tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Video] BN YOUTH CYBERTEAM @NajibRazak @HishammuddinH2O @KhairyKJ #BNYCT

Posted: 08 Aug 2012 09:30 PM PDT

Ulama hukum undi DAP haram, undi PKR bagaimana pula?

Posted: 08 Aug 2012 06:00 PM PDT

Nota: Sosialisme, Pluralisme, Sekularisme, LGBT, Zionisme; siapa boleh bagi yang menganut dan menyokong perkara-perkara ini dapat pahala?

Don't vote DAP, its 'haram'!

What's your comment, readers?


Also read Bernama reports...




[Gambar] @KhairyKJ - CyberTeam, platform baru untuk anak muda bersama BN @RazaliIbrahim @BNYCyberTeam

Posted: 08 Aug 2012 11:34 AM PDT



BNY Cyber Team,Platform Baru Untuk Anak Muda Bersama BN - Khairy Jamaluddin

on WEDNESDAY, AUGUST 8, 2012 

Khairy Jamaluddin, Datuk Razali Ibrahim dan Tun Faisal Ismail Aziz 
bersama pemimpin kompenen Pemuda BN melancarkan BN Youth Cyber Team.


KUALA LUMPUR - Pengerusi Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, YB Khairy Jamaluddin hari ini melancarkan satu lagi platform baru untuk anak muda yang bergiat aktif dengan media sosial iaitu BN Youth Cyber Team (BNYCT) di Aras 23 Dewan Sri Endon, Menara Dato Onn PWTC.

Dalam ucapannya Khairy berkata melalui penubuhan BNYCT ini ianya dapat wujudkan satu gelombang baru dari pihak Barisan Nasional dalam penyebaran maklumat serta fakta-fakta berkaitan dengan kerajaan kepada masyarakat Malaysia.

"Kita terima hakikat bahawa hari ini, kebanyakan daripada generasi muda walaupun masih lagi bergantung kepada media arus perdana, tetapi ada trend yang menunjukkan bahawa mereka juga mendapatkan maklumat mereka daripada sumber-sumber yang berkait rapat dengan media sosial.

Kita mestilah memastikan pendapat dan pandangan penyokong BN dan Pemuda BN, kita bagi bagi saluran yang mudah kepada mereka mewujudkan rangkaian atau ekosistem tersebut," ujarnya di hadapan lebih 200 para tetamu yang terdiri dari penggiat-penggiat media sosial pelbagai bangsa.

Menurut Khairy lagi, dalam masa terdekat Pemuda BN tidak meletakkan apa-apa sasaran khusus melalui BNYCT tetapi beliau berharap agar ramai anak muda menyertai BNYCT kerana ianya berbeza daripada 'cybertroopers' seperti UMB. UMB yang ditubuhkan oleh Pemuda UMNO kerja mereka berperang khususnya dengan pihak pembangkang, berbeza dengan BNYCT yang lebih kepada memberikan pandangan, pendapat dan penyampaian maklumat tanpa terlibat dalam peperangan siber.

BNYCT dipengerusikan oleh Tun Faisal Ismail Aziz mensasarkan golongan muda yang bergiat aktif dengan media sosial, mereka yang memiliki bakat dalam bidang kreatif untuk bersama menyertai BNYCT seterusnya menyumbang segala idea, artikel, karya atau apa sahaja kebolehan yang dimiliki sama ada ianya berkaitan sukan, ekonomi, perundangan atau sebagainya


baca selanjutnya di portal BN Youth CyberTeam
http://www.bnycyberteam.net/2012/08/bny-cyber-teamplatform-baru-untuk-anak.html


[FOTO] : Sekitar Perasmian BN Youth Cyber Team

on THURSDAY, AUGUST 9, 2012 

Tempat : Dewan Sri Endon,Tingkat 23 Menara Dato' Onn PWTC

Program  : Perasmian BN Youth Cyber Team

Tarikh : 8 Ogos 2012

Masa ; 12.30 Tengah Hari

Perasmi : YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda Barisan Nasional)





























CyberTeam Pemuda BN - Siapa kami?

