UMNO Online - “Government Aid And Incentives In Line With Merdeka Day Theme – GWGF” plus 9 more

UMNO Online - “Government Aid And Incentives In Line With Merdeka Day Theme – GWGF” plus 9 more

Link to UMNO Online

Government Aid And Incentives In Line With Merdeka Day Theme – GWGF

Posted: 27 Aug 2012 03:38 AM PDT

SHAH ALAM, August 27  - The government aid and incentives given to Felda settlers is to strengthen their socio-economy in line with the Merdeka Day theme “55 Years Of Merdeka, Pledges Fulfilled”.

Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) chairman Tan Sri Rozali Ismail said they are also provided community halls, schools, mosques, roads, housing and interest-free loans to rebuild or renovate their homes.

“Felda settlers are also given facilities like Skim Insentif Usahawan Felda and Skim Pinjaman Koperasi Permodalan Felda (KPF),” said Rozali who is also executive chairman of Puncak Niaga Holdings Bhd in a statement here today.

The government is also working with Federal Agricultural Marketing Authority (Fama) to promote the “Edible Garden” programme where all the produce would be purchased by Fama to help settlers increase their income.

Rozali said some 112,636 Felda settlers received a windfall when Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced the Aidilfitri gift.

“The tradition of giving duit raya to Felda settlers annually reflects the government care for the people’s welfare. This is the result of administrative efficiency and leadership of the government since Merdeka.”

He said that some people, especially the young, are ungrateful for all the benefits received as they are still mentally colonised.

“They are more likely to choose fun than appreciate the true meaning of Merdeka. The sacrifices of those who fought for the country’s independence are dismissed,” he added.

Kelab Wartawan Muda Malaysia Sokong Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 Dikekalkan

Posted: 27 Aug 2012 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) menyokong penuh pendirian kerajaan untuk tidak menyemak semula serta mengekalkan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada sesi persidangan April lepas.

Presiden KWMM Dzulkarnain Taib berkata tujuan pindaan itu adalah bagi mengemaskini pengurusan aliran maklumat dalam dunia internet yang jika tidak diselenggara dengan baik akan menjejaskan hak pengguna sendiri.

“Apatah lagi dalam dunia tanpa sempadan dan akses kepada pelbagai maklumat dan informasi menjadi suatu perkara yang amat mudah, jika tidak dikawal akan menyebabkan bermacam-macam masalah sosial, politik dan ekonomi bukan sahaja kepada individu tetapi juga masyarakat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dzulkarnain berkata pihak yang membuat bantahan terhadap pindaan Seksyen 114A rata-ratanya adalah daripada parti pembangkang serta blogger dan pertubuhan bukan kerajaan yang berkiblatkan pembangkang.

Beliau berkata pihaknya juga kesal terhadap sikap sama yang diambil oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang seolah-olah menyebelahi pihak pembangkang.

“Perlu diketahui pindaan terhadap Seksyen 114A telah diluluskan secara sah oleh Dewan Rakyat pada sesi persidangan April lepas, jadi setelah pindaan tersebut dibahaskan oleh anggota Dewan Rakyat secara terperinci, kami tidak melihat logiknya pihak pembangkang dan Suhakam meminta supaya ia dikaji semula,” katanya.

Beliau berharap agar pindaan tersebut akan mampu mengekang gejala penyebaran fitnah dan khabar angin oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada bagi tujuan peribadi, politik atau sebagainya.

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 akan dikekalkan bagi menjamin dan melindungi keselamatan negara.

Selain itu, ia turut menjamin keselamatan rakyat daripada keganasan dan perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Pelbagai Bantuan Dan Insentif Kepada Warga Felda Bertepatan Dengan Tema Hari Kebangsaan

Posted: 27 Aug 2012 03:11 AM PDT

SHAH ALAM, 27 Ogos – Pelbagai bantuan dan insentif yang diberikan kepada para peneroka Felda merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memperkukuh sosio ekonomi peneroka tanah rancangan itu serta bertepatan dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini iaitu  “55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati”.

Pengerusi Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Tan Sri Rozali Ismail berkata selain itu, kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti dewan serba guna, sekolah, masjid, jalan raya, projek perumahan warga Felda serta memberi pinjaman tanpa faedah bagi membina semula atau mengubah suai rumah mereka.

Bagi merancakkan lagi ekonomi para peneroka, kerajaan juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti Skim Insentif Usahawan Felda dan Skim Pinjaman Koperasi Permodalan Felda (KPF), kata Rozali, yang juga Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi menggalakkan program “Edible Garden” atau taman makanan di mana segala hasil projek tersebut akan dibeli oleh FAMA, dan ini akan membantu para peneroka meningkatkan pendapatan mereka.

Rozali berkata setakat ini, 112,636 peneroka di seluruh Felda mendapat durian runtuh apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian duit raya kepada setiap peneroka Felda.

“Tradisi pemberian duit raya kepada warga peneroka pada setiap tahun jelas membuktikan keprihatinan kerajaan kepada kebajikan rakyatnya. Semua faedah yang dinikmati pada hari ini adalah hasil kecekapan pentadbiran dan kepimpinan kerajaan yang telah mentadbir Malaysia sejak merdeka lagi,” katanya.

Namun, beliau berkata terdapat segelintir masyarakat yang masih tidak bersyukur atas kenikmatan yang diperoleh pada hari ini dan mentaliti sesetengah mereka terutamanya golongan muda masih dijajah kerana lebih cenderung memilih keseronokan berbanding menghayati erti sebenar sebuah kemerdekaan dan memandang sepi pengorbanan para pejuang kemerdekaan terdahulu.

Beliau berkata setiap kali menjelang sambutan kemerdekaan, mereka lebih mengutamakan hiburan dan justeru itu, bukan hanya kerajaan yang perlu memainkan peranan dalam mencari inisiatif bagi memastikan kemerdekaan yang diperoleh dapat  dikekalkan, tetapi masyarakat Malaysia juga perlu bersama-sama mengembleng tenaga dan usaha untuk memastikan kemakmuran Malaysia terpelihara.

Keutamaan Songsang Pas… Putrajaya Diutamakan, Prinsip Diketepikan

Posted: 27 Aug 2012 03:02 AM PDT

Dua isu ini jelas menunjukkan bahawa Pas sebenarnya berada jauh di bawah garis  tanda aras tahap perjuangan Islam sebenar.

Dua isu ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa ahli dan pemimpin  Pas tidak ada lebih mana pun berbanding dengan ahli dan pemimpin UMNO di sisi tuhan. Ini membuktikan Pas tidaklah seIslam mana perjuangannya.

Soalan dalam kubur yang ditanya kepada ahli dan pemimpin UMNO itu jugalah yang akan ditanya kepada ahli dan pemimpin Pas. Tiada mana-mana pihak yang mendapat privilege dari tuhan, kecuali mereka yang diredhai, beriman dan beramal soleh.

Isu Pertama, ketika Dr Hasan Ali cuba menegakkan prinsip perjuangan Islam dan cuba bersuara dalam soal murtad dan rumah urut, beliau ditendang keluar Pas. Hampir keseluruhan pemimpin Pas berdiri dibelakang pendirian kerajaan Selangor yang didominasi oleh DAP.

Kedua, Ust. Nasharudin Mat Isa yang dilihat tidak sehaluan dan sering ditempelak oleh pemimpin Pas. Beliau juga mungkin bakal menerima nasib yang sama dengan Hasan Ali, apabila beliau menunjukkan sikap mesra UMNO melebihi DAP.

Dari sudut individu, ke dua-dua pemimpin Pas ini sedang menerima dugaan tuhan, sejauh manakah kekentalan prinsip perjuangan Islamnya. Dari prinsip berjemaah, Pas juga sedang diperhalusi oleh Allah tentang sejauh manakah keikhlasan, kejujuran dan kebenaran di dalam perjuangannya.

Individu pemimpin Pas yang sedang menempelak Ust.Nasha juga sedang dinilai kiblat perjuangan mereka yang sebenar di sisi tuhan, samada di atas maksud kerana Allah atau di atas maksud selain dari Allah.

Dugaan bukan datang dari luar atau dari UMNO mahupun musuh Islam, tapi dugaan mereka datang dari dalam Pas sendiri.

Pas yang selama ini dikatakan memperjuangkan agenda Islam tiba-tiba menentang agenda perjuangan Dr Hasan Ali dan Ust.Nasha yang cuba melaksanakan agenda perjuangan yang dibawa oleh Pas selama ini.

Kenapa agenda dan pendekatan Islam yang mereka bawa tiba-tiba disanggah oleh kepimpinan Pas sendiri hingga segala prinsip Islam yang cuba diamalkan mendapat tentangan dari kepimpinan?

Bila pula kalanya DAP bersetuju dengan agenda perjuangan Pas? Bila sesuatu yang dikatakan “hak” boleh bercampur dengan “kebathilan”?

Jika Pas memperjuangkan yang hak, sudah pasti secara otomatik perjuangan mereka akan mendapat tentangan dari pihak yang bathil. Ini sunnatullah perjuangan.

Penentangan yang ditunjukkan oleh Karpal Singh itu sebenarnya adalah lumrah pertentangan atau manifestasi perjuangan yang pasti berlaku di antara yang hak dan bathil. Kenapa harus kita hairan?

Kenapa Pas tiba-tiba berkompromi dengan perjuangan yang bathil? Cuba tunjukkan bukti sejak zaman perjuangan nabi Muhamad saw, jika ada terdapat mana-mana perjuangan hak dan bathil boleh bercampur dan secocok umpama aur dengan tebing?

Cuba buktikan mana-mana penemuan baru atau invention yang boleh menyebabkan minyak dengan air boleh bercampur?

Titik persamaan tidak mungkin wujud di antara hak dan bathil. Tetapi titik persamaan inilah yang cuba diwujudkan oleh Anwar. Bukan bertujuan untuk mendaulatkan Islam, tapi untuk mendaulatkan kuasa untuk ke Putrajaya. Hakikatnya, ia tidak kena mengena dengan Islam.

Pas sedang berusaha berkompromi dengan DAP atau Pas sedang mengkompromikan kesucian Islam? Untuk apa dilakukan semua ini?

Akhirat dijunjung, dunia dikendong, bererti “Maksud dijunjung dan keperluan dikendong”. Ia memberi erti bahawa kepentingan “keperluan” (neccessity) tidak mungkin mengatasi kepentingan sesuatu maksud.

Mana satu yang lebih wajib? Ayat yang menyebut “setiap dari kamu (muslim) adalah bersaudara” yang lebih wajib diutamakan atau pun ijtihad Pas yang mendakwa “dibolehkan berkompromi dengan kafir DAP demi untuk menumbangkan UMNO yang menolak Islam” ?

Apa yang dilakukan oleh Pas hari ini ialah menterbalikkan keutamaan, di mana keperluan untuk ke Putrajaya dijunjung, manakala maksud sebenar ikatan persaudaraan sesama muslim yang amat dituntut oleh Allah dan rasulnya hanya dikendong.

Pas bimbang jika tidak berkompromi dengan DAP maka peluang untuk ke Putrajaya akan terjejas. Maka Pas terpaksa mencampakkan saranan Allah dan rasul yang mewajibkan ikatan persaudaraan sesama muslim yang dikendongnya, demi untuk menyelamatkan hubungan dengan DAP agar tidak terjatuh daripada junjungannya.

Bukan Hasan Ali dan Ust Nasha saja, malahan sesiapa saja yang boleh menjadi penyebab kepada jatuhnya apa yang dijunjung di batu jemala Pas, pasti akan menerima nasib yang sama dengan mereka berdua ini.

Inilah rasmi perjuangan “Pas for all” ciptaan golongan erdogan Pas yang lebih totok assabiahnya dari UMNO.

kkamdias.blogspot.com

Tsunami Politik – Lagu 16 September Yang Sama Cuma Liriknya Berbeza

Posted: 27 Aug 2012 02:27 AM PDT

KOTA KINABALU 27 Ogos – Kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membayangkan seolah-olah akan berlakunya tsunami politik di Sabah pada PRU yang ke 13 disifatkan oleh Datuk Seri Salleh Said sebagai satu lagi rekaan yang terhasil dari impian Anwar, sama seperti episod pembohongan 16 September yang pernah dilakukan  oleh beliau beberapa tahun yang lalu.

Menurut beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, rakyat di Sabah hari ini berada di dalam keadaan yang  selesa, aman dan makmur di bawah pemerintahan BN yang terbukti telah banyak berjasa dan berkhidmat kepada rakyat di negeri itu sejak dulu lagi.

"Rakyat Sabah amat menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan segala program tranformasi yang dilakukan oleh kerajaan di bawah kepimpinan beliau yang mendahulukan kebajikan rakyat di negara ini, khususnya rakyat di Sabah.

"Justeru itu, saya tidak nampak sebarang sebab yang boleh menyebabkan berlakunya tsunami politik di Sabah apatah lagi, rakyat Sabah adalah rakyat yang mengenang jasa dan tahu membalas budi terhadap kerajaan yang selama ini banyak membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat di negeri ini," ujar beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Sehubungan itu, apa yang cuba digembar gemburkan oleh Datuk Seri Anwar bahawa akan berlakunya tsunami politik di Sabah yang hanya semata-mata berdasarkan senario tiga pemimpin parti komponen UMNO dan BN yang beralih arah berpihak kepada beliau, hanyalah  satu omong kosong Ketua Pembangkang itu untuk mencetuskan kekeliruan di kalangan rakyat di negara ini, khususnya di Sabah.

"Ini adalah satu lagi strategi provokasi yang cuba dicetuskan oleh Ketua Pembangkang bagi membuatkan rakyat keliru dan terpengaruh, di mana modus operandinya saling tak tumpah dengan peristiwa hitam 16 September yang ternyata hari ini, ia merupakan  satu andaian dan khayalan Datuk Seri Anwar semata-mata. Hari ini, beliau cuba mendendangkan lagi lagu yang sama, cuma kali ini liriknya saja yang ditukar," tegas beliau lagi.

Tambah beliau, semenjak peristiwa 16 September  lalu, segala muslihat dan helah politik Anwar sudah dapat dilihat dan dinilai oleh rakyat di negara ini terutamanya di Sabah, yang ternyata memperlihatkan sikap dan kata-kata Penasihat PKR   itu bagaikan gema dari tin kosong yang tidak ada isi kebenarannya.

"Saya yakin bahawa rakyat, khasnya di Sabah tidak akan terpengaruh dan tertipu untuk kali kedua dengan helah dan tipu daya Anwar yang sekali lagi  mencanangkan bahawa  akan berlakunya tsunami politik di Sabah.

"Cukuplah pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh beliau sepanjang empat tahun ini di mana hari ini rakyat sudah sedar, bahawa individu yang bernama Anwar Ibrahim itu hanyalah seorang yang  pandai  bermain kata-kata, malah sanggup membohongi  rakyat demi kuasa dan jawatan PM yang menjadi idamannya sejak sekian lama," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Negara Sekular, Hudud : Apakah Karpal Dan Pas Masih Mengigau??

Posted: 27 Aug 2012 02:22 AM PDT

Mungkinkah Karpal Singh belum pulih sepenuhnya setelah jatuh sakit tempoh hari sehingga meracau-racau?  Mungkinkah beliau masih berhalunisasi apabila berkata bahawa Tun Salleh Abbas pernah memutuskan bahawa Malaysia adalah negara sekular dalam kes Che' Omar Che Soh.

Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara hanya menyatakan bahawa terdapat undang-undang di negara ini yang berunsur sekular dan beliau tidak pernah sekali-kali memutuskan negara ini sebagai negara sekular.

Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia telah pun menegaskan bahawa negara ini adalah negara Islam kerana ia diperintah oleh orang Islam, meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan di masa yang sama tidak pernah menyekat amalan agama-agama lain.

Untuk itu, Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam melalui Perkara 37 dengan mewajibkan Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa.

Selain itu, semua cabang pemerintahan negara sama ada Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.

Tindakan Karpal Singh membangkitkan hal ini dalam pertelagahannya dengan Pas tentang hudud menyerlahkan lagi agenda jahat DAP yang menentang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi.  Tindakan Karpal Singh juga dilihat sebagai menentang prinsip Rukun Negara.

Nampaknya, pertelagahan mengenai hudud antara DAP dan Pas semakin mengganggu dan mengelirukan rakyat, malah mampu mencetus ketegangan.

Rakyat perlu faham bahawa sesebuah negara Islam tidak semestinya melaksanakan hudud.  Sedangkan Mesir negara yang memusatkan semua Ulama-ulama tersohor juga tidak melaksanakan hudud.

Rakyat perlu faham bahawa sesebuah negara Islam tidak semestinya melaksanakan hudud.  Sedangkan Mesir negara yang memusatkan semua Ulama-ulama tersohor juga tidak melaksanakan hudud.

Perlaksanaan hudud dalam negara juga tidak menjamin syurga kepada umat Islam di dalamnya.  Ini kerana, syurga-neraka adalah tertakluk kepada amalan peribadi iaitu antara hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T dan juga antara sesama manusia.  Kerajaan dan undang-undang tidak akan mempengaruhi kedudukan seseorang Islam di sisi Allah S.W.T.

Hudud adalah undang-undang yang terlalu tinggi yang memerlukan keikhlasan dan ketakwaan yang mantap di kalangan para pelaksananya.  Ia juga memerlukan kedudukan negara dan umah dalam keadaan sempurna dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial sebelum hudud boleh dilaksanakan.

Hudud yang dilaksanakan tanpa memenuhi syarat di atas akan berakhir dengan ketidakadilan.  Lihat saja antara negara yang mengamalkan hudud seperti Pakistan, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria.

Keadaan rakyat mereka menyedihkan, kekejaman terhadap wanita berleluasa, manakala kaum lelaki bermaharajalela menjamu nafsu.  Negara mereka juga semakin mundur dan tidak pernah aman.

Keadaan ini berlaku apabila undang-undang diletakkan lebih tinggi dari keadilan itu sendiri.  Atau dalam beberapa kes, mungkin juga lebih tinggi dari keperluan asas seperti makanan, pakaian, pendidikan dan keselesaan. Sedangkan, hudud adalah berkenaan keadilan dan kesempurnaan, bukan undang-undang semata-mata.

Lebih dari itu, adalah bahaya untuk melaksanakan hudud di kala keadaaan hampir mustahil untuk mencari pelaksana atau hakim yang benar-benar mantap takwanya dan keikhlasannya serta mampu pula mengambilkira semua aspek teknologi canggih di zaman ini dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam berbagai bidang termasuk psikologi malah mungkin juga sains, sebelum menjatuhkan hukuman.

Lebih buruk lagi jika si penggubal, pelaksana dan hakim mempunyai kecenderungan bersifat 'chauvinis' dan masih berpegang kepada fahaman jahiliah iaitu memandang rendah pada wanita atau suka membiarkan diri terpengaruh dengan sesuatu golongan atau pandangan tertentu.

Jika ini berlaku, bagaimana kita boleh memastikan yang beliau benar-benar menjatuhkan hukuman dengan hukum Allah S.W.T atau hanya dengan pendapat, pandangan dan kecenderungan peribadinya?

Menghakimi hitam atau putih sesuatu perkara mungkin mudah tetapi malangnya keadilan itu tidak semudah hitam atau putih.   Kadangkala, hitam yang dilihat adalah tumpahan warna dari beberapa punca.  Maka, sang hakim perlu menilai perkara dari puncanya agar tidak berlaku kejam terhadap sesiapa.

Karpal jelas tidak memahami perkara ini tetapi begitu juga sebahagian umat Islam yang kononnya hidup demi hudud.

Namun, sama ada Karpal faham atau tidak, adalah amat tidak bertanggungjawab bagi beliau, untuk membangkitkan perkara ini dengan menolak prinsip Rukunegara dan perlembagaan negara yang meletakkan negara ini sebagai Negara Islam.

Mungkinkah, Karpal sanggup memperbodohkan dirinya dengan menidakkan pengetahuan mengenai perlembagaan negara semata-mata kerana menentang hudud dan segala-galanya yang berkaitan dengan Islam?

Walau apapun tindakan dan kenyataan Karpal, yang pasti Pas telah berikrar akan sehidup semati dengan Karpal dan DAP sementara 'hudud' akan terus menjadi nyanyian rasmi Pas sekadar untuk memancing undi.

Mirza Mahamood

Mansor Should Just Quit PKR As He Has Been Publicly Shamed By Guan Eng

Posted: 27 Aug 2012 02:13 AM PDT

Salam 1Malaysia…

It is no secret now that in Penang, PKR plays second fiddle to DAP, so is Pas and as such, both PKR and Pas cannot go shouting they are on equal footing with DAP or they are equal partners in the political equation in Penang.

The press conference last week conducted by Deputy Chief Minister 1 Mansor Othman, in the presence of Chief Minister Lim Guan Eng, reflected or visibly showed Mansor's subservience to Guan Eng.

Mansor was put in a corner to answer or explain his own action and words written in a minutes of a official or unofficial meeting that rundown Guan Eng.

Guan Eng's presence in the press conference was to show that he is 'the boss' and no one should run him down in anyway or else he would put the person in shame, just like what he did to Mansor.

Mansor has to call for a press conference, in the presence of Guan Eng and explain or deny those words he had spoken that rundown Guan Eng, an act a leader would not wish to do because this would shame him.

People would perceive he is scared of his boss and that he would not be trusted by his own men when he begins to deny or slithe around the words to protect himself from being taken action against.

He would be seen as cowed by Guan Eng, fear of Guan Eng's wrath and the press conference itself had truly tear Mansor's dignity to pieces as he wrangled his way to escape Guan Eng's wrath.

Given the fact that Mansor had been shamed during the press conference and his dignity as a leader in PKR have been torn to pieces, it is better for him to just get out of the party and clears himself.

People with pride would not subject himself to be 'morally abused' so much so Mansor has lost respect from his own party members – behind Guan Eng he is hero but in front he is just a mouse – such is the perception of party members and the public towards him now.

Mansor has lost his credibility and dignity…he is just a pawn in the political game of big names in PKR and DAP – and by staying on he only makes himself a fool.

PKR de factor chief Anwar Ibrahim did not come to his aid and the way things go, Anwar would not stand by his side and may not even proposed his name as candidate in the coming general election.

Mansor's action in the meeting which minutes was leaked revealed the biggest problem in Pakatan Rakyat – the division between racial lines – that see DAP dominance and low-class PKR alliance.

Kemaluddin Jeffry

Convoy Of 60 Civil Servants Boosts ‘Fly Jalur Gemilang’ Campaign In Penang

Posted: 27 Aug 2012 01:40 AM PDT

GEORGE TOWN, Aug 27 – About 60 civil servants from the Information, Communications and Culture Ministry carrying the national flag helped boost the ‘Fly the Jalur Gemilang’ campaign when they went round this heritage city in a convoy of motorcycles, cars and 4WD vehicles today.

They are from the Special Affairs Department, Radio Televisyen Malaysia and National Archives in the event organised by the Northeast District Information Department.

Joining them were 25 members of the SYM Motorcycle Club, starting from Padang Kota Lama and ending in Tanjung Tokong.

The convoy organising chairman, Fun Pon Din Phrat said the Kembara Merdeka 2012 programme, held in conjunction with the country’s coming 55th Independence Anniversary celebration, was also aimed at instilling patriotism and unity among the people.

He said that 300 Jalur Gemilang were also given out to the public during the  event.

Merdeka 55 Tahun …. ‘Janji Ditepati’ Kesinambungan Perjuangan Terdahulu

Posted: 27 Aug 2012 01:34 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan negara amat besar jasanya kepada seluruh rakyat negara ini, ia bukan sahaja dinikmati oleh mereka yang tinggal di negara ini malah turut dirasai oleh rakyat Malaysia yang tinggal di serata tempat di seluruh dunia.

Kesinambungan kemerdekaan negara hasil perjuangan mereka terdahulu kini diteruskan oleh kepimpinan kerajaan Barisan Nasional yang menjadi pemerintah dan mentadbir negara ini sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari berkata kemakmuran serta kesejahteraan yang dinikmati adalah hasil perjuangan pemimpin terdahulu dan kini diteruskan oleh kepimpinan sedia ada yang berusaha untuk memberikan kehidupan lebih baik.

"Sebagai generasi selepas merdeka, kita perlu bersyukur dan berterima kasih dengan pemimpin-pemimpin terdahulu yang telah berjuang memerdekakan negara ini, perjuangan mereka itu adalah untuk memastikan generasi seterusnya dapat menikmati hidup lebih baik daripada apa yang mereka lalui ketika itu, itulah janji perjuangan mereka.

"Manakala pemimpin era kemerdekaan termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib meneruskan perjuangan menunaikan janji-janji itu dengan berusaha menyediakan pelbagai kemudahan serta bantuan seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan dan kini dinikmati rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik," katanya.

Menurutnya, keenganan pembangkang untuk menerima tema Hari Kemerdekaan ke 55, `Janji Ditepati' adalah membuktikan kedangkalan mereka, yang cuba mempolitikkan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan tanpa memikirkan secara positif terhadap tema berkenaan.

"Itulah pembangkang, apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan tidak pernah mendapat tempat, semuanya dia jadikani modal politik, sedangkan tema itu mempunyai maksud meluas, ia bukan sahaja mengenai apa yang sudah dilaksana atau dilakukan oleh kerajaan tetapi turut membabitkan kemerdekaan negara.

"Walaupun pejuang terdahulu tidak pernah mengucapkan tetapi kita perlu memahami bahawa apa yang dilakukan itu adalah janji mereka untuk memastikan anak cucu mereka, termasuk generasi yang sedia ada sekarang yang sedang menikmati hasil perjuangan mereka iaitu menikmati kehidupan apa yang dinikmati sekarang.

"Kepimpinan kerajaan sekarang adalah meneruskan janji-janji itu, dan tema `Janji Ditepati' adalah merangkumi semua aspek termasuk menghargai perjuangan terdahulu yang memerdekakan negara," katanya. -MediaUMNO

Tegur Karpal, Ingkar Anwar Satu Dosa Besar Bagi Pas

Posted: 27 Aug 2012 01:28 AM PDT

GOPENG 27 Ogos -  Tindakan Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengutuk Pengerusi DAP, Karpal Singh berhubung hukum hudud dan negara Islam telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan parasit Pas yang bertuankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parasit Pas itu merasakan kelantangan Nasharudin berhubung isu berkenaan boleh membantutkan usaha untuk merealisasikan cita-cita Anwar untuk menawan Putrajaya dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Mereka berpendapat, kelantangan suara Nasharudin itu boleh menyebabkan sokongan terhadap pakatan pembangkang berbelah bagi terutama di kalangan pengundi atas pagar yang terdiri daripada pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, berikutan perkara itu parasit Pas merasa kurang senang dengan apa yang berlaku dan berharap Nasharudin dikenakan tindakan segera termasuk memecatkannya seperti apa yang berlaku kepada bekas Pesuruhanjaya Pas Selangor, Datuk Hasan Ali.

"Kehadiran Ustaz Nasha bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib di Mekah bertemu dengan ulama Arab Saudi baru-baru ini menyebabkan parasit Pas rasa tidak senang dan menjadikan perkara itu sebagai satu isu besar.

"Mereka melihat kehadiran itu lebih menjurus ke arah politik walaupun perkara itu dinafikan oleh Ustaz Nasha, menurutnya kehadirannya bersama Perdana Menteri adalah untuk membincangkan mengenai agama Islam termasuk nasib masyarakat Roghiya," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Menurutnya, parasit Pas amat berharap supaya tindakan segera perlu diambil terhadap Nasharudin kerana mereka merasakan jika dibiarkan boleh menimbulkan masalah besar di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang.

"Kalau boleh mereka mahu Ustaz Nasha dipecat segera, perbalahan itu bukan sahaja membabitkan dengan Karpal Singh, malah turut membabitkan pemimpin lain dalam pakatan pembangkang termasuk DAP dan PKR, ini yang merimaskan golongan berkenaan.

"Bagi mereka, apa yang berlaku itu menunjukkan tiadanya persefahaman di kalangan parti-parti dalam pakatan pembangkang sedangkan tarikh pilihan raya semakin hampir, jika ini dibiarkan cita-cita golongan berkenaan tidak akan tercapai," katanya.

Hamidah berkata, selagi Nasharudin terus berada dalam Pas, golongan berkenaan tetap tidak akan senang duduk kerana mereka melihat kehadiran Nasharudin sebagai `duri dalam daging` bagi merealisasikan cita-cita Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. -MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...