UMNO Online - “JPJ Sasar Pasang 831 Kamera AES Dalam 18 Bulan” plus 7 more

UMNO Online - “JPJ Sasar Pasang 831 Kamera AES Dalam 18 Bulan” plus 7 more

Link to UMNO Online

JPJ Sasar Pasang 831 Kamera AES Dalam 18 Bulan

Posted: 07 Oct 2012 05:04 AM PDT

PEKAN, 7 Okt – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan pemasangan 831 kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara, kata Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad pada Ahad.

Beliau berkata, setakat ini 14 kamera AES telah dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak sejak 23 September lalu.

“Lokasi pemasangan AES ini dipilih berdasarkan kadar kemalangan atau kesalahan jalan raya (di tempat berkenaan) setelah kajian terperinci oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), JPJ, Jabatan Kerja Raya dan polis,” katanya kepada pemberita selepas menutup program ‘Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ)’ di sini.

Ismail berkata, AES akan turut dipasang di negeri-negeri lain dalam masa terdekat.

“Bagi negeri Pahang, AES akan dipasang di 52 kawasan perangkap laju dan tujuh di lampu isyarat,” katanya.

Program SKSJ memudahkan orang ramai khususnya di luar bandar memiliki lesenmotosikal dengan lebih mudah dan cepat.

Sabahans Told Not To Be Deceived By Opinion Polls

Posted: 07 Oct 2012 04:18 AM PDT

KOTA KINABALU, Oct 7 – The people of Sabah should not be influenced by a public opinion poll that inferred voter satisfaction of Sabah Chief Minister Musa Aman has plummeted, said Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mohd Shafie, who is also Member of Parliament for Semporna, said what was important Sabah leaders had been working hard to develop the state and were not overawed by an approval rating.

The state government has performed its duties well and the people should support the development agenda, he told reporters after closing Kemas kindergarten’s ‘Potential Day’ at Sekolah Menengah Teknik Likas here today.

A survey by the Merdeka Centre for Opinion Research has detected that the satisfaction of Sabah voters towards Musa, who has been chief minister for almost a decade, has dropped from 60 per cent in November 2009 to below 50 per cent in September 2012.

Mohd Shafie, who is also rural and regional development minister, said about 4,000 Community Development Department (Kemas) teachers had their salary upgraded to Grade S27 after completing their diploma in pre-school education.

In his speech, he said Sabah boasted 1,360 Kemas kindergartens with 27,014 children.

Reduction In Subsidy For Sugar Can Reduce Sugar Smuggling Activities

Posted: 07 Oct 2012 04:13 AM PDT

BACHOK, Oct 7 – Reducing subsidy for sugar by 20 sen a kilogram can help reduce smuggling activities as well as reduce consumption of sugar among the people.

Deputy Finance Minister Datuk Dr Awang Adek Hussin said since the difference in price of sugar between Malaysia and other neighbouring countries, led to smuggling activities that have become difficult to curb.

“The reduction of subsidy will help bridge the price difference (RM2.50 in Malaysia compared with RM3.30 sen per kilogram) in our neighbour country,” he told reporters here today.

During the 2013 Budget tabled by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Sept 28, the subsidy for sugar was reduced by 20 sen a kilogram.

Awang Adek hoped the increase in price of sugar, due to the reduction in subsidy, would ensure the people of Kelantan consumed less sugar, because Kelantan is always popular for sweet cakes and cookies.

USS George Washington Makes First Visit To Malaysia

Posted: 07 Oct 2012 04:04 AM PDT

PORT KLANG, Oct 7 – The United States Navy’s full-time forward-deployed aircraft carrier, the USS George Washington, made its maiden port call here today aimed, among others, to promote cooperation and bolstering strong relations between the republic and Malaysia.

The ship’s Commanding Officer, Captain Greg Fenton, said the five-day port visit would provide an opportunity for the sailors to broaden their horizon and inculcate a deep understanding of the Malaysian maritime environment.

“The big part of the port visit is to listen to the Malaysian armed forces on the way they conduct business and see how we could learn from them as well.

“Our sailors have volunteered to support six community service projects while in port here in order to increase the engagement with the local population,” he told reporters who were taken on a tour on board the carrier which is docked at  the Port Klang Cruise Centre here.

He said the six community service projects included volunteer services at a school for children of Myanmar refugees and the Juara-Glad Tidings Home for Children.

Fenton said the sailors would also have the opportunity to socialise with American families through the Kuala Lumpur American Sailor Socials (KLASS) programme developed for American families living in Kuala Lumpur to show appreciation to fellow American servicemen and women wo are serving on ships.

He said more than 500 Malaysian dignitaries including military personnel would be hosted to a welcoming reception on board the ship tomorrow.

The USS George Washington, which was commissioned on July 4, 1992 with 5,000 sailors on board, is scheduled to conduct 11 ship tours namely for Malaysian business and military officials and host a safety and medical exchange programme with the Malaysian military.

Perbanyak Penerangan Belanjawan 2013 Untuk Rakyat Tahu Banyak Faedah Untuk Mereka

Posted: 07 Oct 2012 03:59 AM PDT

KOTA BAHARU, 7 Okt – Penerangan mengenai Belanjawan 2013 ini harus diperbanyakkan kerana masih ramai rakyat di negeri ini tidak mengetahui pelbagai faedah yang disediakan kerajaan untuk mereka.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata walaupun banyak maklumat mengenai  belanjawan itu disiarkan media, masih ramai yang belum jelas dengan pelbagai perkara yang disediakan untuk mereka.

“Kalau tidak dihebahkan, ramai yang tidak mensyukuri nikmat yang  mereka terima,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di negeri ini, di sini  hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Persekutuan Kelantan, berkata beberapa pihak termasuk Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu menggerakkan program penerangan sehingga ke peringkat akar umbi, agar rakyat faham dengan kandungan Belanjawan 2013 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak pada 28 Sept lepas.

Beliau berkata pihak terbabit juga perlu menjelaskan kepada rakyat mengenai belanjawan yang dibentangkan oleh pembangkang yang hanya menimbulkan banyak masalah kepada negara jika dilaksana.

Justeru, katanya Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan akan menganjurkan program penerangan kepada rakyat mengenai  status projek utama pembangunan kerajaan persekutuan di seluruh negeri ini, terutama dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

Langkah itu penting bagi mengelakkan rakyat terpengaruh dengan pihak pembangkang yang cuba memburukkan kerajaan persekutuan  apabila terdapat sesuatu projek yang tidak dapat disiapkan mengikut jadual atas sebab teknikal, katanya.

Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kelantan akan akan bekerja bersungguh-sungguh dalam menentukan BN mendapat mandat besar daripada rakyat negeri ini dalam plilihan raya umum ke-13 nanti.

Usaha Kerajaan Banteras Rasuah Tunjuk Hasil Positif – TPM

Posted: 07 Oct 2012 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 OKt – Inisiatif utama dilaksanakan Malaysia bagi membanteras rasuah menunjukkan hasil positif dan ketara selain berkesan memenangi hati dan fikiran rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata tinjauan Transparency International pada 2011 menunjukan bahawa 49 peratus daripada rakyat Malaysia berpendapat usaha kerajaan memerangi rasuah adalah berkesan, berbanding hanya 29 peratus pada 2009.

“Saya yakin, jika diberikan masa, Malaysia akan berjaya dalam perang menentang rasuah, dan menambah baik persepsi awam terhadap usaha kerajaan mencegah rasuah,” katanya semasa berucap pada penutupan Mesyuarat Agung dan Persidangan Persatuan Pihak Berkuasa Anti-rasuah Antarabangsa (IAACA) ke-6 di sini hari ini.

Antara inisiatif dan perubahan diperkenalkan kerajaan ialah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, mahkamah khas rasuah, pelaksanaan Integrity Pact, ikrar Integriti Korporat dan pangkalan data ‘Name and Shame’.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, presiden IAACA Prof Cao Jianming, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Abu Kassim Mohammed.

Muhyiddin berkata kerajaan telah memperuntukkan RM276 juta dalam Belanjawan 2013 yang baru dibentangkan untuk SPRM melaksanakan tugasnya.

Beliau berkata rasuah adalah bencana global yang boleh merosakkan negara miskin atau kaya, menjejas komitmen untuk memelihara dan mengekalkan kemakmuran ekonomi dan sosial.

Oleh itu, Timbalan Perdana Menteri menggesa kerajaan negara-negara anggota IAACA agar terus bekerjasama terutama dalam memperkongsi pengalaman dan amalan terbaik bagi memudahkan pembinaan kapasiti lebih besar dalam usaha memerangi rasuah dengan lebih berkesan.

“Tentu sekali dalam dunia bersifat global ini kita tidak dapat memerangi rasuah cara bersendirian,” kata beliau.

Beliau berkata, pembangunan pesat teknologi dan komunikasi moden kini menyumbang kepada aktiviti rasuah yang lebih canggih.

Muhyiddin berkata kerjasama antarabangsa seperti itu adalah perlu demi mempertingkat keupayaan dan kemampuan badan anti-rasuah agar para pegawainya dilengkapi kemahiran, pengetahuan dan teknologi paling berkesan bagi menghapus rasuah.

Beliau mengambil perhatian bahawa Deklarasi Kuala Lumpur 27-Perkara yang diterima sebulat suara oleh peserta persidangan merupakan pencapaian penting dalam usaha bersama menangani ancaman rasuah.

Tuntutan Air Percuma : MB Boleh Peluk Tubuh Tapi Rakyat Akan Terus Bangkit

Posted: 07 Oct 2012 01:24 AM PDT

PETALING JAYA, 7 Okt – Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menyifatkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang pemimpin yang tidak berhati perut.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, sehingga kini beliau langsung tidak mempedulikan desakan rakyat berpendapatan rendah yang menduduki rumah flat dan pangsapuri untuk turut menikmati skim air percuma.

Apa yang dikesali tegas beliau, pemimpin kerajaan pakatan pembangkang itu langsung tidak mahu turun padang melihat sendiri tuntutan yang dibuat oleh rakyat dalam beberapa demonstrasi aman sebelum ini.

"Malah sehingga kini Abdul Khalid masih enggan mempertimbangkan untuk mengagihkan rebat RM11.40 yang tertunggak selama empat tahun kepada pemilik meter pukal.

“Hari ini penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun yang mengandungi lebih 3,000 unit rumah pula menyatakan tuntutan mereka kepada kerajaan negeri," ujarnya selepas bersama-sama penduduk flat SPNB Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun mengadakan demostrasi aman menuntut air percuma dari Menteri Besar Selangor, kerajaan negeri dan pihak SYABAS.

Sebelum ini empat demonstrasi secara aman dilakukan penghuni Apartmen Mentari Court, Petaling Jaya; Apartment Vista Lavender, Jalan Klang Lama; Apartment Angsana Bandar Mahkota Cheras dan Apartmen Putra Perdana, Puchong.

Malah penduduk juga bertindak memfailkan tuntutan mereka di mahkamah demi mendapatkan hak yang sengaja dinafikan oleh kerajaan negeri.

Mengikut kiraan, setiap isu rumah layak mendapat sebanyak RM570 iaitu tunggakan subsidi bernilai RM11.40 setiap bulan yang didarab selama 50 bulan (bagi tempoh dari Jun 2008 hingga kini).

Keseluruhan jumlah yang perlu dibayar oleh kerajaan negeri ialah sebanyak RM405,270!
"Selepas ini tuntutan saman akan dibuat oleh penghuni flat Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Taman Medan Cahaya PJS 2, Taman Datuk Harun bagi membuktikan tindakan mereka bukan main-main.

“Kerajaan negeri sepatutnya mencari mekanisme yang sesuai untuk mengagihkan subsidi 20 meter padu air kepada seluruh rakyat di negeri ini bukan memberi alasan yang dangkal yang jelas menipu rakyat”, bidas Sohaimi.

Tambah beliau lagi kenyataan Abdul Khalid bahawa manifesto pilihan raya bukan janji yang perlu ditunai mendedahkan belang sebenar kerajaan pakatan pembangkang yang sebenarnya tidak boleh dipercayai lagi.

“GPRS percaya, selagi menteri besar masih menutup mata dan berpeluk tubuh, selagi itulah rakyat akan bangkit membuat tuntutan mereka kepada kerajaan negeri," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Tambahnya, tuntutan ini bukan digerakkan oleh GPRS tetapi atas kesedaran rakyat sendiri yang selama ini telah tertipu dengan permainan politik pakatan pembangkang yang bertopengkan slogan Kerajaan Prihatin. -MediaUMNO

Rakyat Diminta Tolak Taktik Pembangkang Bangkit Isu Sensetif, Kebencian Kaum

Posted: 07 Oct 2012 01:10 AM PDT

KLUANG, 7 Okt – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menasihatkan rakyat agar jangan mudah terpedaya dengan taktik pembangkang yang tidak habis-habis membangkitkan isu sensitif, polemik dan kebencian menjelang musim pilihanraya umum akan datang.

Tegas beliau orag ramai perlu tahu taktik pembangkang ini yang hanya mahu memecah belahkan rakyat serta memburuk-burukkan pemimpin kerajaan.

“Itulah template mereka untuk serang peribadi pemimpin, mainkan isu keagamaan dan perkauman serta bangkitkan semula isu-isu lama.

“Semuanya akan diputarbelit. Kerajaan BN tidak akan terikut-ikut dengan rentak mereka ini malah kita sentiasa melaksanakan agenda yang membina termasuk menggalakkan orang ramai, khususnya anak-anak muda menggembeling tenaga untuk sama-sama membanteras jenayah”, katanya.

Jelas beliau lagi kerajaan BN akan meneruskan usaha-usaha sedia ada demi kebaikan rakyat dan negara.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas pengasas PKR Ng Lum Yong yang mendakwa seorang pemimpin tertinggi pembabgkang mengarahkan setiap wakil bahagian parti untuk adakan sekurang-kurangnya dua kali sidang media sebulan bagi maklumkan kawasan mereka tidak selamat dengan tujuan untuk burukkan imej polis, di Sembrong hari ini.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...