Posted: 08 Aug 2012 06:33 PM PDT



KenyataanAkhbar
YB KhairyJamaluddin Abu Bakar
PengerusiPemudaBarisanNasional

Pemuda BN sedar bahawa dalam lanskap politik hari ini, persepsi tidak dibentuk hanya melalui media konvensional, portal berita dan blog, tetapi kuasa pembentukan persepsi turut dikongsi oleh platform media sosial lain seperti facebook dan twitter. Bukan sahaja maklumat dan fitnah dapat dikongsikan melalui pelbagai bentuk bahan multimedia, malah ia juga dapat disalurkan dengan begitu pantas, melibatkan jumlah penyebar dan penerima yang begitu ramai sekali serta sukar dikesan. Menyedari kompleksiti penggunaan media siber dalam pembentukan persepsi pada hari ini, saya suka untuk mengumumkan satu lagi produk Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, iaitu Pasukan Siber atau CyberTeam Pemuda BarisanNasional.

Tujuan utama penubuhan CyberTeam Pemuda BN ini adalah untuk menyatukan segala sumber bakat, tenaga dan fikiran yang ada di kalangan anggota Pemuda BN dan juga pihak yang bersimpati dengan perjuangan BN; dan mengkoordinasi gerak kerja siber agar makumat-maklumat berkenaan dasar, program dan fakta sebenar daripada pihak kerajaan dapat disampaikan dengan berkesan seterusnya membantu kempen BN dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 

Keahlian CyberTeam Pemuda BN terbuka kepada semua sukarelawan siber pro-BN dan pro-kerajaan, lelaki dan wanita dari semua peringkat umur, dari pelbagai kaum, kepercayaan dan latar belakang, di kalangan penulis, penulis blog, pengendali vlogg, pengendali portal, pengendali media sosial, penggiat multimedia kreatif, kartunis dan sesiapa sahaja yang percaya bahawa kerajaan BN pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan tugas yang baik dan wajar di beri mandat untuk terus memimpin negara.

Bagi menghadapi PRU13 ini, melalui penubuhan CyberTeam Pemuda BN, beberapa program telah dirangka, iaitu bermula dengan pelancarannya jentera ini hari ini, disusuli dengan Makmal Pendampingan Siber Pertama melibatkan CyberTeam Pemuda BN Pusat, Makmal Pendampingan Siber Kedua melibatkan CyberTeam Pemuda BN di peringkat negeri dan Simulasi Pendampingan Siber PRU-13 dalam bulan September. 

Pasukan ini akan diketuai oleh saudara Tun Faisal Ismail bin Aziz dan akan dibantu oleh saudara Mohd Razlan Muhammad Rafii dan semua Ketua Penerangan atau Unit Media Sosial sayap Pemuda Parti-Partikomponen. 

Pemuda BN  sedar bahawa usaha untuk mendampingi seramai mungkin anggota masyarakat terutama golongan muda melalui gerak kerja siber yang berkesan bagi menghadapi PRU13 amat penting. Pemuda BN juga sedar bahawa masih terdapat ramai aktivis siber yang mahu menyokong dan menyumbang untuk BN di ruang siber. Melalui CyberTeam Pemuda BN, saya berharap kita akan dapat menarik bakat-bakat baru di kalangan anak muda yang menyokong BN di luar sana. Apa yang mengkagumkan, walaupun bukan merupakan ahli mana-mana parti di dalam BN, mereka begitu komited mempertahankan BN. Mereka sanggup melakukan segala ini di atas semangat kesukarelaan demi untuk memastikan kedudukan BN terus kukuh, terutamanya di kalangan pengundi muda. Melalui penubuhan CyberTeam Pemuda BN ini, Pemuda BN berharap ia akan membolehkan penggerak siber ini berkongsi maklumat dan bertukar-tukar fikiran seterusnya memantapkan hujah mereka apabila berdepan dengan aktivis parti lawan.

Bakat-bakat baru ini dapat memberi sumbangan kepada CyberTeam Pemuda BN dalam bentuk buah pemikiran strategik, idea, arikel, kartun, video, vlog dan segala kepakaran sama ada dalam bidang ekonomi, sukan, pembangunan, sains, undang-undang mahu pun apa saja bidang kemahiran yang dimiliki. Sumbangan yang diberikan tidak hanya tertakluk kepada kriteria yang dinyatakan tadi, tetapi sesiapa sahaja tetap mampu untuk memberi sumbangan yang berharga dalam bentuk 'Like' di Facebook Fan Page, Retweet di Twitter atau berkongsi dan menyebarkan segala bahan, info atau fakta yang dilihat berguna kepada rakyat Malaysia.

Untuk menyertai CyberTeam Pemuda BN aktivis-aktivis siber boleh mendaftarkan diri dengan menyertakan butiran peribadi ke email bnycyberteam@gmail.com atau melalui :-

TWITTER : @BNYouthCyberTeam - https://twitter.com/BNYCyberTeam






BN Cyber Team - Siapa kami?


Siapa kami…?

BN Youth Cyber Team (BNYCT) yang ditubuhkan 8 Ogos 2012, terdiri dari anak muda yang bergiat aktif dengan penggunaan media siber dan bakat-bakat kreatif dari kalangan Pemuda BN, masyarakat prihatin yang pro-BN dan pro-kerajaan.


Siapa kami perlukan sebagai pasukan BNYCT…?

Anak muda yang mempunyai bakat dalam pelbagai bidang dari seluruh Negara.


Misi kami…?

Mencari dan mengumpulkan seramai mungkin anak muda yang bergiat aktif dengan media siber dan mereka yang berbakat dalam menghasilkan karya kreatif dari kalangan Pemuda BN, masyarakat prihatin yang pro-BN serta pro-kerajaan.

Bergerak dalam koordinasi yang lebih tersusun dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar, program serta fakta dari pihak BN dan kerajaan agar ianya berjaya disampaikan dengan lebih berkesan kepada rakyat Malaysia seterusnya bertindak sebagai jentera siber BN dalam PRU13.

Sumbangan anda amat diperlukan. Kami memerlukan

Buah pemikiran strategik, idea hebat, artikel, kartun, video, vlog dan segala kepakaran anda sama ada dalam bidang ekonomi, sukan, pembangunan, sains, undang-undang mahu pun apa saja bidang yang anda mahir mengenainya.

Jika anda merasakan anda tidak memiliki kriteria yang dinyatakan, anda tetap mampu menyumbang sesuatu yang berharga iaitu  'like' facebook fan page, Retweet, atau berkongsi dan menyebarkan segala bahan, info atau fakta yang dilihat berguna kepada rakyat Malaysia.


Bagaimanainginmenjadisebahagiandari kami…?

Jika anda ialah penulis blog, pengendali vlog, penggiat facebook, twitter dan pengamal media sosial semasa yang terdiri daripada anggota Pemuda BN, masyarakat prihatin yang pro-BN atau rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan mempercayai segala usaha kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan yakin beliau wajar diberikan mandat menerajui negara maka anda amat dialu-alukan menyertai kami dengan hanya menyertakan butir-butir diri seperti tertera kepada alamat emel bnycyberteam@gmail.com


Jika anda menjadi sebahagian daripada kami, anda berpeluang untuk:

Menerima maklumat berguna dan fakta untuk menentang hujah pihak lawan.

Ruang untuk anda berkongsi artikel, karya, video, vlog atau segala kebolehan anda dengan semua sahabat sukarelawan Pemuda BN (BNYV) dan masyarakat khususnya.

Berpeluang menambahkan kenalan, berkongsi idea bersama barisan pejuang siber yang lain.

Berpeluang menyertai program dan aktiviti kemasyarakatan anjuran sukarelawan Pemuda BN serta menjadi sebahagian daripada jentera siber BN dalam PRU13.


Kami ingin menjemput anda untuk bersama kami jika..

anda percaya kerajaan sedia ada telah melaksanakan tanggung jawab mereka sebaik mungkin untuk anda.

anda yakin dengan gagasan '1 Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' idea YAB Perdana Menteri Datuk Seri Tun Razak.

anda menyokong Program Tranformasi Kerajaan, Program Tranformasi Ekonomi, NKRA yang dilaksanakan dan NKEA yang diberikan tumpuan oleh kerajaan sekarang.

anda percaya dan yakin bahawa YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu membawa perubahan dan pembangunan kepada negara.

anda sayang Perdana Menteri yang sentiasa menepati janji dan mesra serta bersikap terbuka dalam mendengar pandangan golongan muda.

anda mahukan perpaduan, keamanan dan kestabilan

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...