BADUT RAKYAT |
- ISU HUDUD !!! NIK AZIZ TAKUTKAN SURAT TUN MAHATHIR ATAU TAKUT KEPADA ALLAH ???
- KANTOI !!! DEMI KUASA !!! PUAK PAS SANGGUP MAIN ILMU SIHIR UNTUK JATUHKAN ORANG LAIN ???
- EKSKLUSIF !!! RAKAMAN TUDUHAN MANSOR KATA LIM GUAN ENG SOMBONG DAN ANGKUH BAKAL TERSEBAR !!!
- HOT NEWS !!! MANSOR OTHMAN AKAN BAKAL TERSINGKIR SELEPAS PRU 13 ???
- KANTOI !!! PAS AKAN MENYINGKIR USTAZ NASHARUDIN ??? WAJIB BACA !!!
- KARPAL SINGH KANTOI !!! MAHKAMAH TAK PERNAH KATA MALAYSIA NEGARA SEKULAR !!!
- KANTOI !!! KUIN DI AMBIL OLEH SYARIKAT SWASTA ???
ISU HUDUD !!! NIK AZIZ TAKUTKAN SURAT TUN MAHATHIR ATAU TAKUT KEPADA ALLAH ??? Posted: 28 Aug 2012 11:55 AM PDT Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi menjelaskan bahawa hukum hudud di Kelantan terpaksa ditangguhkan atas amaran yang dikeluarkan Kerajaan Persekutuan dan bukan disebabkan suasana yang masih belum kondusif di Malaysia. "Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk amaran menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik," katanya dalam tulisan di laman blogtokguru.com Katanya,pelaksanaannya masih tertangguh walau Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 itu diluluskan "secara masak" sejak November pada tahun tersebut.Nik Aziz juga menjelaskan bahawa kerajaan Kelantan proses penggubalan meluluskan hukum hudud turut melibatkan pengenalan dan perbincangan rang undang-undang tersebut bersama cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Datuk Daud Muhammad.Pelbagai alasan diberikan oleh Mursyidul Am PAS ini akibat kegagalan beliau dan parti PAS untuk melaksanakan hukum Hudud. Sikap menunding jari menyalahkan orang lain amat senang untuk dilakukan. Sejak bila parti PAS begitu takut dengan undang-undang sehinggakan surat dari Mantan Perdana Menteri yang telah bersara bertahun-tahun masih menghantui mereka. Hebat betul Tun Dr Mahathir sehinggakan surat lama beliau menjadi badi kepada PAS sehingga kini.Nik Aziz Nik Mat nampkanya sengaja anda mencipta pelbagai alasan.Masih ingat kah anda kepada Himpuan BERSIH tempoh hari ??? Bukankah Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan larangan perhimpunan BERSIH di Dataran Merdeka ??? Kenapakah Nik Aziz Nik Mat sanggup melanggar undang-undang dengan mengalakkan ahli-ahli PAS agar turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka ??? Tidak cukup dengan itu,Nik Aziz Nik Mat juga telah memberikan duit poket untuk perbelanjaan ahli-ahli PAS untuk melanggar undang-undang.BERSIH, BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0 dilarang oleh Kerajaan,namun kenapa tetap pakatan haram termasuk PAS engkari juga ??? Kenapa dalam bab perlaksanaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 ini, PAS tak berani "melanggar undang-undang" sedangkan mereka kata ini suatu kewajipan dan arahan Allah?! Boleh tak kalau saya katakan bahawa Kerajaan PAS Kelantan lebih takutkan surat Tun Dr Mahathir daripada perintah Allah ??? Ini sekadar persoalan bukan kenyataan.Kalau hanya beralasankan surat tersebut,kenapa mereka tidak pula berusaha secara undang-undang di mahkamah sepertimana isu royalti minyak Kelantan ??? Takkan dengan sebab datang surat berkenaan, terus berhenti hasrat Nik Aziz Nik Mat dan Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakannya tanpa berusaha menengakkannya di mahkamah atau membangkitkannya dalam kesepakatan Pakatan Rakyat seperti dalam Buku Jingga ??? saya sekadar melontarkan beberapa kemusykilan untuk difikirkan bersama.Mungkinkah kerana takut pada Abang Besar Karpal Singh yang kuat anti negara Islam dan Hudud ??? saya harapkan PAS lebih kuat dari UMNO dalam mempertahankan Hudud.Ini tidak.Mereka lebih cenderong berdolak dalik dan bersikap menunding jari. Ulama PAS telah lama berjuang untuk hudud dan negara Islam.Janganlah disebabkan pemimpin-pemimpin PAS sekarang yang sekular menyebabkan Islam dalam PAS menjadi mainan. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! DEMI KUASA !!! PUAK PAS SANGGUP MAIN ILMU SIHIR UNTUK JATUHKAN ORANG LAIN ??? Posted: 28 Aug 2012 08:30 AM PDT Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak dikhabarkan tidak hadir ke Majlis Terbuka Anjurannya sendiri di Mentaloon pada 25 Ogos lalu.Beliau dikatakan kurang sihat sejak beberapa hari sebelumnya dan semakin teruk pada malam 24 Ogos.Menurut sumber-sumber dari saudara terdekat beliau,mereka sendiri berat untuk mengizinkan beliau bertanding dalam PRU-13 dan mendesak beliau agar memikirkan kesihatan serta menghabiskan waktu dengan keluarga.Tidak berbaloi kata mereka,untuk menghadapi segala ancaman,ugutan dan serangan semata-mata untuk mempertahankan jawatan.Walaupun media enggan memainkan isu ini,namun di kalangan rakyat Kedah sudah sedia maklum tentang bagaimana Dato' Seri Azizan Razak diserang dari berbagai arah dengan ilmu hitam oleh musuh-musuh politiknya.Lebih pelik lagi,yang terlibat 'menyerang' beliau bukannya dari parti lawan, tetapi dari dalam PAS sendiri.Dikhabarkan juga,seorang exco yang pernah menuntut agar Dato' Seri Azizan meletakkan jawatan telah berkata dengan bongkak dan yakin bahawa Azizan hanya akan dapat bertahan sehingga Jumaat (24hb Ogos) itu sahaja.Kata-kata ini dihamburkan dalam jamuan raya di rumahnya dan dapat didengar oleh begitu ramai hadirin. Ironinya,keadaan Dato' Seri Azizan benar-benar kritikal pada malam 24 Ogos tersebut sehingga memaksa sanak-saudara menghalangnya dari menghadiri Rumah Terbuka anjurannya pada keesokkannya.Doktor telah mengesahkan bahawa jantung,tekanan darah dan gula di dalam badan Dato' Seri Azizan adalah dalam keadaan normal,tetapi entah kenapa beliau semakin teruk sehingga tidak dapat berbual seperti biasa,lupa serta meracau.Justeru,persoalan yang melanda rakyat Kedah dan terutamanya,keluarga Dato' Seri Azizan ialah apakah exco yang disebut di atas ada kena mengena dengan apa yang berlaku itu ??? Jika benar,bagaimana sebuah parti yang memperjuangkan Islam sanggup menggunakan ilmu hitam atau sihir untuk menjatuhkan lawannya ??? Tidakkah mereka tahu dan tidakkah tok-tok guru mereka mengingatkan bahawa sihir adalah perbuatan syirik dan syirik adalah dosa yang paling besar yakni,tiada dosa lain yang lebih besar darinya ??? Tidak mungkin pemimpin-pemimpin parti Islam ini jahil sehingga tidak tahu akan akibat dosa syirik ??? Lebih dari itu,digunakan pula untuk menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap orang lain iaitu saudara seagama.Nampaknya,PAS benar-benar sanggup melakukan apa saja demi kuasa. Sehingga kini,PAS telah menggadaikan Negara Islam,walaupun enggan mengakuinya.PAS telah pun mempersetankan bangsa Melayu, walaupun kini kembali terhegeh-hegeh membela Melayu.PAS telah pun menghalalkan khalwat,zina dan liwat di kalangan pemimpin mereka dan pemimpin parti sekutu.PAS sanggup sehidup semati dengan kafir harbi.PAS sanggup menerima puak Syiah.PAS sanggup berarak di belakang pejuang murtad dan LGBT.PAS sudah tidak kisahkan kilang arak dan pusat-pusat maksiat yang tumbuh bagai cendawan di negeri-negeri yang diperintah PR.Tetapi,untuk PAS mengamalkan sihir dan menyirikkan Allah S.W.T adalah amat keterlaluan.Pendek kata,kalau sudah syirik,tak payahlah lagi menggunakan nama Islam.Kalau sudah syirik,maka apa jua yang PAS katakan atau amalkan sudah tidak membawa apa-apa makna lagi.Walaupun UMNO bertekad untuk merampas kembali Kedah,tetapi UMNO tidak akan sekali-kali menggunakan cara syaitan.UMNO bekerja secara professional dan boleh menerima kekalahan dengan baik.Bagi UMNO,PAS juga adalah saudara seagama dan tidak akan sekali-kali menganiayai sesiapa dan UMNO telah pun membuktikannya.Oleh itu, UMNO mendoakan Dato' Seri Azizan Razak segala kekuatan untuk menentang kejahatan dari syaitan dan juga manusia.Jika berpeluang berentap lagi dalam PRU kali ini,saya pasti akan berhadapan dengan Dato' Seri Azizan secara anak jantan dan bukan dengan cara syaitan.Semoga cepat sembuh,Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin saya ucapkan kepada Dato' Seri Azizan.saya harap,individu yang bertanggungjawab menyerang Dato' Seri,akan segera insaf,bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! RAKAMAN TUDUHAN MANSOR KATA LIM GUAN ENG SOMBONG DAN ANGKUH BAKAL TERSEBAR !!! Posted: 28 Aug 2012 05:00 AM PDT cuba anda lihat gambar di atas,mungkin Lim Guan Eng kata,aku seronok kau kata aku 'Tokong'.bila Mansor beria-ia kata bahawa dia tidak pernah cakap perkataan SOMBONG dan ANGKUH ianya hanya menampilkan kebodohannya sebagai Timbalan Ketua Menteri.Mesyuarat itu bukan dihadiri oleh 3-4 orang.Ramai.Semua orang dengar.Tapi Mansor sanggup berbohong kerana jawatan.Mansor makin tertekan kerana dia diarahkan oleh Anwar untuk memenangi 4 kawasan Parlimen di Pulau Pinang.4 kawasan.Tak boleh tidak.Ini KPI yang telah Anwar berikan kepada Mansor dan PKR PP.Hanya dengan kerjasama DAP Mansor mampu mencapai target ini. Bukannya mudah.Setakat ini, yang mampu Mansor janjikan adalah PERMATANG PAUH.Lain belum tentu.Malahan,sebagai Timbalan Ketua Menteri PP,Mansor pernah mengatakan bahawa dia berhak mendapat laluan mudah untuk bertanding di mana sahaja yang dia mahu.Tidak ada Ketua Cabang yang boleh menghalang dan menidakkan. Dalam pada Mansor dikatakan akan bertanding di Nibong Tebal,Mansor tahu bahawa dia akan berdepan dengan laluan yang sangat sukar.Mansor lebih suka ke Bayan Baru.Mansor menganggap Zahrain sebagai lawan mudah. Pejam mata sebelah pun dia masih boleh menang. Kesemua DUN di bawah Bayan Baru (Pantai Jerejak, Batu Maung dan Batu Uban) boleh memberi kelebihan kepada Mansor.Soalnya, siapa kata Zahrain akan bertanding semula ??? Mansor kelihatan sangat penakut bila menyentuh kepentingan DAP.Sebab itu dia hanya berani bila dalam mesyuarat dalaman sahaja.Bila bertemu dengan Guan Eng, Mansor macam orang bodoh.Ini yang ramai Ketua Cabang di Pulau Pinang tidak puas hati. Mansor macam tak ada tulang belakang.Penakut.Siapa peduli kalau Guan Eng 'cangkuk' tangan Mansor pun. Yang nyata, PKR PP memang sudah kehilangan maruah. Jadi budak suruhan kepada DAP sahaja. Kita tengok bagaimana Mansor akan meneruskan konspirasi menjatuhkan Guan Eng.Isu 'Pulau Pinang untuk orang Pulau Pinang' siapa yang bawa ??? UMNO ??? Isu ini hanya dimainkan oleh orang PKR sendiri. Untuk merosakkan imej COCKY,ARROGANT Ketua Menteri.saya ceritakan semula sejarah Mansor Othman dan Lim Guan Eng.Pada 16/17 Ogos lalu,Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang,Mansor Othman dikatakan berada dalam keadaan yang cemas apabila blog Gelagat Anwar mendedahkan transkrip rakaman beliau mengutuk bosnya,Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat.Antara yang hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Law Choo Kiang PKR Bukit Bendera,Felix Ooi,PKR Bayan Baru,Tan Seng Keat calon Bayan Baru pada 2004,Raymond Ong,PKR Tanjung,Ng Chek Siang,Batu Uban,Cheah Peng Guan dan John Ooi juga PKR Bayan Baru.Mansor di dalam rakaman tersebut merujuk kepada Guan Eng sebagai 'sombong' dan 'angkuh'.Beliau juga dikatakan mengucapkannya dengan berani dan lantang. Antara petikan rakaman tersebut berbunyi : "Dia (Guan Eng) very arrogant I tell you. Cocky and arrogant. It's not easy. Now more arrogant because dia menang banyak." — sumber blog 'Gelagat Anwar' Guan Eng macam tokong,you know,to the Chinese.You cannot deny that… he is just like a tokong.Itu yang buat dia org sombong … very, very angkuh and arrogant." — sumber blog 'Gelagat Anwar' Secara dasarnya,rakyat telah pun sedia maklum akan keangkuhan dan kesombongan Guan Eng.Malah,di dalam DAP sendiri,Guan Eng tidak begitu disukai.Beliau juga menjadi penyebab beberapa pemimpin DAP keluar parti akibat tidak tahan dengan keangkuhan,kesombongan dan juga 'kekorupan' beliau.Namun,ini bukan soal Guan Eng kerana semua orang sudah kenal siapa Guan Eng lidah biawak,hati kering,penipu tegar yang tidak tahu malu bila kantoi.Ini adalah soal Mansor dan kedudukannya di dalam PKR, di dalam pentadbiran Pulau Pinang,di sisi Guan Eng dan di mata rakyat.Umum tahu bahawa tiada seorang pemimpin termasuk di dalam DAP sendiri yang akan selamat jika berani melawan Guan Eng.Kediktatoran Guan Eng bukan satu cerita rekaan dan kerana itulah Mansor dikhabarkan menjadi kecut perut mengenang nasib yang bakal menimpa dirinya.Lebih menakutkan Mansor ialah apabila ada pihak yang tampil menyatakan yang mereka akan menyebarkan rakaman suara tersebut tidak lama lagi bagi membolehkan semua orang mengadili sendiri apa yang diperkatakan dan siapa yang mengatakannya.Menurut sumber,pihak yang terlibat tidak berminat untuk menunggu 'waktu yang sesuai' seperti pilihanraya,untuk menyebarkannya tetapi akan menyebarkannya sebaik saja mereka bersedia. PKR Pulau Pinang kini berada dalam keadaan gelabah namun tidak begitu bersungguh untuk mempertahankan Mansor.Khabarnya,masing-masing lebih berminat menyelamatkan diri dari 'dibaham' Guan Eng.Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih takutkan Guan Eng dari Anwar, Ketua Umum parti mereka.Apa yang berlaku akhir-akhir ini memperlihatkan Guan Eng mula menunjuk curiga secara terang-terangan terhadap Mansor dan mula memberi tekanan terhadap beliau.Walaupun begitu,ada juga pengkhabaran yang menyatakan bahawa Guan Eng sudah lama mencari jalan untuk menyingkirkan Mansor dan semua Melayu-melayu di dalam pentadbiran Pulau Pinang.Jika ini benar,maka pendedahan rakaman tersebut telah memberikan peluang untuk Guan Eng berbuat demikian.Selama ini,pakatan haram gemar merujuk kepada pemimpin UMNO sebagai diktator atau kukubesi.Tetapi kini,ternyata, mereka berpeluang berhadapan dengan diktator sebenar yang tidak boleh dikritik, tidak boleh ditegur apatah lagi dikutuk,di dalam parti mereka sendiri.Kerana itu,walaupun penyebaran rakaman suara tersebut belum lagi dibuat, Mansor sudah dapat merasakan bahaya yang bakal menimpa dirinya.Inilah suasana hidup dalam pentadbiran kukubesi, iaitu sentiasa berwaspada,takut dan langsung tidak punya hak bersuara.Sewajarnya rakyat mengambil iktibar dengan pergolakan politik Pulau Pinang ini.Percayalah,saya pasti akan terpaksa hidup dalam keadaan yang sama iaitu sentiasa ketakutan dan tiada hak bersuara jika ditakdirkan PR menjadi pemerintah Malaysia dengan DAP menjadi kuasa mutlak di belakangnya. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! MANSOR OTHMAN AKAN BAKAL TERSINGKIR SELEPAS PRU 13 ??? Posted: 28 Aug 2012 01:30 AM PDT Tentunya tika ini saban malam Datuk Mansor Othman yang merupakan Timbalan Ketua Menteri I (TKMI) Pulau Pinang mengalami masalah kesukaran untuk melelapkan mata gara-gara kontroversi minit mesyuarat yang sedang tersebar sekarang.Rentetan dari penyiaran transkrip perbualannya dalam pertemuan bersama beberapa orang pemimpin PKR itu,bukan sahaja telah mencetuskan keraguan dikalangan ramai penyokong PR khususnya DAP dan PAS,malah turut mengundang kemarahan ramai pemimpin pakatan haram yang lain.Dalam perbualan yang dideadahkan oleh blog gelagatanwar.wordpress.com itu,antara intipati kenyataan mansor yang disiarkan ialah memperlekehkan kewibawaan Lim yang digelarnya sebagai 'tokong,angkuh dan sombong'.Selain itu, Mansor juga mengarahkan pemimpin PKR yang lain bersedia dengan nama calon PKR keturunan Cina bagi menghadapi kemungkinan terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dengan DAP. Kritikan dan cercaan yang dilemparkan oleh Mansor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu dilihat sebagai satu tindakan yang membelakangkan kepercayaan sesama parti pembangkang sekaligus mendedahkan kepada umum wujudnya keretakan dalam jalinan kerjasama yang baru saja berusia setahun jagung.Ramai pemimpin DAP seakan tidak dapat mengekang kemarahan mereka telah mendesak pucuk pimpinan tertinggi PR supaya mengambil langkah segera termasuklah menyingkirkan Pengerusi PKR Pulau Pinang itu dari jawatan TKM1 selepas PRU 13 nanti.Menurut sumber dalaman DAP,tindak tanduk Mansor itu bukan sahaja telah menjejaskan kredibiliti dan kewibawaan Lim yang selama ini cuba dibina imejnya sebagai 'hero orang Cina' malah secara langsung telah mendedahkan PR kepada serangan bertali arus dari media BN.Tambahan pula dengan skandal peribadi Mansor yang mempunyai hubungan intim dengan seorang Ah Soh yang sudah lama berada dalam pengetahuan ramai pemimpin DAP dan PKR,dikhuatiri bakal menyebabkan imej pakatan pembangkang kian tercalar sekaligus merencatkan peluang PR untuk menguasai kembali Pulau Pinang dalam PRU 13 kelak. Kata mereka lagi, Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR sewajarnya segera menyediakan nama lain untuk diumumkan sebagai ganti jawatan TKM1 dan Pengerusi PKR negeri yang sekarang ini sedang disandang oleh Mansor. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! PAS AKAN MENYINGKIR USTAZ NASHARUDIN ??? WAJIB BACA !!! Posted: 27 Aug 2012 10:00 PM PDT Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS,Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya,Hasan Ali.Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri,dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.Bagaimanapun,tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat,Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya. Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat,faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas,ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak,kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang. RENUNG-RENUNGKAN |
KARPAL SINGH KANTOI !!! MAHKAMAH TAK PERNAH KATA MALAYSIA NEGARA SEKULAR !!! Posted: 27 Aug 2012 07:00 PM PDT Mungkinkah Karpal Singh belum pulih sepenuhnya setelah jatuh sakit tempoh hari sehingga meracau-racau ??? Mungkinkah beliau masih berhalunisasi apabila berkata bahawa Tun Salleh Abbas pernah memutuskan bahawa Malaysia adalah negara sekular dalam kes Che' Omar Che Soh. Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara hanya menyatakan bahawa terdapat undang-undang di negara ini yang berunsur sekular dan beliau tidak pernah sekali-kali memutuskan negara ini sebagai negara sekular.Tun Dr. Mahathir,bekas Perdana Menteri Malaysia telah pun menegaskan bahawa negara ini adalah negara Islam kerana ia diperintah oleh orang Islam,meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan di masa yang sama tidak pernah menyekat amalan agama-agama lain.Untuk itu,Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam melalui Perkara 37 dengan mewajibkan Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa.Selain itu,semua cabang pemerintahan negara sama ada Eksekutif,Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa. Tindakan Karpal Singh membangkitkan hal ini dalam pertelagahannya dengan PAS tentang hudud menyerlahkan lagi agenda jahat DAP yang menentang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi.Tindakan Karpal Singh juga dilihat sebagai menentang prinsip Rukun Negara.Nampaknya,pertelagahan mengenai hudud antara DAP dan PAS semakin mengganggu dan mengelirukan rakyat,malah mampu mencetus ketegangan.Rakyat perlu faham bahawa sesebuah negara Islam tidak semestinya melaksanakan hudud.Sedangkan Mesir negara yang memusatkan semua Ulama-ulama tersohor juga tidak melaksanakan hudud.Perlaksanaan hudud dalam negara juga tidak menjamin syurga kepada umat Islam di dalamnya.Ini kerana,syurga-neraka adalah tertakluk kepada amalan peribadi iaitu antara hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T dan juga antara sesama manusia.Kerajaan dan undang-undang tidak akan mempengaruhi kedudukan seseorang Islam di sisi Allah S.W.T.Hudud adalah undang-undang yang terlalu tinggi yang memerlukan keikhlasan dan ketakwaan yang mantap di kalangan para pelaksananya.Ia juga memerlukan kedudukan negara dan umah dalam keadaan sempurna dari segi ekonomi,pendidikan dan sosial sebelum hudud boleh dilaksanakan. Hudud yang dilaksanakan tanpa memenuhi syarat di atas akan berakhir dengan ketidakadilan.Lihat saja antara negara yang mengamalkan hudud seperti Pakistan,Afghanistan,Sudan,Somalia dan Nigeria.Keadaan rakyat mereka menyedihkan,kekejaman terhadap wanita berleluasa,manakala kaum lelaki bermaharajalela menjamu nafsu.Negara mereka juga semakin mundur dan tidak pernah aman.Keadaan ini berlaku apabila undang-undang diletakkan lebih tinggi dari keadilan itu sendiri Atau dalam beberapa kes,mungkin juga lebih tinggi dari keperluan asas seperti makanan,pakaian,pendidikan dan keselesaan.Sedangkan,hudud adalah berkenaan keadilan dan kesempurnaan,bukan undang-undang semata-mata.Lebih dari itu,adalah bahaya untuk melaksanakan hudud di kala keadaaan hampir mustahil untuk mencari pelaksana atau hakim yang benar-benar mantap takwanya dan keikhlasannya serta mampu pula mengambilkira semua aspek teknologi canggih di zaman ini dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam berbagai bidang termasuk psikologi malah mungkin juga sains, sebelum menjatuhkan hukuman.Lebih buruk lagi jika si penggubal,pelaksana dan hakim mempunyai kecenderungan bersifat 'chauvinis' dan masih berpegang kepada fahaman jahiliah iaitu memandang rendah pada wanita atau suka membiarkan diri terpengaruh dengan sesuatu golongan atau pandangan tertentu.Jika ini berlaku,bagaimana kita boleh memastikan yang beliau benar-benar menjatuhkan hukuman dengan hukum Allah S.W.T atau hanya dengan pendapat,pandangan dan kecenderungan peribadinya ??? Menghakimi hitam atau putih sesuatu perkara mungkin mudah tetapi malangnya keadilan itu tidak semudah hitam atau putih. Kadangkala,hitam yang dilihat adalah tumpahan warna dari beberapa punca. Maka, sang hakim perlu menilai perkara dari puncanya agar tidak berlaku kejam terhadap sesiapa.Karpal jelas tidak memahami perkara ini tetapi begitu juga sebahagian umat Islam yang kononnya hidup demi hudud.Namun,sama ada Karpal faham atau tidak,adalah amat tidak bertanggungjawab bagi beliau,untuk membangkitkan perkara ini dengan menolak prinsip Rukunegara dan perlembagaan negara yang meletakkan negara ini sebagai Negara Islam.Mungkinkah,Karpal sanggup memperbodohkan dirinya dengan menidakkan pengetahuan mengenai perlembagaan negara semata-mata kerana menentang hudud dan segala-galanya yang berkaitan dengan Islam ??? Walau apapun tindakan dan kenyataan Karpal,yang pasti PAS telah berikrar akan sehidup semati dengan Karpal dan DAP sementara 'hudud' akan terus menjadi nyanyian rasmi PAS sekadar untuk memancing undi. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! KUIN DI AMBIL OLEH SYARIKAT SWASTA ??? Posted: 27 Aug 2012 04:00 PM PDT Kerajaan Negeri Kedah diminta menjelaskan dengan segera mengenai desas-desus kononnya sedang berlaku pengambilalihan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) oleh sebuah syarikat swasta dari luar negara.Bekas Pengerusi Kuin, Datuk Mahdzir Khalid berkata,mengikut sumber pihaknya,kerajaan negeri dikatakan sedang mempertimbang untuk menjual saham dan pengurusan kolej itu kepada syarikat swasta tersebut. "Surat menyurat kerajaan negeri dan syarikat swasta tersebut memang ada dan perkara ini berlaku sejak dua bulan yang lalu.Oleh itu saya minta kerajaan negeri segera jelaskan perkara ini kepada rakyat kerana mereka berhak tahu hal sebenar.Kalau boleh urus kenapa nak beri kepada orang lain.adakah kerana tidak mampu untuk mengurus kuin maka kerajaan negeri mahu menjadikan kolej ini satu badan perniagaan," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu di Padang Kerasak,Naka,Semalam Mahdzir yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah berkata,jika penswastaan Kuin berlaku maka matlamat asal penubuhan Kuin yang mahu memberi kemudahan pembelajaran kepada orang ramai khususnya rakyat Kedah tersasar jauh. "Kerajaan dengan syarikat adalah satu perkara yang berbeza sebab kerajaan pada akhirnya kita tidak memikirkan pasal keuntungan kerana kita mahu beri pendidikan kepada rakyat. Bila dah diuruskan oleh sebuah syarikat swasta sudah tentu keuntungan yang dicari mereka," ujarnya. Tambah beliau,jika kuin diswastakan sudah tentu segala kos pengajian akan bertambah dan pelajar yang kurang berkemampuan akan menerima kesannya.Dalam pada itu,Mahdzir memberitau sehingga kini juga krisis kewangan Kuin masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri. "Sehingga kini pihak Kuin masih belum beri pelarasan gaji sebanyak 13 peratus kepada kakitangan Kuin.Ini tidak adil kepada kakitangan Kuin kerana mereka dipilih untuk jawatan mengikut sistem Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi bila bab gaji mereka tidak dapat apa yang dinikmati oleh kakitangan awam," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment