Gelombang Rakyat |
- MUKTAMAR PAS - DEWAN PEMUDA KECAM HARAKAH HINA USTAZ NASHA!!
- HINA AGAMA LAGI - ANWAR SAMBUT AWAL MUHARRAM DI KUIL HINDU.
- ANWAR MAKI ULAMA' ANJING GARA2 MUFTI PERAK NASIHAT NURUL IZZAH..!!
- KULI AKHIRNYA.. HARAP INI 'TAUBAT' YANG TERAKHIR.
| MUKTAMAR PAS - DEWAN PEMUDA KECAM HARAKAH HINA USTAZ NASHA!! Posted: 14 Nov 2012 10:43 PM PST Satu usul untuk menghentam lidah partinya, Harakah dijangka akan dibentangkan dalam perbahasan Muktamar Pemuda PAS di Kota Bharu hari ini. Usul berkenaan yang akan dikemukakan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, mendakwa mutu pemberitaan Harakah merosot dan media itu juga "kurang kredibiliti" sebagai lidah parti. Salinan senarai usul berkenaan, yang diperolehi pemberita, juga mendakwa Harakah tersasar dari matlamat penubuhannya. Selain itu, usul itu juga menyebut Harakah "tidak membawa aspirasi jemaah dalam memacu kebangkitan gerakan Islam abad ke-21". Usul berkenaan seterusnya mendesak pimpinan parti supaya menstruktur semula sidang redaksi Harakah. Ia turut menggesa supaya PAS membentuk jawatankuasa khas untuk menapis kandungan akhbar tersebut, termasuk edisi dalam taliannya, Harakahdaily. Harakah sebelum ini diserang oleh bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali sejurus sebelum dipecat daripada parti tersebut. Hasan antara lainnya menyifatkan Harakah sebagai akhbar yang memberi kurang liputan kepadanya berbanding media arus perdana. Harakah juga, kata Hasan, memberi lebih liputan kepada parti komponen Pakatan Rakyat dan bukannya ahli partinya sendiri. Harakah pada Disember lalu turut dikritik timbalan ketua pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz kerana menerbitkan karikatur yang menyindir bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa. Nasharudin, seperti juga Hasan, mengkritik PAS kerana bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan menyeru parti Islam itu supaya meninggalkan Pakatan. |
| HINA AGAMA LAGI - ANWAR SAMBUT AWAL MUHARRAM DI KUIL HINDU. Posted: 14 Nov 2012 06:23 PM PST Sewajarnya rakyat Malaysia yang memegang pelbagai penganut Agama menyelar tindakan seorang Pemimpin No. 1 Pembangkang bernama Anwar Ibrahim. Semakin lama semakin liar menyalahgunakan Agama sesuka hatinya demi tarikan sokongan peribadi merampas Putrajaya. Lihat sahaja gambar tertera di atas. Apa yang cuba diperlakukan Pemimpin ini? Adakah masyarakat Hindu sanggup membenarkan Anwar menghina agama tersebut dengan menjalani aktiviti agama melibatkan seorang individu yang beragama Islam? Dan tidakkah ianya turut jelas bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri? Mana pemimpin2 Islam dari PAS dan PKR yang sanggup bersubahat dengan beliau, yang didakwa bakal Perdana Menteri Malaysia? Beriya2 mahu mempamerkan diri jaguh rakyat jelata mengutuk amalan rasuah? Memang salah seseorang itu merasuah. Akan tetapi adakah tingkah laku Anwar ini lebih terpuji dari amalan rasuah? Dengan tuduhan tanpa bukti terus ditanam persepsi jahat sedemikian rupa. Adakah tindakan Anwar ini tidak berdosa di sisi Agama melainkan rasuah semata2? Jangan cuba kaburi mata rakyat. Kelak kamu memakan diri Anwar. 'SYABAS' buat PAS. Teruskan subahat kamu itu. Kalau disebabkan tingkah laku ini menyebabkan Anwar berjaya menawan Putrajaya, ianya satu sejarah paling menghinakan yang bakal tercatat dalam sebuah Negara di Malaysia. Tiada sejarah paling mulia tercatat dalam Negara melainkan perjuangan UMNO pada akhirnya, berjaya merealisasi kemerdekaan Negara. Dengan cara dan pendekatan yang bermaruah di sisi Agama dan Negara. |
| ANWAR MAKI ULAMA' ANJING GARA2 MUFTI PERAK NASIHAT NURUL IZZAH..!! Posted: 14 Nov 2012 06:24 AM PST Walaupun dicemuh dan dimaki dengan gelaran Anjing, nyata Mufti Perak Ustaz Harussani tidak pernah berputus asa dalam menegakkan dakwah Islam bagi menyelamatkan Malaysia dari ancaman musuh dalam selimut Agama Suci Allah. "Dia perlu bertaubat, bertaubatlah dan tarik balik kenyataan dalam ucapannya itu. Minta maaflah kepada semua. Manusia ini tidak lari daripada melakukan kesilapan, kita mudah melakukan kesilapan." Itu nasihat beliau apabila menonton sendiri kenyataan kontroversi Nurul Izzah berkaitan hak kebebasan beragama menerusi salah satu forum berkaitan Negara Islam anjuran NGO baru2 ini. Akan tetapi, Anwar telah menanam persepsi meruntuhkan usaha Ustaz Harussani ini dalam memainkan peranannya selaku salah seorang Ulama' di Negara ini. Maka diarah penyokong2 nya memekakkan telinga terhadap setiap kenyataan beliau. Malah diarah pula dengan pelbagai cemuhan seolah2 Anwar mengepalai sebuah Kumpulah Jahiliyah menentang sebarang dakwah Islam. Sama seperti yang berlaku pada zaman penyebaran Agama Islam para Khulafa' Ar Rasyiddin satu ketika dahulu. Mengapa dicemuh? Kerana mengkritik pendirian rakan sekutu Anwar dari DAP berkaitan soal perlaksanaan dasar Islam. "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata." Itu kenyataan Nurul Izzah selaku panel dalam forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?" baru2 ini. Bukti lebih jelas? Tonton Video di atas yang sempat dirakamkan pada Forum berkenaan. Lagi artikel Berkaitan (KLIK pada tajuk di bawah) :- ISU MURTAD DARI PANDANGAN WARIS JARI HANTU ANWAR..!! |
| KULI AKHIRNYA.. HARAP INI 'TAUBAT' YANG TERAKHIR. Posted: 14 Nov 2012 04:19 AM PST Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan. "BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini. "Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu," katanya kepada pemberita selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini, hari ini. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof, Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang, Azman Ngadiron dan Pegawai Jabatan pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) daerah Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz. |
| You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment