UMNO Online - “UMNO Besut Beri Anugerah Kepada Mahasiswa Cemerlang” plus 3 more

UMNO Online - “UMNO Besut Beri Anugerah Kepada Mahasiswa Cemerlang” plus 3 more

Link to UMNO Online

UMNO Besut Beri Anugerah Kepada Mahasiswa Cemerlang

Posted: 26 Aug 2012 12:10 AM PDT

BESUT, 26 Ogos – Umno Bahagian Besut akan memberi anugerah kepada mana-mana anak tempatan Besut yang berjaya mencapai keputusan cemerlang atau menerima anugerah dekan di universiti tempat mereka belajar dalam setiap ujian semester bermula ujian semester akhir tahun ini.

Ketua Umno bahagian itu, Datuk Seri Idris Jusoh berkata anugerah itu bukan sahaja bagi menggalakkan mereka belajar dan mencapai kejayaan cemerlang malah bagi memastikan mereka sentiasa aktif dalam memenuhi tanggungjawab mereka dari segi kemanusiaan untuk agama, bangsa dan negara.

“Anugerah itu akan diberikan dalam bentuk keperluan pembelajaran termasuk wang tunai sekiranya pelajar berkenaan menunjukkan bukti yang mereka memperoleh kelulusan cemerlang atau sijil anugerah dekan yang diterimanya.

“Sesuai dengan Besut sebagai ‘Bumi Ulul Albab’ kita mahu melahirkan mahasiswa yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik tetapi pelajar yang mempunyai nilai kemanusiaan dengan berakhlak tinggi dan terpuji di masa depan,” katanya ketika berucap di majlis Pemimpin Bersama Bakal Mahasiswa daerah Besut di Dewan Gong Kemuntong di sini hari ini.

Menurutnya, bakal mahasiswa perlu mengubah cara hidup mereka dan tidak lagi terbawa-bawa dengan budaya pelajar sekolah dengan mengubah cara berkomunikasi, cara berfikir dan meningkat keyakinan diri supaya mereka boleh benar-benar dianggap sebagai mahasiswa yang tulen.

Dalam majlis itu seramai 326 bakal mahasiswa yang mendaftar masuk ke universiti mulai 1 Sept ini hadir bersama ibu bapa mereka.

Katanya mahasiswa masa kini juga perlu pandai merancang masa depan mereka dengan tidak lagi mengharapkan pekerjaan disediakan oleh kerajaan apabila tamat belajar nanti.

Beliau berharap mahasiswa lebih serius dalam pelajaran dan cuba sedaya upaya untuk memperoleh ijazah kelas pertama supaya masa depan mereka akan lebih terjamin kelak. – MediaUMNO

PM Advises People Not To Make A Change They Are Uncertain About

Posted: 25 Aug 2012 09:57 PM PDT

PEKAN, Aug 26 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today advised the people not to make a change which is uncertain of guaranteeing them prosperity and well-being.

Not all change would bring good, he said, adding that the people should institute change in something dependable rather than go for others who have no successful track record.

“We must hold on to something which we know well. God willing, it (the BN government) will bring about a better future,” he said in his address at the Aidilfitri open house hosted by him and his wife, Datin Seri Rosmah Mansor, in Taman Tasik Sultan Abu Bakar, here.

Najib cautioned the people against being easily fooled by the sweet promises of the opposition political parties which he said had evidently failed in the four states they had been administrating after the general election of 2008.

He said that not all the changes promised would bring good for the people, but the BN-led government had brought about various changes which benefited them since the era of Tunku Abdul Rahman, the first prime minister.

“We cannot change a government solely because the time has come for us to make a change. We are not wanting to make a change but wanting something better.

“Change will not necessarily bring good. It can lead to something worse than what we are enjoying today,” he said.

Najib said the BN government was continuing the struggle of past leaders in the effort to value add and bring about a better change to realise Vision 2020.

He said even developed countries which were not administered well and failed to grow new wealth would collapse and face a critical economic situation, such as the several European countries which had to put up with unemployment and economic recession.

“The truth is we cannot go on accepting aid after aid without figuring out how to create and generate wealth. Countries which do not generate economic wealth will face problems,” he said.

The Tengku Mahkota of Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, and Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob and other state leaders were among the more than 70,000 people who attended the open house. – MediaUMNO

Undang-Undang Antilompat Tidak Perlu Tapi Bakal Calon – Shafie

Posted: 25 Aug 2012 09:43 PM PDT

KOTA KINABALU, 26 Ogos – Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata undang-undang antilompat tidak perlu diwujudkan di Negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi yang antara lain memberi kebebasan kepada individu untuk berpersatuan termasuk dalam arena politik.

Beliau berkata sekiranya mana-mana pihak atau parti politik mahu menghalang mana-mana pemimpin mereka khususnya wakil rakyat menyertai parti lain selepas menang dalam pilihan raya, ia perlu dilakukan seawal mungkin termasuk penerapan nilai-nilai baik dan membuat “penapisan rapi” calon yang bakal diketengahkan.

"Tapislah calon-calon yang rasanya ada kemungkinan akan lompat… jangan jadikan mereka calon mengikut sistem sedia ada.

"Tidak banyak negara yang mempunyai perundangan antilompat. Apa yang penting ialah kita menerapkan nilai-nilai baik di kalangan ahli politik supaya ketahanan mereka dalam perjuangan ada disiplin dan konsisten," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar Armizan Md Ali di kediamannya di Luyang dekat sini, malam tadi.

Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan DAP Pulau Pinang untuk mewujudkan undang-undang antilompat.

Beliau berkata anggota politik seharusnya berprinsip dan tidak mementingkan habuan sebagai balasan untuk melompat ke parti politik lain.

Mohd Shafie berkata amalan lompat-melompat parti adalah satu perbuatan yang jijik dan tidak bermoral di kalangan ahli politik kerana “mereka menang atas landasan tiket parti yang mereka sokong dan yakin boleh menjadi landasan untuk membela nasib rakyat”.

"Jadi cara terbaik untuk menidakkan atau menghalang mereka ialah melalui kuasa rakyat pada waktu pilihan raya.

“Rakyat boleh menilai sendiri dan mungkin menghukum mereka melalui proses pilihan raya. Ada kalanya ahli-ahli politik ikut hati melompat kerana kepentingan rakyat … kalau kepentingan rakyat, tiada masalah tetapi ada kalanya kepentingan peribadi atau tujuan tertentu yang diutamakan," katanya.

Mengenai tindakan beberapa Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang menyatakan sokongan terbuka kepada pakatan pembangkang, Mohd Shafie berkata beliau yakin rakyat Sabah cukup matang untuk membuat pilihan yang terbaik pada pilihan raya umum akan datang.

"Keadaan politik di Sabah penuh warna-warni … namun ia bukan sesuatu yang luar biasa di negeri ini.

"Kita lihat memang ada yang lompat dari BN ke parti lain, tetapi yang penting ialah kita konsisten untuk membangunkan negeri ini … kita selesaikan masalah akar umbi termasuk melaksanakan program pembangunan yang menyentuh hati pengundi," katanya. – MediaUMNO

Najib Minta Rakyat Tidak Buat Perubahan Yang Belum Pasti Kebaikannya

Posted: 25 Aug 2012 09:27 PM PDT

PEKAN, 26 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat supaya tidak membuat ‘perubahan’ yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan kepada mereka.

Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.

“Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa akan datang,” kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Taman Tasik Sultan Abu Bakar dekat sini, hari ini.

Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.

Katanya tidak semua perubahan yang dijanjikan akan memberi kebaikan kepada rakyat namun kerajaan pimpinan BN sejak era Tunku Abdul Rahman telah membawa pelbagai perubahan yang kini dinikmati oleh rakyat.

“Kita tak boleh tukar kerajaan sebab (semata-mata) sudah sampai masa kita (perlu) buat perubahan, tapi (sebaliknya) kita (BN) bukan nak bawa perubahan tapi nak sesuatu yang lebih baik.

“Tidak semestinya (semua) perubahan itu membawa kepada kebaikan ada juga membawa kepada sesuatu yang tidak dijangka malah lebih buruk dari apa yang kita kecapi hari ini,” katanya.

Kerajaan BN sekarang meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin sebelum ini dalam usaha menambah nilai dan membina perubahan yang lebih baik untuk mencapai Wawasan 2020.

Beliau berkata negara maju pun jika tidak ditadbir dengan baik dan gagal membina kekayaan baru ia juga akan runtuh dan menyebabkan ekonomi negara mereka gawat seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah yang mengalami masalah pengangguran dan kemelesetan ekonomi.

“Hakikatnya kita tak boleh terima bantuan demi bantuan tanpa memikirkan macam mana nak mencipta dan menjana kekayaan…negara yang bagi bantuan tanpa jana pndapatan baru, ekonomi negara akan menghadapi masalah,” katanya.

Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah adalah di antara lebih 70,000 tetamu menghadiri majlis rumah terbuka Perdana Menteri itu.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan kepimpinan negeri. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...