UMNO Online - “Younger Generation Called On To Proudly Fly Jalur Gemilang” plus 3 more |
- Younger Generation Called On To Proudly Fly Jalur Gemilang
- Cubaan DAP P.Pinang Burukkan Imej BN Dengan Bangkitkan Undang-Undang Antilompat
- Budaya Kunjung Mengunjung Erat Perpaduan Kaum
- Pahang Terus Terima Pelaburan Asing Di Sebalik Isu Lynas
Younger Generation Called On To Proudly Fly Jalur Gemilang Posted: 24 Aug 2012 10:27 AM PDT KUALA LUMPUR, Aug 24 – Malaysia’s younger generation have been called upon to proudly fly the Jalur Gemilang as a symbol of their love for the country. National Unity and Integrity Department director-general Datuk Azman Amin Hassan said without feeling love for the country, the Jalur Gemilang will not have any meaning. “When there is no spirit of love for the country, the Jalur Gemilang will be meaningless and have no effect on the individual, whether it is flown or not is the same thing…this should not happen,” he told Bernama. He said because the younger generation did not feel the bitterness of life before independence, they become comfortable and regard flying the national flag as a minor issue. He added that this was also the reason why many still do not fly the flag, eventhough the country is about to celebrate its anniversary. “I believe with efforts to evoke a sense of love for the country we will see more flags flown around the country, and the government will not give up on this,” he said. The Fly the Jalur Gemilang campaign for Malaysia’s 55th independence celebrations was launched by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on July 27. According to Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim, 200,000 flags were distributed from the launch until Aug 11, with a target of one million flags to be given out this year. Meanwhile, Umno Youth exco member Datuk Sohaimi Shahadan said the younger generation does not understand the importance of flying the national flag as a result of their dwindling spirit of nationalism. “They regard the history which makes it compulsory for them to fly the national flag as irrelevant. There are some who make Merdeka wishes on the social media…while this is not wrong, flying the flag actually evokes the spirit of nationalism,” he said. Sohaimi also scrapped allegations by certain quarters who said flying the Jalur Gemilang showed they sided with the ruling party. “Flying a party’s flag will show support for the party. The Jalur Gemilang is our national flag, a symbol of our country. It represents Malaysia to the world,” he said. World Assembly of Youth president Datuk Idris Haron said a lack of concern and love towards the country was a reason why the Jalur Gemilang is not apreciated. “We need to foster this without help from a third party. Only the individual can create this love for their nation. “We see the Jalur Gemilang distributed in almost every state, but most of them still look like they don’t know what to do with it,” he added. |
Cubaan DAP P.Pinang Burukkan Imej BN Dengan Bangkitkan Undang-Undang Antilompat Posted: 24 Aug 2012 10:15 AM PDT GEORGE TOWN, 24 Ogos – MCA Pulau Pinang berpendapat keputusan DAP negeri untuk membentangkan undang-undang antilompat adalah tindakan yang salah kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan untuk berpersatuan. Setiausaha MCA Pulau Pinang Lau Chiek Tuan berkata tindakan itu boleh ditafsirkan sebagai tindakan politik untuk menggambarkan bahawa DAP sebagai baik dan dalam masa sama memburukkan nama baik kerajaan Barisan Nasional. “Secara ironinya, DAP sendiri menerima anggota parti yang melompat parti dari Umno bagi menaikkan imej mereka sebagai mesra orang Melayu dan pemimpin DAP yang lain berdiam diri berhubung tindakan dua Anggota Parlimen Sabah baru-baru ini dan mengalu-alukan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Manis dari Umno menyertai DAP,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Lau berkata orang ramai perlu sedar bahawa ramai anggota Parti Keadilan Rakyat adalah mereka yang melompat parti seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bekas anggota Umno dan menteri, yang secara ironinya menyandang kerusi Parlimen di Pulau Pinang. “Oleh itu, DAP sepatutnya menghentikan lakonan ini dan memberi lebih perhatian berhubung tanggungjawab mereka kepada orang ramai,” katanya.
|
Budaya Kunjung Mengunjung Erat Perpaduan Kaum Posted: 24 Aug 2012 10:09 AM PDT LUNDU, 24 Ogos – Budaya kunjung mengunjung terutamanya ketika musim perayaan yang menjadi tradisi masyarakat sejak dahulu seharusnya dikekalkan oleh generasi muda bagi memperkukuh perpaduan antara kaum, kata Menteri di Pejabat Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem. Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu berkata amalan tersebut terbukti dapat mengukuhkan perpaduan umat Islam dan masyarakat majmuk di negeri ini. “Buktinya masyarakat Bidayuh Salako, Cina, Iban dan Melayu dapat berkumpul, makan dan minum bersama sempena rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya pada majlis rumah terbuka hari raya zon Lundu di rumah Setiausaha Cawangan Parti Bumiputera Bersatu (PBB) Tanjong Datu, Kanselor Abdul Razak Wahab di Kampung Sileng Melayu, di sini. Justeru, katanya, generasi muda di kawasan Tanjong Datu khasnya wajar mengekalkan budaya kunjung mengunjung demi memastikan negara terus aman dan makmur. Terdahulu, beliau turut beramah mesra dengan penduduk setempat pada majlis rumah terbuka hari raya Tanjong Datu zon Sematan, di Rumah Timbalan Ketua Cawangan PBB Tanjong Datu Abu Seman dan seterusnya menyampaikan duit raya. Menurut Abu, majlis berkenaan begitu meriah, harmonis dan berjalan lancer hasil kerjasama penduduk kampung, pemimpin masyarakat, ketua kaum, kaunselor, jentera parti dan masyarakat berbilang kaum yang turut sama berhimpun.
|
Pahang Terus Terima Pelaburan Asing Di Sebalik Isu Lynas Posted: 24 Aug 2012 10:00 AM PDT BENTONG, 24 Ogos – Pahang terus menerima pelaburan asing meskipun isu kilang Lynas di Gebeng, Kuantan masih dibangkitkan pembangkang, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob. Beliau berkata terbaru, pelabur dari negara China bersetuju melabur RM1 bilion bagi membina sebuah kilang dan membesarkan pelabuhan Kuantan demi kepentingan perdagangan. Selain itu, katanya, negeri itu turut menerima pelaburan asing RM2 bilion setiap tahun yang membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Pahang. “Jika benar pembinaan kilang Lynas itu bahaya, kenapa ramai pelabur luar terus berminat melabur di Kuantan, malah sebuah sekolah Cina persendirian akan dibina di Kuantan tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Majlis Perbandaran Bentong di sini, malam tadi. Adnan berkata, senario itu membuktikan bahawa pembinaan kilang Lynas itu tidak berbahaya dan sengaja dipolitikkan pakatan pembangkang menjelang pilihan raya umum, tidak lama lagi. Katanya, setakat ini beliau belum menerima laporan mengenai penjualan tanah atau rumah di kawasan Gebeng oleh penduduk setempat kerana bimbangkan operasi syarikat pemprosesan nadir bumi dari Australia itu, didakwa menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan. Sebaliknya, Adnan berkata semakin ramai yang menemuinya bagi mendapatkan sokongan, peluang pekerjaan dan kontrak di kilang Lynas. Lynas memilih beroperasi di Malaysia kerana kos pengeluarannya lebih murah berbanding Australia sementara China telah memperketat eksport produk itu. Lynas juga telah memperoleh lesen untuk membina kilang di kedua-dua Negara itu.
|
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment