ribut tak ada, angin sepoi-sepoi bahasa, mengapa agaknya perihal diktator pula yang Hadi bangkitkan? Tentu ada yang tersirat disebaliknya, tak begitu?

Kira-kira sebulan lalu, Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan ada membuat kenyataan media bahawa dirinya akan terus berpaut pada kuasa dan jawatan sekalipun wujud desakan yang mahukan beliau berundur atas faktor kesihatan.

Manakala pada awal tahun ini pula, Mursyidul Am PAS itu pernah memberi bayangan keinginannya untuk terus bertanding dalam pilihanraya dan memegang jawatan politik sampai mati.

Alasannya, jawatan politik tak sama macam jawatan kakitangan awam yang ada tempoh persaraan.

Hakikatnya, hanya diktator sahaja yang berasa amat sayang pada kuasa duniawi dan agak takut untuk melepaskan kuasa dalam genggaman. Dan kebetulannya, Nik Aziz memenuhi ciri-ciri tersebut.

Sementara itu, tidak berapa lama dulu, Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa namanya adalah satu-satunya calon yang sudah disahkan akan bertanding dalam PRU 13 nanti, sedangkan nama pemimpin PKR yang lain masih lagi dalam pertimbangan.

Mengikut fahaman Hadi Awang, hak penentuan siapa yang akan bertanding atau tidak terletak pada keputusan parti, jika keputusan mendahului parti bermakna seseorang itu adalah diktator.

Jelas sekali, Anwar memenuhi ciri diktator yang dimaksudkan itu kerana Anwar telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk keputusan bersama pemimpin lain. Lagipun, sejak dulu hingga kini Anwar memang layak digelar diktator merangkap bapak segala nepostisme dan kronisme.

Kini terlerailah sudah kenapa tiba-tiba sahaja Hadi menimbulkan isu diktator. Rupanya ia satu sindiran sinis kepada rakan separti dan sepakatan. Tak sangka ya, dalam kalut menepis gelak tawa orang ramai dengan lawak politiknya sempat lagi melepas tembakan tepat ke dahi Nik Aziz dan Anwar.

PANASS!! Isu Melayu Bebas Murtad! Anwar Bela Nurul Izzah!!

Posted: 07 Nov 2012 07:17 PM PST

 
Di bawah adalah video kenyataan Anwar Ibrahim yang mempertahankan kenyataan Nurul Izzah mengenai kebebasan beragama. Kenyataan itu dibuat di Dewan Tokong Khai Kee Teng, Slim River, Perak

Beliau juga berkata peguam telah diarahkan untuk menyaman TV3 dan Utusan Malaysia. Anwar juga menggelar mereka itu sebagai Pandi Kutty.

Lihat video Anwar Ibrahim di bawah :

TUDIAA!! Nurul Izzah Kena Balun Lagi Kes Isu Murtad!!

Posted: 07 Nov 2012 04:37 PM PST



S Semalam sidang Dewan Rakyat  kecoh ketika membahaskan isu hak kebebasan memilih agama termasuk di kalangan Melayu yang dibuat ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata kenyataan Nurul Izzah itu boleh didakwa di bawah enakmen kawalan agama kerana menghina Islam.

Namun menegaskan tiada peruntukan atau enakmen khusus yang boleh digunakan jika didapati cuba mengajak orang Islam lain untuk murtad.

"Kalau seorang bukan Islam mengajak orang Islam untuk keluar Islam, maka kita ada dalam enakmen kawalan agama.

"Tapi yang wujud kali ini orang Islam yang mengajak dan membuka ruang untuk orang Islam sendiri memilih agama setelah ibu bapanya mendidik dan ibu bapa mewariskan agama tersebut.

"Setakat ini tiada peruntukan khusus sebegitu tapi boleh dimasukkan di bawah peruntukan menghina agama Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mengenai tindakan wajar diambil terhadap Nurul Izzah.

Katanya, berdasarkan enakmen kawalan agama, mana-mana orang secara lisan atau bertulis mempersendakan atau menyebabkan Islam dipandang hina boleh dikenakan hukuman tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Jawapan Mashitah itu kemudiannya disanggah Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) yang menggesa supaya Mashitah segera menarik balik kerana gagal kenyataan Nurul Izzah sepenuhnya.

`Kamu angkuh'

"Saya minta timbalan menteri sebelum buat apa-apa pertuduhan, atas perkara dakwaan yang dilemparkan kepada Lembah Pantai, apakah timbalan menteri tahu kenyataan sebenar yang disebutkan Lembah Pantai?"

"Lembah Pantai kata ada salah laporan … tapi Sri Gading tak faham," tegasnya.

Kenyataan Dzulkefly itu kemudiannya mendapat respon daripada ahli Parlimen BN yang mempertahankan Mashitah.

"Kamu angkuh!", Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) kepada Dzulkefly.

"Timbalan menteri tidak membuat tuduhan!" sahut Mohamad Aziz.

Mashitah turut mempertahankan kenyataannya itu tidak menuding jari kepada mana-mana pihak, sebaliknya hanya menjawab pertanyaan Mohamed.

Sementara itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan semalam terkejut dan kecewa dengan kenyataan Nurul Izzah.

Sultan Sharafuddin, menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa turut menyanggah pandangan orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan memilih agama lain dan keluar Islam.

P/s: nampaknya isu ni makin panass..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...