PISAU.NET

PISAU.NET


RACIAL TROUBLE IN PENANG PKR

Posted: 29 Aug 2012 06:00 AM PDT




The spat between PKR and DAP in Penang has now worsen with the state PKR information chief Johari Kassim calling for suspension of those who attended the meeting which minutes were leaked, revealing the dissatisfaction of Mansor Othman towards Lim Guan Eng.

The minutes also revealed Guan Eng wish to have Chinese contesting PKR state seats instead of who PKR leadership feels can win the seats, giving the assumption that PKR plays second-fiddle to Guan Eng in Penang, not equal level.

While the Malays in PKR should start thinking what are they in for, Mansor himself, if he has any feeling about his own dignity and possessing a Malay heart, should take a bold step by just quitting the party and stand on his own.

This action will bring him back his self dignity and the bad perception by the Malays at large after he appeared at a press conference flanked by Guan Eng who sat there without saying a word to make sure that Mansor eat the words that were written in the minutes.

And Mansor, like the slave he is now, did just that to please Guan Eng but he has no idea that in reality Guan Eng does not trust him anymore after what had happened.

Putting Mansor to shame and strip him of his dignity is Guan Eng aim in wanting to stay dominant in Penang and positioning DAP above the rest of the PR parties.

Succeeded in his game, now Penang PKR is facing problem from within Johari Kassim calling on the party leadership to suspend those who attended the meeting to find out who leaked the minutes.

Those who attended the meeting were state deputy chief and Batu Kawan division chief Law Choo Kiang; Bukit Bendera division deputy chief Felix Ooi; Bayan Baru deputy chairman Tan Seng Keat; 2004 candidate for Bayan Baru parliament seat Raymond Ong; Tanjung Youth chief Ng Chek Siang; Batu Uban branch chief Cheah Peng Guan and Mansor assistant John Ooi.

So just think where actually Johari is getting at some Chinese in PKR are selling information to DAP leaders or in short Johari is saying do not trust the Chinese in PKR.

Will the PKR leadership listen to Johari or help Mansor in bringing back his dignity after being ripped naked?

The answer is of course no because PKR chief Anwar Ibrahim is only interested in becoming the Prime Minister and he cannot achieve his aim without the support of DAP and PAS.

So he could not care less what happens to his people so long as he receives the support to be the Prime Minister.

So it is better now for the Malays in Penang PKR to rethink their position and their struggles for the word reformasi is already lost in the forests of politics and what is left now is their conscience a Malay or a sell out.


F.A.Q tentang Tweet Merdeka. @TwtUpMerdeka #Merdeka55 @NajibRazak

Posted: 29 Aug 2012 03:00 AM PDT

Tweet Merdeka

Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)

RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:

"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"

3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. ****Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve. Belum dapat dipastikan lagi!!!****

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?

Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.


Penduduk P.Pinang Penyembah Tokong?

Posted: 29 Aug 2012 01:00 AM PDT





Gelaran "tokong" yang angkuh dan sombong yang ditujukan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng seperti yang tercatat dalam transkrip perbualan timbalannya, Dr Mansor Othman seakan menjadi satu fenomena baru bagi menggambarkan perwatakan Lim sejak mengambilalih kerajaan di negeri itu.

Cumanya, jika selama ini tokong sebenar yang disembah melalui ritual keagamaan mengikut kepercayaan penganut Buddha kerana ianya diyakini mampu mendatangkan kebaikan kepada mereka, dalam kes Guan Eng pula lagaknya yang mahu dipandang mulia seperti tokong tapi gaya pentadbiran dan langkahnya pula nampak angkuh dan sombong.

Sebetulnya gelaran sinis tersebut menunjukkan watak angkuh dan besar diri yang semakin sebati dalam diri Setiausaha Agung DAP itu tidak begitu disenangi oleh rakan-rakan sepakatan.

Malah bukan satu rahsia lagi, dikalangan pemimpin veteran DAP juga tidak dapat menyembunyikan kerisauan mereka melihatkan tindak tanduk Guan Eng yang kesannya lebih menjarakkan lagi hubungan DAP dengan rakyat kebanyakan.

Bagi mereka sikap Guan Eng yang terlalu mengutamakan kehendak golongan korporat hingga mengabaikan kehendak dan permasalahan rakyat langsung tidak mencerminkan polisi DAP yang selama ini digambarkan mengutamakan aspirasi rakyat bawahan.

Dengan rekod buruk DAP dan PKR yang pernah gagal menunaikan janji terhadap penduduk Kampung Buah Pala sebelum ini, ditambah lagi dengan keangkuhan yang ditonjolkan oleh Guan Eng, maka layaklah bila gelaran tokong yang angkuh dan sombong kekal atas dahi Guan Eng.

Mungkin bagi sesetengah penyokong PR dari PAS dan PKR yang beragama Islam mereka tidak kisah untuk terus menyanjung tinggi Guan Eng yang suatu ketika dulu pernah dilabelkan sebagai "khalifah" setelah terpegun melihat lakonan ramah mesra yang dipamerkan oleh Ketua Menteri itu.

Tapi selepas tersebarnya kenyataan Dr Mansor yang secara sinis menggambarkan Guan Eng ibarat seperti tokong bernyawa, kemudian dikatakan pula gelaran tersebut adalah satu bentuk pujian, makanya ternampak seperti sokongan yang diberikan oleh penduduk P.Pinang khususnya dari PAS dan PKR semacam menyokong dan menyembah tokong pula.

Di Kelantan kita ada tok guru surat pekeliling yang lebih mesra dengan pembangunan tokong dan patung yang tingginya mengalahkan menara majid, di P.Pinang pula ada pemimpin politik yang diiktiraf dan dipuji sebagai tokong.

Saya tolak hudud Pas, bukan hudud Islam - Dr. Mahathir

Posted: 28 Aug 2012 10:00 PM PDT

Bezanya hudud PAS dan Hudud Islam,hudud PAS lebih takutkan DAP daripada hukum Allah.Ini adalah sebab utama kenapa hudud di Kelantan tak dapat dilaksanakan sebaliknya khawarij PAS menyalahkan orang lain.Tuhan pun puak ni tipu apa lah sangat kalau nak menipu umat Islam..

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) menegaskan beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.

Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.

Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.

"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.

"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2011 di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini.

Isu hudud kembali hangat diperkatakan kebelakangan ini apabila Pas mendakwa akan terus memperjuangkan hukum syariah itu jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan kelak sementara rakan sekutunya, DAP dengan keras berulang kali menolak idea tersebut.

Pas juga mendakwa hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada tahun lalu juga dipetik memberi jaminan bahawa hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam.

Dalam pada itu Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot ketika dihubungi menjelaskan, hukum syariah termasuk hudud menekankan keadilan ke atas semua pihak dan ia seharusnya terpakai ke atas umat Islam dan bukan Islam dalam sesebuah negara.

"Kafir pun termasuk, kalau hanya untuk Islam, ia sudah lari daripada kehendak hukum ajaran Islam. Maka hudud Islam kalau hendak dilaksanakan perlu ke atas semua pihak," katanya.-Utusan

Pisau kata " Ada pemimpin pakatan sumbang mahram..dah memang jenis nafsu binatang apa pun boleh"

Hot!Ostad Badrul Amin Nafi Beliau Terlibat Sumbang Mahram!

Posted: 28 Aug 2012 06:00 PM PDT

Puak pakatan ni nak kenal senang jer.. kalau tak tibai bontot,tak tibai china doll..tak ngentot bini orang..tak makan anak sendiri bukan dia lah..

Dah nama pun haprak pakatan ,nafsu puak ni lebih teruk dari nafsu binatang. Binatang pun kenal jantan betina..Binatang pun tak makan anak sendiri..

Korang rasa kes terbaru ni pemimpinnya dari parti mana?




Ini pula Calon N10 Damak Mohd Nor Bin Jaafar merupakan calon PKR yang tewas kepada calon BN dan kini menjadi pengerusi KITA Cawangan Pahang.





Ini pula Ishak Ghani calon Pas yang bertanding dalam DUN N11 Pulau Tawar yang juga tewas kepada calon BN

Pemimpin Kanan Parti Pembangkang Dan Anak Ditahan Kes Sumbang Mahram

JERANTUT: Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan pada Isnin.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Beliau berkata, polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional. - BERNAMA


Pisau kata " Ostad Badrul apa cerita..kes kaunseling dengan bini orang senyap jer.."

LGE Sebenarnya Adalah Penyangak Tanah Pulau Pinang:Shaik Hussein

Posted: 28 Aug 2012 04:00 PM PDT


Lim Guan Eng sebenarnya terperangkap dengan pembohongan sendiri apabila sehingga sekarang tidak mampu untuk jawap secara berfakta sebaliknya akan melenting meroyan bagaikan kera hilang bini.

Apa yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang sehingga sekarang ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim tidak berani untuk jawap kerana beliau sendiri tahu kesemua kenyataan yang diberikan adalah pembohongan.

Jika dakwaan oleh Pemuda Umno berupa fitnah,sehingga sekarang Guan Eng tidak berani untuk menyaman seperti mana ugutan beliau sebelum ini.



Pemuda UMNO Pulau Pinang membidas sifat LGE yang semakin "besar kepala" kerana enggan menjawab persoalan2 yang ditimbulkan kepada LGE mengenai skandal skandal yang berlaku di Pulau Pinang. Jelas sekali LGE cuba menutup skandal nya dengan memutarbelitkan fakta dan menuduh pula pihak yang meminta penjelasan.

Antara skandal yang masih tidak terjawab sehingga kini adalah Penipuan mengenai jumlah Rumah kos rendah dan sederhana rendah oleh LGE dan Zairil Khir Johari, Skandal Tapak rumah PPR Taman Manggis, Skandal Penjualan Tapak Masjid dan Tapak Sekolah Bayan Mutiara, Skandal penjualan Tanah Kampung Genting, Skandal Mak Mandin Hijau, Skandal Tanah Kg. Pokok Asam, Skandal Kampung Buah Pala, Skandal Perobohan tempat letak kereta "kancil",Skandal penjualan harta milik MPPP,Skandal pembangunan dilereng bukit dan lain-lain lagi.


Apabila LGE mendiamkan diri dan cuba metar belitkan setiap isu diatas, Rakyat mula tersedar bahawa LGE sebenarnya adalah penyanggak Tanah di Pulau Pinang.Sifat mendiamkan diri PKR dan PAS pula membuktikan bahawa mereka hanya pelakon simpanan dalam wayang LGE.


Terbaru apabila Skandal Taman Manggis yang mana pemilik rumah LGE dijalan Pinhorn adalah salah seorang pengarah didalam syarikat yang berjaya mendapatkan tender tanah tersebut. Pendedahan yang dibuat oleh pemuda BN negeri jelas menunjukkan bahawa LGE sememangnya seorang yang angkuh kerana enggan menjawab isu berkenaan.LGE nampaknya lebih mementingkan keuntungan Pemaju Swasta berbanding rakyat miskin Pulau Pinang apabila ingin menjual Tanah Taman Manggis dengan harga yang lebih mahal untuk Perumahan Rakyat kepada BN Negeri.

Sikap LGE yang selalu mengungkapkan perkataan "Tender Terbuka" tetapi pada hakikatnya hampir kesemua tender yang dikendalikan oleh CMI tidak memenuhi syarat dan prosedur tender terbuka sepertimana yang telah dibuktikan sebelum ini.


Pemuda UMNO PP mencabar LGE melantik badan bebas seperti Lembaga Jurukur Bahan Malaysia untuk menilai samada LGE memmatuhi keperluan Tender Terbuka. Jika LGE mendiamkan diri dalam isu ini maka terbuktilah bahawa dia telah mengkhianati rakyat Pulau Pinang dengan Penyalahgunaan Kuasa yang melibatkan unsur Pecah Amanah, Rasuah dan Penipuan.


Ir.Shaik Hussein Mydin
KP UMNO PP
Pisau kata " Guan Eng ada hantam Cik P ka? Talak takut sama betty ka?"

Perkhidmatan LRT percuma sempena Hari Kemerdekaan

Posted: 28 Aug 2012 02:59 PM PDT


Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.

RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini.

Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya.

Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.

"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.

"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.

Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi.

Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.

"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.

"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Azhar Ghazali di 019-3837865.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...