Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANASS!! Ustaz Kazim Hentam Pas Pasal Menipu Mengenai Hudud!! #Pasrabut

Posted: 04 Aug 2012 08:36 AM PDT


Patut la orang Pas sekarang ni marah benar dengan Ustaz Kazim. Banyak sangat benda dalam seluar Pas yang Ustaz Kazim bocorkan. Hudud ni sebenarnya promosi basi yang Pas selalu mainkan untuk tarik undi. Mc percaya Pas taknak pun buat hudud. Cuma untuk tarik undi umat Islam di Malaysia dan salahkan kerajaan pusat, isu hudud ini berulang-ulang.

Sedangkan Karpal Singh dengan tegas mewakili Dap menolak hudud, katanya hudud tiada dalam Buku Jingga. Kalau Karpal dah tolak, rasanya Pas mampu lagi tak nak teruskan perjuangan untuk hudud? Atau mereka hanya syok sendiri sambil menipu umat Islam di Malaysia?

McTheory:
Kuasa punya pasal, menipu, membohong dan memfitnah semua Pas halalkan..

PANASS!! Betty Guan Eng Ubah Imej Seksi??

Posted: 04 Aug 2012 06:12 AM PDT



Beberapa minggu lalu, politik tanahair dikejutkan dengan pendedahan panas melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan bekas pekerjanya, Ng Phaik Kheng yang didakwa mempunyai skandal sulit dan lagi menyulitkan.

Skandal sulit tersebut tambah panas diperkatakan ramai apabila turut mendapat tempat dalam Sidang DUN Melaka berikutan desakan beberapa wakil MCA yang mahukan isteri Lim yang juga ADUN Bukit Tunggal, Betty Chew memberi penjelasan terhadap isu itu.

Penjelasan itu diminta kerana timbul dakwaan kecederaan di dahi Lim dikatakan akibat terkena hentakan sesuatu benda keras selepas diserang oleh Betty yang ketika itu berang dengan skandal sulit membabitkan Lim dan Ng Phaik Kheng.

Namun kini selang beberapa ketika dan isu skandal tersebut pun sudah sedikit reda, tidak semena-mena khalayak umum khususnya rakan-rakan rapat Betty dikejutkan dengan perubahan ketara isteri Ketua Menteri Pulau Pinang itu.


Perubahan gaya dan penampilan barunya dengan imej yang lebih elegan nyata agak drastik walaupun mengejutkan namun berbaloi kerana ramai yang memuji anjakan imej yang tiba-tiba sahaja dilakukan oleh Betty Chew.

Inilah yang dapat dilihat di satu majlis keraian rasmi yang dihadirinya sehari dua lepas yang menyaksikan kehadirannya dengan imej baru tersebut telah berjaya menarik perhatian ramai tetamu di majlis tersebut malah turut diperkatakan oleh akhbar-akhbar Cina.

Betty kelihatan cantik dan seakan muda beberapa tahun berbanding usia sebenarnya malah saling tak kalah jika digandingkan dengan gaya wanita lain yang sentiasa mengikut fesyen kontemporari.

Sebelumnya agak sukar untuk melihat Betty tersenyuman simpul apatah lagi bergaya manis kerana sikap dan perwatakan dirinya agak terkenal sebagai kurang mesra, tapi dengan penampilan terbarunya ini kemesraan yang ditonjolkan nyata agak terasa perbezaannya.

Melihat pada perubahan tiba-tiba ini tidak sukar untuk kita andaikan ada sesuatu yang memaksa dirinya melakukan semua ini, setidak-tidaknya mungkin untuk mengurangkan tekanan dalam diri atau barangkali mahu menawan kembali hati gersang sang suami.

Dari segi usianya memanglah sudah sedikit lanjut jika dibandingkan dengan wanita muda seperti Ng Phaik Kheng atau mesra dipanggil sebagai Rainbow oleh Lim Guan Eng, akan tetapi itu bukannya satu halangan untuk Lim & Betty kembali bertaut kasih.

Cumanya sekarang, apa pula kata hati Lim Guan Eng melihat perubahan ketara isterinya itu? Mustahil sedikit pun tidak terlintas untuk menghargai kesanggupan isteri tersayang bergaya sakan demi menambat kembali hatinya.

Di antara Rainbow yang masih muda, cantik dan manja dibandingkan dengan isterinya Betty Chew yang sedikit tua tapi sudah pandai bergaya kelihatan cantik dipandang mata, agaknya siapakah yang paling cantik dan menarik di mata Lim Guan Eng?

Mungkinkah dari segi perwatakan Rainbow yang lebih manja akan lebih menarik perhatian hatinya atau dahinya yang pernah terluka akan memaksa dirinya kembali memuja Betty yang sedang sakan bergaya?

TUDIAA!! Akhirnya Pas TIPU Tanah Penduduk Kampung!! #TukarKedah

Posted: 04 Aug 2012 01:47 AM PDT

Pada posting yang lepas, isu ini berkaitan penipuan yang cuba di lakukan berkaitan tanah permintaan ini di sini pada Disember tahun lepas, namun kini telah nyata penipuan itu telah berlaku,

borang ukur dari sebuah syarikat juru ukur 
MKK lantikan PAS yang menjadi saksi.
Menurut sumber yang di perolehi dari penduduk kampung. PAS melalui YB Johari Abdullah (Adun kupang) dan Phahrolrazi (Exco yang bermasalah dengan Azizan Razak) pernah berjanji kepada penduduk kampung yang memohon tanah permintaan ini akan di beri geran .

Maka borang ukur melalui sebuah syarikat jurukur telah giat di edarkan ketika itu oleh MKK.

Yang peliknya borang pemohonan tanah permintaan tak pernah di edarkan sebelum borang proses pengukuran tanah di berikan. Ini telah menimbul keraguan sesetengah pihak yang pernah berurusan mengenai tanah permintaan kerana mengikut logiknya seseorang yang mahu usahakan tanah permintaan perlulah membuat pemohonan kepada Pejabat Tanah dahulu tapi berlainan apa yang di lakukan PAS di Baling, perlu melalui "Jawatankuasa Tanah Usaha Gunung Inas" sebelum membuat pemohonan Pejabat Tanah untuk mendapat kelulusan Kerajaan Negeri,kerana "Hutan Simpan Kekal"di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Macam pernah tengok alamat ini 

Mengikut sumber yang diketahui. PAS di Baling cuba mengunakan modus operandi politik kotor ini, untuk membuat orang kampung yang gagal memohon geran tanah permintaan marahkan Kerajaan Pusat kerana tidak membenarkan geran di buat ke atas tanah permintaan yang telah di ukur, sedangkan orang kampung sudah menghabiskan duit yang begitu banyak untuk mengupah syarikat jurukur dan membayar duit untuk membuat geran kepada individu tertentu dalam PAS Baling.


Pehhh .....sama la alamat dengan jawatankuasa tanah usaha Gunung Inas.



Pehh..menurut sumber Pejabat Tanah Daerah Baling tidak tahu akan hal ini dan tak ada pulak cop rasmi dari pejabat adun ini..apakah lepas ni YB Johari akan lepas tangan sekiranya pemohonan geran gagal??

Apakah YB Johari ini terlibat di dalam sindiket penipuan duit orang kampung berkaitan tanah permintaan dengan mengunakan modius operandi politik kotor?..

Memungut duit dari orang kampung dengan alasan nak buat geran ke atas tanah permintaan yang telah di ukur.

Kes ini telah dibongkar oleh Pisau Kedah. Sememangnya Mc sudah menjangkakan semua ini akan berlaku. Mereka menjanjikan geran pada penduduk, sedangkan mereka tidak akan mampu untuk tunaikannya. Nampaknya sangat mereka sengaja melakukan penipuan terancang ini untuk dialihkan kesalahannya kepada orang lain.


McTheory:
Berapa banyak orang kampung diperbodohkan oleh Pas ni..

TUDIAA!! Ikon Kanak-Kanak Upin dan Ipin dah Masuk Pas??

Posted: 03 Aug 2012 08:55 PM PDT

Di persimpangan Bandar Tun Razak dan Bandar Tasik Permaisuri terdapat satu banner yang digantung oleh PAS cawangan Taman Mewah & Jujur yang mengandungi 2 watak animasi kegemaran kanak-kanak terkini, Upin & Ipin. Adakah dengan ini Les' Copaque menyatakan bahawa syarikatnya menyokong Parti ini?


Hairan bagaimana Les' Copaque boleh bekerjasama dengan PAS? Itu sangatlah mustahil dan apakah PAS Bandar Tun Razak curi-curi ambil Ikon kanak-kanak berkenaan?


Rasanya pihak Les' Copaque perlu segera menjawab hal ini.


McTheory:
Dengar cerita Team Media Selangor akan buat pembongkaran mengenai isu ini?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...