Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Video Panas Pemimpin Dan Artis Buat Apa Ni? #BNYCT

Posted: 17 Aug 2012 08:36 AM PDT


Video Promosi BNYCT.. kalau ada suka dan pro BN sila LIKE!! Kalau anda Pro Pakatan, sila pergi main jauh-jauh.. ha ha ha..

TUDIAA!! Kerajaan Pas Kedah Penaya Orang Siam la Pulakk!! #TukarKedah

Posted: 17 Aug 2012 06:15 AM PDT


Boon Som menunjukkan salinan surat jemputan untuk menghadiri perjumpaan di Wat Siam Kampung Kura, Sik

Selepas menghempas pulas Kerajaan Pas Kedah mengutip dana PRU13 semasa siri jelajah himpunan katak hijau baru baru ini , kini Wat Siam di Kedah jadi mangsa terbaru apabila Kerajaan Pas Kedah mengenakan bayaran bagi khidmat kerja kerja mengukur tanah wat dan kubur siam sedangkan pejabat tanah boleh lakukan semua itu dengan percuma..Yang tak masuk akalnya Kerajaan Pas Kedah lantik pulak syarikat swasta untuk kerja kerja itu..

Perlukah Kerajaan Negeri menggunakan khidmat juruukur swasta untuk kerja-kerja mengukur tanah wat dan kubur Siam sedangkan ia boleh dilakukan secara percuma oleh kakitangan pejabat tadbir tanah daerah di seluruh negeri.??

Ahli Dewan Negara mewakili Masyarakat Siam, Senator Datuk Boon Som Inong mendakwa, setiap Wat Siam di Kedah dikehendaki membayar RM2,600 sebagai bayaran kerja mengukur yang diserahkan kepada juruukur yang dilantik Kerajaan Negeri iaitu Syarikat Restu Ukur Consultants. 
Beliau berkata setakat ini, 11 daripada 45 wat sudah membuat bayaran 50 peratus atau RM1,300 untuk membolehkan mereka mendapat surat keterangan.

Menurutnya, semua wat Siam terbabit dikehendaki menghantar wakil untuk menghadiri perjumpaan yang berlangsung di Wat Siam Kampung Kura, Sik pada 28 Julai lalu. Mereka dikehendaki membayar deposit 50 peratus ketika mengisi borang persetujuan bagi membolehkan kerja mengukur itu dilakukan. 
"Saya bimbang jika ada niat dan tujuan lain apabila keputusan dibuat untuk mengenakan caj sebanyak RM2,600 dari wat Siam. Walaupun nilai itu dilihat tidaklah besar, jika diambil kira semua 45 buah wat, ia berjumlah RM117,000. 
"Saya difahamkan setakat ini 11 wat sudah membayar deposit RM1,300 (RM14,300) manakala 34 wat yang lain tidak berbuat demikian kerana ragu-ragu dengan tindakan itu. Mereka mengadu perkara ini kepada saya," katanya kepada Sinar Harian semalam. 
Boon Som berkata, jika kutipan itu akan digunakan untuk membiayai kerja mengukur yang dibuat oleh juruukur swasta, sebenarnya Kerajaan Negeri boleh mendapatkan perkhidmatan untuk melakukan kerja-kerja itu secara percuma daripada juruukur pejabat tadbir tanah daerah.
Malah juruukur swasta yang dilantik pun akhirnya perlu ke pejabat tadbir tanah daerah untuk mendapatkan pengesahan bagi kerja yang dilakukan. 
"Tindakan Kerajaan Negeri ini menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat Siam mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat Siam pada 12 Julai lalu untuk mengeluarkan surat keterangan kepada 45 wat Siam di Kedah. 
"Perkara itu dinyatakan dalam surat bertarikh 19 Julai 2012 yang dihantar kepada semua Ketua Sami wat di daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Baling dan Sik oleh Edin Chok a/l Edin Proot yang dilantik sebagai penyelaras," katanya. 
Menurutnya, surat itu juga tidak memberi jaminan bilakah proses pengeluaran surat keterangan yang dijanjikan itu akan siap 
"Sebenarnya kuasa untuk mewartakan sesuatu tanah untuk kegunaan awam adalah bawah bidang kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan. 
"Saya difahamkan SUK tidak pernah dirujuk berhubung dengan kerja-kerja untuk mengukur serta mengeluarkan surat keterangan seperti yang dinyatakan dalam surat itu," katanya...SINAR
Sumber Medan Tempur Kedah

TUDIAA!! Kisah Menarik Ustaz Nasha, Nik Aziz dan Pas!!

Posted: 17 Aug 2012 02:18 AM PDT


Nik Aziz meluahkan amarah yang terbuku dalam dirinya dan memang tak salahlah untuk penulis muktamadkan, yang seketul hati milik Nik Aziz terbukti sudah hitam legam membenci persaudaraan dan tidak kekok meraikan perpecahan.



Hanya disebabkan sekeping gambar yang menyejukkan mata memandang dan sepatutnya ditafsirkan sebagai gambaran erat silaturahim diantara dua Hamba Allah yang berbeda politik akhirnya mencetuskan pula keluh kesah dan amarah dari seketul hati yang mungkin sekian lama sudah hitam berkarat.

Gambar yang penulis maksudkan itu memaparkan kemesraan dua pemimpin, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak dan Nasharuddin Mat Isa yang kedua-duanya datang dari dua parti yang sekian lama bermusuhan tapi dilihat berbual mesra bersama dua orang ulama dari Arab Saudi.

Menariknya, peristiwa itu berlangsung dalam bulan Ramadhan yang mulia dan kebetulan kemesraan itu dirakamkan di Kota Suci Mekah tempat di mana seluruh umat Islam dari pelbagai ras bangsa dan keturunan mempereratkan tali silaturahim.

Namun peliknya dari bumi Kelantan yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah, ada seketul hati yang tentunya semakin kelam tiba-tiba menghamburkan kemarahan setelah melihat sahaja kemesraan dua tokoh tersebut.

Hati yang kelam dan kelihatan sebati hitam legam itu tentunya milik Nik Abdul Aziz Nik Mat, seorang politikus yang berselindung disebalik gelaran 'tok guru pekeliling' yang telah 22 tahun menikmati puncak kuasa di negeri Kelantan.

Sekalipun demikian lamanya merasa empuk kerusi MB dan semakin tenggelam dalam halusinasi sendiri kerana masih menjadi tumpuan pemimpin parti, dirinya masih lagi mahu terus menongkat langit dek kerana gerunnya dengan untung rugi nasib sendiri sekiranya terhumban dari puncak kuasa sebagai Menteri Besar dan Mursyidul Am PAS.

Saat di bulan mulia Ramadhan Al Mubarak yang di dalamnya terkandung satu malam yang nikmat pahalanya seperti beribadat seribu bulan dan sudah termaktub dalam Al-Quran segala jenis syaitan, iblis dan jin telah dibelenggu berterusan selama sebulan, namun Nik Aziz tidak semena-mena mengesahkan pada khalayak yang hatinya tetap hitam dan nafsu amarahnya sukar untuk dikekang.

Orang tua-tua kata, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya. Nik Aziz sudahpun

"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi Presiden Pas boleh masuk UMNO, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian," katanya di sini, hari ini…

…Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan Pas daripada menimbulkan masalah kepada parti. –  (Utusan Malaysia)

Malang sungguh bagi umat Islam kerana di bulan yang mulia ini terpaksa menyaksikan sikap buruk laku seorang pemimpin yang selama ini dia kerap dipotretkan oleh PAS sebagai 'lebai terulung' di seluruh jagat alam.

Sepatutnya bagi seorang yang dilabelkan sebagai ulamak bukan begini caranya menunjuk ajar anak buahnya sekalipun mungkin agaknya tetap menjadi satu kesalahan besar yang melanggar polisi dan dasar PAS bilamana wujud pertemuan mesra pemimpinnya dengan pemimpin UMNO walaupun ia berlangsung di Kota Suci Mekah.

Biasanya seseorang pemimpin parti politik hanya diberi amaran, paling keras diberi surat tunjuk sebab hanya jika menyertai program kepartian pihak lawan dan hanya akan dipecat bila terbukti wujud hasrat derhaka pada parti sendiri.


Rasanya belum pernah dalam sejarah dunia politik bumi ini, seorang pemimpin parti politik di kutuk caci dan diperlekahkan maruahnya sebagaimana yang terjadi pada Nasharudin hanya semata-mata turut kelihatan sama dalam rombongan bersama PM di Tanah Suci Mekah.

Dan pula, dalam keadaan iblis, syaitan dan jin masih terbelenggu dan tidak dapat meluahkan amarah serta kekecewaan melihat akrab sillaturahim sesama umat Nabi Muhammad s.a.w, Nik Aziz pula seakan telah mengambil alih tugasan iblis dan syaitan apabila marah sakan melihat keeratan hubungan bekas Timbalan Presiden PAS dengan Perdana Menteri di Kota Suci Mekah.

Barangkali ini petunjuk atau bayangan tanda akibat kata-kata dusta dan celupar Nik Aziz suatu ketika dulu yang pernah menyatakan kesanggupannya bersahabat dengan syaitan semasa di awal-awal usahanya membersihkan imej harbi DAP di mata penyokong bawahannya.


Lagipun, sebelum ini sudah acapkali Nik Aziz menonjolkan dirinya sebagai politikus yang anti pada kesatuan umat apabila pernah mendalangi gerakan untuk menggagalkan usaha menyatukan orang Melayu Islam melalui Kerajaan Perpaduan (UG).

Manakala beberapa bulan lepas, Nik Aziz jugalah merintis kepada pembatalan muzakarah antara UMNO dan PAS yang ideanya dicetuskan oleh Presiden PAS, Hadi Awang.

Tapi gara-gara kelancangan mulut Nik Aziz tampil dengan pelbagai syarat yang penuh muslihat akhirnya Hadi terpaksa beralah dan rosaklah sekali lagi usaha ke arah penyatuan umat Islam di Malaysia ini.

Melihat pada tindak tanduk luar tabie yang ditonjolkan oleh Nik Aziz sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sahihlah agak layak untuk ditabalkan saja dirinya sebagai diktator yang amat benci pada perpaduan ummah di masa yang sama agak gemar melihat umat Islam terus bertelagah.


MyKmu


Komen:

PAS sepatutnya rasa bersyukur apabila YAB DS Najib Razak sebagai pemimpin Malaysia tanpa mempedulikan ideologi politik telah bersama Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa ke Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang di adakan di Makkah bagi memperbincangkan permasalahan negara-negara Islam.

Namun apa yang terjadi adalah sebaliknya, hanya kerana sekeping gambar Ustaz Nasharudin bersama Najib di Makkah ketika menghadiri bual bicara bersama pemimpin OIC, pelbagai tohmahan dari pihak pemimpin dan akar umbi PAS yang taksub kepada politik semata-mata telah di lemparkan kepada Ustaz Nasharudin.

Yang amat mengecewakan sekali apabila Mursyidul AM PAS, Nik Aziz dengan rasa bongkaknya telah mengesa Ustaz Nasharudin meninggalkan PAS, hanya disebabkan kecenderongan Ustaz Nasharudin kepada perpaduan sesama Islam.

Apa yang di lakukan Ustaz Nasharudin sememangnya bertentangan dengan prinsip PAS yang terlalu membencikan UMNO hanya di sebabkan politik, walaupun UMNO selama ini memperjuangkan Islam lebih dari apa yang Pas buat.

Kerana bencinya PAS kepada UMNO, PAS sanggup menjadi satu parti yang di lihat sebagai parti pencacai di dalam Pakatan Haram demi merealisasikan dendam mereka untuk melihat UMNO berkubur dalam politik Malaysia.

Sekiranya UMNO berkubur, Pas langsung tidak mempedulikan nasib Melayu Islam di Malaysia, sedangkan pada hakikatnya mereka tahu, nasib Melayu Islam akan berdepan dengan masalah besar, apabila Pakatan Haram yang diketuai oleh Dap memerintah.

Namun apakah mereka kisah? Janji dapat ke Putrajaya.. cehh BONGOK punya Pas!!

Media Kedah

TUDIAA!! Benarkah Ustaz Nasharudin Mat Isa Masuk UMNO?

Posted: 16 Aug 2012 11:36 PM PDT



Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para ulama di Mekah, Arab Saudi baru-baru ini tidak sedikitpun menyentuh soal Umno atau PAS, kerana isu yang dibincangkan adalah lebih besar daripada itu, ia perbincangan mengenai ummah.

"Itu yang saya hairan sejak dulu bila ada saja pertemuan, hujahan timbul yang saya akan meninggalkan PAS dan masuk Umno.

"Saya cabar, di mana saya pernah buat kenyataan akan meninggalkan PAS atau masuk Umno?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sebaik tiba dari Jeddah.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas teguran beberapa pihak dalam PAS selepas akhbar tempatan menyiarkan gambar beliau menyertai perdana menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Mekah.

Nasharudin hari ini menasihatkan mereka yang membuat tuduhan dan andaian tidak betul mengenai pertemuan di Mekah itu supaya bertaqwa kepada Allah dan banyak beristifar khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini.

Katanya beliau dijemput ke Mekah dengan visa khas oleh kenalannya yang merupakan ulama di Arab Saudi sempena 10 malam terakhir Ramadan, dan kesempatan itu digunakan oleh para ulama berkenaan untuk bertanya bolehkah diatur pertemuan dengan perdana menteri.

"Saya hubungi pejabat perdana menteri, mereka kata boleh, sebab itulah pertemuan itu diadakan," katanya dan menambah perbincangan yang antara lain menyentuh isu Syria dan Rohingya itu diadakan di sebuah villa kenalannya yang terletak bersebelahan dengan Masjidil Haram.

Menurutnya para ulama itu menyebut mengenai peranan yang boleh dimainkan dan pelbagai kejayaan yang dicapai Malaysia, di samping berpesan supaya perdana menteri memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

"Persoalan saya ialah adakah perbincangan mengenai penyatuan ummah itu satu jenayah? Yang menariknya tiba-tiba saya dikaitkan akan masuk Umno. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk Umno," katanya.

Katanya beliau menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai 'saudara seiman' termasuk pemimpin serta anggota Umno, dan mereka yang bukan Islam adalah sebagai 'saudara seinsan'.

Menjawab satu soalan mengenai cadangan beberapa pihak supaya beliau berjumpa dengan Majlis Syura PAS untuk membuat penjelasan, Nasharudin berkata beliau perlu melihat perkembangan terkini terlebih dahulu.

"Saya pun tak tahu apa perkembangan terkini dalam tempoh lapan jam penerbangan, saya difahamkan ada kenyataan (oleh beberapa pemimpin PAS) yang ditarik balik, jadi saya nak tengok dulu, kerana turun saja dari kapal terbang tadi saya dapat beberapa panggilan telefon yang menyatakan bahawa beberapa kenyataan telah ditarik balik, saya akan periksa," katanya.

Sementara itu merujuk kepada Karpal Singh, Nasharuddin berkata beliau kekal dengan pandangan bahawa pengerusi kebangsaan DAP itu bukan hanya sekadar anti-hudud tapi juga adalah anti-Islam.

"Sebagai peguam, dia tahu apa itu 'undang-undang substantif' dan 'undang-undang prosedur'. Pelaksanaan hudud memerlukan 'pembuktian' yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan. Ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke arah tanpa sebarang kesangsian, tahap pembuktian yang maksimum sebelum boleh dilaksanakan," katanya.

Bagaimanapun menurutnya Karpal menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam, malah beberapa kali mengeluarkan kenyataan "langkah mayat saya dahulu" berhubung perkara itu.

"Maka saya mengambil pendirian, saya juga akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan agama saya. Terpulang kepada mana-mana pihak, yang mungkin kerana percaturan politik, akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan tertinggi parti," katanya.

