UMNO Online - “1,378 Flat, Pangsapuri dan Kondominium Tidak Nikmati Air Percuma” plus 9 more |
- 1,378 Flat, Pangsapuri dan Kondominium Tidak Nikmati Air Percuma
- ‘Makhluk Perosak’ Cuba Sabotaj Usaha Kerajaan Majukan Felda – Najib
- Mat Sabu Tiada Etika, Kaitkan Allahyarham Tun Ghaffar Untuk Kempen Politik
- BN Terengganu Optimis Kekal Kemenangan, Rampas Kawasan Pembangkang
- PBRS Berada Di Landasan Betul Bersama BN, Kata Joseph Kurup
- Break Barriers To Achieve Success – Najib
- Diktator, Kuku Besi, Angkuh… Guan Eng Kena Ludah Ke Muka Sendiri
- Karpal Pendukung Kuat Hudud Selepas Pakatan Menang, Kenyataan Lucu
- World Record Of One Million Tweets Targeted On Malaysia’s 55th Independence Day
- Bajet 2013 Fokus Kemakmuran Rakyat
1,378 Flat, Pangsapuri dan Kondominium Tidak Nikmati Air Percuma Posted: 28 Aug 2012 04:33 AM PDT SHAH ALAM, 28 Ogos – Sebanyak 1,378 kawasan rumah pangsapuri dan kondominium tidak pernah menikmati 20 meter padu air percuma seperti dijanjikan oleh Kerajaan Negeri dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008 lalu. Jesteru, Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) menuntut kerajaan negeri Selangor untuk menunaikan janji pilihan raya dengan memberi pampasan kepada isi rumah yang tidak terima air percuma seperti yang dijanjikan ini. Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, jumlah tersebut diperoleh hasil daripada aduan dikemukakan oleh rakyat dan juga Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) setakat ini. "Jumlah tersebut melibatkan kira-kira sebanyak lebih RM300juta kerana Kerajaan Negeri berhutang tunggakan selama 50 bulan sejak PRU12. "Petaling Jaya merupakan kawasan paling banyak iaitu sebanyak 479 kawasan tidak dapat menikmati subsidi air percuma dijanjikan Kerajaan Negeri diikuti dengan Gombak (462) dan Klang (273). "Sepatutnya setiap rakyat menerima 20 meter padu setiap bulan seperti dijanjikan atau bersamaan dengan RM11.40," katanya pada sidang media di pejabat GPRS di Seksyen 19 di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad yang menyatakan buat masa ini Kerajaan Negeri tidak akan membayar tunggakan kepada mereka yang tidak menikmati air percuma itu, selain menyalahkan pengguna kerana tidak menukar meter pukal. "Ini adalah kenyataan dangkal pemimpin pakatan pembangkang yang tidak memikirkan masalah pengguna di flat kos rendah dan apartment yang kebanyakannya berpendapatan kecil. Kegagalan memberikan air percuma secara adil kepada rakyat menunjukkan pakatan pembangkang ketika berjanji pada pilihan raya umum yang lalu, tidak membuat kajian secara menyeluruh," ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang. Tambahnya, sebagai rakyat wajar mereka menikmati dasar air percuma dijanjikan oleh Kerajaan Negeri. Malah berdasarkan manifesto tersebut juga jelas menyatakan bahawa semua penduduk di negeri ini layak menerima air percuma dan tidak dinyatakan meter pukal atau sebaliknya tidak layak menerima. Beliau turut membidas Kerajaan Negeri yang didakwa menjadikan masalah meter pukal sebagai alasan mengapa rakyat tidak dapat menikmati dasar air percuma tersebut. "Semua rakyat yang memegang akaun Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sepatutnya menikmati janji tersebut kerana tidak dinyatakan meter pukal tidak layak atau sebagainya. "Memandangkan mereka yang menggunakan meter pukal tidak dapat menikmati air percuma itu maka wajarlah Kerajaan Negeri membayar tunggakan kepada rakyat. Mana perginya wang lebih RM300juta itu?," katanya. Sohaimi berkata, beliau telah mendapat nasihat peguam berhubung perkara tersebut dan difahamkan terdapat klausa tertentu yang membolehkan rakyat untuk menuntut hak mereka. Katanya, beliau turut melancarkan laman blog www.hasrat-selangor.blogspot.com untuk dilayari rakyat yang mempunyai sebarang masalah berhubung air. "Kita akan menyediakan khidmat guaman percuma untuk membantu rakyat berhubung perkara ini demi mendapatkan kembali hak mereka. Malah mereka boleh buat sebarang aduan atau maklumat di laman tersebut di mana kita akan kemaskinikan semua perkara menerusi blog tersebut," katanya. Sohaimi berkata, beliau mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memberi respon dalam masa terdekat berhubung isu ini. Katanya, beliau menyeru rakyat negeri ini untuk sama-sama bangkit kerana banyak janji yang dibuat didakwa tidak ditunaikan oleh Kerajaan Negeri "Kita mahu Kerajaan Negeri bertindak dalam masa terdekat ini bagi menangani masalah ini. Rakyat juga perlu sedar ini janji bertulis yang dibuat oleh Kerajaan Negeri pada semua rakyat tapi tak dapat dilaksanakan," katanya. -MediaUMNO |
‘Makhluk Perosak’ Cuba Sabotaj Usaha Kerajaan Majukan Felda – Najib Posted: 28 Aug 2012 04:30 AM PDT KUALA LUMPUR 28 Ogos – Kejayaan kerajaan Barisan Nasional (BN) mengurus Felda menyebabkan pihak pembangkang, yang disifatkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai makhluk perosak berputih mata dalam usaha mereka untuk menyangkal usaha kerajaan dalam mempertingkatkan pencapaian Felda ke tahap yang lebih tinggi. Menurut Najib, pelbagai fitnah dan dakyah telah ditabur oleh 'makhluk perosak' ini termasuklah membawa isu penyenaraian Felda di dalam bursa saham ke mahkamah untuk menghalang usaha baik yang dilakukan oleh pihak kerajaan. "Hari ini, tidak sampai dua bulan selepas disenaraikan, warga Felda akan menerima dividen mereka tidak lama lagi. Selain itu, Felda sendiri kini mempunyai dana yang bernilai RM 5.99 bilion hasil daripada penyenaraian di dalam bursa saham. "Sekiranya dicampur dengan dana yang diperolehi oleh FGVH, maka keseluruhannya dana yang ada di dalam akaun Felda kini berjumlah RM 10.5 bilion," ujar beliau ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Raya Felda yang julung-julung kali diadakan di bangunan baru Felda tersebut. Tambah beliau lagi, begitu juga ketika kerajaan membuat keputusan untuk membeli bangunan baru Felda setinggi 50 tingkat yang terletak di Jalan Stonor, di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur. Pelbagai tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan oleh pihak pembangkang terhadap kerajaan, kononnya pembelian itu merupakan satu pembaziran dan sebagainya. "Tetapi hari ini, saya telah dimaklumkan oleh pihak pengurusan Felda bahawa bangunan Felda kini telahpun memperolehi keuntungan lebih dari RM 400 juta dari nilai bangunan," tegas beliau. Selain itu, beliau turut mengumumkan bahawa baki bonus durian runtuh yang diberikan sesebanyak RM 5 ribu kepada anak-anak Felda akan diberikan selewat-lewatnya pada bulan Oktober ini, selepas pembentangan belanjawan. "InsyaAllah, kita akan berikan baki sebanyak RM 5 000 itu selepas kita bentangkan belanjawan. Sebelum ini kita telah berikan kepada ketua peneroka, isteri peneroka dan pada bulan 10 ini, giliran anak-anak peneroka pula akan mendapat habuan durian runtuh ini," jelas beliau disambut dengan tepukan gemuruh oleh warga Felda yang hadir dalam majlis tersebut. Beliau turut mengumumkan, kerajaan akan mendahulukan bayaran saham berjumlah lebih RM 600 juta untuk mana-mana warga Felda yang masih belum membeli saham-saham tersebut, di mana peneroka hanya perlu membayar sebanyak RM 50 sebulan sehingga habis jumlah pembayaran tersebut. Majlis tersebut yang dihadiri lebih 7,000 warga Felda dan orang ramai turut dihadiri Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Yusoff Noor, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali , wakil-wakil NGO dan juga kakitangan Felda. -MediaUMNO |
Mat Sabu Tiada Etika, Kaitkan Allahyarham Tun Ghaffar Untuk Kempen Politik Posted: 28 Aug 2012 04:27 AM PDT MELAKA, 28 Ogos – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan Mohamad Sabu sebagai ‘kehabisan modal’ untuk berkempen sehingga sanggup mencemarkan nama bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba bagi mendapatkan kepercayaan orang ramai terhadap parti itu. Beliau berkata tindakan Timbalan Presiden Pas itu juga tidak beretika apabila mengaitkan Allahyarham dalam usaha mendapat sokongan. “Perbuatan yang ditonjolkan oleh beliau (Mohamad Sabu) tidak beretika, gunakan nama orang yang sudah tiada dan ini membuktikan yang mereka (pembangkang) sudah tiada lagi pemimpin untuk ditonjolkan,” di sini, hari ini. Mohd Ali berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamad Sabu yang mendakwa Tun Ghafar akan menyertai Pas sekiranya Allahyarham masih hidup sama seperti yang dilakukan anaknya, Tamrin. Dakwaan itu dibuat Mohamad Sabu ketika berceramah di Bukit Katil di sini baru-baru ini. Mohd Ali berkata pemimpin parti pembangkang itu sebenarnya gemar membuat andaian bagi mendapatkan kepercayaan orang ramai. |
BN Terengganu Optimis Kekal Kemenangan, Rampas Kawasan Pembangkang Posted: 28 Aug 2012 02:35 AM PDT KUALA LUMPUR 28 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yakin Barisan Nasional (BN) akan terus mendapat keyakinan rakyat negeri itu pada pilihan raya umum nanti. Sambil optimis dengan hakikat berkenaan, beliau yang juga Menteri Besar Terengganu turut menyuarakan keyakinan bahawa BN akan turut merampas kembali beberapa kawasan yang dimenangi oleh pembangkang. "Insyaallah kita telah menggerakkan jentera kita dan bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa dan dengan kerjasama semua pihak dan semangat muafakat daripada semua pihak, kita yakin BN akan terus mendapat keyakinan dan kepercayaan rakyat pada pilihan raya nanti. "Dan hari ini kita lihat sambutan rakyat semakin baik dan nampaknya rakyat gembira dengan apa yang telah kita laksanakan. Insyaallah dengan kehendak Allah s.w.t kita akan mencapai kejayaan lebih baik nanti," katanya kepada UMNO-Online di sini. Beliau seterusnya menambah rakyat Terengganu telah memberikan kepercayaan sebanyak dua kali kepada pembangkang untuk memerintah negeri berkenaan iaitu pada 1959 selepas Merdeka dan pada 1999. "Pada 1999, bukan kerana Pas kuat tetapi kerana isu politik semasa pada waktu berkenaan. Kita lihat mereka gagal untuk melaksanakan tanggungjawab pada waktu berkenaan," katanya. Berhubung pelbagai isu yang dimanipulasi oleh pembangkang seperti soal pemberian tanah, masalah kepimpinan negeri serta perkara-perkara lain, Ahmad Said dengan sinis menyifatkan ianya menggambarkan pembangkang ketandusan isu. Katanya Pas negeri itu ketiadaan isu untuk dimanipulasi dan sebaliknya mendendangkan cerita lama dalam usaha menarik sokongan rakyat. "Dalam isu tanah contohnya tiada apa pun yang kita sembunyikan dan kita lebih telus dan mengikut peraturan….zaman mereka memerintah apa jadi… Begitu juga dalam soal kepimpinan…. Alhamdulillah hari ini bertambah erat. Semua itu adalah kenyataan mereka sahaja. " Sebenarnya banyak pembangunan untuk rakyat yang telah kita laksanakan..semua kita sediakan..rumah kos rendah… baiki rumah…. Pas memerintah dulu apa yang dia buat. Kemudahan sukan… Pelajaran dan kos baik pulih rumah cukup tinggi kita sediakan untuk rakyat dan macam-macam lagi. "Jadi kita penuh yakin dan insyaallah BN akan kekal memerintah Terengganu pada pilihan raya umum nanti," katanya. -MediaUMNO |
PBRS Berada Di Landasan Betul Bersama BN, Kata Joseph Kurup Posted: 28 Aug 2012 02:29 AM PDT CYBERJAYA, 28 Ogos – Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)Tan Sri Joseph Kurup hari ini berkata parti itu berada di landasan betul bersama Barisan Nasional (BN) yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sehubungan itu, Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar itu menyelar langkah pembangkang yang didakwa terus melobi pemimpin BN terutamanya di Sabah untuk menyertai pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). “Ini cara yang tidak baik. Dia orang ini (pembangkang) sentiasa mencari wakil rakyat BN di Sabah. Kami berpendapat bahawa ia bukan cara baik untuk mendapat kekuatan atau sokongan daripada rakyat,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran pelaksanaan pelan pengurusan penghapusan HCFC (hidrokloroflorokarbon) peringkat pertama bagi pematuhan kepada Protokol Montreal, di sini hari ini. Beliau mendakwa pemimpin pembangkang turut pernah melobi pemimpin bawahan parti itu untuk menyertai mereka bagi menghadapi PRU-13. “Mereka tidak cakap (melobi) dengan saya, tetapi mereka ada cakap dengan orang-orang (pemimpin) di bawah saya. Saya hanya beritahu mereka yang mereka salah orang. Kami (PBRS) berada di landasan betul (bersama BN),” katanya. Pembangkang dikatakan melipatgandakan usaha menarik pemimpin BN menyertai pakatan pembangkang selepas berjaya menarik sokongan anggota Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin dan anggota Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing bulan lepas. |
Break Barriers To Achieve Success – Najib Posted: 28 Aug 2012 02:15 AM PDT KUALA LUMPUR, Aug 28 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has urged the people, especially civil servants, to be bold in exploring new ideas in a creative and innovative manner in an effort to achieve the desired success. “That is why I have emphasised that we must be brave enough to separate ourselves from traditional thinking and break barriers to achieve success based on creativity and innovation,” he said when presenting the Prime Minister’s Innovation Award 2011 (AIPM) at the National Heart Institute (IJN) here today. IJN was adjudged the winner of the award which was organised for the third time by the Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit (Mampu). Najib said in confronting stiff world economic competition, the Malaysian civil service needed to adopt a culture of excellence and good governance, and be creative and innovative. “We need to be innovative, creative. I have also emphasised that culture such as integrity and speed in decision making are core values that must be mastered with enthusiasm by every civil servant,” he said. He said one of the successes that reflected innovative thinking was the setting up of Urban Transformation Centres (UTCs) that would enable the people to enjoy a more prosperous life. “We also hope more successes can be created to achieve this prestigious benchmark,” he said. Najib said in order to achieve such successes, two challenges had to be met, namely how to create new wealth and how to determine the ability to compete. “If we want to stay ahead in an increasingly competitive world, both these important aspects should be given due attention,” he said. He said hence, the government introduced the AIPM to replace the Prime Minister’s Quality Award in recognition of an entity or a successful innovation initiative that produced high-impact outcomes which would contribute to the well-being of the people and the country. The Inland Revenue Board (IRB) became the first winner as it was able to provide excellent services to the people, he said, adding that even in 2010 when economic conditions were tough, IRB garnered a tax collection increase of RM23 billion over the previous year. “The runner-up in 2010 was the Royal Malaysia Police-Malaysian Armed Forces strategic alliance. This unique collaboration has resulted in great success in fighting crime and also providing facilities to the people,” he said. Present were the prime minister’s wife, Datin Seri Rosmah Mansor, who is also Yayasan IJN patron, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his wife, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai and Minister in the Prime Minister’s Department Datuk G. Palanivel. |
Diktator, Kuku Besi, Angkuh… Guan Eng Kena Ludah Ke Muka Sendiri Posted: 28 Aug 2012 01:43 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Jika sebelum ini pemimpin pakatan pembangkang termasuklah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) lantang menuding jari kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) sebagai angkuh, bongkak dan sombong tetapi sejak kebelakangan ini terbukti bahawa tuduhan tersebut lebih tepat untuk dirinya sendiri. Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sungai Acheh, Datuk Mahmud Zakaria menegaskan individu yang mempunyai sikap sedemikian tidak layak bergelar pemimpin apatah lagi untuk menjadi contoh kepada masyarakat setempat. "Jika orang seperti Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman pun mengatakan LGE amat sombong dan angkuh walaupun kemudiannya menafikan jadi apatah lagi dengan orang yang tidak sealiran dengannya, maka tentunya ia akan lebih lagi," katanya kepada UMNO-Online. Ujarnya, sebagai ADUN di negeri pimpinan Setiausaha Agung DAP itu, beliau arif dan tahu bahawa LGE adalah seorang yang lebih gemar bertindak mengikut keputusannya sendiri tanpa merujuk kepada mana-mana pihak waima dalam Exco Kerajaan Negeri sendiri yang ada dalam pimpinannya. "Individu yang mempunyai karektor sebagaimana yang LGE pernah labelkan pada BN tidak sewajarnya menjadi pemimpin walhal BN tidak pernah mengamalkan sikap meninggi diri sebaliknya kebajikan kepada rakyat sentiasa menjadi keutamaan." Turut sama memberikan pendapatnya, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim juga mendakwa, LGE mempunyai keangkuhan luar biasa kerana memiliki kuasa dalam parti selain menjadi Ketua Menteri. "Masih ramai lagi individu lain yang boleh diangkat menjadi pemimpin kerana LGE bukan saja bersikap sombong, bongkak dan angkuh tetapi juga hipokrit sebagaimana banyaknya tuduhan yang dilemparkan kepada BN yang akhirnya membuktikan semua yang dikata berlaku pada dirinya sendiri. "Apa yang dijanjikan LGE hanyalah indah khabar dari rupa sebagaimana dilafazkan sebelum mendapat mandat dengan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dan apabila berkuasa lain pula yang dilakukannnya," katanya. Tambahnya lagi, pemimpin yang bersikap berpura-pura sedemikian bukan hanya merugikan rakyat tempatan yang turut menanggung keperitan tetapi negeri pimpinannya juga akan turut terpalit. "Saya harap masyarakat akan kembali kepada realiti sebenar tanpa bersandarkan lagi kepada janji-janji dan kata-kata manis pakatan pembangkang termasuklah LGE sendiri," katanya. Jelasnya lagi, sebelum ini pemimpin pakatan pembangkang cenderung melabelkan kepimpinan dalam BN dengan pelbagai sifat negatif sehinggakan dianggap kuku besi dan bersifat diktator tetapi dengan pendedahan dari orang yang pernah rapat dengan pembangkang maka semua telah terbukti bahawa semua tuduhan itu terpalit ke muka sendiri. - MediaUMNO |
Karpal Pendukung Kuat Hudud Selepas Pakatan Menang, Kenyataan Lucu Posted: 28 Aug 2012 01:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Ogos – EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Noor Adam terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Bekas Ketua Pemuda Pas negeri Kelantan, Zulkifli Yaacob yang telah membidas Nasharuddin Tantawi serta Nik Abduh Nik Aziz yang telah menggesa Karpal Singh untuk membuat pendirian berhubung isu hudud. Ujarnya, Zulkifli menyifatkan Pemuda Pas ini sebagai tidak bijak dan dalam masa yang sama mengatakan bahawa matlamat utama Pas sekarang adalah untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan hukum hudud. Lebih melucukan kata Lokman, Zulkifli mengatakan beliau yakin Karpal Singh akan menjadi pendukung kuat hukum hudud bila pakatan pembangkang memerintah nanti. "Perkembangan ini menunjukkan bahawa Pas hari ini bukan hanya dipenuhi oleh pemimpin-pemimpin yang sanggup mengadaikan prinsip perjuangan, malah mereka mempunyai ramai juga pemimpin yang bangang. “Saya ingin menyedarkan pemimpin-pemimpin Pas yang bermimpi di siang hari ini bahawa scenario politik hari ini tidak membolehkan mereka membuat andaian 'halalkan segalanya' demi mendapatkan kuasa dan laksanakan prinsip bila berkuasa. Contohnya, apa yang berlaku di Perak (selepas PRU12) adalah senario yang sama sekiranya pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat," ujarnya yang juga Pengerusi Unit Pidato dan Pengucapan Awam Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Tambahnya, kerajaan Perak yag dibentuk selepas Pilihanraya Umum ke-12, terdiri dari 18 Adun DAP, 6 Adun Pas manakala 7 Adun dari Parti Keadilan Rakyat (PKR). Jelas beliau lagi walaupun Pas diangkat sebagai Menteri Besar Perak menerusi wakilnya, Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas- Pasir Panjang), namun kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan DAP kerana mereka merupakan kumpulan majoriti yang membentuk kerajaan Perak. Ini disebabkan katanya pada PRU 2008 yang lalu, UMNO masih lagi menjadi pilihan utama rakyat, di kawasan Melayu. “Senario yang sama berlaku di peringkat pusat, dari 117 kerusi yang UMNO tandingi dan di dalam keadaan senario politik yang cukup tidak menyebelahi BN, UMNO masih mampu memenangi 78 kerusi sedangkan pada tahun yang sama, merupakan keadaan yang paling baik kepada Pas, mereka hanya menang 22 (Pas hanya menambah 1 kerusi Parlimen selepas menang Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu) daripada 68 kerusi yang ditandingi. "Sedarlah wahai pemimpin Pas, bahawa pada PRU yang akan datang, akan menyaksikan orang Melayu yang telah protes pada 2008, akibat daripada dakyah-dakyah Pas dan rakan sekutunya, akan kembali menyokong dan bersama UMNO dan Barisan Nasional. Saya yakin Pas akan kehilangan banyak kerusi yang bakal ditandinginya, begitu juga dengan PKR yang akan kehilangan banyak kerusi yang bakal ditandingi oleh wakil-wakil Melayu mereka”, katanya. Sungguhpun begitu, beliau tidak menafikan kemungkinan DAP berjaya menambah kerusi pada PRU yang akan datang sekiranya usaha BN untuk menambah sokongan masyarakat Cina tidak membuahkan hasil. Dalam masa yang sama, ianya pasti akan menjadi lebih dashyat dari senario di Perak, seandainya pembangkang berjaya di peringkat Pusat. Ianya akan dikuasai oleh DAP sekali lagi kerana jumlah mereka mengatasi Pas dan PKR. "Jika sekarang ini, ketika mereka tidak memerintah kerajaan pusat pun, DAP sudah tunjukkan belangnya di Pulau Pinang, dengan pengusiran 18,000 orang Melayu di bahagian pulau, hapuskan kouta Bumiputera untuk pemilikan rumah, penghapusan syarat wajib tapak surau untuk kawasan perumahan baru dan yang terkini, penyingkiran kakitangan kerajaan negeri yang berbangsa Melayu. “Bagaimana mungkin jika mereka memerintah kerajaan pusat, DAP akan membuang semua sikap cauvinis mereka secara tiba-tiba demi untuk pelaksanaan hukum hudud? Jika ada ahli Pas yang percaya bahawa Karpal Singh akan menjadi pendukung hudud yang paling kuat, jangan salahkan saya jika saya berkasar dengan mengatakan mereka ini bangang," tambahnya lagi. -MediaUMNO |
World Record Of One Million Tweets Targeted On Malaysia’s 55th Independence Day Posted: 28 Aug 2012 01:09 AM PDT KUALA LUMPUR, Aug 28 – A world record of one million tweets expressing patriotic feelings is targeted from Twitter users in Malaysia in conjunction with the “Perhimpunan Janji Ditepati” (Promises Fulfilled Gathering) in celebrating the country’s 55th Merdeka Day, this Friday. Information, Communications and Culture Minister, Datuk Seri Dr Rais Yatim said Twitter users in Malaysia could post their tweets within one hour between 8.15pm and 9.15pm via Tweet #Merdeka55 while the celebration would be going on that night at the National Stadium in Bukit Jalil. “On that (Friday) night, we will imbibe the Merdeka spirit together by making up to one million tweets. We appeal to all Twitter users to do this as a symbol of love for Malaysia,” he said after watching the Merdeka Day parade rehearsal today. Rais said to achieve the government’s target of Merdeka tweets, his ministry had appealed to all telecommunication companies in the country to be prepared in order to avoid any transmission disruption during that time to enable Twitter users to make their tweets. He said free LRT service to Bukit Jalil from as early as 8am until the end of the celebration would also be provided, in line with the government’s aim of gathering as many people from all walks of life at the stadium for the celebration. “I urge people from the Klang Valley and other parts of the country to join this Merdeka celebration,” he said. Meanwhile, Rais also hit out at the opposition for “only being good at politicising the Merdeka celebration this time” and he described their action as extreme. “Instead, they should together celebrate this auspicious occasion and assist a little in organising the celebration. What can we do? To them, their job is to oppose, no matter what. “But they should remember that since the country achieved its independence (in 1957), they (opposition) too have been enjoying the fruit of the ruling government’s efforts,” he said. Rais also refuted the claims by opposition portals that Merdeka Day this time would only be celebrated by those who were pro-government while some people were not invited to the gathering on Friday night. “This is not true as we invite all, regardless of their political affiliation or belief, to join this celebration,” he said. The Merdeka Day parade rehearsal today saw the participation of more than 13,000 people from various government agencies, corporate bodies, security forces and non-governmental organisations. |
Bajet 2013 Fokus Kemakmuran Rakyat Posted: 28 Aug 2012 01:01 AM PDT BUTTERWORTH, 28 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata Bajet 2013 akan memberi tumpuan terhadap pengagihan kemakmuran rakyat dan kadar pertumbuhan ekonomi negara dalam menghadapi cabaran ekonomi untuk tempoh jangka pendek dan jangka panjang selain mengekalkan dasar fiskal sedia ada. Beliau berkata tumpuan kepada dua aspek itu penting memandangkan ia merupakan asas bagi polisi ekonomi yang telah diamalkan sejak dahulu iaitu setelah Malaysia tidak lagi mewarisi prinsip pasaran bebas yang diperkenalkan oleh penjajah. “Prinsip ekonomi pasaran bebas telah memberikan kesan sosial, jadi sejak dari tahun 70-an, Malaysia menggunakan falsafah baharu yang memberi tumpuan kepada kadar pertumbuhan ekonomi dan pada masa yang sama memberi fokus kepada keadilan sosial. “Kita juga mempunyai dasar fiskal sendiri yang menjadi faktor kepada kehebatan Malaysia di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perpustakaan Sekolah Kebangsaan Telok Ayer Tawar di sini, Selasa. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembentangan Bajet 2013 pada 28 Sept nanti, dan catatan purata pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar 5.1 peratus bagi suku pertama dan 5.4 peratus untuk suku kedua 2012. “Bagi kadar pertumbuhan ekonomi, kita memberi tumpuan terhadap kualiti pertumbuhan dan kuantiti pertumbuhan yang bertujuan mengekalkan kadar pertumbuhan yang tinggi dan hasilnya dapat diagihkan untuk dinikmati bersama oleh rakyat. “Keadaan ini secara tidak langsung dapat mewujudkan keadilan sosial yang dapat memberikan kehidupan yang selesa kepada rakyat,” katanya. Sementara itu, Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) menyumbang RM150,000 untuk kos pengubahsuaian perpustakaan, kerusi meja dan penyediaan sebanyak 1,000 buku di sekolah tersebut. Projek tanggungjawab sosial korporat PNMB ini bertujuan membaik pulih kemudahan perpustakaan sekolah yang telah siap sepenuhnya pada 15 Ogos lepas, selain pembangunan komuniti sekolah tersebut. Kriteria pemilihan sekolah bagi projek itu ialah sekolah yang jauh dari bandar dan sukar memperoleh bantuan selain perpustakaan yang kurang bahan bacaan. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment