BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! AIR PERCUMA !!! KERAJAAN SELANGOR KENA HENTAM KAW-KAW !!!
- KANTOI !!! 85 PERATUS JANJI PAKATAN HARAM TIDAK DI TUNAIKAN !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! SELEPAS KARPAL SINGH MATI DAP BOLEH TERIMA HUDUD ???
- KANTOI !!! KERAJAAN SELANGOR 'BERHUTANG' AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT !!! WAJIB BACA !!!
- SAH !!! PAS UTAMAKAN PUTRAJAYA DARI HUDUD !!!
HOT NEWS !!! AIR PERCUMA !!! KERAJAAN SELANGOR KENA HENTAM KAW-KAW !!! Posted: 27 Aug 2012 12:00 PM PDT Dasar kerajaan Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lalu adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari.Ahli akademik,Prof Dr Suhaimi Abdul Talib,berkata dasar itu menyebabkan hasil kerajaan negeri terus merosot yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur. "Walaupun air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya kepada Bernama. Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu memberi amaran : "Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak," Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru perlu bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri secara terbaik.Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu. "Jika kita perlu membayar bil air sebanyak RM40 sebulan apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bombit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bil air kita," katanya. Beliau berkata rakyat Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma. "Rakyat selangor kena guna air secara berhemat supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang," katanya. Beliau berkata negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah 'kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air'. "Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal," katanya. Dr Suhaimi juga menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, kenaikan setiap beberapa tahun perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan. "Maksudnya, dalam negara ini, apa saja (bayaran bagi) barangan dan perkhidmatan yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Kita biasanya dapat apa sahaja dengan percuma melalui subsidi, jadi bila anda cuba mengambil balik orang ramai akan kata ini hak kami. Jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukannya persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu untuk membayar," katanya. #Petikan : Berita Harian RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! 85 PERATUS JANJI PAKATAN HARAM TIDAK DI TUNAIKAN !!! APA CERITA NI ??? Posted: 27 Aug 2012 09:15 AM PDT JOHOR BAHRU : Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.Naib Presiden UMNO,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,berdasarkan kajian yang dibuat,kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat. "Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai,Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Terbau,Datuk Abdul Halim Suleiman.Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak pilihanraya umum pertama 1959 ketika di bawah Parti Perikatan.Beliau mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mustahil pekara itu akan dibawa ke Pilihan Raya Umum Ke 13 tidak lama lagi dan meminta rakyat menilai sendiri serta menolak parti yang disifatkan sebagai pembohong kerana tidak menunaikan manifesto pilihan raya. Katanya, kerjasama tiga parti dalam pakatan pembangkang adalah ibarat perkahwinan mutaah yang bersifat sementara kerana mereka hanya memerlukan satu sama lain pada waktu pilihanraya dan hubungan tersebut tidak bertahan lama disebabkan agenda masing-masing yang berbeza. "Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang,DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana selain mahu menjadi parti tunggal di negeri itu.Adalah lebih baik PKR dan PAS meninggalkan DAP dan menjadi entiti berasingan kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka menguasai Putrajaya," Katanya lagi. #Petikan Utusan Malaysia RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! SELEPAS KARPAL SINGH MATI DAP BOLEH TERIMA HUDUD ??? Posted: 26 Aug 2012 10:00 PM PDT Umum mengetahui Karpal Singh menetang hudud sampai mati.Pemimpin-pemimpin lain dalam DAP terutamanya pemimpin yang Kristian atau Pro Kristian seolah-olah menggunakan Karpal Singh sebagai alat untuk mereka mengacau ganggu Islam di Malaysia.Ketakutan parti PAS kalah besar di PRU13 termasuk bakal kehilangan Kelantan dan Kedah