BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ANDA NAK TAHU KENAPA HAMAS HARGAI UMNO ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 27 Nov 2012 03:00 PM PST


Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia.Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia.Apabila dikatakan Malaysia,maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya.Justeru,secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga.Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia,UMNO,sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia,terutamanya,dunia Islam.Alhamdulillah,atas segala khidmat bakti itu,hari ini,bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan,tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam.Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas,Osama Hamdan,iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang,yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012.menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.UMNO juga,kata beliau,sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). 

Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel.Antaranya,dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini,Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik,meminta Presiden Amerika Syarikat,Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza.Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten.Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah,Ogos lalu,beliau menyatakan hal ini secara tuntas.Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO,BN dan Malaysia sejak sekian lama.Di masa yang sama,beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestin sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu. Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestin.Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel,kita dan juga Palestin,harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya PR berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti. Bukan rahsia lagi,bahawa bakal Perdana Menteri PR,iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.Malah,tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel. 

Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri,Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia,iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait.Nasharudin,sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut.Ini kerana,menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti.Justeru,pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia.Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa. 

Malah,pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar.Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi 'keIslaman' PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia. Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri,tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini,jauh sekali di negara lain.Hakikatnya,PAS,sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri,serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari 'masjid' rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri. Selama 2 dekad memerintah Kelantan,PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja.PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi. Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia. Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam. Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS,dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling 'genting' dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini.Yang saya hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO ???

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! TEKS UCAPAN TS MUHYIDDIN YASSIN DI PERASMIAN MESYUARAT WANITA,PEMUDA & PUTERI UMNO 2012 KHAS UNTUK ANDA !!!

Posted: 27 Nov 2012 11:00 AM PST


YB Naib-Naib Presiden UMNO YB Setiausaha Agung UMNO Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Barisan Exco Wanita,Pemuda dan Puteri Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.
1. Alhamdulillah, UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya. Negara kita telah merdeka 55 tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri, dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran. 

2. Kita bersyukur, kerana hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan. Pada masa yang sama, kita melonjak ke ambang negara maju dan melakar masa depan yang meyakinkan. Impian kita, harapan kita, hanyalah membina negara Malaysia yang berjaya dari Perlis hingga ke Sabah, dan sentiasa berada di bawah naungan Ilahi seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim: وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ Yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. (Surah Al-Baqarah, Ayat 126) Saudara dan saudari yang saya hormati, Politik Perkongsian Kuasa 

3. Menghimbau 55 tahun yang lalu, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama seperti di Sri Lanka, Fiji dan Myanmar ketika negara-negara ini berada di ambang kemerdekaan. Kesemuanya adalah bekas tanah jajahan British yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Apabila British terdesak untuk melepaskan penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu, dan apakah bentuk negara yang mahu dibina. 

4. Kecuali di Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum. Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun, persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara, kemusnahan dan kemunduran. 

5. Di Fiji, etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada tahun 1970. Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa. 

 6. Lebih malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti. Walaupun Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam dilayan dengan begitu teruk sekali. Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan. Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia. Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, KEBIJAKSANAAN POLITIK UMNO: MUAFAKAT UNTUK BERKONGSI KUASA 

7. Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dengan izin Allah s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini. 

8. Kesemua ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri. Sudah tentulah ada sebab musabab yang menjadikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur antara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu itu, iaitu UMNO, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974, muafakat kita semakin kukuh dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili pelbagai etnik dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak. 

9. Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional. 

10. Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini. 

11. Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik. PAS sebagai contoh pernah menuduh UMNO sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir'aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional. 

12. Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka menerima pendirian UMNO dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama UMNO. Malah, DAP menuduh UMNO sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan kebencian orang bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional. 

13. Sebenarnya saudara-saudari, PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional, supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita. 

14. Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, bukannya MCA, bukannya MIC, bukan juga parti-parti komponen BN yang lain. Sebaliknya ia didalangi oleh PAS dan DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi PAS masuk syurga, sembelihan orang UMNO tidak halal, solat berimamkan orang UMNO tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang UMNO yang merupakan saudara seagama mereka. Merekalah yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian. Sutera dilipat habis dicuci Tersimpul kemas di dalam laci Kalau hati berkarat benci Terpacul di mulut nista dan caci PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT 

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian, 

15. PAS dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini PAS dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional. Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju. Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza. 

16. Mari kita lihat tiga senario di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka. Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS sehingga kini tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Walhal, sebagai parti yang mengaku memperjuangkan Islam, wakil rakyat PAS lah yang sepatutnya diberikan kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya, DAP tidak percaya kepada PAS. 

17. Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Hari ini, apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS, malah menentang dasar Islam PAS. 

18. Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan. Akibat pertelagahan ini, Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang oleh beliau, diambil alih oleh Menteri Besar dari PKR. 

19. Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas. PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa. Saudara dan saudari, 

20. Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang? Saya pasti saudara dan saudari yang berada di dalam dewan ini, dan juga tuan-puan yang mengikuti ucapan saya di luar sana, tahu apa jawapannya. Tidak mungkin PAS boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam. 

21. Selama ini pun PAS sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen. 

22. Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999. Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala, dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi. 

23. Berbeza dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang kita tandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan kita menjadi parti teras dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional. 

24. Mungkin PAS akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam. Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha PAS untuk menegakkan Islam. Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam. Janganlah kita biarkan PAS berbohong lagi untuk kali ke-13. 

25. Dengan kedudukan PAS yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh. 

26. Jika tidak boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu? Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi PAS tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi PAS dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. 


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! MAHFUZ OMAR LAYAK JADI PM !!! APA KATA ANDA ??? KALAU MENANG LAH !!!

Posted: 27 Nov 2012 07:30 AM PST


Isu siapa calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat benar-benar merunsingkan fikiran ramai pemimpin PR,silap langkah ia bakal menjadi api dalam sekam yang membahayakan gabungan parti tidak berdaftar yang baru berusia setahun jagung itu.Kehangatan isu ini dimulakan oleh Dewan Ulama PAS dan disokong kuat oleh beberapa pemimpin PAS yang sepakat menamakan Hadi Awang sebagai bakal PM.Cadangan itu kemudiannya mendapat reaksi baik dari ahli dan perwakilan parti semasa Muktamar PAS Ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini.Jika tidak kerana cadangan tersebut,kekalutan sekarang tidak akan timbul sama sekali memandangkan pimpinan tertinggi PR sudah sepakat bahawa Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang diktiraf sebagai calon PM seandainya mereka menang dalam PRU 13.Apabila polemik ini semakin hangat hari demi hari,mahu tidak mahu ramai pemimpin PR terutama dari PKR dan DAP seboleh mungkin cuba menanam kembali keyakinan penyokong pembangkang supaya hanya fokus pada Anwar sahaja. 

Menangnya belum tentu,nak kekalkan semua empat negeri yang PR perintah sekarang pun dah tercunggap-cunggap dibuatnya,inikan pula asyik berebut dan bertelagah siapa yang layak jadi calon PM. Kalah angan-angan Mat Jenin.Angka empat bagi masyarakat Cina amat tak digemari, kata mereka suwey. Jadinya, bukahkah elok daripada PR sibuk nak ke Purtrajaya lebih baik cari jalan macam mana nak kekalkan empat negeri yang sedang mereka kuasai sekarang.Tapi kalau pemimpin PR percaya pepatah "yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat" itu hanyalah peribahasa karut dan tahyul,apa kata namakan sahaja Naib Presiden PAS,Mahfuz Omar sebagai calon PM,habis cerita.Jangan pandang lekeh pada Mahfuz,walaupun dirinya terkenal sebagai Mr Bean Malaysia yang tersohor dengan kenyataan lawak bodohnya,namun sehingga kini imej peribadinya masih bersih disebabkan belum ada lagi isu skandal seksnya yang terdedah pada umum.Cuba bandingkan dengan Anwar yang terbelit dengan isu cinadoll di atas katil berpijat sampai tergaru-garu badan si amoi dari depan ke belakang,kan ada bezanya dengan imej suci murni Mahfuz Bean,tak gitu pembaca Badut Rakyat ??? 

Hadi pula terbelenggu dengan masalahnya yang terkenal lembap dalam memimpin PAS serta terbukti gagal membawa halatuju parti itu sehingga akibatnya merendahkan kedudukan PAS di mata pemimpin PKR dan DAP.Jadinya,berdasarkan situasi rumit yang sedang membelit dua pemimpin besar PR dari PKR dan PAS itu,logiklah Mahfuz lebih layak untuk diketengahkan.Dengar ura-uranya tinggi juga cita-cita Mahfuz.Dia bukan sahaja pernah berangan nak jadi PM,malah sekarang ini pun sedang menyusun langkah untuk menikmati keempukan kerusi Menteri Besar Kedah dengan mengambil kesempatan dari perbalahan Ustaz Azizan dengan geng Phahrolrazi.Sekalipun Mahfuz tidak memiliki taraf pendidikan yang tinggi dan hanya sekadar lulus SRP namun beliau berpegang pada mottonya yang tersendiri iaitu pendidikan sepanjang hayat.Tampak memukau keinteklektualannya sesuai dengan tahap pendidikan sehingga lulus SRP.Ini sekaligus melayakkannya tergolong dalam kumpulan professional atas sifatnya sebagai bekas pengangkut beg di lapangan terbang.Nampak lagi hebat berbanding Anwar dan Hadi. Lagipun dari segi fahaman mazhab Islam,Mahfuz tidakpun tergolong sebagai Syiah mahupun Wahabi, itu satu kelebihan besar berbanding Anwar Ibrahim yang kini masih sebati dengan fahaman pluralisme dan liberalisme yang bercanggah dengan Islam.Berdasarkan beberapa sebab di atas,sukalah dicadangkan supaya pemimpin PR kembali bermanis muka dengan mempertimbangkan kelayakan Mahfuz sebagai calon rasmi PM.Dua bekas calon PM iaitu Anwar dan Hadi lupakan saja, kedua-duanya hanya menyebabkan penyokong PR makin pening kepala. 

RENUNG-RENUNGKAN 

KISAH BENAR !!! SAMAN @UTUSAN_MALAYSIA !!! BUKTI NURUL IZZAH MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!!

Posted: 27 Nov 2012 04:00 AM PST


selepas berminggu-minggu fikirannya berkecamuk dengan isu kebebasan bertukar agama bagi orang Melayu Islam yang tercetus akibat keterlanjurannya sendiri,akhirnya Naib Presiden PKR,Nurul Izzah mengambil keputusan nekad dengan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyaman Utusan berhubung isu orang Melayu bebas bertukar agama ini pada pandangan ramai sebenarnya agak pelik dan menimbulkan lebih banyak persoalan yang menuntut jawapan konkrit.Malah beberapa pemimpin PAS dan PKR yang berlatar belakang agama juga sedikit kurang senang dengan tindakan tersebut yang pada perkiraan mereka ia seumpama satu silap mata untuk mengabui mata rakyat.Dengan kata lainnya macam nak menipu rakyat dan mengalih isu sebenar.Saman tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman milik peguam pro PAS,Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 23 November 2012,anak perempuan sulung kepada Ketua Umum PKR itu antaranya menuntut Utusan memohon maaf dalam tempoh 24 jam.Lain-lain tuntutan termasuklah meminta defendan menarik balik tuduhan fitnah,ganti rugi am,ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau tanpa menyatakan nilai tuntutan yang dikehendaki. 

Jika Nurul Izzah merasakan dengan kaedah saman menyaman bakal mengambus isu ini dan menyelamatkannya dari terus dibayangi kesilapan dan keterlanjuran mulutnya sendiri,ternyata andaian itu silap sama sekali.Persoalan besar yang sedang bermain di minda khalayak tika ini ialah kenapa hanya Utusan yang disaman ??? Mengapa portal berita yang bias kepada PR iaitu Meloyakini terkecuali dari tindakan ??? anda nampak tak ada permainan politik di situ ??? Sedangkan media pertama yang menerbitkan berita berkenaan kenyataan Nurul Izzah di gereja bersabit isu kebebasan beragama untuk orang Melayu ialah portal Meloyakini yang pro pembangkang.Meloyakini,dalam artikelnya bertarikh 3 November 2012 di bawah tajuk "Nurul: There should be no compulsion in choosing faith" menyebut bahawa "rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu".

