BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! iLMU MENGADAKAN PROGRAM JELAJAH HUDUD !!! PAS BUAT APA SELAMA 20 TAHUN ???

Posted: 26 Aug 2012 12:00 PM PDT



Tahniah kepada pihak iLMU yang mengambil inisiatif mengadakan program Jelajah Hudud ini.Terima kasih juga kepada pihak yang sudah menyatakan minat mereka untuk menyertai program ilmiah ini yang mana dijangkakan akan diadakan dalam masa terdekat.kepada Pembaca Badut Rakyat Doakan semoga segala urusan dipermudahkan.


iLMU Jelajah Hudud Seluruh Malaysia

KUALA LUMPUR – Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU) akan menganjurkan program jelajah hudud di seluruh negara dengan memfokuskan masyarakat bukan Islam mulai bulan depan. Program itu bertujuan memberi penerangan dan kefahaman terperinci mengenai undang-undang berkenaan supaya tidak disalah tafsir mereka.Pengerusinya,Fathul Bari Mat Jahaya,berkata pihaknya sedang dalam proses menghantar jemputan kepada parti politik seperti MCA,MIC,GERAKAN dan DAP.

"Kita mahu terjemahan hudud itu disampaikan menerusi tafsiran yang mudah difahami dan jelas supaya mereka (bukan Islam) tidak menganggap ia (hudud) sebagai ancaman dan zalim kepada penganut bukan Islam.Tumpuan jelajah ini juga bukan untuk membincangkan bagaimana kaedah pelaksanaan hudud,sebaliknya usaha memahami isi kandungan hukum Islam itu,disusuli alasan dan hujah sebenar," katanya.

Fathul Bari berkata, ia juga sebagai platform untuk memastikan hukum itu tidak terus dijadikan bahan pertikaian dan perbalahan terutama pemimpin politik.Jelajah itu akan bermula di Perlis pertengahan September depan sebelum ke negeri lain.Sesi penerangan dan diskusi akan disampaikan oleh panel daripada iLMU serta ulama dan tokoh agama.

Siaran akhbar Berita Harian,Jumaat 24 Ogos 2012,m/s 4

HOT NEWS !!! #JANJIBERSIH ADALAH PEMBOHONGAN TERBARU DARI ANWAR IBRAHIM ???

Posted: 26 Aug 2012 08:27 AM PDT



Sudah hampir sepenggal Anwar Ibrahim dan koncu-koncunya menjarah kekayaan negeri Selangor disemua lapangan disemua "lubuk emas" malah mereka dengan sewenang-wenangnya memanipulasi harta milik rakyat Selangor yang ditinggalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional selama ini.Lupakah kita berapa banyak kawasan pasir dibuka dan dimonopoli oleh kroni-kroni pakatan haram ini, lupakah kita berapa banyak aset milik rakyat Selangor telah bertukar tangan,lupakah kita tanah-tanak milik rakyat Selangor telah berpindah milik.Apakah ini juga antara janji bersih mereka hendak bangkrapkan Selangor ??? Kerana mereka yakin di PRU13 nanti mereka tidak lagi diberi mandat oleh rakyat Selangor.Kalaulah dengan janji sekecil RM11 sebulan tidak mampu ditunaikan apakah janji untuk merakyatkan ekonomi Selangor mampu mereka tunaikan.Tunggulah di PRU13 nanti apakah janji baru yang bakal ditaburkan pada rakyat Selangor ??? Tunggu...

SAKSIKAN PEMBOHONGAN DI BAWAH !!!


PENDUDUK Mentari Court mengadakan demonstrasi bagi menuntut kerajaan Selangor menunaikan janji menyalur bekalan air percuma kepada rakyat negeri itu di Petaling Jaya.

Penduduk pangsapuri Mentari Court di sini semalam mengadakan demonstrasi aman mendesak kerajaan negeri Selangor menunaikan janji untuk memberikan air percuma kepada setiap rumah di Selangor seperti yang dijanjikan pada pilihan raya lalu.Melalui demonstrasi itu, penduduk memberi tempoh seminggu kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu tersebut.Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Mentari Court,Kamarul Azman Kamarudin berkata,pihaknya juga menuntut ganti rugi sebanyak RM570 untuk setiap isi rumah yang tidak pernah mendapat subsidi air sejak Ogos 2008.

"Kami telah menubuhkan jawatankuasa bertindak untuk menuntut tunggakan subsidi air sebanyak RM1.1 juta bagi penghuni di 1,892 unit rumah yang menggunakan meter pukal di pangsapuri berkenaan.Jika kerajaan negeri gagal menyelesaikan isu ini dalam tempoh seminggu, kami akan mengambil tindakan mahkamah kerana subsidi tersebut perlu diberi secara adil tanpa diskriminasi," katanya.

Turut hadir,peguam mewakili JMB, Hasnal Rezua Merican dan Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS),Datuk Sohaimi Shahadan. - Kosmo

RENUNG-RENUNGKAN

SAH !!! NURUL IZZAH AKAN BERTANDING KE KAWASAN LAIN PADA PRU 13 !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Aug 2012 05:00 AM PDT



Anwar Ibrahim sebelum ini telah berura-ura untuk lari dari kampung halaman untuk mencuba nasib di Parlimen Nibong Tebal bagi menyelamatkan karier politik peribadi setelah mengetahui cengkaman pengaruhnya di Permatang Pauh saban waktu semakin merosot.tiba-tiba baru-baru ini beliau menyatakan akan bertanding di permatang pauh.betul ker ataupun takut ??? apabila menyedari hasratnya itu sudah terdedah pada umum,mahu tidak mahu untuk mengelak malu dan polemik yang berpanjangan,Anwar Ibrahim terpaksa digagahkan jua kakinya untuk terus bertahan di Permatang Pauh sekalipun tahu hujung hayat politiknya dalam PRU 13 mungkin bakal ternoktah di sana.hanya 1000 orang sahaja yang datang rumah terbuka beliau.persoalannya,boleh ker beliau menang di permatang pauh ??? Rupanya bukan Anwar sahaja yang mengalami sindrom ketakutan untuk menerima penolakan rakyat kerana ia turut menjangkiti anak sulungnya,Nurul Izzah yang sekarang ini adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai merangkap Naib Presiden PKR.

Perkembangan terbaru yang diperolehi dari sumber-sumber PKR menyebut,Nurul Izzah sudah pasti akan lari meninggalkan Parlimen Lembah Pantai setelah tidak tahan menerima asakan dari Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar,Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang kian melebarkan pengaruhnya di sana.Nurul Izzah sedar kehadirannya di Lembah Pantai langsung tidak memberi impak positif kepada penduduk dan pengundi di sana,apatah lagi selepas beberapa kajian yang dilakukan oleh jentera PKR turut mengesahkan senario semasa tidak lagi memihak kepada PKR.Hasil kajian-kajian itu turut menjangkakan peluang PKR di Lembah Pantai bukan sahaja terlampau malap malah kemenangan pastinya condong kepada BN dengan kelebihan sekitar 2,000 undi.ramai hulubalang dan orang kanannya di kawasan parlimen itu telah beramai-ramai terjun dari kapal mencari perlindungan di bahtera BN,nampak gayanya terpaksa juga Nurul Izzah mengorak langkah mencari kawasan baru yang difikirkannya masih putih untuk menerimanya.

Mengikut maklumat tersebut lagi,kawasan parlimen baru yang bakal ditandingi oleh Nurul Izzah ialah Titiwangsa yang sebelum ini dikuasai oleh calon PAS,Allahyarham Dr. Lo'Lo yang memenangi parlimen tersebut dengan majoriti 1,972 undi.Sebagai ganti peralihan kerusi tersebut,PKR akan menyerahkan kerusinya di Parlimen Wangsa Maju untuk ditandingi oleh calon PAS.Pada PRU 2008,Parlimen Wangsa Maju dimenangi calon PKR, Wee Choo Keong selepas menewaskan penyandang asal dari BN dengan majoriti 150 undi.Wee,bagaimanapun meninggalkan PKR pada Mei 2010 dan kekal sebagai wakil rakyat Bebas sehingga sekarang.Nurul Izzah mungkin berasa lega kerana merasakan sudah ketemu kawasan yang dikiranya selamat,tapi dengan senario hari ini yang makin memihak kepada BN dan gelombang penolakan rakyat terhadap pembangkang semakin kuat melanda negara,angan-angan Nurul Izzah untuk sekali lagi menjadi 'yang berhormat' nampaknya masih terlalu jauh dari jangkauan.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PKR TERPAKSA MELUTUT BAWAH TAPAK KAKI DAP !!!

Posted: 26 Aug 2012 01:30 AM PDT



PKR kelihatan sangat takut dengan tindak balas dari DAP ekoran kebocoran maklumat mesyuarat yang melibat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang,Mansor Othman yang telah menggelarkan Lim Guan Eng sebagai sombong dan angkuh.Desakan DAP agar PKR menjelaskan apa sebenarnya yang membuatkan Mansormelecehkan Guan Eng sebagai angkuh dan bongkak,membuatkan Mansor Othman terpaksa berbelit lidah menyatakan bahawa bukan itu yang dimaksudkannya,sebaliknya yang dikatakannya adalah Lim Guan Eng sebagai tokong.Walau apa pun penjelasan yang diberikan oleh Mansor Othman dan PKR tentang kemelut ini,ia sudah cukup untuk menunjukkan kepada kita bagaimana ketakutan PKR itu menjelaskan tentang suasana sebenar di Pulau Pinang dan PKR di dalam Pakatan Rakyat.Malah semakin mengukuhkan dakwaan selama ini bahawa DAP adalah tuan besar PAS dan PKR.Tokong,angkuh dan sombong,hanyalah sebahagian daripada perkataan-perkataan yang diistilahkan kepada Guan Eng.Mungkin kerana ketakutan yang teramat sangat kepada DAP,membuatkan PKR dan Mansor Othman terpaksa bertungkus lumus berbelit lidah untuk membetulkan keadaan.

Itu PKR...

Kalau PAS pula,sudah lama mereka tidak berani bersuara atau menyuarakan perasaan tidak puas hati kepada Guan Eng.Sebaliknya apa yang mereka mampu lakukan hanyalah mengampu dan memuji Guan Eng sehingga ke tahap meletakkan Guan Eng sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz.Sebarang kesalahan tingkahlaku dan penyelewengan kuasa oleh Lim Guan Eng,tidak pernah dipersoalkan atau diangkat.Sebaliknya semua kejahatan tersebut dibela sepertimana mereka membela tanah perumahan awam yang telah dirampas oleh Guan Eng untuk diserahkan kepada sebuah syarikat kroni DAP untuk dijadikan hospital swasta.Apabila Guan Eng cuba memperlekehkan pertanyaan mengapa tanah tersebut dirampas sedangkan ianya disediakan untuk perumahan awam, PAS adalah golongan pertama yang membela dengan mengatakan,UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah berbuat sesuatu untuk penduduk miskin,walhal tapak perumahan awam berstatus rumah mampu milik itu telah disediakan dari zaman Koh Tsu Koon lagi.Hanya apabila tiba zaman Guan Eng,tapak perumahan tersebut dirampas dan dijualkan kepada pemaju yang akan membina sebuah hospital swasta yang sudah tentu bukan untuk golongan marhein !!!

Walau bagaimanapun,ketakutan PKR dan PAS terhadap DAP memang sudah dijangka dan diketahui.Kejayaan DAP menguasai undi daripada golongan muda bukan Melayu khususnya di Semenanjung,menjadi daya tarikan kepada PKR dan PAS. PKR dan PAS mahu berkongsi undi-undi berkenaan.Sedangkan DAP pula sangat tahu, kalau mereka berkongsi undi-undi berkenaan, yang menerima akibat buruk dalam jangka masa panjang adalah DAP sendiri.Dek kerana itulah,DAP bertindak seperti diktator dalam Pakatan Rakyat.Apa tuntutan DAP yang tidak dipenuhi oleh PKR dan PAS? DAP pula bijak memainkan peranan terutama dalam meletakkan Anwar Ibrahim dan para pemimpin Melayu sebagai peneraju sedangkan pada masa yang sama,mereka adalah pihak yang memegang tali teraju. Anwar Ibrahim dan para pemimpin Melayu PKR serta PAS hanyalah layang-layang yang akan terbang mengikut tali teraju yang dipegang oleh DAP.Apa yang berlaku di Selangor sudah cukup untuk dijadikan sebagai bukti.Meskipun yang menjadi ketua kerajaan adalah Khalid Ibrahim dari PKR,namun kuasa sebenar ada di tangan Teresa Kok dan DAP Selangor.Khalid Ibrahim dan PKR serta PAS Selangor boleh bersikap kasar terhadap UMNO dan Barisan Nasional selain mengungkit pelbagai isu yang mereka sifatkan sebagai skandal dan penyelewengan kuasa.

Perhatikan sahaja bagaimana PKR terpaksa mendiamkan diri dan cuba mengalihkan kesalahan DAP menyelewengkan kontrak untuk kontraktor kelas F yang membabitkan kematian Teoh Beng Hock. Kebenaran cerita berkenaan langsung tidak disentuh oleh PKR, sebaliknya PKR cuba menyalahkan UMNO sebagai pengkomplot dengan polis dan SPRM yang membunuh Teoh Beng Hock.Drama terbaru di Pulau Mutiara itu tidak menghairankan langsung, sebaliknya ia adalah petunjuk daripada Allah Taala bagaimana Melayu-Melayu dalam PKR dan PAS terpaksa menghambakan diri kepada DAP dan Lim Guan Eng kerana takutkan tak dapat undi daripada masyarakat bukan Melayu-Islam! - Selangor Daily

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! BALASUBRAMANIAM ADALAH PUNCA ALTANTUYA TERBUNUH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 25 Aug 2012 10:00 PM PDT



satu lagi cerita terbongkar berkenaan dengan kematian Altantuya.mungkin anda kenal dengan penyiasat persendirian,P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak.Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita,pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia,Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.Sebelum itu,beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya ??? Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya ??? Mengikut sumber-sumber,seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat,berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala,timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.Jadi,tidaklah salah untuk saya nyatakan,disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini,P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! NEIL AMSTRONG MENINGGAL DUNIA !!!

Posted: 25 Aug 2012 07:00 PM PDT



Angkasawan,Neil Armstrong,manusia pertama yang menjejakkan kaki ke bulan telah meninggal dunia,seminggu selepas pembedahan jantung dan sehari selepas ulang tahun usianya yang ke-82.Menurut kenyataan ahli keluarganya,beliau telah meninggal dunia pada jam 2:45 pm hari Sabtu kerana mengalami komplikasi hasil daripada pembedahan jantungnya itu.Pada tanggal 20 Julai 1969, Neil Armstrong berjaya mendarat di bulan dengan kenderaan udara kecil yang telah dihantar ke bulan dengan roket Saturn V dalam misi Apollo 11. Ucapannya yang terkenal ialah :


'Inilah sebuah langkah kecil bagi [seorang] manusia,satu langkah besar bagi kemanusiaan.'


Pada November tahun lepas Armstrong bersama-sama dengan tiga angkasawan lain telah menerima Pingat Emas Kongres,anugerah umum tertinggi Amerika Syarikat.

HOT !!! DI MANAKAH SUSPEK BAKAR KEKASIH BERSEMBUNYI ??? JOM KITA LIHAT !!!

Posted: 25 Aug 2012 05:10 PM PDT



Selepas 10 hari diburu,seorang remaja lelaki yang disyaki membakar teman wanitanya,Nurul Firzanah Mat Zaki,sehingga menyebabkan mangsa koma akhirnya ditahan di Setapak Jaya,kelmarin.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,Datuk Ku Chin Wah berkata,suspek,Mohd. Amir Mohd. Anuar ditahan bersama seorang wanita di sebuah rumah di situ.Katanya,kedua-duanya ditahan reman sehingga 28 Ogos ini untuk siasatan lanjut.Sementara itu,menurut sumber,turut ditahan enam orang termasuk empat wanita yang berusia 16 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Polis turut ditunjukkan lokasi tempat kejadian dan menemui topi keledar, cebisan pakaian dan rambut mangsa," katanya.

Dalam kejadian 13 Ogos lalu,suspek telah menyimbah petrol ke tubuh gadis remaja itu sebelum bertindak membakar mangsa di kawasan semak ketika mereka keluar bersahur bersama kira-kira pukul 3.15 pagi.Akibatnya,mangsa dilaporkan terbakar 25 peratus di muka,dada dan tangan dan kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.Apakata kita tinjau lokasi di mana suspek tersembunyi bersembunyi



KEPADA PEMBACA BADUT RAKYAT !!!

DI SARANKAN JAGA ANAK ANDA SEBELUM TERKENA !!!

HANYA NASIHAT !!!

JANGAN MARAH !!!

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...