Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT!! Video Kemalangan yang Ngeri!!
- PANASS!! Lagi Perumahan Kos Rendah Jadi Gula-Gula PRU Pas Kedah! #TukarKedah
- GEMPAR!! Pulau Pinang Akan Adakan Konsert Arak dan Seks Besar-besaran!!
- PANASS!! Video yang membuktikan Ramai Melayu Murtad!
- PANASS!! Lagi Laporan POLIS Keatas Pentadbiran KUIN!! Bakal Di Saman! #TukarKedah
- PANASS!! Cerita MKK Pas, Cuba Cabul Isteri Orang!! #TukarKedah
| HOT!! Video Kemalangan yang Ngeri!! Posted: 13 Nov 2012 07:17 AM PST Kemalangan yang berlaku di China.Kelihatan seorang penunggang motorsikal dan pembonceng yang teragak agak mahu menyeberangi jalan dan akhirnya mereka dilanggar oleh sebuah lori treler yang membawa muatan berat.. | ||
| PANASS!! Lagi Perumahan Kos Rendah Jadi Gula-Gula PRU Pas Kedah! #TukarKedah Posted: 13 Nov 2012 04:39 AM PST Nampak tanah kosong kat bawah ni? Sebenarnya ini tapak projek perumahan yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 2010. Namun sehingga kini, selepas tapaknya ditambak, projek ini dibiarkan begitu saja, selama dua tahun. Terbiar sepi! Namun selepas projek perumahan ini sangkut dan tidak berjalan. Hanya ada pecah tanah, perasmian dan tambak tanah merah. Projek ini terus dijadikan padang jarak, padang terkukur. Lagi gambar dibawah, Apa yang Pas Kedah janjikan sebenarnya? Cuba tengok risalah manifesto Pas yang mereka janjikan dulu. Biasalah.. janji bulan bintang memang pandai, main sembur, tak payah pakai modai, memang la senang nak berjanji. Bila tiba masa nak kena buat. Satu benda pun depa tak boleh buat. Sekarang ni, PRU dah makin hampir. Mc dengar ada lagi pecah tanah Kerajaan Negeri Kedah buat untuk perumahan kos rendah. Kali ni kat mana pula tanah depa nak kelentong. Rakyat Kedah tolongla jangan percaya dengan Kerajaan Negeri Kedah ni, depa janji nak buat, belum tentu depa boleh buat. Kalau janji yang lepas pun masih tak terlaksana, inikan pulak janji baru. Kiranya sapa yang percaya tu memang lembu tahap dewa la. Tak serik ka rakyat Kedah dok kena muhung berulang kali? Cukuplahh.. jangan dok perbodohkan diri sangat. Mc nak sambung pada satu rakan blog Kedah juga, beliau mengulas mengenai perkara ini dengan bagus sekali. Nak baca meh klik kat SINI McTheory: Gula-gula PRU, rakyat Kedah kena faham.. | ||
| GEMPAR!! Pulau Pinang Akan Adakan Konsert Arak dan Seks Besar-besaran!! Posted: 13 Nov 2012 01:16 AM PST Heboh diperkatakan dalam kalangan masyarakat setempat dan juga kakitangan hotel berhampiran mengenai sebuah konsert arak yang bernilai RM3 juta di Batu Feringghi. Konsert berkenaan sebelum ini sudah digembar-gemburkan melalui laman sosial Facebook syarikat arak tersebut dengan mengadakan pertandingan 'Teka di mana konsert akan diadakan'. Malah secara terbuka di dalam laman sosial itu penganjur mendedahkan akan mengadakan parti terbuka secara besar-besaran iaitu dengan promosi What do you think of a massive party on the beach? Menurut sumber, konsert itu diperkatakan beberapa kakitangan hotel berdekatan dan menjadi bualan hangat sejak minggu lalu. "Konsert tersebut bukan anjuran mana-mana hotel kerana ia tidak terletak dalam premis hotel sebaliknya pentas utama konsert didirikan di pantai awam secara terbuka "Nilai konsert tersebut diperkatakan kerana rata-rata pekerja hotel mengatakan konsert tersebut nampak gah dan sudah tersebar khabar angin ia bernilai RM3 juta, mana-mana kakitangan pun akan cakap benda yang sama, iaitu 'konsert RM3 juta mana tak meletup'," katanya ketika ditemui Sinar Harian. Persiapan giat dijalankan TINJAUAN ke lokasi konsert tersebut mendapati beberapa kakitangan sibuk membuat persiapan terakhir untuk memasang lampu dan juga khemah. Pentas konsert yang terletak di kawasan pantai itu dibina dengan begitu gah dihiasi dengan belon-belon gergasi di sepanjang pantai. Khemah-khemah dibina mengelilingi pentas konsert sementara kelihatan slogan 'bersedia untuk berparti?'. Difahamkan lagi, sememangnya konsert berkenaan dianjurkan oleh sebuah syarikat arak dan menelan belanja kos pengangkutan begitu besar. Sumber berkata, kren beberapa tan memenuhi pantai Batu Feringghi sejak minggu lalu sementara lori arak sudah mula masuk sejak tiga hingga empat hari lepas. Tiada surat kebenaran APA yang menjadi tanda tanya kenapa penganjuran konsert arak secara besar-besaran itu diluluskan sedangkan ia diadakan secara terbuka di pantai awam. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komunitinya (JKKK) Batu Feringghi, Jamaluddin Hashim berkata, pihaknya sendiri selaku jawatankuasa setempat yang bertanggungjawab tidak diberitahu mengenai penganjuran konsert itu. Menurutnya, dia begitu kecewa kerana sebagai JKKK tiada sebarang surat menyurat dikemukakan kepada pihaknya. "Sehingga kini kami sudah menerima aduan khasnya daripada pihak masjid yang mana meminta supaya tindakan diambil, bukan satu atau dua aduan, sebaliknya dari minggu lalu memang ada aduan yang diberikan. "Mengikut maklumat diterima, mereka kata konsert itu adalah konsert malam bersuka ria, dan pada hemat saya ia sememangnya tidak patut diadakan. "Daripada pengamatan saya juga sudah dapat lihat ada anak-anak muda Islam kita yang sudah seronok mendengar konsert berkenaan, untuk maklumat juga, jet ski sudah habis ditempah oleh mereka (penganjur konsert). "Memang jet ski sudah mula sejak pagi sampai ke tengah malam dan ia mengganggu penduduk dan juga orang lain, tambahan lagi ia melibatkan penggunaan arak secara besarbesaran," katanya. Untuk tindakan, JKKK Batu Feringghi akan membangkitkan isu berkenaan melalui mesyuarat bersama Kerajaan Negeri pada 11 November ini. JKKK perlu ambil tindakan BAGI Yang Dipertua Persatuan Kariah-Kariah Masjid Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Mohamed Yussof Latiff bertegas sekiranya majlis seumpama itu diadakan, ia akan merebak secara berterusan. Tegasnya, mungkin pada permulaan ia diadakan di pantai dan kemudiannya kemungkinan akan diadakan di pelosok kampung mahupun tempat terbuka lain. "Banyak kesan negatif yang boleh dapat daripada penganjuran konsert sebegini, dan sepatutnya JKKK perlu ambil tindakan kerana ini adalah kawasan mereka dan laporan polis perlu dibuat sekiranya mereka tidak tahu menahu. "Mengikut peraturan, manamana perhimpunan di tempat awam perlu diambil tahu oleh majlis perbandaran ataupun polis, jadi sekiranya ia tanpa kawalan syarikat arak ini boleh diambil tindakan," katanya. Jaga pantai milik awam SEMENTARA itu Yang Dipertua NGO Pantai, Saiful Lizan Yusoff ketika dihubungi berkata, dia langsung tidak tahu mengenai penganjuran konsert arak berkenaan. Namun dia kecewa kerana diadakan secara terbuka di pantai awam milik rakyat Pulau Pinang. "Kalau ia diadakan secara tertutup sudah pasti tidak menjadi isu kerana itu hak mereka, tetapi ini ia diadakan di pantai awam pula. "Menjadi kesalahan sekiranya mereka minum arak di tempat terbuka kerana pantai adalah terbuka hak kita semua, jadi bagi saya ini adalah sesuatu yang dikesalkan," katanya. Arak bukanlah sesuatu yang baik dan dalam agama Hindu juga ia tidak digalakkan dan boleh diharamkan, demikian tegas Presiden Persatuan Hindu Pulau Pinang, V Palanasamy. Beliau berkata, pihaknya menentang penganjuran konsert yang bermotifkan arak secara terbuka. "Jika tertutup itu tidak mengapa, ini dilakukan secara terbuka dan anak muda senang terpengaruh, tengok orang seronok mereka pun ingin seronok sama." katanya. Sementara itu Yang Dipertua (YDP) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man yang dihubungi Sinar Harian tidak dapat memberi maklum balas. SINAR ONLINE | ||
| PANASS!! Video yang membuktikan Ramai Melayu Murtad! Posted: 12 Nov 2012 10:16 PM PST Video ini membuktikan bahawa ramai umat Islam di Malaysia telah dimurtadkan oleh gerakan halus kristianisasi di Malaysia. Walaupun agama Islam dan undang-undang Malaysia melarang umat Islam dari murtad, namun ianya tetap terjadi. Ramai melayu yang murtad, makin lama, makin ramai. Itu dilarang.. kalau digalakkan macam mana? Seperti mana Nurul Izzah yang galakkan Melayu murtad. Oleh itu jauhkanlah kita dari menyokong pemimpin seperti ini dan parti yang dibawah pimpinannya. McTheory: Kalau puak ni jadi kerajaan, habisla umat Islam.. | ||
