PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
- NGERI, SEDIH!! KANAK-KANAK INI MATI DIPUKUL DENGAN TUKUL BESI!!
- PENYOKONG PKR, CURI TELEFON GALAXY NOTE!!
- TERKINI!! PAS K.O!! MCA TERIMA HUDUD!! INI BUKTI PEMBANGKANG TERKANGKANG!!
- HOT! ABBY AKUI TAK TAHU POLITIK DAN MAHU BERLAKON KEMBALI!
NGERI, SEDIH!! KANAK-KANAK INI MATI DIPUKUL DENGAN TUKUL BESI!! Posted: 21 Aug 2012 11:59 PM PDT onWednesday, August 22, 2012 Christine Schürrer (lahir 30 jun 1976, di Hannover) adalah seorang warganegara Jerman yang membunuh dua kanak-kanak Sweden dan ibun mereka cedera parah dengan 15 pukulan ke kepala dengan tukul selepas menyerang mereka di rumah mereka di Arboga, Sweden, pada 17 Mac,2008. Motif pembunuhan dikenalpasti sebagai cemburu, sejak Schürrer telah dibawa jagaan bapa tiri kanak-kanak sementara dia bercuti di pulau Yunani Crete pada tahun 2006 di mana beliau telah bekerja di asrama tempatan. dailymail.uk |
PENYOKONG PKR, CURI TELEFON GALAXY NOTE!! Posted: 21 Aug 2012 10:15 PM PDT KUALA ROMPIN - Gara-gara kemaruk memiliki Samsung Galaxy Note, seorang lelaki berbadan gempal sanggup mencuri, namun tanpa disedari, tindakannya itu dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai menjual telefon bimbit dan aksesori di Bandar Kuala Rompin, di sini, baru-baru ini. Bagaimanapun lelaki itu licik menyembunyikan identitinya dengan memakai topi keledar dan cermin mata hitam bagi menyukarkan imejnya dirakamkan CCTV tersebut. Peniaga kedai, Keh See Jing, 27, berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 1 petang, selepas seorang pekerjanya melayan seorang pelanggan lelaki berbadan besar di sebuah kedainya. See Jing yang ketika itu tidak berada di kedai terbabit berkata, lelaki itu dipercayai meminta pekerjanya menunjukkan sebuah telefon Samsung Galaxy Note yang berharga RM1,899 kerana berhasrat untuk membelinya. "Saya tiada di kedai ketika itu dan hanya dimaklumkan pekerja ada pelanggan yang ingin membeli telefon itu di kedai. Saya menyuruh pekerja datang ke sebuah lagi kedai saya untuk mengambil telefon bimbit yang diinginkan pelanggan. "Sebaik sahaja pekerja saya mengambil telefon bimbit itu, pelanggan itu meminta supaya pekerja mengambil sebuah lagi telefon yang sama jenis tetapi berlainan warna di kedai tempat dia (pekerja) mengambil telefon terbabit," katanya. Menurutnya, sebaik saja pelanggan itu menyuruh pekerjanya mengambil telefon pintar itu, tiba-tiba lelaki bertubuh gempal berseluar pendek terbabit dipercayai lesap dan menghilangkan diri. "Pekerja saya yang datang semula ke kedai mendapati pelanggan itu sudah tiada, malah telefon pintar itu juga hilang dipercayai diambil lelaki terbabit tanpa disedari," katanya. Menurutnya, imej lelaki itu juga pernah dirakamkan CCTV di sebuah kedai menjual telefon bimbit milik rakannya di Endau, Johor kerana mengambil telefon Samsung Galaxy Tab, seminggu selepas melarikan telefon bimbit di kedainya. "Modus operandi lelaki ini sama iaitu memakai topi keledar dan cermin mata hitam dan datang ke kedai, kononnya untuk membeli telefon bimbit, tetapi malangnya telefon yang diingininya pula dikebas," katanya. Menurutnya, dia juga sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin. "Kita minta supaya peniaga kedai telefon bimbit yang lain berhati-hati dengan tindakan lelaki ini bagi memastikan kedai mereka tidak menjadi mangsa seterusnya," katanya kepada Sinar Harian. |
TERKINI!! PAS K.O!! MCA TERIMA HUDUD!! INI BUKTI PEMBANGKANG TERKANGKANG!! Posted: 21 Aug 2012 08:02 PM PDT ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu. Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam. "Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam. Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud. "Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR. Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya. Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap. "MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat. "Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya. Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam. Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR. "Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya. Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hudud. Pssssst: Dah nak kata apa dah pas..? |
HOT! ABBY AKUI TAK TAHU POLITIK DAN MAHU BERLAKON KEMBALI! Posted: 21 Aug 2012 06:18 PM PDT Abby, antara selebriti yang aktif di dunia Twitter dan hanya dapat dipetik perbincangannya menerusi laman itu sejak lebih sebulan lalu, menegaskan bahawa dia menolak kemungkinan penglibatannya dalam arena politik sebagai "ahli politik" secara aktif. "Saya tidak minat langsung nak jadi ahli politik. Politik bukan bidang saya. Apa yang saya lakukan sekarang ini bukan sebab saya mementingkan politik sangat. "Saya lebih terlibat dari segi kemanusiaan. Apa yang tidak adil. Rakyat tidak dapat hak dari segi keadilan. Perkara-perkara ini semua memang berkait dengan politik kerana kuasa pemimpin itu hanya dari jalan politik," jelasnya. "Saya memang tahu tahap kemampuan saya. Saya masih sayangkan karier saya. Saya suka dengan apa yang saya lalui sekarang. Jika ada rezeki, saya memang mahu kembali berlakon dengan mengikut undang-undang ALLAH," katanya. Psssst: Gua dah nasihat kat ajk kutipan derma supaya bagi duit kutipan ceramah kat abby..kan apa dah jadi..kah kah.. |
You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment