Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Depa Kutip Artis Tak Laku, Kita Terbaik Di Persada Ulama Dunia!!

Posted: 18 Aug 2012 08:37 AM PDT


Depa lani dok kutip artis suam-suam kuku yang tak laku. Sementara kita dimartabatkan oleh Ulama di seluruh dunia. Antara dua darjat!!

TUDIAA!! Komando Malaysia Malukan Tentera Singapura!!

Posted: 18 Aug 2012 06:12 AM PDT


Malu sungguh Singapura apabila Komando Malaysia menceroboh masuk Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura. Itu belum lagi yang dia orang siap berak, makan minum, tengok TV dan tinggalkan seluar dalam kotor dalam almari komanden kem berkenaan. ini yang tak dilaporkan. ha ha ha.. Tu la sombong sangat Singapura ingat mereka hebat.

PAP punya malu tidak terkira sehingga mengarahkan DAP untuk menjatuhkan kredibiliti angkatan tentera kita pula. TOLONG SAMPAIKAN PESANAN DARI KAMI WARGA MALAYSIA KEPADA LIM KIT SIANG DAN ANWAR IBRAHIM. JANGAN INGAT TENTERA SINGAPORE HEBAT SANGAT HINGGAKAN KAMI TAKUT DENGAN MEREKA . JANGAN DI BANGUNKAN HARIMAU YANG SEDANG TIDUR.



ANGKATAN TENTERA MALAYSIA: Sesuatu yang kita perlu banggakan dan Perkuatkan!

"Malaysia has quietly shown Singapore over how weak it security is. Malaysia has slapped the Singapore armed forces in ways that caused it to come unstuck. The most dramatic was when Malaysia's Commandos invaded Singapore high security air missiles base in Bukit Batok overlooking the Straits of Johore and pasted Malaysian stamps on the missiles and replaced the Singapore flag on the Commanding officer's table with the Malaysian flag. Several Singapire officers resigned oe were reassigned or demoted. The major who carried it out, who is known by his nickname, Sam , is still around and in the business"

Angkatan Tentera Malaysia mempamerkan kekuatan secara senyap apabila berjaya menceroboh Pengkalan Udara Singapura di Bukit Batok dengan menampal Stamp Malaysia pada misil dan menukarkan bendera Singapura kepada bendera Malaysia di atas meja Pegawai Memerintah Pasukan itu di Singapura.

Bangga aku mendengar apabila Singapura diceroboh oleh Pasukan Komando Malaysia yyang memang sentiasa melakukan operasi Hitam untuk memperkukuhkan ketahanan Nasional National Resilent Negara. Jikalau kita merujuk di atas laporan-laporan ketenteraan dan propaganda-propaganda yang selalu dimainkan oleh Negara SINGAPURA itu yang sentiasa mendabik dada bahawa merekalah jaguh ketenteraan di Nusantara, jangan mereka lupa bahawa Angkatan Tentera Malaysia lah MERUPAKAN pasukan pertama berjaya memusnahkan ANCAMAN KOMUNIS di dunia pada era pasca penjajah.

Tiada negara di dunia yang mampu declare bahawa mereka berjaya menghapuskan KOMUNIS kecuali PASUKAN MALAYSIA. Ia belum lagi merujuk kepada misi-misi pengaman yang disertai oleh Malaysia. Pasukan Tentera Malaysia sememangnya sentiasa digeruni dan disegani KAWAN dan LAWAN. Keberanian pasukan tentera Malaysia tidak dapat dinafikan di dalam misi menyelamat Pasukan RANGER Amerika Syarikat di Mogadishu.

Peristiwa yang meragut nyawa seorang Pasukan Tentera Malaysia dan 9 mengalami cedera yang berlaku pada 3 Oktober 1993 itu mendapat perhatian dunia apanila mereka berani bergerak ke kawasan COMBAT ZONE dan berjaya menyelamatkan Pasukan Renjer Amerika Syarikat. Sebuah majalah di Amerika Syarikat melabelkan pasukan tentera MALAYSIA sebagai "GUN SHY", mengiktiraf Pengorbanan dan keberanian Pasukan Tentera Malaysia.

Adalah salah anggapan apabila Singapura Menganggap Pasukan Tentera Malaysia disamakan dengan Pasukan Tentera di Negara Timur Tengah yang tidak pernah atau jarang sama sekali untuk melakukan Operasi Latihan kecuali Negara IRAN. Malaysia sememangnya mempunyai kekuatan dan sejarah yang sangat cemerlang di dalam peperangan . Latihan Ketenteraan adalah amat kerap dilakukan oleh Pasukan Ketenteraan Malaysia dengan menggabungkan DARAT, LAUT DAN UDARA. Sesungguhnya, askar darat kita pernah melakukan terjunan daripada Kapal Terbang / jet Pasukan Tentera Udara dan Pasukan Elit Komando Tentera Darat bersama-sama menyelam dan menggunakan Bot-bot dan kapal laut Angkatan Laut Malaysia.

Belum menceritakan detik-detik apabila askar-askar Singapura masuk ke dalam hutan tebal di Malaysia. Sememangnya Askar Malaysia sangat suka akan HUTAN TEBAL Tropika yang akan menjadi kubu kuat ATM dan menjadi mimpi ngeri bagi pasukan darat Singapura. Harimau mengaum di sana!

Banyak lagi kelebihan tentera Malaysia ada berbanding Singapura dengan kekuatan yang sukar diramalkan bagi pihak Malaysia yang mempunyai kekuatan Jet Pejuang F18 super-HORNET dan Sukhoi yang boleh memusnahkan Sistem Pertahanan Singapura pada bila-bila masa , sementelahah menunggu jet-jet pejuang Singapura yang diTAPAKKAN di negara-negara luar seperti di Australia, Amerika syarikat dan sebagainya....

Sesungguhnya askar-askar Singapura meskipun dilatih oleh Negara Israel , hakikatnya mereka takut Mati kerana mereka adalah YOUNG OFFICER yang tiada pengalaman peperangan. ......Berbeza dengan Malaysia....yang sanggup berkorban nyawa dan badan...Hakikatnya Singapura dipertahankan oleh Askar Melayu Diraja Malaysia, Leftenan Adnan Saidin...

Medan Tempur

TUDIAA!! Pas Hanya Keldai Dalam Pakatan!!

Posted: 18 Aug 2012 02:13 AM PDT



Setelah menjadi keldai tunggangan DAP dan PKR untuk sekian lama, pemimpin PAS masih tidak mengerti dan faham bahawa mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk menjayakan agenda liberalisme, pluralisme serta penghapusan kepentingan dan hak-hak Melayu di negara ini.

Sentiasa sahaja PAS akan mempertahankan kedua-dua sekutunya dalam Pakatan Rakyat apabila mereka diserang tetapi adalah parti itu benar-benar faham apa yang mereka cuba pertahankan?

Takkan pemimpin PAS seperti Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz Nik Mat begitu bodoh dan bebal sehingga tidak dapat membaca perancangan DAP dan PKR yang akan menyisihkan masa depan Islam dan Melayu sekiranya mereka berkuasa?

Dalam isu fatwa haram mengundi dan menyokong DAP yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Abdullah Sama'ah, PAS begitu beria-iya mempertahankan DAP.

Pernahkan kita lihat DAP melakukan perkara yang sama mempertahankan PAS dalam mana-mana isu selama ini?

Yang kita dengar hanya amaran demi amaran dari DAP jika PAS masih berkeras untuk menegakkan Negara Islam serta melaksanakan Hukum Hudud.

Akhirnya PAS kecundang di gelanggang sendiri - Negara Islam bertukar menjadi Negara Berkebajikan dan Hukum Hudud terus lenyap sekali daripada agenda Pakatan Rakyat.

Kalaulah DAP iklhas menyokong PAS mengapa parti cauvinis Cina itu selama ini tidak pernah mahu duduk semeja dengan PAS bagi berdialog atau berbincang mengenai Hukum Hudud atau Negara Islam?

Ini membuktikan DAP tidak berminat langsung untuk mengkaji mengenai Islam dan ini telah ditegaskan puluhan kali oleh pemimpinnya, yang dungu hanya PAS.

Dituduh pula Umno menolak Hukum Hudud sementara DAP hanya sekadar menentangnya.

Sekali lagi pemimpin jumud PAS tidak tahu membezakan antara maksud perkataan tolak dan tentang.

Tolak maknanya tidak menerima manakala tentang pula membawa erti melawan atau menyanggah.

Walaupun kedua-dua istilah membayangkan maksud yang hampir sama, 'menentang' adalah lebih kuat maksudnya daripada 'menolak'.

Justeru, Umno hanya 'menolak' Hukum Hudud bukan kerana parti Melayu itu 'menentang' hukum Allah swt tetapi tidak menerima pendekatan dan cara ianya mahu dilaksanakan oleh PAS.

Berlainan dengan DAP yang bukan setakat menentang Hukum Hudud malah menghina hukum Allah serta memperlekehkannya.

Pelik sekali Abdul Hadi selaku Presiden PAS membuat perbandingan dengan mengatakan perlembagaan parti itu mempunyai peraturan untuk memecat mana-mana ahli yang meminum arak dan memakan babi, sesuatunya yang dikatakan tidak ada dalam Umno.

Bagi PAS kalau ahli minum arak dan makan babi amat merbahaya tetapi jika pemimpin PAS balun RM50 juta wang caruman ahli dalam Kohilal tidak mengapa atau berkhalwat dengan isteri orang dan kemudian mengahwininya bila-bila masa pun boleh dihalalkan, malah boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden!

Sebab itu Nik Aziz boleh keluarkan pelbagai fatwa sesat seperti pangkah PAS masuk syurga atau hatta boleh bersekutu dengan syaitan sekalipun kalau syaitan boleh beri kemenangan kepada parti itu atau Abdul Hadi boleh keluar fatwa mengkafirkan ahli Umno!

Mungkin PAS terlepas pandang melihat sikap sebuah parti Islam bernama Parti Keadilan dan Pembangunan, AKP yang kini berkuasa di Turki di bawah Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan seperti semua maklum adalah penyokong kuat Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan seringkali memberi dana besar kepada PKR untuk menjalankan aktivitinya.

AKP pula adalah sebuah parti Islam liberal yang tidak peduli atau 'angkat pot' samada anggota parti atau wakil rakyatnya kaki botol, taik judi atau kaki perempuan.

Bagi DAP dan PKR, hak kesamarataan dan kebebasan beragama semua penganut mana-mana agama atau kepercayaan di negara ini menjadi tunggak dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.

Bagi Anwar dan Karpal Singh, PAS perlu keluar daripada Pakatan Rakyat jika terus bermimpi mengenai Hukum Hudud dan Negara Islam.

Bagi Umno, keadaan realiti masyarakat majmuk di Malaysia hendaklah dijadikan asas dalam menggubal hukum syariah sedemikian rupa.

PAS mengganggap Malaysia seperti juga mana-mana negara Arab seperti Arab Saudi, Pakistan atau Sudan yang melaksanakan Hukum Hudud.

Lihat sahaja dalam kes Sudan yang memperkenalkan undang-undang syariah sejak tahun 1983 oleh presiden ketika itu, Ja'afar Numeiri.

Pergolakan terus berlaku disebabkan sebahagian rakyatnya yang beragama Kristian dan animis (pemuja elemen alam seperti pokok, batu dan sebagainya) menentang pelaksanaan hukum tersebut bukan kerana faktor agama tetapi kerana Islam telah dipergunakan oleh pemimpin negara itu untuk tujuan politik peribadi.

Akhirnya Sudan, sebuah negara Islam dan mempunyai keluasan terbesar di benua Afrika, berpecah dan kehilangan wilayah selatan (kini sebuah negara merdeka di panggil Sudan Selatan) yang amat jaya dengan minyak.

Adakah di Sudan, Islam menang dan syiar agama itu menjadi semakin kukuh dan kuat serta umat Islam menjadi lebih maju dan kaya setelah pelaksanaan Hukum Hudud ala Ja'afar Numeiri?

PANASS!! UMNO Bakal Kalah di Kedah?? #TukarKedah

Posted: 17 Aug 2012 11:13 PM PDT



Dalam umat Islam kelam-kabut membuat persiapan Hari Raya, parti Pakatan Rakyat pula kelam-kabut membuat persiapan Pilihanraya.  

Ini kerana PR sehingga kini bukan sahaja belum dapat memuktamadkan kerusi dan calon tetapi juga masih bertelagah soal hala tuju pemerintahan sekiranya menang nanti. Soal hudud nampaknya masih belum ada penyelesaian di mana PAS terhegeh-hegeh menyorong pipi, sedia akur dengan 'penentangan' DAP asalkan DAP masih bersama mereka, tetapi DAP pula tidak dapat menerima pendirian PAS untuk terus bercakap tentang hudud apa lagi melaksanakannya. Sekiranya perkara ini tidak boleh diputuskan sebelum PRU-13, bagaimana PR mengharapkan rakyat memberi mandat kepada mereka?

Itu belum lagi dikira masalah dalaman parti dan negeri-negeri di bawah jajahan mereka. Cakap-cakap kedai kopi dan sekilas pandang secara rambang, antara negeri yang hampir pasti jatuh kembali ke tangan Barisan Nasional ialah negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Razak diketahui kerap menjadi tumpuan media, bukan sangat kerana isu, tetapi kerana personalitinya yang panas baran dan tidak peduli atau bahasa kasar orang putih 'don't give a damn'. Oleh kerana personalitinya ini, beliau telah mengumpul musuh yang semakin ramai sejak memegang tampuk pemerintahan negeri itu.

Lebih buruk lagi apabila beliau membuka ruang yang begitu luas kepada musuh untuk menembaknya dari segenap arah. Ini kerana beliau dikenali sebagai seorang MB yang tidak tahu apa-apa dan tidak mahu ambil tahu mengenai apa-apa jua. Jika dikritik, beliau menafi. Jika disoal, beliau melenting. Akhirnya, satu masalah pun tidak dapat diselesaikan dan satu projek pun tidak dapat dijayakan sepanjang hampir sepenggal pemerintahan.

Akibat terlalu angkuh dan tidak peka, Azizan dipergunakan oleh musuh-musuh yang menyamar sebagai kawannya. Cerita mereka, mudah sekali untuk mengsabotaj Azizan kerana beliau akan mempercayai siapa saja yang ingin dipercayainya dan siapa yang bijak meraih kepercayaannya pasti akan memperoleh keuntungan. Pendek kata, beliau mudah ditipu hidup-hidup di depan batang hidungnya sendiri tanpa beliau mengesyaki apa-apa.

Musuh paling bahaya bagi Azizan bukanlah parti lawan atau UMNO, tetapi dari dalam partinya sendiri iaitu PAS. Malah, dalam banyak hal, PAS Pusat juga mengambil sikap 'dingin' terhadap Azizan dalam banyak hal akibat terpengaruh dengan musuh-musuh beliau yang licik-licik belaka.

Jika rakyat Kedah sebelum ini ingin 'mengajar' UMNO dengan menyerahkan mandat kepada PAS tetapi kini rakyat sudah sedar bahawa seburuk-buruk UMNO sebelum ini, lebih buruk lagi PAS yang bertopengkan Islam, dungu lagi licik dan jahat. UMNO walaupun dituduh korup dan bermacam-macam lagi, tidak pernah pun memangsakan rakyat.

Namun, di bawah kerajaan 'Islam' PAS, rakyat Kedah terpaksa menanggung tariff air yang tinggi dan menghidu bau busuk sampah di sekitar bandar Alor Setar setiap hari. Jalan-jalanraya juga tidak diselenggara dengan baik, melainkan di hadapan rumah yang didiami MB sendiri.

Setelah 4 tahun berlalu, terserlahlah sudah sikap kerajaan PAS Kedah yang tidak prihatin dengan segala rungutan rakyat termasuk dalam isu perobohan madrasah, tanah rizab Melayu yang bakal dijadikan jirat Cina, masalah banjir dan pencemaran sungai akibat pembalakan yang berleluasa serta masalah KUIN yang dibiarkan sehingga meruncing dan tidak dapat dikawal.

Semua masalah yang berlaku ini pula ditudingkan kepada UMNO tanpa memikirkan apa-apa penyelesaian.

Lebih malang bagi PAS kerana PAS Kedah juga ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk dijadikan pengganti Azizan. Semua orang tahu bahawa kalau ada pun pemimpin PAS yang menonjol dari Kedah, semuanya hanya menjadi bahan lawak jenaka rakyat kerana kebodohan mereka yang ketara, antaranya, Mat Sabu dan Mahfuz Omar yang hanya tahu memaki hamun dan mengeluarkan kenyataan merapu. Yang lainnya pula begitu kampungan dan tidak boleh dibawa ke tepi, ke tengah dan majlis-majlis rasmi di peringkat kerajaan, diRaja, kebangsaan jauh sekali global. Malah, Azizan sendiri sering merungut mengenai sikap para Exco yang memalukan dan tidak sesuai serta tidak dapat mengadaptasi cara bekerja dengan sebenar-benarnya.

Seorang dua yang 'professional' di kalangan PAS Kedah pula, semuanya licik mempergunakan Azizan untuk mengaut wang negeri demi kepentingan diri.
Dengan pusat-pusat hiburan yang bercambah dan tidak dapat disembunyikan lagi dari mata rakyat, PAS sudah kehilangan kredibiliti sebagai parti Islam yang menjadi penyebab utama rakyat Kedah mengundi mereka sebelum ini.  

Justeru, isyarat yang diterima dari sumber dalaman PAS menyatakan bahawa secara diam-diam, PAS sudah pun 'menerima' kekalahan mereka di Kedah dan mula menumpukan kepada negeri-negeri lain bagi memastikan kemenangan di dalam Pilihanraya nanti. Apa yang lebih 'menyakitkan hati' PAS ialah, sikap MB Kedah yang masih terus menafi dan 'mempersetankan' apa saja teguran terhadapnya.

Kini, satu persoalan yang tinggal ialah, apakah UMNO telah bersedia meranapkan PAS di Kedah? Sesungguhnya, PAS Kedah telah pun cedera parah dan hanya menunggu tusukan maut keris UMNO untuk mengakhiri penderitaan rakyat.

PANASS LAGI!! Anwar, Lepas Mohon Maaf Pada Najib Razak, Menafikan Pulak?

Posted: 17 Aug 2012 08:12 PM PDT


Semalam lepas Anwar Ibrahim mengeluarkan 'Perutusan Raya' nya yang kontroversi tu.. Anwar dikatakan 'terpaksa' menarik balik Perutusan Raya terbabit, atas desakan dari pihak-pihak tertentu. Siapa agaknya pihak-pihak tertentu tu ya?

Namun seperti biasa la, bila ada kesilapan yang mereka lakukan, mereka akan menuding jari dan menuduh UMNO atau BN yang lakukan semua ini. Itu memang dah resam Pakatan Haram..

Baca penafian dari Pentadbir Blog Anwar..



Salam hormat.

Untuk makluman pembaca, blog (AnwarIbrahimBlog.com) ini telah digodam sekitar jam 11.50 malam tadi dan sebuah posting palsu kononnya 'perutusan khas' oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dimuatnaik di blog ini.

Pihak pentadbir blog mengesahkan bahawa 'perutusan' tersebut adalah palsu dan bukan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, justeru telah mengeluarkan posting tersebut serta merta.

Posting Palsu 'Perutusan Khas'

Pihak kami difahamkan keratan skrin posting tersebut telah berjaya dirakam dan kini giat disebarkan oleh cybertroopers UMNO bertujuan memburuk dan memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sekian, harap maklum.

PASUKAN PENTADBIR BLOG DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Ha ha ha.. kan Mc dah kata, mereka takkan mengaku semua itu Anwar yang buat. Lepas ni akan ada tuduhan kepada Cybertroopers UMNO pula yang HACK blog Anwar tu. Itulah permainan game bodoh puak Pakatan ni. Dah nak raya pun boleh dok buat lawak bodoh lagi. ha ha ha..


McTheory:
Rasanya Najib Razak terima maaf Anwar tu.. kat Saiful bila lagi Anwar? heh..

PANASS!! Perutusan Raya Anwar Ibrahim Minta Maaf Pada Najib Razak??

Posted: 17 Aug 2012 05:47 PM PDT


Tak percaya? Boleh baca kat bawah ni.. dikeluarkan dari blog rasmi AnwarIbrahimBlog.com semalam..



Kalau rasa tak berapa jelas nak baca, boleh baca kat bawah ni..

Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya.

Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.

Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.

Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan. Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara. Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan.

Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya.

PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana. Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia.

Ha ha ha.. apa dah jadi ni? takkan dah mengaku kalah kot? Anwar, Anwar.. manusia suka belakang yang pelik..


McTheory:
Nak tengok apa pulak skrip dia lepas ni..

HOT!! Bila Polis Tertangkap Dua Ekor Jantan Songsang Sedang Berbogel!!

Posted: 17 Aug 2012 12:12 PM PDT

CEKUP...dua remaja lelaki berpelukan ketika diserbu

PANTAI SURA (DUNGUN) – Menjijikkan! Itu gambaran yang boleh diberikan buat dua remaja lelaki yang bernafsu songsang apabila sanggup menodai kesucian bulan Ramadan dengan menyewa bilik penginapan bagi melakukan hubungan sejenis.

Perbuatan tidak bermoral dua remaja lelaki termasuk seorang daripadanya penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) ini, terbongkar hasil serbuan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah di sebuah tempat penginapan dekat sini, kira-kira jam 2.00 petang semalam.

Serbuan tersebut dilakukan setelah maklumat diterima mengatakan salah seorang suspek yang berasal dari Berek Kastam, Dungun itu dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Ketika serbuan di lakukan, dua remaja lelaki itu difahamkan berada dalam keadaan bogel, berpelukan antara satu sama lain atas katil dalam sebuah bilik yang disewa dengan kadar RM60 semalaman itu.

Salah seorang suspek, pelajar semester enam jurusan perhotelan itu ketika ditemui, turut mengaku tidak berpuasa dan datang ke situ bersama rakan lelaki berusia 29 tahun itu untuk melakukan adegan asmara.

Hasil serbuan berkenaan, sehelai coli hitam dipercayai milik pelajar IPTA yang berasal dari Sungai Buaya itu turut dirampas polis.

Kedua-duanya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut sebelum diarahkan menjalani ujian saringan air kencing untuk mengesahkan pembabitan mereka dengan penyalahgunaan dadah.

Komen:
Huyoo.. teruk laa.. dengan budak-budak sekarang. Ni belum lagi Anwar jadi PM, kalau dia dah jadi PM rasanya tentu Malaysia bertambah teruk apabila LGBT dihalalkan kelak. Ramai la anak-anak jantan yang berkahwin sesama sendiri nanti. aduhh.. punahh punahh..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...