| PANASS!! Lagi Laporan POLIS Keatas Pentadbiran KUIN!! Bakal Di Saman! #TukarKedah Posted: 12 Nov 2012 07:16 PM PST Nampaknya KUIN tidak sunyi daripada kontroversi. Pelbagai masalah yang timbul dan Mc diberitahu, banyak lagi masalah dalaman yang pentadbiran KUIN hadapi. Semuanya bermula dari kepimpinan tertinggi yang tidak peka dan tidak bijak untuk mengatur langkah Kolej Universiti terbabit. Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung Malaysia (PSSPGM) Kedah semalam membuat laporan polis berkaitan program ijazah Sarjana Muda Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat ijazah Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa masih tidak mendapat pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bendahari Kehormat PSSPGM Abi Norzuwadin Abdullah berkata laporan polis itu dibuat kerana kecuaian Kuin menawarkan kursus yang masih belum mendapat pengiktirafan MQA. Walaupun masalah pengiktirafan itu belum selesai, Kuin tetap membuat pengambilan kedua untuk kursus sama, katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini semalam. "Saya difahamkan seramai 30 pelajar sedang mengikuti kursus pengajian dalam bidang tersebut. Saya harap isu ini diselesaikan segera," katanya lagi. Siapa tak sakit hati, duit dah habis, masa dah terbuang, study bagai nak rak. Dapat ijazah, rupanya tak laku. Memang la sakit hati. Dari buang masa belajar benda tak berguna, baik jual goreng pisang, rasanya dah boleh beli rumah. Mc syorkan pelajar KUIN yang dapat ijazah tak laku tu, failkan saman keatas KUIN. Biar mahkamah tentukan. Biar jadi pengajaran pada yang lain pulak. Apa punya haprak Pas Kedah ni, nama kata Islam, tapi aniaya orang nombor 1. McTheory: Orang macam ni la yang jatuhkan martabat orang Islam yang lain.. | ||
| PANASS!! Cerita MKK Pas, Cuba Cabul Isteri Orang!! #TukarKedah Posted: 12 Nov 2012 04:37 PM PST
Semalam Mc dihubungi oleh sahabat Mc yang menetap di Baling. Kiranya dia ni memang orang Baling pior la. Mc ingat dia sengaja nak call Mc nak tanya kabar ke, nak ajak pergi mancing ke. Rupanya dia call nak sampaikan satu cerita panass. Panas? Ya, panass bro! Kisahnya berlaku dua minggu lepas. Biasala orang Pas ni memang tak dapat dipisahkan dengan cerita seks-seks ni. Mungkin puak Pas ni terpengaruh dengan iklan-iklan ubat kuat yang bersepah-sepah kat dalam harakah tu. Kisahnya macam ni, seorang MKK Pas di sebuah kampung dalam daerah Baling, dia yang berumur lingkungan 70an. Disyaki cuba mencabul isteri orang. Perbuatan terkutuk itu dilakukan di hadapan sebuah masjid. Apabila dia dikatakan cuba memeluk isteri orang itu dengan sengaja. MKK ni dulu memang terkenal dengan romeo kampung. Zaman mudanya dulu memang habis semua anak dara dan bini orang disapunya. Namun setelah berumur, mungkin orang kampung fikir dia dah insaf lalu diangkat menjadi AJK masjid. Dia juga selalu dibenarkan beri tazkirah kepada orang kampung. Kerana dia juga orang kuat masjid dikampung berkenaan. Namun selepas peristiwa tersebut, dia tidak lagi dibenarkan untuk memberi takzirah. Malah dia dimarahi oleh S/U Pas kawasan tersebut supaya menjaga diri. Cerita ini masih lagi menjadi cerita dalam kain dikalangan orang Pas. Kiranya mereka mengawal cerita ini dari tersebar. Takutlah, cerita MKK Pas mencabul isteri orang tersebar. Kalau tersebar, apa mereka nak jawab dengan orang atas? ye tak? Tapi rasanya lepas ni memang ia akan tersebar jauh. Jawabla dengan ketua masing-masing. Cerita buruk yang mendatangkan mudarat memang tak elok disimpan. Kalau disimpan, orang takkan tahu apa kejadian sebenar yang berlaku. Moral cerita ni ialah, berhati-hati dengan orang Pas walaupun mereka tua, namun kegatalan mereka tidak pernah berkurang. Islam hanya topeng, bini orang pun depa nak sapu, Teruk betui puak ni! McTheory: Selamatlah peluk tak lama, kalau lama dah tentu lain jadinya! |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.








No comments:
Post a Comment