BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! SAH !!! KHALID GAGAP TERKAPAI-KAPAI KESEORANGAN TANPA ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 24 Aug 2012 12:00 PM PDT


Menteri Besar Selangor,Abdul Khalid Ibrahim A.K.A Gagap nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.Pelbagai isu menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).Tatkala,Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar,Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.Pelbagai perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi pemimpin Pakatan Rakyat.Sebagai tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri besar,Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor,satu jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.Begitulah hebatnya Anwar dan pakatan haram yang dipimpinnya melakukan latihan perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan sejak merdeka hingga 2008.

Rakyat berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun,mustahil segala apa yang dirancang pakatan haram akan menemui kegagalan. Tetapi itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun menawan Selangor,istana impian yang dibina di atas janji-janji yang sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling ngeri bagi pimpinan pakatan haram.Program air percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier politik beliau serta menenggelamkan bahtera pakatan haram di Selangor.Khalid mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.Skandal hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.Khalid berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam kepada kerajaan negeri.Apatah lagi dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong pakatan haram,Unisel milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.

Kini kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.Dalam lautan politik yang bergelora bagi pakatan haram Selangor,persoalan pertama yang tercetus di minda rakyat,di manakah Anwar ketika Khalid benar-benar memerlukan pertolongannya ??? Anwar boleh dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.Anwar kini amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati menteri besar mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh digunapakai untuk kemajuan negeri.Rakyat mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu rakyat.Barisan exco serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut politik yang membelit Khalid.

Seolah-olah terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.Di satu sudut pula,Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.Azmin juga menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila masa sahaja.Bagi Azmin,inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.Begitu juga sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.Seperti pepatah habis madu sepah dibuang,begitulah nasib diri Khalid yang dahulunya menjadi idola dan tatangan pakatan haram tetapi kini pengemis yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal kepadanya.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SAH !!! ANWAR IBRAHIM TOLAK HUDUD !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Aug 2012 08:24 AM PDT



Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud,Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan haram buat masa ini.Menurut Anwar,undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.Katanya,walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud,undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.Ini kerana,katanya,keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti,dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.Bagaimanapun,katanya,pakatan haram memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

"kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas,tanpa ragu ragu,sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Haram) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambil kira," katanya.

Anwar berkata demikian pada siding ahkbar selepas mempengurusikan mesyuarat pakatan Pembangkang di ibu pejabat Pas pada 28 september 2011 seperti dipetik dalam video siaran blog pro pakatan haram http://suarapakatanrakyat.com.

Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk hudud : Mufti kedah elok diam,jauhkan diri dari politik.Ia disiarkan berikutan ketidakpuasn hati pengendali blog itu terhadap kenyataan tegas mufti kedah,Datuk Shiekh Muhamad Baderudin Ahmad yg meminta pengerusi DAP,Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitivity umat islam.Menurut pengendali blog berkenaan,Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orang politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yg 'makan gaji' seperti beliauPerbalahan di antara Pas dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas,Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa karpal Sedia berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh karpal.Sementara itu,dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang akhbar setiausaha Agong DAP,Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan tarikh serta tempat siding akhbar itu berlangsung.Kata Guan Eng,isu hudud tidak timbul kini kerana bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui pakatan Pembangkang.

"jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya munkin kalau PKR atau Pas setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat.Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju," Tegasnya.

RENUNG-RENUNGKAN

NURUL IZZAH KANTOI !!! TUN MAHATHIR PERTIKAI PAKATAN HARAM DAN JANJI-JANJI SYAITAN BUKAN PM !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Aug 2012 05:00 AM PDT





cuba anda lihat video di atas.apa cerita ni nurul izzah ??? bila pulak Tun Mahathir kata Perdana Menteri Syaitan.nak tahu apa yang cerita sebenar ??? meh saya cerita sedikit.Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia,Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius.Kata beliau,'banyak yang akan musnah jika PR memerintah' dan 'lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal'.Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas,bergaya serta cemerlang sekali.Oleh itu,peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong,tetapi berdasarkan pengalaman,pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.ada ker Tun Mahathir cakap Perdana Menteri Syaitan ??? mana lah tahu di tujukan kepada Anwar Ibrahim.Tun Mahathir cerita pasal Anwar Ibrahim.Nurul Izzah Ingat Anwar Ibrahim tu Perdana Menteri yekkkk ??? tak malu ker ??? muahahaha....

Beliau pastinya cukup arif mengenai 'aspirasi' pemimpin tertinggi PR,Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF.Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat.Hari ini,PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol,menurunkan harga minyak,pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah,menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.Namun,realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma,kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan,maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat ???

Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar,yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut.Jika ini dilakukan,maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai,kos pendidikan dan lain-lain,di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat.Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat,seterusnya ketidakstabilan dalam negara.Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini.Apabila sudah ditakluk,maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini.Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR.Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya,apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia.

Sebaliknya,BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai,tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata.Realitinya,di bumi ini,sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang.Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya.Jika kita berhutang dengan negara luar,ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai.Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan 'percuma' adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri.Justeru,sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir,usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga,tetapi di dunia yang nyata.Maka,berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR.Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka.kepada Nurul Izzah,Lain kali pergi belajar lagi bahasa inggeris tu ok.nak tanya juga,bila masa pulak BN tiru dasar Pakatan ??? bukan ker Pakatan yang selalu tiru BN ??? tema hari kebangsaan tu bukan tiru lagu 1Malaysia ker ??? se tu kan maksudnya satu !!!

