BADUT RAKYAT |
- BONGKAR !!! GOLONGAN ANWARINAS AKAN 'LETUPKAN' MUKTAMAR PAS ???
- HOT NEWS !!! ISU AIR SELANGOR !!! TEKNOLOGI MEMBRAN TIDAK SESUAI !!!
- KANTOI !!! RAFIZI LEMBU MENGAKU YANG BELIAU FITNAH KELUARGA DATUK SERI NAZRI AZIZ ???
| BONGKAR !!! GOLONGAN ANWARINAS AKAN 'LETUPKAN' MUKTAMAR PAS ??? Posted: 13 Nov 2012 03:00 PM PST Laman web Jabatan Meteorologi meramalkan Kota Bharu dibasahi hujan minggu ini waktu sama berlansungnya Muktamar PAS ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK).Di sebalik semangat tahun baru 1434 Hijrah dan cuaca sedikit sejuk,pimpinan PAS diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap perlu bersedia berdepan pelbagai isu yang membara bahangnya,terutama tahap persediaan parti menghadapi Pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) Perhimpunan bertema Negara Kebajikan Teras Perpaduan kali ini adalah pecutan terakhir menjelang perhitungan di peti undi,kata Naib Presiden PAS,Salahudin Ayub dan seharusnya menjadi landasan terbaik bagi jentera parti merumuskan tahap persediaan.Bersandarkan hakikat itu,beliau yakin isu di luar lingkaran PRU-13 akan terpinggir dengan sendirinya. "Itu semangat muktamar perwakilan PAS.Tumpuan Kita ialah bagaimana menghadapi lawan dan setiap ruang perlu dimanfaatkan ke arah meningkatkan semangat ahli.Isu lain tidak penting," katanya.Realitinya,PAS banyak dibebani isu lain.Pertembungan kelompok tegar yang berpegang kepada kepimpinan ulama sebagai asas perjuangan dengan kalangan yang dilihat beriya-iya menegakkan pengaruh Datuk Seri Anwar Ibrahim atau dilabel sebagai "Anwarinas'adalah antara bom jangka yang mungkin 'diletupkan' di Kota Bharu.Benar,kerjasama PAS-DAP-PKR mendapat restu Majlis Syura sebelum 3 parti itu membentuk pakatan pembangkang menghadapi PRU-12 empat tahun lalu.Bagaimanapun yang meninggalkan kebimbangan pihak tertentu ialah kemungkinan PAS kehilangan Identiti sebagai parti yang menjunjung Islam,lantaran terlalu ghairah membuka ruang atas nama menjaga hati rakan.Pada masa sama,pengaruh (jika boleh disebut begitu) Nasharuddin Mat Isa di kalangan penyokongnya tidak boleh diketepikan kerana bagi mereka, ketegasan bekas Timbalan Presiden PAS itu bersuara mempertahankan prinsip perjuangan asal tanpa mengorbankan nilai walaupun atas nama kerjasama bukan ketukan tin kosong.Diakui,masa depan PAS bukan berlegar sekitar Ahli Parlimen Bachok itu atau sesiapa pun kerana PAS sebagai organisasi sememangnya jauh lebih besar daripada mana-mana individu,seperti juga parti sahsiah lain.Apa yang membimbangkan, menurut pandangan seorang ahli yang sudah lama mengharungi susah senang bersama PAS, parti itu kini menjadi tumpuan atas sebab yang tidak membantu perjuangannya. "PAS menjadi bahan bualan kerana krisis dalaman, pemimpin bercanggah pandangan, orang ini ditolak, orang itu dibidas. Semua ini menampakkan seolah-olah PAS tidak lagi mempunyai ruang berbincang secara matang.Saya bersama PAS dah dekat 30 tahun. PAS mesti bijak membezakan perkara yang perlu ditangani dalam rumah sendiri dengan hal yang boleh dikongsi bersama rakan pembangkang. Sasaran kita ialah parti lawan, bukannya ahli sendiri.Ambil contoh isu Ustaz Nasharuddin.Dia nak cakap apa pun, itu pandangan dia. Tidak banyak sikit, ada betulnya.Kalau