Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Minah Ni Berbogel Dalam Lagu Raya?

Posted: 29 Aug 2012 10:32 AM PDT



Kite berhari raya riang ria dan saling bermaaf-maafan,ni yang sorang minah ni sibuk duk upload video yang entah pape. Minah ni buat calar imej Melayu dan hari raya kita lah. Minah ni jugak mase nak abis lagu ni die membuka baju dan menayangkannya iatu t***k.
Apa nak jadi la budak zaman sekarang.hilang maruah Melayu kalu buat camni. Kita ni jgn lah terikut sangat budaya barat dan "k-pop" ni.kita bangga dengan seni budaya kita sudah lah. 
Akhir kata,mintak2 lah minah ni berubah. Sumber Sini

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

TUDIAA!! Unit Amal Pas Bawa Cota Pukul Orang Suka Hati!!

Posted: 29 Aug 2012 06:37 AM PDT


Pergh! Gerun beb tengok Unit Amal PAS sekarang yang elok berkopiah berserban tapi belakang simpan cota dalam poket seluar. Rasanya standby nak pukul perisik-perisik UMNO kot mana tau ada yang terlepas masuk dalam ceramah tersebut.

Tak dikhabarkan di mana gambar ini dirakam namun yang pasti kita sudah sedia maklum yang Unit Amal PAS adalah samseng sebenar dalam politik. Boleh lihat bukti bergambar seterusnya.


Gambar ini pula dirakam di Stadium Kuala Selangor semasa Ceramah Pakatan di sana. JB ada ditempat kejadian dan sudi menjadi saksi utama jika ada yang ingin bertanya. Pemuda ini cedera teruk dikepala dan telinga akibat dari pukulan Unit Amal PAS yang bertindak agresif.

Siapa yang berlagak samseng sekarang? Itulah info yang Mc dapat dari blog JawaBer6.. apabila Unit Amal cuba melampaui kuasa polis. Teruk betul, pukul orang sesuka hati, serupa Malaysia ni takdak undang-undang. Ini bukan Unit Amal, tapi Unit Anal!! hehe..

McTheory:
Unit Anal, sebab tu dia pakai cota.. Anwar suka nih.. heh

KASI PANAS!! Pemimpin Kanan Parti Pembangkang ROGOL Anak Sendiri?

Posted: 29 Aug 2012 03:13 AM PDT

Seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang dan anak lelakinya ditahan bagi membantu polis berhubung satu kes sumbang mahram.

Pemimpin utama sebuah parti baru itu bersama anak lelakinya yang berumur 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lepas bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.

Mereka dibebaskan semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim, mangsa, 15, melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lepas di sebuah pusat bersalin di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kedua-dua suspek, bapa dan anak itu bagaimanapun dibebaskan semalam atas jaminan pihak polis," katanya

Beliau berkata polis juga mengambil sampel DNA kedua-dua suspek dan keputusannya dijangka diketahui dalam tempoh seminggu.

Suspek yang juga saudara terdekat kepada seorang pemimpin kanan sebuah parti pembangkang tanah air, pernah bertanding pada pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun, suspek yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri di Pahang pada pilihan raya umum lepas itu kalah kepada calon Barisan Nasional..


McTheory:
Aiyoo.. apa sudah jadi ni.. takdak agama ka?

TUDIAA!! Hadiah Untuk Rakyat Malaysia Sempena #Merdeka55 @NajibRazak

Posted: 29 Aug 2012 02:13 AM PDT


Bersempena Hari Kemerdekaan ke 55 pada Jumaat ini, RapidKL, pengendali perkhidmatan LRT dan monorel di Lembah Klang, akan melanjutkan operasi untuk dua malam berturut-turut mulai Khamis ini bagi memberi kemudahan kepada wargakota meraikan kemeriahan sambutan hari bersejarah itu.

RapidKL juga akan memberikan perkhidmatan LRT dan monorel percuma kepada para peserta yang bertugas dan orang ramai yang menghadiri acara 'Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati' yang akan diadakan di Kompleks Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

"Seperti jutaan rakyat Malaysia lain, kami di RapidKL turut berbangga dengan kejayaan negara meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 55 tahun ini. Ini adalah sebahagian daripada sumbangan kami kepada negara bagi meraikan hari bersejarah ini," kata jurucakap RapidKL, Puan Masnizam Hisham dalam satu kenyataan hari ini.

Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos ini, perkhidmatan LRT di stesen terpilih dan semua stesen monorel akan dilanjutkan sehingga jam 1.00 pagi keesokan harinya. Stesen LRT Ampang yang terlibat adalah Bandaraya, Masjid Jamek, Hang Tuah dan Titiwangsa. Sementara Stesen LRT Kelana Jaya adalah KL Sentral, KLCC, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

"Stesen-stesen lain akan tutup mengikut jadual biasa. Bagaimanapun, tren akan berhenti untuk menurunkan penumpang dan mereka ada akses untuk keluar stesen. Kami menjangkakan ramai wargakota akan turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Ambang Merdeka.

"Kami juga difahamkan terdapat banyak acara-acara sambutan lain di sekitar bandaraya termasuk sambutan besar-besaran di KLCC yang menghidangkan persembahan artis-artis hebat dan pertunjukan bunga api sempena Ambang Merdeka.

"Berdasarkan kepada pengalaman, kami menjangkakan jumlah penumpang yang besar. Jadi, nasihat saya kepada para penumpang adalah supaya mereka menggunakan Kad MyRapid supaya mereka tidak perlu beratur di mesin-mesin jualan tiket," kata Masnizam.

Untuk operasi pada 31 Ogos bersempena Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, Janji Ditepati, beliau berkata operasi LRT akan dilanjutkan sehingga 1 pagi untuk Stesen Bukit Jalil, manakala stesen-stesen LRT dan monorel lain dibuka untuk para penumpang keluar sahaja. Sehubungan dengan itu juga, masa terakhir perlepasan bas RapidKL di stesen-stesen terlibat adalah jam 1.30 pagi.

Selain amanat Perdana Menteri, acara berkenaan akan turut menghidangkan persembahan artis remaja tanah air, seni mempertahankan diri, penganugerahan sijil Pencapaian Cemerlang kepada 10 ikon generasi muda, flashmob, cabutan bertuah dan pertunjukan bunga api.

"Kita akan memantau keperluan tren untuk membawa pulang pengunjung dan sekiranya perlu, operasi ini akan dilanjutkan," katanya.

Untuk perkhidmatan percuma ke Bukit Jalil pada hari Jumaat, Masnizam berkata orang ramai boleh mendapatkan token-token khas untuk perjalanan percuma pergi ke Bukit Jalil mulai pukul 4.00 petang yang akan disediakan di semua stesen-stesen LRT dan monorel.

"Token-token ini diprogramkan khas dan hanya membenarkan para penumpang keluar di stesen LRT Bukit Jalil. Mereka yang inginkan token ini perlu mengambil sendiri di kaunter-kaunter tiket di stesen-stesen LRT dan monorel pada hari Jumaat.

"Untuk pulang, mereka perlu mengambil token pulang di Stesen LRT Bukit Jalil. Kita akan mempunyai notis-notis khas untuk membantu penumpang dan para petugas di semua stesen," tambah beliau.

Paling senang, kalau sangsi, pergi kaunter tanya saja..

PANASS!! Kisah Sebenar Apabila Pemuda UMNO Dikatakan ANTI KRISTIAN!! @Khairykj @Tunfaisal

Posted: 28 Aug 2012 11:13 PM PDT


SHAH ALAM - Status sebenar sebuah akaun fanpage Facebook yang didaftarkan atas nama Pemuda Umno Malaysia terus menjadi perhatian dengan Khairy Jamaluddin menegaskan permohonan maaf datang daripada pengendali laman berkenaan sendiri.

Sabtu lalu, pengendali akaun itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung poster berbaur hasutan yang dimuat naik sebelum ini.

Banyak pihak mendakwa dan membuat tanggapan bahawa permohonan datang daripada Pemuda Umno sendiri.

Khairy, Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN), semalam menjawab kekeliruan itu menerusi laman Twitternya dengan menafikan fanpage itu Facebook rasmi Pemuda Umno.

Beliau juga menegaskan bahawa permintaan maaf itu bukan dibuat oleh Pemuda Umno.

Katanya: "FB itu bukan FB laman rasmi Pemuda Umno. Yang minta maaf itu pengendali laman FB tersebut bukan Pemuda Umno."

Beberapa mesej Khairy yang menjawab respons pengikutnya berhubung permintaan maaf itu juga membawa maksud yang sama.

Salah seorang pengikut yang bernama Daniell Rezuwan berkata: "Permohonan maaf itu wajar. Cuma, Pemuda Umno kena tahan dengan tohmahan flip-flop."

"Apa flip-flop? Ia bukan laman kami. Pentadbir laman itu yang minta maaf. Bukan kami," jawab Khairy ringkas.