RENUNG-RENUNGKAN

ISU HUDUD !!! NIK ABDUH MEMBELASAH KARPAL SINGH !!!

Posted: 24 Aug 2012 01:56 AM PDT



KOTA BHARU : Pemimpin tertinggi DAP terutama Penasihatnya,Lim Kit Siang dan Setiausaha Agungnya,Lim Guan Eng diminta supaya mengeluarkan kenyataan berhubung pendirian rasmi parti itu mengenai pelaksanaan syariat Islam di negara ini seperti hukum hudud.Timbalan Ketua Pemuda Pas,Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata,kenyataan itu amat penting bagi memperbetulkan persepsi rakyat selepas beberapa siri kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang menolak hukum hudud dan negara Islam.Beliau berkata,pada masa yang sama,kepemimpinan tertinggi DAP juga perlu memberi nasihat kepada Karpal supaya berhenti daripada terus membuat kenyataan tersebut kerana ia akan menjejaskan hubungan dalam pakatan pembangkang.

"Kita minta pemimpin DAP tidak kira siapa (Kit Siang atau Guan Eng) membuat kenyataan, paling tidak orang tahu DAP menolak kenyataan Karpal dan yang penting rakyat tahu DAP menjaga hubungan dalam pakatan.Saya setuju dengan kenyataan Ketua Pemuda Pas,Nasrudin Hassan (yang membidas karpal).Kenyataan Karpal Boleh menimbulkan andaian bahawa seolah-olah DAP tidak menjaga pengundi Melayu,seolah-olah DAP tidak kisah lansung sedangkan sudah pasti ia tidak betul.Mana ada parti tidak mahu undi rakyat.DAP perlu menasihati Karpal seperti juga Pas apabila pemimpin Pas buat kenyataan bercanggah dengan semangat pakatan mereka akan diberi nasihat macam Datuk Dr. Hassan Ali dan Nasharudin Md Isa," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Nasrudin yang mendakwa Karpal semakin keterlaluan apabila merendah-rendahkan dan mempertikaikan keupayaan hukum hudud mengatasi jenayah.Nik Abduh berkata,kenyataan Karpal sememangnya keterlaluan kerana beliau telah menyentuh dasar perjuangan dan tidak menghormati Pas.

"Semua benda beliau hendak sentuh, perlaksanaan syariat Islamadalah mendasari perjuangan Pas. Dasar perjuangan parti pembangkang lain memang banyak perkara tidak setuju sebab dasar yang berbeza,DAP tidak bersetuju dengan Pas,Pas tidak setuju dengan DAP, DAP tidak setuju dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi kita diam dahulu kerana kita mahu fokus untuk berjuang menegakkan keadilan dan menghapuskan kezaliman.Jadi pada pandangan kami, Pas telah melaksanakannya, kita tidak sentuh dasar PKR dan DAP jadi sepatutnya ia juga diraikan oleh Karpal, memang benar hanya Karpal sahaja dalam DAP yang membuat kenyataan menolak hudud tetapi oleh kerana beliau adalah pengerusi DAP maka orang nak tahu kedudukan yang sebenar," katanya.

Ditanya apakah Pas perlu mengambil tindakan tegas sekiranya Karpal terus membuat kenyataan menolak hudud,beliau berkata ia terserah kepada kepimpinan pusat parti itu.Sementara itu,dalam laman sosial facebooknya,Nik Abduh berkata,biarpun berhak untuk bersuara atas nama kebebasan,karpal tidak sepatutnya mamanaskan isu-isu yang 'setuju untuk tidak bersetuju' seperti mana hak kesepakatan dalam pakatan pembangkang.

"Sama ada kritikan beliau itu adalah atas premis mempertahankan sekularisme negara, atau jahil, atau keras pedal atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu.Saya hairan, orang sehebat Karpal masih menari mengikut rentak yang Umno dan Barisan Nasional (BN) mahukan? Secara peribadi jika saya mengundi di kawasan beliau, saya tidak perlu berfikir dua kali untuk tidak mengundi beliau walaupun saya akan mengundi selainnya yang tidak sepertinya yang mungkin menggantikan beliau." Katanya.

Petikan dari Utusan Malaysia 23/8/12

HOT !!! PAS TIDAK SETUJU UNTUK BUAT HUDUD KETIKA INI - DZULKEFLY AHMAD !!!

Posted: 24 Aug 2012 01:03 AM PDT




Shah Alam : Ketika pemimpin pas mahu hukum hudud dilaksanakan, Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula berbeza pendapat.Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,tidak setuju Hudud dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami undang-undang islam itu secara mneyeluruh.Katanya,sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan.

"Selain itu, banyak pekara lagi yang perlu dibuat dan semua pihak harus memahaminya. Usaha menerapkan pemahaman mengenai hudud tidak boleh hanya melibatkan golongan tertentu, perlu merangkumi semua pihak agar tidak ada yang terkeliru," katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.Bercakap dalam satu program bual biacara anjuran televisyen internet,MobTV bersama Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya bertajuk 'Hentikan Polemik hudud,' beliau berkata, isu hudud kini semakin menjadi permainan politik.

"Dalam keadaaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud," katanya.

katanya,ini perlu diperjelaskan kerana bukan semua masalah boleh diselesaikan melalui hudud. Minggu lalu, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mencadangkan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu, terus menentang hudud.Ini berikutan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempertikaikan perlaksanaan hudud malah memberi amaran supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam itu jika diberi peluang memerintah negara ini.

#Petikan Sinar Harian Edisi Selangor 23/8/12
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...