Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Suara Keadilan Jawab Soal Isu Jet Peribadi Anwar!!

Posted: 04 Oct 2012 08:19 AM PDT


Ha ha ha.. rupanya Anwar menabung untuk beli/sewa/pinjam atau apa saja yang dia cakap pasal jet peribadi tu.. kesian Anwar.. kalau nak ikutkan, gaji Ahli parlimen, penasihat ekonomi 1 ringgit dan elaun lain berapa la sangat. Tapi disebabkan menabung, Anwar boleh naik private jet. Dahsyat Anwar ye!!

PANASS!! Video Panas Pegawai Tugas Khas PM Tersebar!!

Posted: 04 Oct 2012 05:44 AM PDT


Lama Mc tak follow up cerita pasal Tok Latt Shariman, Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah ni. Beliau yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas PM dikatakan agak sibuk di Kuala Kedah demi membela nasib rakyat Kuala Kedah yang ditinggalkan sepi oleh Ahli Parlimen PKR dan Adun Pas yang lebih banyak berpolitik dari membela rakyat.

Bawah ni ada satu video menarik mengenai beliau dan Kuala Kedah.. rugi sapa tak saksikannya.. lebih-lebih lagi kalau dia tu orang Kuala Kedah sendiri..



Bukan saja pandai berbahasa Melayu, English dan Thai. Bahasa Hokkien juga Tok Latt pandai.. ini baru layak jadi pemimpin.


McTheory:
Terbaikk Tok Latt!!

TUDIAA!! Abby Abadi Skandal Dengan Milo Suam?

Posted: 04 Oct 2012 02:15 AM PDT


Ohh ini rupanya si blogger Milo Suam. Pencacai penjilat dan pemfitnah tegar Pakatan Haram tu. Nak gila glamor punya pasal, akhirnya telah dikantoikan oleh Abby janda meletop Pas sekarang ni.

Memang padan la dua ekor ni, sorang pemfitnah tegar, sorang lagi blogger pemfitnah. tapi bagus la si Abby ni dah dedahkan muka sebenar Milo Suam. Dulu dia selalu nafikan, kali ni orang dah tahu dia yang mana satu. Soo.. kalau dia buat fitnah lagi, senang sikit kita nak saman!! he he..

GEMPAR!! VC UKM dan UIA Perlu Ditukar Dengan Kadar Segera? #NCukm Gagal

Posted: 03 Oct 2012 11:15 PM PDT

Dari kiri : Naib Canselor UKM Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah dan

Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin

Pilihanraya kampus untuk memilih Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sessi 2012/2013 telah selesai dijalankan di 20 IPTA yang mana kampus UIA yang mengadakan pengundian semula semalam telah dimenangi oleh Pro-M atau pelajar pro-pembangkang.

Kegagalan Pro-AM untuk menafikan penguasaan pelajar pro-pembangkang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sememangnya sudah dijangkakan oleh pemerhati.

Sungguh aneh kerana mandat terus diberikan kepada kumpulan pelajar pro-pembangkang yang terbukti gagal melaksanakan tugas mereka sebagai MPP sessi yang lepas terus dipilih untuk menerajui kepimpinan dua kampus besar oleh penuntut di sana.

Sudah tiada pilihan lainkah penuntut-penuntut kampus tersebut?

Jika mengikut logik apabila terdapat kumpulan pelajar yang membawa perjuangan parti pembangkang di UKM dan UIAM ini bermakna Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, Timbalan Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik gagal mendekati penuntut dan memberi pemahaman mengenai gagasan 1Malaysia dan agenda tranformasi yang diilhamkan oleh DS Najib Tun Razak.

Kegagalan Pro-AM di UKM dan UIAM menggambarkan kepada masyarakat mengenai sikap tidak peduli Naib Canselor UKM dan Rektor UIAM dan timbalannya terhadap persekitaran politik kampus, malah mereka juga tidak peka dengan denyut nadi mahasiswa serta pensyarah-pensyarah di sana.

Tindakan Naib Canselor UKM dan Rektor di UIA membuktikan bahawa penerangan secara jelas mengenai dasar-dasar kerajaan tidak dijalankan dengan sempurna. 

Sehinggakan pentadbiran universiti gagal melahirkan pemimpin pelajar yang baru dan beridealisme yang mempunyai perjuangan sendiri dalam membawa aspirasi atau suara sebenar penuntut IPT.

Kejadian yang berlaku di UKM di mana 7 kerusi dikatakan dimenangi tanpa bertanding oleh pelajar pro-pembangkang adalah asas kukuh bagi membuktikan kegagalan Naib Canselor UKM dalam melahirkan pemimpin pelajar yang mempunyai keberanian, pemimpin pelajar yang bertanggungjawab dalam memikul setiap amanah yang disandarkan.

Kesedaran-kesedaran berbentuk kepimpinan ini prosesnya harus diambil tempat di universiti, yang mana ianya merupakan langkah dalam melahirkan pemimpin masa hadapan dalam pelbagai bidang termasuk profesional.

Jika Naib Canselor UKM iaitu Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah dan Rektor UIAM Prof. Datuk Dr. Zaleha Kamaruddin beserta TNC HEP & TNC Akademik menjalankan tugas mereka mendekati pelajar, nescaya pelajar pro-pembangkang tidak akan mampu menjalankan gerakan membawa suara parti pembangkang ke dalam kampus.

Gantikan Naib Canselor UKM & Rektor UIAM

Kegagalan ini tidak boleh dibiarkan, sewajarnya Perdana Menteri DS Najib Tun Razak menggantikan Naib Canselor UKM, Rektor UIAM, TNC HEP serta TNC Akademik dari kedua-dua kampus ini dengan mereka yang lebih faham tentang agenda transformasi kerajaan.

Tempat mereka wajar digantikan dengan Naib Canselor dan Rektor yang mampu turun ke bawah memberi penerangan kepada mahasiswa, pensyarah serta pentadbir agar mereka turut menjayakan agenda tranformasi kerajaan dan gagasan 1 Malaysia.

Disebabkan kegagalan dan sikap tidak peduli inilah, penyambungan kontrak Naib Canselor UKM tidak disambut baik oleh mahasiswa serta pensyarah di kampus terbabit. PM DS Najib Tun Razak telah dinasihati secara salah dan satu tindakan segera diperlukan bagi memperbetulkan semula keadaan ini.

Mahasiswa serta pensyarah menolak sikap bodek pemimpin yang diamalkan oleh sesetengah Naib Canselor untuk memastikan mereka terus kekal berjawatan. 

Malah disarankan DS Najib Tun Razak turun ke UKM dan UIAM untuk lebih memahami situasi yang berlaku di kampus tersebut dan bukan hanya mendengar laporan 'palsu' daripada pembodek yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga UKM dan UIAM serta kampus-kampus lain di dalam negara.


P/s: Betul tulisan dari blog Double Y ni, Mc sokong 100%.


McTheory:
Kalau dah tak relevan, kita patut tukar saja, bagi yang mampu buat kerja galas tempat tu..

PANASS!! DJ Club Separuh Bogel Mendapat Restu Pas Kedah? #TukarKedah

Posted: 03 Oct 2012 07:15 PM PDT


ini yang orang Pas suka nih..

Walaupun dah beberapa kali didedahkan kegiatan maksiat di sebuah pusat hiburan terbesar di Alor Star, namun tiada langsung tindakan yang diambil oleh kerajaan Pas Kedah bagi memerangi gejala sosial yang makin meningkat dikalangan remaja melayu di Kedah.

Sebelum ini Azizan Razak berkata tidak mengetahui tentang aktiviti yang dijalankan premis pusat hiburan di Kedah kerana tidak pernah meninjau pusat pusat terbabit..

Tetapi bila Team Media Kedah mendedahkan gambar gambar yang diambil sendiri dari pusat hiburan terseebut, namun mereka pula berkata pihak media sengaja mensabotaj dan mengunakan teknik pertindihan atau superimpose.

Pelbagai pihak juga mendesak Kerajaan Negeri memantau aktiviti kurang sihat ini tetapi sampai sekarang Pas Kedah masih tidak melakukan apa apa tindakan terhadap pusat hiburan terbabit..

Malang bagi rakyat Kedah apabila mengundi parti yang kononnya memperjuangkan Islam, tetapi pemimpin Pas sendiri bersekongkol dengan pengusaha pengusaha premis hiburan untuk dapatkan lesen.. Sebagai contoh pemimpin Pas kat bawah ni.



Pada 28/09/2012 baru baru ini Pusat hiburan terkemuka di Alor Star telah mengadakan satu parti dimana seorang DJ perempuan seksi didatangkan khas dari Hong Kong beraksi di pusat hiburan terbabit..

Lebih memeranjatkan DJ dari Hong Kong itu hanya mengenakan Bikini pada tubuhnya..Amat memalukan perkara ini terjadi di negeri yang ditadbir oleh Parti Islam...




Cerita pasal DJ seksi Sambung Baca Sini

Siapa sangka, Alor Setar boleh ada perkara yang sebegini? Siapa juga sangka, bila parti yang kononnya memperjuangkan Islam memerintah, akan wujud perkara-perkara mungkar yang tak pernah wujud diwaktu pemerintahan UMNO/BN dahulu.. pelik kan?


McTheory:
Menjerit memperjuangkan Islam, tapi perlaksanaan, jahillilah!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...