kita matang, kita terima teguran.Kalau ada yang dia sebut tu kita rasa tak kena, balas secara berhemah. Biarlah dia bercakap, kita terus buat kerja sudahlah," katanya.Menghampiri usia 61 tahun penubuhan pada 24 November ini,PAS sepatutnya tidak lagi dikekang persoalan hala tuju perjuangan kerana angka sebesar itu wajar meletakkan laluan sahsiah parti berkenaan di landasan padu.Walaupun sebahagian besar pemimpinya optimis dengan peluang PAS memenangi kerusi pada PRU 13,Abdul Hadi di nyata lebih berhati-hati membuat pertimbangan. Paling utama,beliau mengigatkan semua pihak dalam PAS supaya menepis sifat "ujub' atau terlalu bangga dengan keupayaan untuk menawan Putrajaya berikutan terpengaruh dengan sokongan yang diterima."Jangan galak sangat. Memang kita hendak ke Putrajaya tetapi jangan 'ujub'," katanya ketika merasmikan Ijtimak Tarbawi Dewan Pemuda PAS Terengganu,baru-baru ini.Jatuh bangun PAS menghadapi percaturan PRU-13 bergantung kepada semangat perwakilannya dalam memperhalusi dan menterjemah mesej ucapan dasar Abdul Hadi,pada Jumaat ini.Darjah kepanasan perbahasan perwakilan adalah isyarat bagi pucuk pimpinan ke arah menentukan langkah seterusnya.Cabarannya ialah untuk Dewan Ulama,Pemuda dan Muslimat bertemu di titik sama dan membawa satu suara ke pucuk pimpinan mengenai apa sebenarnya yang dimahukan demi menjamin kelansungan masa depannya.Ketika perwakilan Muslimat terus memelihara tertib tetapi tetap tegas apabila berkongsi pandangan,perhatian parti terarah kepada perwakilan Dewan Ulama yang di harap menjadi 'kubu terakhir' mempertahankan asas perjuangan parti supaya tidak tergelincir daripada landasan gara-gara tarikan kuasa dari luar PAS itu sendiri.Apabila tiba masanya,pemimpin utama PAS seperti Mursyidul Am,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Hadi sendiri bakal diganti oleh nakhoda baru- itu hakikat tanpa kompromiyang perlu diakui.Justeru laluan yang ditentukan ahli PAS hari ini bakal mencorakkan wajah dan survival PAS ke arah menerowong era pasca dua pemimpin terbilang itu. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! ISU AIR SELANGOR !!! TEKNOLOGI MEMBRAN TIDAK SESUAI !!! Posted: 13 Nov 2012 11:00 AM PST Teknologi membran yang disaran Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai kaedah merawat air tidak sesuai untuk kegunaan isi rumah kerana sistem itu adalah kaedah penaisan air sisa untuk kegunaan industri.Pakar pengurusan air,Dr. Ahmad Zaharudin Sani Sabri berkata teknologi membran kebanyakkannya diguna secara mudah alih dan sering digunakan industri untuk memproses air yang diguna sebelum dilepaskan ke dalam sistem air sedia ada. "Membran juga boleh digunakan untuk memproses air kumbahan kerana air ia sebahagian dari air sisa," katanya.Beliau berkata kelebihan teknologi itu hanya setakat membersihkan air untuk industri yang boleh diguna semula dalam indusrti atau operasi kilang."Selalunya bagi operasi kilang seperti kilang getah yang memerlukan penggunaan banyak air memprosesnya kembali dan diguna pakai semula dalam kilang itu," katanya. Ahmad Zaharuddin yang juga seorang pensyarah kanan berkata,kerajaan Selangor gagal melihat aspek penting bahawa teknologi membran ialah sistem memerlukan air mentah dan isu itu yang harus diutamakan."Bagaimanakah kita dapat memproses air jika kita tidak mempunyai bekalan air mentah ??? Isunya ialah adakah kita mempunyai air mentah mencukupi untuk diproses menjadi air bersih ??? Itu adalah pertanyaan yang cukup besar," katanya.Mengenai pelbagai kenyataan oleh pemimpin kerajaan selangor bahawa negeri itu mempunya sumber air mentah yang mencukupi,Ahmad Zaharuddin berkata ramai yang salah sangka berhubung isu itu kerana mereka bersandarkan fakta hujan dan sungai yang banyak di Malaysia. "Tetapi pernahkah kita terfikir sama ada hujan yang kita nikmati setiap hari ini, ditakung ??? Adakah kita menyimpan hujan untuk diproses?" tanya beliau.Katanya walau sebanyak mana hujan yang turun di merata tempat, air hujan itu tidak boleh dipanggil air mentah untuk diproses jika tidak turun di kawasan takungan.Dalam temu bual menerusi rancangan Soal Jawab yang disiarkan TV3 baru-baru ini,Pengarah Eksekutif Jabatan Bekalan Air Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN),Marzuki Mohammad,berkata kos rawatan air teknologi membran adalah jauh lebih tinggi berbanding loji rawatan air konvensional,iaitu di antara lima hingga enam kali ganda.Beliau merujuk kepada kenyataan Abdul Khalid bahawa teknologi itu membabitkan kos yang lebih rendah. |
| KANTOI !!! RAFIZI LEMBU MENGAKU YANG BELIAU FITNAH KELUARGA DATUK SERI NAZRI AZIZ ??? Posted: 13 Nov 2012 06:12 AM PST Rakyat sebenarnya masih menantikan pendedahan rakaman video seperti yang dijanjikan oleh Pengarah Strategi Keadilan,Rafizi Ramli,sewaktu sidang media yang diadakan pada 2 November lalu bahawa rakaman klip video yang akan memaparkan Nedim beserta keluarganya akan ditayangkan di Youtube dan laman web rafiziramli.com. Sudah tentunya Pengarah Strategi Keadilan ini tidak mahu menghampakan hasrat rakyat yang masih menantikan tayangan rakaman video tersebut.Namun apabila Rafizi mengungkit perihal Nedim,anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Nazri Aziz persoalan paling pokok timbul,apa yang sebenarnya cuba ditimbulkan oleh beliau. Rafizi perlu lebih spesifik sama ada mahu mendedahkan keluarga Dato' Seri Nazri Aziz mendapat habuan kewangan dalam bentuk kenderaan mewah dari ahli perniagaan,Michael Chia atau mahu mendedahkan kepincangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dikaitkan dengan dana RM40 juta dari Hong Kong. Nedim bukanlah ahli politik maka sewajarnya segala usaha dan tenaga menjurus kepada Nazri Aziz.Kini perang politik 'selak kain' pemimpin politik,keluarga dan mereka yang tidak terbabit sudah bermula dengan hebatnya.Jangan pula timbul perkataan "zalim", "jijik" dan "keji" kerana masing-masing kini berlumba-lumba mahu menjadi 'whistleblower'.Di kalangan pemimpin pembangkang sendiri tidak perlu terkejut dan marah jika andainya mereka, keluarga dan pihak yang tidak terlibat juga menjadi bahan permainan poltik kotor ini. Ramai pihak akan mendabik dada dan berkata 'mereka juga layak diletakkan dalam kategori whistleblower'.Rafizi boleh berasa kesal dengan apa yang telah dilakukannya namun beliau tidak boleh meluahkan kekesalan jika beliau dan ahli keluarganya juga akan menjadi bahan kepada 'gutter politic' ini. ANDA NAK LAGI ??? UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



No comments:
Post a Comment