Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


KHALID GAGAP ARAH SYABAS BEKU PROJEK NAIK TARAF PAIP AIR.

Posted: 26 Nov 2012 06:36 PM PST




Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa "bersandiwara" dengan menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) apabila gagal menurunkan kadar Air Kurang Berhasil (NRW) sedangkan beliau mengarahkan Syabas untuk membekukan kerja menaik taraf paip air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Sulaiman Abdul Razak berkata ketika sidang Dun semalam menegaskan, Abdul Khalid bertanggungjawab mengeluarkan surat arahan kepada Syabas untuk membekukan syarikat itu menaik taraf sistem perpaipan, dan menjadi punca Syabas gagal mencapai sasaran penurunan 19 peratus kadar NRW pada 2012, sebaliknya masih berada pada paras 32 peratus.

"Isunya di sini, Syabas tidak berjaya menurunkan kadar NRW kerana kerajaan negeri yang menghalang Syabas melakukan usaha NRW.

"Kerana ada surat dikeluarkan sebagai arahan rasmi daripada kerajaan negeri supaya membekukan Perbelanjaan Modal (Capex) yang khusus kepada menaik taraf saluran air untuk tempoh 2009 hingga 2011, dan 2012 hingga 2014," katanya.

Sulaiman turut menegaskan, Abdul Khalid hanya menggunakan helah menyelesaikan NRW daripada memberi kelulusan untuk projek pembangunan loji rawatan air Langat 2.

"Menteri besar cuba alih isu ... selesaikan NRW daripada memberi kelulusan untuk Langat 2. Menteri besar bersandiwara ... beliau yang  memberhentikan Capex.

"Syabas hanya dibenarkan membuat kerja-kerja yang kritikal," katanya lagi.

Justeru, tindakan itu jelas Sulaiman menyebabkan projek penggantian paip air sepanjang 6000 km yang dijalankan Syabas gagal dilaksanakan, sebaliknya syarikat berkenaan hanya berjaya menukar sepanjang 800 km paip berkenaan berikutan pembekuan tersebut.

Sebelum itu, soalan sama yang diajukan Sulaiman di dalam Dewan, namun tidak dijawab Abdul Khalid.


ANWAR BERJAYA HERET PEGUAM PERANCIS KE PARLIMEN ESOK?

Posted: 26 Nov 2012 06:23 AM PST




Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak membenarkan seorang peguam Perancis, yang dijemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan taklimat di Bilik Taklimat, Bangunan Parlimen esok.

Perkara itu dinyatakan oleh Pandikar Amin dalam sepucuk surat rasmi kepada Anwar hari ini.

Salinan surat itu diedarkan kepada wartawan oleh MP Batu Tian Chua.

Dalam surat itu, Pandikar menjelaskan kehadiran peguam Perancis berkenaan untuk membincangkan isu pembelian Scorpene mendapat bantahan rasmi daripada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC). 

"Bantahan itu dikemukakan demi menjaga kedaulatan dan nama baik institusi Parlimen supaya kekal terpelihara dan juga agar tidak dilibatkan dalam perkara seumpama ini demi keharmonian dan kesejahteraan negara," katanya dalam surat itu. 

Pandikar Amin menjelaskan keputusan muktamad berkenaan adalah sejajar dengan arahan dan keputusan beliau dalam Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 8 Nov 2012 mengenai isu keselamatan Parlimen Malaysia dan penggunaan ruang sidang media dengan mengambilkira keistimewaan dan hak-hak Ahli Parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 93 dan 94.

"Ini adalah demi memastikan tahap integriti, keluhuran dan kedaulatan institusi Parlimen Malaysia tetap terpelihara sepanjang masa," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan pendirian BNBBC iaitu jika agenda peribadi berkenaan hendak diperjelaskan bolehlah menggunakan ruang lain seperti ibu pejabat parti, pejabat Suaram atau lain-lain premis awam yang bersesuaian tanpa melibatkan institusi Parlimen Malaysia.  

"Seharusnya sebelum tetamu undangan Datuk Seri (Anwar) dibenarkan masuk dalam kawasan Parlimen, suatu kebenaran perlulah diperoleh daripada saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat terlebih dulu.

"Namun demikian, sehingga kini saya tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada Datuk Seri (Anwar) melainkan surat yang memaklumkan kepada saya hasrat Yang Berhormat untuk membawa tetamu undangan yang dimaksudkan iaitu seorang peguam Perancis masuk ke Parlimen Malaysia," kata Pandikar Amin.




AMARAN MAHATHIR BUAT PEMIMPIN AGEN ASING..!!

Posted: 26 Nov 2012 04:25 AM PST




Mana-mana pihak yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus menerima kenyataan itu dan diharap tidak membuat sebarang provokasi seperti demonstrasi yang akhirnya akan menyebabkan huru-hara berlaku dalam negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa kini terdapat juga pihak yang sudah pun mencipta suasana tidak selesa itu dengan memberitahu orang ramai bahawa PRU13 akan datang adalah pilihan raya yang tidak adil.

"Mereka menghasut orang ramai sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka akan  membuat demonstrasi.

"Ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan dan akan membuat demonstrasi.

"Mereka akan mengata ketidakadilan dan penipuan telah berlaku," kata beliau pada sidang media Forum Antarabangsa bertemakan Konflik dan Perdamaian Dalam Politik: Mengimbas Kembali atau Memandang Ke Hadapan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan media tentang demokrasi yang dilihat sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

Beliau bagaimanapun berpendapat, pendekatan demokrasi itu sendiri tidak cacat tetapi terpulang kepada pengamalnya.

"Semuanya bergantung kepada pengamalnya terutamanya ketika menerima kekalahan," kata beliau.

Mengulas mengenai taktik pembangkang yang menggunakan demonstrasi untuk menyatakan bantahan, beliau mendakwa, perkara itu menjadi satu instrumen kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengatur langkah ke Putrajaya dan untuk menjadi
Perdana Menteri.

Dr Mahathir juga mendakwa, merancang demontrasi merupakan kemahiran tinggi Anwar dalam membuat persiapannya itu.

"Persiapan Anwar ialah membuat demonstrasi awam. Sebelum ini tidak pernah ada demonstrasi.

"Malah masa dia (Anwar) dalam kerajaan, dia sendiri menentang demonstrasi,tetapi sekarang sejak dia keluar penjara, sering kali berlaku demonstrasi termasuk Bersih dan Himpinan Hijau," katanya.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...