menyebabkan PAS seperti lembu dicucuk hidung.Mereka tidak lebih seperti manusia biasa yang tamakkan kuasa dan sayangkan jawatan.Kesenangan yang wakil rakyat PAS perolehi sepanjang menjadi wakil rakyat tanpa berbuat apa-apa kepada rakyat dilihat antara faktor PAS akan tunduk selamanya kepada DAP."Kebisingan" yang lantang hanya datang dari Ketua Pemuda PAS Malaysia, Tantawi dan akhir-akhir ini anak Nik Aziz,Nik Abduh Naib Ketua Pemuda PAS cuba berlakon supaya rakyat melihat dia berani menentang Karpal Singh. Menurut sumber anak Menteri Besar Kelantan ini sedang berusaha untuk mendapat tempat sebagai calon PRU13 setelah namanya tercalar dengan teruk berikutan dia seolah-olah menerima wahyu di Putrajaya. Ini semua lakonan retorik pihak PAS disetiap kali menjelang PRU sejak mereka berpisah dari UMNO diawal penubuhan Perikatan dahulu. Sehingga kini Presiden PAS Haji Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat masih tertkial-kial mencari formula bagaimana menipu ahli parti mereka dan menyakinkan rakyat bahawa mereka akan laksanakan hudud bila menang di PRU13 nanti.Janji munafik Hadi Awang pada PRU yang ke 11 kiranya PAS menang hari ini maka sebelum ayam berkokok esok hari PAS akan laksanakan hudud seolah-olah telah dilupakan oleh barisan Syura PAS. Apa maksud sebenarnya JANJI MUNAFIK Hadi Awang ini? Apakah ulama-ulama PAS yang kononnya ulama tiada fungsi langsung? Untuk tujuan apakah Majlis Syura PAS ini ditubuhkan? Sekadar nama biro atau badan penasihat kepada perjalanan parti Parti yang kononnya Islam sebagai teras perjuangan.Bagi barisan kepimpinan DAP pula kita boleh lihat seolah-olah ada penyusunan rapi bahawa hanya yang aliran Kristian Evangalist yang akan mendapat tempat dan jawatan paling kanan dalam barisan kepimpinan DAP. Kita boleh lihat perubahan mendadak lapisan baru kepimpinan DAP yang bakal mengganti Dinasti Lim Kit Siang 100% nya adalah Kristian radikal.Mereka amat gembira bilamana isu DUMC-memurtadkan Melayu mereka menang besar dengan tersingkirnya Dato Hassan Ali,bukan sahaja tersingkir dari EXCO Agama malah dikeluarkan terus dari parti. Apakah ketua pemuda PAS atau anak Nik Aziz mampu untuk berhadapan dengan barisan pemuja taat setia Evangalist dikala Karpal Singh tidak ada lagi didunia ini.Berapa ekor ayam jantan lagi yang bakal menjadi simbol janji nak tegakkan hukum Allah? Kalaulah sehebat Nik Aziz,Hadi Awang, Haron Din,Bekas Iman Masjid Negara dan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden tak mampu untuk mengajar Karpal Singh tentang hudud,Siapa Tantawi yang ilmunya hanya dikuku Ustaz Fathul Bari. Fikir-fikirkanlah.. - Selangor Daily RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! KERAJAAN SELANGOR 'BERHUTANG' AIR PERCUMA KEPADA RAKYAT !!! WAJIB BACA !!! Posted: 26 Aug 2012 07:00 PM PDT Kata pepatah Melayu ada mengatakan : jika lembu dipegang pada talinya,manusia dipegang pada janjinya.Manusia yang tidak berpegang pada janji adalah manusia yang tidak amanah dan munafik seperti mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk yang bermaksud : "Dan penuhilah janji sesungguhnya janji itu akan ditanya." Kalau cuma tahu berjanji tetapi tidak tahu untuk menepatinya,lebih baik jangan cuba untuk berjanji.Inilah yang berlaku pada kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hanya bijak berjanji umpama 'menanam tebu di bibir'.Pada pilihan raya umum yang lalu,pakatan pembangkang yang diwakili PKR,Pas dan DAP melalui slogan Negeri Berkebajikan' telah berjanji untuk memberi air percuma kepada seluruh rakyat di negeri Selangor sekiranya berjaya memegang tampuk pemerintahan negeri. Malangnya selepas diberi mandat oleh rakyat untuk mentadbir negeri ini, mereka lupa janji. Pelaksanaan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu atau subsidi RM11.40 oleh kerajaan negeri Selangor hanya sekadar melepaskan 'batuk di tangga'.Ini kerana air percuma hanya dinikmati oleh pengguna yang menggunakan meter individu, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji itu.Pengguna meter pukal seperti di flat kos rendah,pangsapuri dan kondominium sehingga kini masih menggigit jari dan kempunan untuk menikmati air percuma itu, sedangkan orang kaya dan berkemampuan menikmatinya.Adakah ini yang dikatakan adil? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali,Datuk Isa Abu Kassim pernah mendedahkan bahawa terdapat 765 blok kondominium dan 643 blok pangsapuri masih belum menikmati subsidi air percuma kerana masih menggunakan meter air pukal.Walaupun kerajaan negeri Selangor mengeluarkan kupon kepada penghuni pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal hanyak 35,000 orang sahaja yang mendapat kupon bagi subsidi air percuma setakat ini.Sebagai rakyat atau pengguna,kami berasa amat dukacita atas sikap kerajaan negeri Selangor yang tidak mempedulikan kepentingan dan nasib penghuni pangsapuri yang kebanyakannya kurang berkemampuan.Oleh itu,rakyat Selangor perlu bertindak agresif,bangkit menuntut agar kerajaan negeri Selangor menunaikan janji dengan apa juga cara sekalipun, sama ada menukar meter pukal kepada individu atau membayar kembali dalam bentuk rebat tunai. Kerajaan negeri Selangor sepatutnya membayar hutang bagi tempoh kira-kira 50 bulan sejak skim itu dilaksanakan,dianggarkan berkjumlah RM570 kepada setiap isi rumah yang menggunakan meter pukal.Demonstrasi secara aman yang dilakukan oleh penduduk di Pangsapuri Mentari Court hari ini adalah manifestasi tidak puas hati terhadap sikap tidak prihatin kerajaan negeri Selangor dalam pelaksanaan pemberian air percuma.Sebagai rakyat Selangor,tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma.Seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat dari janji-janji yang ditabur oleh pakatan pembangkang semasa pilihan raya umum yang lalu. DATO' SOHAIMI SHAHADAN Pengerusi Gerakan Prihatin Rakyat Selangor 25 Ogos 2012 |
SAH !!! PAS UTAMAKAN PUTRAJAYA DARI HUDUD !!! Posted: 26 Aug 2012 04:00 PM PDT APABILA Pas membuat keputusan menjalinkan kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang ramai tertanya-tanya,apakah Pas membuat tindakan yang betul.Ia memandangkan Pas yang ditubuhkan oleh sekumpulan ulama mempunyai misi bagi melaksanakan pemerintahan Islam dan memperjuangkan hukum hudud.Tetapi sejak pilihan raya umum lalu, apabila Pas berjaya menawan Kedah dan mempertahankan kekuasaan di Kelantan serta membantu PKR dan DAP memerintah Pulau Pinang dan Selangor,kita jarang mendengar Pas bercakap soal hukum hudud.Keadaan itu berlaku kerana atas hasrat menjaga hubungan dengan kedua-dua parti berkenaan,Pas dengan rela hati mengorbankan perjuangan negara Islam dan hukum hududnya.Apa yang lebih banyak kita dengar sebelum ini ialah keterujaan Pas untuk bersama-sama PKR dan DAP menumbangkan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan mereka menguasai Putrajaya.Sebab itulah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12,Pas menghasilkan manifesto bertemakan 'Kerajaan Beramanah,Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan'.Ia sekali gus bermakna secara rasmi Pas sudah meninggalkan perjuangan negara Islam dan hukum hudud demi meraih sokongan politik. Justeru bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat acuh tidak acuh dalam isu penentangan oleh DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh berhubung hukum hudud.Sebaliknya,Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas mesyuarat Lujnah Politik Pas lebih selesa mahu terus menjaga kepentingan politik Pas apabila menganggap penentangan Karpal adalah perkara biasa dan menuding jari mempersalahkan UMNO berikutan kemelut yang berlaku.Biar pun Abdul Hadi dalam kenyataannya menegaskan bahawa hukum hudud akan dilaksanakan mengikut lunas-lunas demokrasi namun ia boleh dianggap satu jawapan ibarat lepas batuk di tangga sahaja.Ternyata Pas tidak mahu isu hukum hudud menggugat hubungannya dengan dua parti kesayangan mereka iaitu PKR dan DAP.Tidak kisahlah kalau Pas terus diperkotak-katikkan atau dilihat dibuli dalam pakatan pembangkang yang pasti Pas sanggup menempuh itu semua semata-mata tidak mahu dipinggirkan oleh kedua-dua parti itu dalam memburu kuasa. Kenyataan Berdasarkan kepada kenyataan Abdul Hadi dan Pas yang ternyata tiada langsung menunjukkan keseriusan parti itu memperjuangkan hukum hudud maka tidak perlulah pemimpin dan penyokong tegar Pas di peringkat akar umbi bermuram durja kerana terbukti kini Pas bukan lagi memperjuangkan Islam.Harapan untuk mereka melihat pemimpin atasan bermati-matian mempertahankan perjuangan Islam dan hukum hudud serta berani menyanggah penentangan DAP hanyalah satu mimpi indah yang tidak kesampaian.Ternyata sekali lagi,hukum hudud hanyalah mainan politik Pas menjelang pilihan raya,kalau benar mereka serius memperjuangkan perkara berkenaan sudah pasti mereka akan senada dengan bekas Timbalan Presiden Pas,Nasharudin Mat Isa.Namun malangnya ketegasan Nasharudin mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan Pas serta membela maruah parti itu dianggap suara 'pemimpin yang sudah ditolak oleh akar umbi'.Demikianlah hebatnya Pas mempertahankan kerjasama dengan PKR dan DAP sehinggakan mana-mana juga pemimpinnya yang dilihat tidak mahu menjaga hubungan berkenaan akan dipinggirkan. Mungkin atas alasan itulah pimpinan Pas menyerahkan kepada Majlis Syura Ulama menentukan tindakan ke atas Nasharudin, ini sekali gus memberi gambaran bahawa Ahli Parlimen Bachok itu sememangnya bersalah pada kaca mata Pas kerana membuat kenyataan meminta parti itu mengkaji kedudukannya dalam pakatan pembangkang.Nasharudin adalah pemimpin kedua dalam Pas yang mungkin akan disingkirkan selepas Datuk Dr.Hasan Ali dipecat daripada Pas kerana dilihat tidak senada dengan parti itu dalam memberi sokongan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Soal sama ada mereka mempertahankan maruah atau martabat Pas, Islam mahupun dasar parti bukanlah perhitungan utama sebaliknya semua pemimpin Pas perlu akur untuk terus 'berpeluk' dengan pemimpin PKR dan DAP, biar pun Pas diperkotak-katikkan serta menjadi 'pak turut.Semua itu tidak penting bagi kepimpinan Pas kerana apa lebih utama memburu kuasa politik, Pas mungkin sudah bosan hanya memerintah satu dua negeri,Pas ingin menjadi pemerintah pusat selepas 66 tahun berjuang dalam arena politik negara.Justeru yang mana boleh dikorbankan hatta prinsip perjuangan sendiri pun maka ia harus dikorbankan asalkan Pas boleh berada 'sekapal' dengan PKR dan DAP menuju ke Putrajaya. Sikap Sikap terbaru Pas ini yang tidak bersungguh-sungguh mempertahankan perjuangan Islam dan hukum hudud perlu menyedarkan penyokong mereka di peringkat akar umbi bahawa suara mereka tidak penting bagi pimpinan atasan.Tambahan pula,Pas kini sudah kehilangan keyakinan diri sebagai sebuah parti yang hebat dan pemimpin mereka lebih takut dengan desakan pemimpin-pemimpin PKR dan DAP berbanding penyokong sendiri.Atas sebab itulah Pas dilihat lebih rela menghukum pemimpin sendiri yang berjuang atas prinsip mempertahankan maruah parti daripada melukakan hati pemimpin PKR dan DAP.Pas memahami biar pun perjuangan Islam dan menegakkan hukum hudud seharusnya menjadi keutamaan namun kegelojohan untuk menumbangkan BN dan UMNO telah menutupi hasrat berkenaan.Apatah lagi Pas tahu kalau mereka ingin terus kekal dalam pakatan pembangkang,mereka perlu melupakan hukum hudud kerana parti itu tidak akan disokong oleh mana-mana pemimpin-pemimpin PKR atau DAP.Ia jelas apabila Anwar sendiri konsisten menolak hukum hudud Pas atas alasan ia tidak ada dalam kesepakatan pembangkang melalui penghasilan Buku Jingga. Semua orang tahu,dalam pakatan PKR dan DAP mempunyai hubungan yang jauh lebih akrab berbanding hubungan mereka dengan Pas.Malahan mereka tidak pernah berasa gentar dengan ancaman politik Pas sebab mereka tahu Pas hanya 'pak turut' dan tidak memiliki kekuatan bagi membangkang kehendak mereka.Berdasarkan kepada keadaan itulah PKR dan DAP tidak perlu bersusah payah mewujudkan forum bagi menyelesaikan perbalahan antara Karpal dan Nasharudin.Tidak payah DAP hendak meminta Penasihatnya,Lim Kit Siang atau Setiausaha Agungnya,Lim Guan Eng bersuara,cukuplah Karpal seorang berhadapan dengan pemimpin-pemimpin Pas.Pemimpin-pemimpin PKR dan DAP memahami sikap konsisten Karpal dalam isu hukum hudud sudah cukup ampuh bagi berhadapan dengan mana-mana pemimpin Pas.Kenyataan Abdul Hadi semalam bahawa Pas tidak perlu mentarbiyahkan Karpal mengenai hukum hudud sudah menampakkan dengan jelas ketidakberanian Pas mempertahankan perjuangan Islamnya.Mereka tidak ada kekuatan untuk berhadapan dengan pakar undang-undang seperti Karpal sebab pelaksanaan hukum hudud yang dicanangkan oleh Pas bukannya mahu dilakukan secara bersungguh-sungguh tetapi sekadar mencari modal politik menjelang pilihan raya sahaja.Kalau mereka yakin bahawa pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan adalah betul maka sudah pasti mereka akan mengajak pemimpin-pemimpin DAP terutamanya Karpal berdebat.Tetapi biasalah pemimpin-pemimpin Pas hanya berani berkokok kuat di hadapan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja, namun akan kecut perut apabila perlu berhadapan dengan pemimpin PKR atau DAP bagi mempertahankan prinsip mereka.Demikianlah nasib Pas sebuah parti yang ditubuhkan 66 tahun lalu atas hasrat memperjuangkan Islam tetapi akhirnya lemas akibat memburu puncak kekuasaan,kesudahannya hukum hudud ditinggalkan,Putrajaya diutamakan. Oleh Zulkiflee Bakar RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment