Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


TANGISAN HADI AWANG SEBAK AMINKAN DOA PERHIMPUNAN UMNO MALAM TADI.

Posted: 27 Nov 2012 06:22 PM PST




Doa mukadimah Perasmian Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO pada malam tadi sewajarnya melahirkan rasa insaf buat umat Islam di Negara ini.

Tatkala PAS mendoakan UMNO dimusnahkan sebagaimana Kerajaan Fir'aun ditimpa bala, UMNO membalas doa dengan memohon kesemua Ahli dan Pimpinan PAS dibuka hati mereka menerima persaudaraan bersama UMNO, diberi petunjuk agar dibangkitkan semangat perpaduan ummah tanpa mengira ideologi politik dan dibuka pintu hati mereka agar kembali insaf akan tindak tanduk mereka mendurjanakan persaudaraan Islam dek kerana kerjasama bersama rakan parti yang anti akan Perundangan Islam demi kuasa.





Doa ini nyata menzahirkan prinsip UMNO yang terus berjuang memperutuhkan Ummah walaupun dikecam dengan doa PAS yang nyata taksub akan kuasa.

Hadi Awang selaku Presiden PAS cuba mengalih perhatian dengan mendakwa doa tersebut dibolehkan bagi sebuah Kerajaan zalim. Adakah Kerajaan BN sezalim Kerajaan Firaun? Adakah pimpinan Najib Tun Razak bertindak mengarahkan pembunuhan anak2 lelaki yang dilahirkan sebagaimana yang diperlakukan Fir'aun gara2 gentar akan dijatuhkan kuasa?

Adakah pimpinan Najib mengamalkan konsep Hamba Abdi sebagai tenaga buruh dalam membangunkan Negara seperti yang diperlakukan Fir'aun?

Percayalah, Hadi Awang pasti sebak mendengar doa yang dibacakan wakil Pemuda UMNO pada malam tadi. Sudahlah. Jangan mudah terpengaruh dengan rakan kamu Anwar Ibrahim yang sememangnya pernah menjadi musuh dalam selimutmu. Kerana manusia seperti Anwar hanya mahukan kuasa. Dan orang seperti kamu bakal dicantas satu hari kelak.

 


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...