Perenggan pertama artikel Meloyakini itu jelas bermaksud bahawa orang Melayu juga wajar diberi hak untuk bebas beragama,dengan kata lainnya orang Melayu seharusnya boleh keluar daripada Islam ataupun dibenarkan murtad.Dalam konteks negara kita Malaysia,seseorang Melayu itu ditakrifkan wajib beragama Islam.Bila disebut orang Melayu automatik agamanya Islam,itu hakikat dan itu realiti.Melayu dan Islam berpisah tiada,ibarat aur dengan tebing.Jika Utusan disaman atas tuduhan memfitnah,bermakna bila Meloyakini dikecualikan dari tindakan maksudnya berita yang disiarkan oleh portal itu adalah benar,tidak begitu pembaca Badut Rakyat ??? Sekiranya isu kebebasan agama yang sedang memeningkan kepala Nurul Izzah tika ini hanyalah fitnah,langkah yang betul ialah menyaman kedua-duanya dan bukannya bertindak double standard.Kenapa mesti ada pendakwaan terpilih dan perbezaan tindakan,bukankah ini mendedahkan kepada umum betapa kebebasan bersuara ala PR yang sering dilaungkan sebenarnya hanyalah omong kosong sahaja. Terang lagi bersuluh, nawaitu sebenar pemimpin PKR itu dalam samannya terhadap Utusan hakikatnya hanyalah untuk menutup isu disamping cuba menipu rakyat.Ini sebetulnya satu cubaan untuk mematikan isu dan memutar belitkan kisah sebenar.

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! TIADA LAGI BONUS KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR !!! APA CERITA NI ???

Posted: 27 Nov 2012 12:30 AM PST


Musim persekolahan 2013 hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi,bagi kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang diperintah Kerajaan Barisan Nasional (BN),mereka tidak perlu risau memandangkan bonus sebulan gaji sedang menanti.Namun bagi kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan PKR Selangor,kini mereka tertanya-tanya sesama sendiri kenapa semasa pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar,Khalid Ibrahim pada 19 November 2012 minggu lepas di Dewan Undangan Negeri tiada sebarang bonus diumumkan ??? Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion,tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan.Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya. 

Biasanya asal sahaja Kerajaan Pusat mengumumkan bonus atau imbuhan kepada kakitangan sebagai penghargaan di atas kerjasama dan pengorbanan mereka,Kerajaan PKR Selangor akan segera mengumumkan imbuhan yang hampir sama atau lebih sedikit bagi menonjolkan kehebatan ekonomi dan kewangan negeri.Misalnya semasa Kerajaan Pusat memberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada kakitangan awam sempena menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas,Kerajaan Negeri pimpinan Khalid segera mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji diikuti dengan simpanan RM200.Kali ini bayang pengumuman bonus oleh Khalid Ibrahim satu pun tak kelihatan,sedangkan selama ini Khalid dengan bangganya mengumumkan Kerajaan Negeri memiliki rizab tunai sehingga RM2 bilion.Takkan atas kertas saja kot ??? Apakah MB Selangor telah dengan sengaja enggan untuk menghargai jasa pengorbanan kakitangan Kerajaan Negeri atau sememangnya merancang untuk mengurangkan kos perbelanjaan negeri dengan memotong bonus sebulan gaji ??? Takkanlah semata-mata mahu membuktikan Kerajaan Negeri pimpinannya mampu menyediakan bajet berimbang maka bonus penghargaan dinafikan dan nasib kakitangan negeri sanggup diketepikan. Sampai hati. Jika Kerajaan PKR Selangor sanggup berhabis RM100 juta untuk mengkaji kebolehlaksanaan kaedah storm water di hiliran sungai sebagai air terawat,kenapa tidak utamakan dulu kepentingan kakitangan awam ??? 

selama ini Khalid sering menafikan Selangor menghadapi masalah bekalan air,jadi apa gunanya mempersia-siakan wang rakyat RM100 juta untuk satu projek yang tidak diperlukan,tak begitu pembaca Badut Rakyat ??? Atau sebenarnya Kerajaan PKR Selangor pimpinan Khalid sedang dicengkam ketidakmampuan kewangan selepas saban bulan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM24 juta untuk program air percuma.Sebulan RM24 juta,setahun RM288 juta,dalam masa hampir 5 tahun bermakna sudah lebih RM 1 bilion wang rakyat dibelanjakan untuk program air percuma yang kaedah perlaksanaannya tidakpun merangkumi segenap lapisan masyarakat.Selain persoalan bonus sebulan gaji,kebanyakan PBT di Selangor juga sedang menghadapi kesukaran memperolehi dana perbelanjaan serta pengurusan. Silap langkah, jika keadaan ini berterusan mahunya banyak program pembangunan serta baikpulih kemudahan orang ramai bakal terjejas.Macam-macam hal dan permasalahan timbul sejak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor,dahlah menipu dalam kes pembelian bas mewah untuk kegunaan Ketua Umum PKR, manakala UNISEL pula kerugian berpuluh juta ringgit.Kini PBT pula merungut masalah dana kewangan dan kakitangan awam pula terpaksa terus mengharap tanpa kepastian entah bilalah bonus sebulan gaji dapat dinikmati sebagaimana kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan Pusat.Malang betul ber MB kan yang hanya tahu bercakap gagap tapi gagal total bila masuk bab kerja buat bermanfaat untuk rakyat.

RENUNG-RENUNGKAN 

KISAH BENAR !!! ANWAR IBRAHIM DI TOLAK KE GAUNG OLEH NEGARA BARAT !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Nov 2012 09:00 PM PST


Tindakan kerajaan Australia tidak melayan rayuan Ketua Pembangkang untuk masuk campur dalam proses pilihan raya Malaysia merupakan satu tempelak yang sudah pastinya amat sukar diterima oleh Anwar Ibrahim.Apa tidaknya,selama ini Anwar berfikir bahawa kawan-kawannya di negara Barat menyebelahinya dalam mengepalai pakatan pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.Tetapi beliau sekali pun tidak terfikir bahawa dalam pada sokongan berterusan yang diterimanya, Anwar tidak menyangka satu hari kelak negara-negara yang sama juga akan menjauhi daripada beliau. Inilah yang berlaku ketika Anwar menulis surat kepada Menteri Luar Australia,Senator Bob Carr yang mengandungi pelbagai fitnah dan dakwaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).Antara lain Anwar meminta Australia membantu dalam memastikan PRU ke-13 anbg bakal diadakan bersih daripada penipuan dan rasuah.Malah untuk menyakinkan kerajaan Australia,Anwar mendakwa kononnya mempunyai bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan penyelewengan lain dalam menghadapi pilihan raya.Walaupun sedalam mana pun Anwar memujuk Senator Bob Carr samada secara perbincangan peribadi atau perutusan surat,Australia tetap menolak taktik Ketua Umum PKR. 

Pertama,Australia bukanlah sobodoh seperti yang disangka Anwar kerana walaupun negara ini yakin kepada proses pilihan raya yang adil dan bersih,ia juga tahu bahawa adalah salah dan melanggar protokol hubungan antarabangsa untuk mencampuri urusan dalam negara lain.Apatah lagi kedua-dua Malaysia dan Australia adalah anggota dalam kesatuan negara-negara Komanwel.Kedua,tindakan Anwar itu menunjukkan usaha desperado seorang yang betul-betul kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup untuk meminta bantuan negara asing terlibat sama dalam pentadbiran negara.Bayangkan apakah reaksi apakah reaksi Malaysia jika Ketua Pembangkang Parlimen Australia menulis surat kepada Menteri Luar,Datuk Seri Anifah Aman meminta negara ini campur tangan dalam proses pilihan raya negara itu atas alasan yang sama.Jika Anwar sanggup membabitkan negara luar untuk membantunya mengapai impian menjadi Perdana Menteri,rakyat akan tertanya apa yang boleh beliau lakukan jika berkuasa di Putrajaya.Kemungkinan Anwar akan menggadaikan Malaysia demi membalas balik jasa kuasa-kuasa asing yang telah membantunya semasa menjadi Ketua Pembangkang. 

Hakikatnya sahabat-sahabat Anwar di negara-negara Barat dan juga kuncu-kuncunya di rantau Asia sudah mula sedar siapa beliau sebenarnya.Mereka mula berfikir sejauh mana bebaloi menyokong individu ini yang rela menjadi agen Barat dengan membawa agenda mereka tetapi padsa masa yang sama ditolak oleh rakyat.Pada negara luar yang dijadikanAnwar sebagai batu loncotannya untuk berkuasa,sudah tiba masanya kerjasama selama ini dikaji semula dan mungkin juga ditamatkan.Anwar sudah menjadi 'lost cause' atau perjuangan sia-sia samada pada Washington,London mahupun Canberra kerana 'pelaburan' mereka dalam Ketua Pembangkang itu tidak menampakkan hasil yang lumayan tetapi sebaliknya bakal menjadi perosak kepada hubungan baik mereka dengan Malaysia. Anwar sudah mula menjadi liabiliti kepada negara-negara luar yang menyokongnya dan penolakan Australia melayani permintaan beliau adalah permulaan kepada proses 'moving on' atau meneruskan kehidupan tanpa 'sahabat karib Barat' itu.Malaysia di bawah pentadbiran Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan prestasi pembangunan ekonomi yang amat membanggakan. Kejayaan memperkenalkan dasar serta program pembangunan negara yang innovatif dan berpandangan jauh dalam senario ekonomi global yang goyah dan tidak menentu telah menerima pujian daripada media Barat yang selama ini sememangnya kritikal terhadap Malaysia. 

Sudah tentunya negara seperti Australia mahu menumpang limpahan kemajuan Malaysia dalam tahun-tahun mendatang dan adalah tidak cerdik untuk mengambil pendirian menyokong Anwar yang tidak membawa apa-apa keuntungan.Jika Anwar cuba menjahanamkan ekonomi negara semasa krisis serangan penyangak matawang George Soros pada 1998 dengan usaha membawa masuk bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), kini negara Barat sedar bahawa agenda mereka telah menemui kegagalan di tangan bekas banduan Penjara Sg Buloh itu.Negara barat juga tahu Anwar mempunyai agenda peribadi yang akan menjadi masaah besar kepada mereka jika individu ini terus didokong dengan segala bantuan kewangan dan moral.Cara pemikiran Barat,lebih baik campak sahaja Anwar awal-awal daripada menjadi beban biawak hidup seperti mereka lakukan kepada Saddam Hussien,Hosni Mubarak,Ben Ali,Muammar Gadafi sebelum ini.Jika Anwar masih berfikir beliau masih menjadi 'pet' atau kesayangan negara Barat,maka itu adalah kesilapan terbesarnya kerana yang disangka kawan sudah pun bersedia untuk menikam belakangnya bila-bila masa sahaja.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KEBEBASAN BERAGAMA !!! NURUL IZZAH MEMBUKA RUANG KEPADA KEMUSNAHAN MELAYU !!!

Posted: 26 Nov 2012 06:00 PM PST


Anak Ketua Pembangkang,Nurul Izzah,melakukan perbuatan yang boleh membunuh karier politiknya bagi kali kedua apabila bertindak menyaman akhbar Utusan Malaysia berhubung kenyataan beliau kebebasan beragama.Naib Presiden PKR itu menuduh Utusan Malaysia telah memfitnah beliau antara 5 dan 7 November melalui empat artikel yang telah disiarkan berkaitan kenyataannya di Gereja Full Gospel Tabernacle 3 November lalu.Menyaman Utusan Malaysia dilihat sebagai 'political suicide' bagi NuruL kerana ramai penganalisa politik berpendapat kes itu adalah amat terang dan jelas tidak menyebelahinya jika diheret ke muka pengadilan.Ini kerana Utusan Malaysia bukanlah media pertama yang telah menyiarkan jawapan Nurul kepada satu soalan dari seorang ahli Majlis Peguam Malaysia,Siti Zabedah Kassim dalam satu forum bertajuk Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? Jawapan Nurul, "Apabila anda bertanya saya,tiada paksaan dalam beragama...mengapa sesetengah pihak rasa bersalah,perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu,sepatutnya diguna pakai secara sama rata." pertama kali dimuatturun oleh portal berita Meloyakini dan turut disiarkan dalam blog 1Kristian dalam masa yang sama.

Utusan Malaysia hanya menyalin jawapan Nurul yang disiarkan di dalam Meloyakini tanpa sebarang perubahan sedikitpun di dalam ayat tersebut walaupun setitik noktah. Malangnya di sebabkan kebencian yang mendalam pemimpin-pemimpin PKR dan pembangkang yang lain terhadap akhbar berbahasa Melayu milik UMNO, Nurul telah memilih jalan mudah untuk memangsakan Utusan Malaysia.Samada Nurul buta, pekak atau tuli tidak dapat dipastikan tetapi yang jelas beliau tidak mengambil apa-apa tindakan undang-undang terhadap Malaysiakini mahupun blog 1Kristian.Ini menjadikan kes saman beliau terhadap semakin lemah dan tidak boleh dipertahankan di mahkamah kerana yang melakukan 'kesalahan' bukannya Utusan Malaysia tetapi Meloyakini seperti pepatah Melayu,"lain orang yang makan nangka,lain orang yang kena getah." Hakikatnya Nurul sekarang sedang menggigil ketakutan kehilangan undi orang Melayu tertutama di Lembah Pantai yang marah kepadanya kerana kenyataan beliau itu menghilang bangsa Melayu dan merendahkan kedudukan Islam di negara ini. 

Dalam usaha Nurul untuk mendapat sokongan orang bukan Islam beliau sanggup menghina Melayu dan Islam begitu sekali di hadapan hadirin yang rata-ratanya anti-Islam.Ini kerana forum tersebut bukan untuk mencari jawapan atau kefahaman mengenai isu Negara Islam tetapi lebih condong kepada mempertikai kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.Tujuan forum itu adalah untuk menyebarkan fahaman pluralisme yang meletakkan status Islam sama taraf dengan agama lain dan pada masa yang sama ingin menyuntik konsep kebebasan beragama termasuk di kalangan orang Melayu.Di sinilah kedangkalan Nurul dalam ilmu politik dan kecetekan dalam ilmu agama telah memerangkapnya dalam permainan golongan Kristian pada forum itu.Nurul terperangkap untuk menghina Islam dan Melayu dalam sebuah gereja dan bayangkan betapa gembiranya orang-orang kafir apabial seorang yang mengaku Islam memijak-mijak kemuliaan agamanya sendiri.

Bersembunyi di belakang tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia tidak mampu membersihkan dosa yang Nurul lakukan malah akan menambahkan lagi sengsara dan bebanan dosa kepada agama dan bangsa.Mungkin juga ada hikmah apabila Nurul mempertahankan prinsip kebebasan beragama sehingga merangkumi orang Melayu kerana ia membuka minda orang Islam di negara ini apakah bentuk tindakan yang bakal diambil oleh PKR dan PR jika mereka ditakdirkan berkuasa.Nurul telah melontarkan bibit-bibit bencana yang bakal menimpa umat Islam di Malaysia dengan penyebaran agama yang dinamakan pluralisme. Sudah tentu untuk menjayakan agenda pluralisme, pihak pembangkang akan meminda Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan mengenai Islam sebagai agama persekutuan. Jika Perkara 3 (1) dipinda, Perkara 160 (2) akan turut menjadi korban golongan pluralisme.Di bawah PR orang Melayu tidak lagi memeluk agama Islam untuk ditakrifkan sebagai orang Melayu menurut Perlembagaan, cukup sekadar bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu.Jika berkuasa,PR akan merobak-rabikkan fabrik masyarakat negara ini yang berterakan Islam di mana institusi raja-raja Melayu sebagai pelindung dan payung kepada orang Melayu dan Islam. Negara akan ditukarkan kepada sistem demokrasi ala Barat sepenuhnya malah lebih dahsyat daripada itu.Melayu akan lenyap,Islam akan berkubur dan suara-suara azan daripada kubah-kubah masjid akan menjadi satu kenangan silam jika rakyat membenarkan PR berkuasa.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...