Kemudian pemegang akaun itu mencadangkan agar akaun itu ditutup atau mengambil tindakan terhadap pentadbirnya.

Khairy menjawab: "Terserah kepada polis. Kami juga telah menulis kepada FB."

Pengikutnya yang lain juga mencadangkan agar tindakan tegas diambil ke atas pentadbir laman itu.

Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz ketika dihubungi menyokong kenyataan Khairy.

Katanya: "Kenyataan YB KJ betul. Yang mohon maaf adalah pentadbir laman tersebut dan ia bukan laman rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. PPUM. Penglibatan rasmi adalah melalui YB KJ, YB Razali selaku Naib Presiden dan berita rasmi melalui laman web PPUM.

"Pergerakan Pemuda Umno Malaysia tiada akaun rasmi sama ada Facebook mahupun Twitter cuma laman rasmi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia," katanya kepada Sinar Harian Online.

Laman web rasmi PPUM boleh diakses melalui http://www.pemudaumno.org.my.

Menurut Tun Faisal, pihaknya juga tidak pasti siapa yang mengendalikan laman itu, sama ada individu mahupun kumpulan tertentu.

"Kami pun tidak pasti siapa pentadbir laman itu sebenarnya. Ia mungkin hanya inisiatif individu atau kumpulan tertentu tetapi mereka bukan suara rasmi Pemuda Umno," katanya.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan laman Facebook Pemuda Umno Malaysia, yang akaunnya didakwa palsu, meminta maaf berhubung poster berbaur hasutan yang dibawa lebih seminggu lalu atas akaun pergerakan itu.

Akaun itu meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia menerusi entri ringkas beberapa jam selepas Khairy berkata bahawa pihaknya sudah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab atas penyebaran mesej itu.

Malah status Facebook itu juga menyatakan bahawa admin yang terbabit turut sudah dikeluarkan dari fanpage tersebut.

Tiga hari lalu, Khairy nmemberitahu pemberita bahawa beliau akan menyerahkan kepada polis nama-nama orang yang disyaki mengendali akaun palsu pergerakan itu.

Minggu lalu, Setiausaha Kerja Pemuda BN, Ibdillah Ishak membuat laporan polis berhubung satu akaun Facebook yang memuat naik poster berbaur fitnah di Balai Polis Tun H S Lee.

Laman itu memaparkan wajah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di bahagian utama dan disusuli dengan siri laporan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pemimpin Umno khususnya dari Selangor.

Poster yang kontroversi itu membawa mesej bahawa "Jika anda setuju untuk jadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, teruskan sokongan anda kepada Pakatan Rakyat".

Komen:

Situasinya senang saja. Pemilik akaun Facebook Pemuda UMNO tu, bukannya orang yang dilantik oleh Organisasi untuk menyuarakan suara rasmi Pemuda UMNO. Akaun Facebook tu atas usaha sendiri. Maksudnya ia facebook personel orang tertentu. Jadi apa saja yang di post dari facebook tu..tak ada kena mengena dengan Pemuda UMNO. Itu pendapat peribadi.. senang saja.. takkan la itu pun tak faham?

Isu ni kecik saja sebenarnya.. fake akaun! Cuma ada mangkuk hayun yang sengaja nak besarkan isu ni sampai jadi panass. Dah berapa banyak artis yang kena Fake Akaun? TV3 Buletin Utama pun pernah kena macam ni dulu. Biasa laa.

Bila orang dah terangkan akaun tu bukan Official Pemuda UMNO punya, kena la faham. Tu pun susahh ka?

adoiyaii..

McTheory:
Silap-silap puak Pakatan yang buat 'Akaun palsu' tu kot??

MAI OII MAI CHEK MAI!! Perhatian Pada Semua Rakyat Kedah! Jom Serbu Jom!! @NajibRazak

Posted: 28 Aug 2012 10:43 PM PDT


Assalammualaikum Pada Semua Rakyat Kedah.. tak kiralah.. yang betui-betui Kedah atau Kedah celop saja.. pun takpa.. anda dijemput ke Jamuan Hari Raya 1 Malaysia esok, bertempat di Stadium Darulaman. Mula pukui 11 pagi sampai 4 petang. Makanlah sampai pengsan..semuanya percuma!!

Jangan risau, takkan ada kutip derma dengan tin milo hijau semasa anda makan. Mai bawak perut saja.. ok.. terima kasih..

McTheory:
Geng TMK pun ada kat sana esok.. nak jumpa kami mai la.. hehe..

TUDIAA!! Benarkah Ayahanda Tun Dr Mahathir Kata Kerajaan BN Sama Dengan Syaitan?

Posted: 28 Aug 2012 08:13 PM PDT



Tun M tempohari ada mengeluarkan peribahasa inggeris yang berbunyi 'better the devil you know than the angel you don't'. 

Saya begitu yakin bahawa orang yang tidak biasa menggunakan peribahasa Inggeris seperti Nik Aziz akan mengungkapkan peribahasa tersebut sebagai "lebih baik syaitan yang kamu kenal daripada malaikat yang kamu tidak kenal".

Orang yang tinggi pemikiran seperti Tun M pasti akan menggunakan bahasa Inggeris dan bukannnya bahasa Melayu bagi mengungkapkan peribahasa ini kerana ianya peribahasa Inggeris. Tun M sebenarnya menyindir parti lawan atau pembangkang yang kita lihat sangat baik seperti Malaikat tetapi batiniahnya lebih teruk jika hendak dibandingkan dengan syaitan yang kita sedia tahu jahat.

Sindiran ini juga ibarat menghentam sifat kepura-puaraan pakatan dalam memperjuangkan kebajikan rakyat. Dahulu mereka kata mereka mahu mewujudkan negara Islam tetapi sekarang mereka kata mahu mewujudkan negara berkebajikan kerana tiada dalam Al-Quran menyatakan negara Islam.

Berkenaan Isu Hudud, PAS berlolong mengatakan mereka mahu melaksanakan hukuman Hudud. Persoalannya mampukah mereka melaksanakan sesuatu rang undang-undang tanpa persetujuan majoriti di Dewan Rakyat? sudikah DAP mengorbankan prinsip mereka mahu membenarkan Hudud dilaksanakan di Malaysia? Sebagai Islam saya menyokong hukuman ini dilaksanakan tetapi biarlah ianya berpaksikan Islam dan bukan hanya sandiwara politik.

Berbalik kepada peribahasa Inggeris, peribahasa asal berbunyi'better the devil you know than the devil you don't'. Tun M ternyata telah mengubah perkataan Devil kepada Angel. Itu bukan masalah besar kepada orang yang mindanya celik. Jika kita buka kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu. Angel mempunyai banyak maksud selain Malaikat. 


Dalam bahasa Inggeris, perkataan 'angel' mempunyai banyak maksud seperti malaikat, bidadari, baik hati dan menyebelahi pihak yang benar. Namun, agak mengecewakan apabila Seorang Tokoh yang diiktiraf pembangkang hanya berfikiran cetek dengan mengambil maksud angel itu ialah Malaikat. Ini adalah dakwaan yang cuba diputar belitkan dengan bantuan harakah kononnya Tun M rela berbaik dengan Syaitan daripada Malaikat yang sebenar. 


Kalau ada pun individu yang rela berbaik dengan syaitan dengan menerima bantuan syaitan ialah Nik Aziz sendiri seperti rakaman dibawah:


Dari sudut mantik pula, peribahasa tersebut telah menyindir pakatan pembangkang yang membawa maksud lebih baik kita kenal dengan orang yang jahat daripada orang yang munafik. Orang yang jahat kita tahu dia memang jahat tetapi orang yang munafik ini adalah orang yang berpura-pura. Bila berkata dia berdusta, bila berjanji dia mungkir. Salah satu janji pembangkang yang kita tahu mereka dusta ialah impian 16 September merampas kerajaan melalui lompat parti.

Secara jelasnya, Nik Aziz tidak memahami perumpamaan yang diberikan oleh Tun M dan sewajarnya Nik Aziz dan harakah memohon maaf atas kekhilafan mereka menyampaikan maklumat yang "Tepat dari Sumber"

Nukilan Harapan Esok

PANASS!! Azizan Razak Bersedia di 'CANTAS' Oleh Puak Pas Sendiri??

Posted: 28 Aug 2012 05:36 PM PDT


Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling panas, malah lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri sendiri. Ini berdasarkan jumlah mereka-mereka yang tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan, dan jauh lebih dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri.

Parti pembangkang Kedah, iaitu BN dilihat lebih tenang dalam memperkatakan calon MB tetapi, keadaan yang sama tidak berlaku di dalam parti PAS. Dengan begitu ramai yang merasakan diri mereka layak untuk menjadi MB, kedudukan Azizan semakin hari semakin getir.

Malah, PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan kepada Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan kepimpinan ulama.

Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya dan menuntut beliau meletakkan jawatan. Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.

Mungkinkah kepimpinan PAS Pusat sedang menyediakan si-exco ini untuk menggantikan tempat Azizan?

Alasan yang digunakan oleh musuh-musuh Azizan untuk 'menjerut' beliau adalah masalah kesihatan. Ini kerana, semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, Azizan sering keluar masuk hospital atas berbagai masalah antaranya, jantung, diabetes, tekanan darah dan berbagai-bagai lagi. Azizan juga dikatakan sering keletihan dan tidak berdaya untuk bergerak cergas.

Masalah kesihatan Azizan sampai ke kemuncak apabila beliau gagal menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjurannya sendiri pada 25 Ogos yang lalu. Majlis yang dihadiri ribuan rakyat Kedah, terpaksa dikendalikan sendirian oleh isteri beliau, To' Puan Hajjah Faikah yang mana menyebabkan ramai rakyat kecewa dan tertanya-tanya.

Khabarnya, keadaan Azizan pada hari tersebut dan malam sebelumnya adalah agak mencemaskan. Sejauh mana berita ini benar, tidak dapat pula dipastikan.

Namun, rata-rata rakyat Kedah cukup maklum dengan kerakusan pihak yang mengidamkan jawatan Azizan dan sanggup berbuat apa saja untuk menjatuhkan beliau. Ramai yang menyatakan bahawa tidak boleh diketepikan yang Azizan telah diserang dengan menggunakan ilmu hitam, selain dari ugutan dan ancaman secara langsung terhadap dirinya dan keluarga.

Umum tahu bahawa pendekatan Azizan yang tegas membela Melayu dan Islam tidak disenangi oleh sekutu PAS, iaitu DAP. Beberapa kali Azizan terpaksa bertelagah dengan DAP yang mana berakhir dengan Azizan terpaksa akur dengan parti kafir harbi tersebut apabila kepimpinan PAS pusat masuk campur.

Maka, tidak hairanlah jika DAP juga sanggup menaja pihak-pihak tertentu untuk menentang Azizan.

Begitu juga dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah yang masih terawang-awang mencari tempat bertapak. Beliau juga dikatakan amat berdendam dengan Azizan dan Azizan juga telah beberapa kali secara terbuka mengkritik pemimpin tersebut sebagai tidak layak kerana terlalu 'loklaq' (tak senonoh). Tidak mustahil pemimpin tersebut juga mempunyai dendam kesumat terhadap Azizan dan ingin melihat beliau jatuh.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa Azizan adalah antara pemimpin PAS yang tidak dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim. Beliau sebolehnya memastikan yang beliau tidak akan berada dalam satu majlis dengan peliwat tegar tersebut kerana tidak setuju dan tidak mempercayai 'kesucian' Anwar. Beliau hanya akan duduk bersama dengan Anwar, jika majlis tersebut dihadiri oleh kepimpinan PAS Pusat sekadar untuk menghormati kepimpinan PAS Pusat.

Kesemua faktor ini, ditambah dengan ketamakan dan kerakusan individu-individu tertentu meletakkan kedudukan Azizan dalam bahaya. Azizan dikelilingi manusia rakus dan gila kuasa yang sanggup dibeli dan membeli dan membuat apa saja asalkan dapat menjatuhkan beliau.

Walaubagaimanapun, Azizan terkenal dengan sikap yang tabah dan memiliki kekuatan serta pengetahuan yang cukup untuk menghadapi serangan musuh-musuhnya dari berbagai arah dan bentuk.

Namun, apakah Azizan mampu bertahan jika kepimpinan pusat sendiri yang memberi tekanan agar beliau berundur?

Khabarnya, Azizan tidak akan berundur kerana bagi beliau, beliau telah dilantik oleh rakyat dan hanya rakyat yang boleh 'menurunkannya'. Malah, beliau juga telah bersedia dan semakin sihat untuk menghadapi musuh-musuhnya yang selama ini dibiarkan tanpa tentangan balas.

Nampaknya, beliau agak keberatan untuk membiarkan musuh-musuhnya menang percuma.

Inilah yang memeningkan kepala parasit-parasit di dalam PAS yang tidak sabar untuk melenyapkan terus sisa-sisa ulama yang ada di dalam kepimpinan parti. Azizan juga pasti sudah sedia maklum bahawa beliau tidak boleh mengharapkan beberapa kerat 'Ulama' yang tinggal di dalam PAS untuk membelanya kerana kesemua mereka nampaknya sama ada sudah buntu, bingung atau mula termakan 'nasihat' parasit-parasit tersebut.

Azizan kini bersendirian namun nekad untuk menjadi benteng terakhir kepimpinan ulama di dalam PAS.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...