Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Gadis Di Rogol Hanya Memakai Pakaian Dalam Ketika Minta Tolong!!

Posted: 26 Aug 2012 08:14 AM PDT


SERDANG: Dua remaja perempuan berusia 17 tahun terpaksa berlari minta pertolongan orang ramai dengan hanya memakai pakaian dalam ketika menyelamatkan diri daripada cubaan dirogol oleh seorang pemandu teksi.

Kejadian berlaku di Taman Serdang Raya, di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin ketika kedua- dua mangsa pulang dari kelas tuisyen dan menaiki teksi suspek di Taman Cheras untuk pulang ke rumah mereka di Taman Connaught.

Menurut sumbet, sebelum kejadian, suspek yang berusia 40-an itu dikatakan membawa dua mangsa bersiar-siar hampir dua jam dengan memberi alasan mahu membeli susu kepada isterinya yang sedang sakit mahu bersalin.

"Apabila sampai di satu kawasan gelap, suspek tiba-tiba mengeluarkan pisau dan memaksa mangsa membuka pakaian. Mangsa kemudian dibawa masuk ke dalam sebuah rumah kosong di kawasan itu.

"Suspek kemudian cuba merogol mangsa, namun mangsa melawan dengan cuba memukul kepala suspek dengan besi sebelum berlari keluar dari rumah dan menjerit meminta tolong dengan hanya memakai pakaian dalam," katanya.

Sumber itu berkata, seorang lelaki yang tinggal berdekatan mendengar jeritan itu lantas datang membantu mangsa sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Seri Kembangan.

TUDIAA!! Penyokong Sanggup Potong 'ANU' Kalau Pasukan Kedah Layak Suku Akhir Piala Malaysia!!

Posted: 26 Aug 2012 05:37 AM PDT



Tudiaa.. sampai macam tu sekali penghinaan terhadap Pasukan Bola Sepak Kedah. Sampai ada penyokong yang sanggup Potong 'ANU' nya sendiri kalau pasukan Kedah layak masuk ke suku akhir! Kalau dah sampai macam tu sekali, maknanya memang dah putus harapan la.

Mana ada orang yang berani mempertaruhkan 'ANU'nya kalau dia tak yakin. Lagi satu, ia satu penghinaan besar terhadap pasukan Bola Sepak Kedah. Sejak Pas memerintah Kedah, pengurusan pasukan bola sepak telah dipolitikan oleh kerajaan negeri. Ramai tokoh-tokoh lama telah disingkirkan dan digantikan dengan orang baru yang sememangnya dari parti Pas.

Kalau yang digantikan tu pandai buat kerja takpa la jugak. Mereka hanya pandai bercakap dari bertindak. Cakap berapi-api, namun tindakan 'nothing' kosong! Habuk pun tarak.

Akhirnya yang jadi mangsa ialah Pasukan Bola Sepak Kedah. Sudah la tersingkir ke Liga Perdana, dalam pertandingan Piala Malaysia ni pula, Kedah hanya kalah berturut-turut tanpa melawan, dengan pasukan-pasukan bawahan pun Kedah dibelasah teruk.

Akibatnya penyokong menunjukkan kemarahan, dengan membaling mercun kedalam padang pada perlawanan Kedah menentang ATM. Menyebabkan dua penyokong telah ditangkap atas kesalahan tersebut.

Jika keadaan sebegini berterusan, Mc rasa, perkara lain yang lebih teruk akan terjadi. Penyokong dah bosan dengan sikap acuh tak acuh pihak pengurusan. Pemain import yang dipilih pun bermasalah dan lembik.. mengabihkan duit rakyat saja!! Kalau pilih pemain import pun gagal, apa lagi nak diharapkan jaga pasukan bola!! puihh!

Mc sekalu blogger dan peminat sukan nombor satu negeri Kedah ni pun turut berasa kecewa. Sampai bila la kita nak tengok pasukan bola sepak Kedah kita jadi macam ni. Sampai tukar kerajaan negeri kot? he he.. mungkin.. mungkin.. he he..


McTheory:
Nak tukar pengurusan, kena tukar kerajaan negeri.. baru bolehh!!

PANASS!! Siapa Pembunuh Altantuya Sebenar?

Posted: 26 Aug 2012 02:13 AM PDT


Watak penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam (Balasubramaniam Perumal) pastinya masih ramai yang mengingatinya berikutan peranannya sebagai saksi dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu serta pernah mempunyai kaitan langsung dengan Abdul Razak Baginda.

Selain itu dia juga dikenali ramai kerana dua kenyataan bersumpahnya yang berubah-ubah dengan pelbagai fakta yang bercelaru tapi sedikit sebanyak masih dapat dimanfaatkan oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk tujuan menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Razak Baginda yang bersedap-sedap termasuklah menampung kehidupan Altantuya sejak mengenalinya pada 2004, orang lain pula yang terkena getah nangkanya.

Sesuatu yang perlu kita pegang erat dalam ingatan kita, pada 10 Oktober 2006 sehari selepas tiba di Malaysia, Altantuya telah meminta bantuan P.Balasubramaniam untuk membantunya menemui Razak Baginda.

Sebelumnya, beberapa ketika sebelum Altantuya tiba di Malaysia, Razak Baginda dilaporkan telah mengamanahkan sejumlah wang RM50,000 kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya bagi tujuan untuk rawatan anaknya yang berada di Mongolia.

Persoalan sekarang di manakah wang RM50,000 tersebut yang sepatutnya diserahkan kepada Altantuya? Apakah Bala telah dengan sengaja menggelapkan wang tersebut untuk kepentingan dirinya?

Mengikut sumber-sumber, seandainya wang RM50,000 tersebut sampai pada tangan Altantuya dengan selamat, berkemungkinan kematian Altantuya yang tragis itu tidak akan berlaku.

Sekiranya Altantuya telah menerima wang tersebut tentunya dia tidak akan tergesa-gesa datang ke rumah Razak Baginda dan membuat kecoh sebaliknya terus pulang ke Mongolia.

Tapi disebabkan sikap tidak amanah yang ada pada Bala, timbullah kekecohan selepas kedatangan Altantuya ke rumah Razak Baginda. Rentetan dari situ menyebabkan berlakunya salah faham komunikasi antara Razak dengan dua anggota polis yang dipercayai membawa kepada berlakunya pembunuhan tersebut.

Jadinya, tidaklah salah untuk kita nyatakan, disebalik peristiwa tragis yang pernah dijadikan isu politik oleh Anwar dan sekutunya sebelum ini, P.Balasubramaniam telah menyebabkan Altantuya mati terbunuh..

GEMPAR!! Pas Terkedu, Anwar Juga Tolak Hudud!!

Posted: 25 Aug 2012 11:13 PM PDT


Di sebalik perbalahan berterusan Pas dan DAP mengenai aspirasi pelaksanaan hudud, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak awal lagi menegaskan undang-undang Islam itu bukan sebahagian daripada dasar pakatan pembangkang buat masa ini.

Menurut Anwar, undang-undang syariah itu juga bukan merupakan perkara yang terkandung dalam Buku Jingga iaitu dokumen dasar serta program jangka panjang pakatan pembangkang sekiranya berjaya memerintah negara pada masa depan.

Katanya, walaupun Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk melaksanakan hudud, undang-undang Islam itu masih tidak boleh dijalankan di negara ini selagi ia tidak mendapat persetujuan DAP.

Ini kerana, katanya, keputusan mengenai pelaksanaan hudud perlu dicapai melalui konsensus ketiga-tiga parti, dasar bersama dan pindaan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, pakatan pembangkang memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003.

"kita menghormati hak (Pas) untuk menyuarakan dan mengambil inisiatif (melaksanakan hudud) tetap pendirian kami adalah jelas, tanpa ragu ragu, sekarang (hudud) bukan merupakan dasar Pakatan Rakyat (Pakatan Pembangkang) dan Penentangan DAP boleh dihormati dan diambik kira," katanya.

Anwar berkata demikian pada siding ahkbar selepas mempengurusikan mesyuarat pakatan Pembangkang di ibu pejabat Pas di sini pada 28 september 2011 seperti dipetik dalam video siaran blog propembangkang http://suarapakatanrakyat.com hari ini.

Video tersebut boleh ditonton di dalam entri bertajuk hudud: Mufti kedah elok diam, jauhkan diri dari politik.

Ia disiarkan berikutan ketidakpuasn hati pengendali blog itu terhadap kenyataan tegas mufti kedah, Datuk Shiekh Muhamad Baderudin Ahmad yg meminta pengerusi DAP, Karpal Singh menghentikan segala kritikan berkaitan agama islam kerana tindakan karpal menentang hudud di lihat tidak menghormati sensitivity umat islam.

Menurut pengendali blog berkenaan, Sheikh Muhamad tidak sepatutnya masuk campur dalam soal politik yang hanya layak didebatkan oleh orng politik sahaja dan bukan pegawai kerajaan biasa yg 'makan gaji' seperti beliau

Perbalahan di antara Pas dan DAP dalam isu hudud muncul kembali apabila Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam satu debat baru baru ini mendakwa karpal Sedia berkompromi dalam isu perlaksanaan hudud namun pekara itu segera dinafikan oleh karpal.

Sementara itu, dalam entri sama, blog berkenaan turut memaparkan video sidang akhbar setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkenaan isu hudud tanpa menyatakan tarikh serta tempat siding akhbar itu berlansung.

Kata Guan Eng, isu hudud tidak timbul kini kerana ai bukan merupakan sebahagian daripada dasar yang dipersetujui pakatan Pembangkang.

"jika nak dilaksanakan sesuatu seperti hudud, sekiranya munkin kalau PKR atau Pas setuju tapi DAP tidak bersetuju, ia tidak boleh dilaksanakan dalam pakatan rakyat. Ia mesti dibincangkan dahulu sehingga ketiga tiga pihak bersetuju," Tegasnya..

Utusan Malaysia

PANASS!! Apakah Tun Dr Mahathir kata UMNO itu Syaitan??

Posted: 25 Aug 2012 08:13 PM PDT



Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius.  Kata beliau, 'banyak yang akan musnah jika PR memerintah' dan 'lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal'.  

Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali.  

Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun.  


Beliau pastinya cukup arif mengenai 'aspirasi' pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF. Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat.



Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi.

Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana. Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat?

Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut. Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat.

Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera.

Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini. Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini. Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR.

Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia.

Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata.

Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang. Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya.  

Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai.  Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan 'percuma' adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri.  

Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata.  

Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR.  Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka.

PANASS!! Nik Aziz Akan Terima Pelawaan Hukum Hudud UMNO + PAS?? #HududTipuPas

Posted: 25 Aug 2012 06:13 PM PDT


Jika benar Nik Aziz lebih pentingkan Islam dan hukum hudud, Mc percaya beliau akan terima tawaran baik dari Ustaz Fathul ni. Namun jikalau hudud yang diperjuangkan Nik Aziz tu hanya untuk tujuan politik dan cerita dongeng Pas. Nik Aziz pasti akan tolak segalanya mentah-mentah.

Rasanya pembaca semua dah kenal Nik Aziz, belum pun beliau bukak mulut, rasanya kita dah tahu jawapan yang Nik Aziz akan bagi nanti. heh..

SHAH ALAM – Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya mengajak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbincang mengenai masalah yang dihadapi dalam pelaksanaan hudud di negara ini.

Beliau berkata, perbincangan perlu diadakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam melaksanakan hukum itu kerana rakyat negara ini terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum.

Katanya, pelaksanaan hudud juga perlu melakukan perbahasan, perbincangan, yang perlu dihadiri oleh golongan profesional, ahli agama, diketuai Raja-raja Melayu, penguat kuasa, pentadbiran, badan kehakiman, wakil-wakil politik dan sebagainya.

"Kalau mahu ia dilaksanakan, kita duduk berbincang bersama-sama. Saya mempelawa Nik Aziz dan Pas bincang bersama-sama mengenai masalah pelaksanaan hukum tersebut.

"Banyak masalah dihadapi untuk melaksanakan hukum itu, antaranya ialah Pas hanya meletakkan masalah pelaksanaan hukum hudud di negara ini kepada Umno, Umno sendiri melihat ada halangan untuk melaksanakannya kerana masyarakat majmuk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Nik Aziz agar Umno membentangkan hudud versi parti itu yang dikatakan adil.

Fathul Bari berkata, banyak pemimpin pembangkang, malah beberapa pemimpin Pas juga menyatakan tidak sesuai hukum hudud dilaksanakan sekarang kerana banyak halangan dan keadaan belum sesuai.

Fathul Bari berkata, hudud tidak boleh mempunyai versi kerana untuk laksanakan hukum hudud perlu berdasarkan hukum Islam yang sebenar.

"Saya menyangkal kenyataan beliau untuk membentangkan hudud versi Umno, saya tidak setuju. Sekiranya hukum hudud mempunyai versi Umno atau Pas bermakna hukum itu dilaksanakan berdasarkan parti politik," katanya. - Sinar


McTheory:
Apa pula permainan dia lepas ni..

PANASS!! Video Panas Tengah Malam, Lagi Hot Dari Video Anwar!! heh..

Posted: 25 Aug 2012 04:47 PM PDT


Memang layan, dia punya tarian terbaikk.. he he.. layan saja la pagi-pagi nih..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...