"Insya-Allah saya tidak akan membiarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya. PAS harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syiar Allah, namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh masih ramai yang tertungu-tunggu apakah sikap PAS terhadap Karpal Singh," tambahnya.

Katanya beliau berharap apabila penjelasan dibuat oleh kepimpinan tertinggi PAS kepada masyarakat umum, maka akan terjawab segala kekaburan, kerana ketika ini kepimpinan dan anggota PAS mungkin sudah faham segalanya, namun masyarakat umum masih menanti penjelasan.

P/s: Nik Aziz paling mengelabah beruk.. siap halau lagi!!

McTheory:
Pas mana nak bersatu bersama ummah, bagi depa, jadi anjing Dap lagi bagus!!

AIIYARKK!! Apakah JUDI Salah Satu Ibadat Pas Kedah Untuk Bulan Puasa? #TukarKedah

Posted: 16 Aug 2012 09:12 PM PDT


Gambar ini baru diambil ketika krew Team Media Kedah sedang membuat tinjauan ke pusat2 judi mesin slot sekitar Alor Star. Sangat mengejutkan kerana kelihatan beberapa org Pemuda Pas Kedah sedang leka bermain judi mesin kuda ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah solat Tarawih.

Tanpa segan silu, pemuda pemuda pas ini bermain judi secara berjamaah disalah sebuah pusat judi mesin slot di dalam kawasan Parlimen Pokok Sena yang diwakili oleh Naib Presiden Pas sendiri iaitu Mahfuz Bean Omar.

Pemuda pas sekarang ni semua boleh, dari berjudi cara lama ( kad pakau )hinggalah ke mesin kuda ni.. Baru baru ni pun TMK dah bongkar isu penjualan nombor ekor haram yang terletak berhampiran rumah Taulan Rasul yang turut dibeli oleh penganut penganut Pas..

Kali ni pemuda pas yang dok bertakbir ketika ceramah pas pulak kantoi bermain judi mesin kuda..hebatkan pemuda2 pas kedah ini..solat jamaah atas padang bola baleh..berjudi secara berjamaah pun boleh..!!!

Isunya di sini, penganut2 pas la yang selalu menuduh UMNO dengan pelbagai tuduhan, hakikat sebenarnya depa la bapak segala munafik..dan isu yang kedua, dulu mahfuz ni la yang selalu dok hentam kerajaan negeri Kedah yang ditadbir oleh BN dulu, sebagai tidak Islamik tapi hari ni Tuhan bayar cash bila kawasan parlimen yang diterajuinya dan sejak Pas perintah Kedah, pusat judi tumbuh dengan begitu banyak sehingga EXCO Pas sendiri terpaksa mengakui dalam sidang dun..INGAT PAS INGAT JUDI!!!

Seterusnya Sambung Baca SINI


McTheory:
Apakah Pas mendidik Pemudanya beribadat dengan berjudi dari kecik? heh..

EKSKLUSIF DAN PANAS!! Blogger Pas Sebenarnya Di Pukul Oleh Samseng UMNO? #PasGila

Posted: 16 Aug 2012 08:23 PM PDT

mangsa yang dipukul!!

Semalam Mc ada mendedahkan kisah seorang blogger Pas yang telah dipukul oleh sekumpulan samseng Pas yang diupah oleh pemimpin Pas tertentu. Motif mereka memukul beliau hanyalah untuk menutup suara beliau dari terus membongkarkan kebusukkan dalam Pas. Boleh baca artikel tu di SINI.

Disebabkan artikel Mc tu, ada satu blog Pas Kedah telah menjawab kembali artikel berkenaan dengan mendakwa blogger Pas terbabit Asfanizam Abdullah, bukan dipukul oleh samseng Pas, tapi telah dipukul oleh samseng upahan UMNO.

Mc kenal siapa yang menulis artikel berkenaan, seorang yang berjawatan dalamKerajaan Negeri, memegang jawatan Urusetia Penerangan Negeri Kedah. Tapi tahap pemikiran bagaikan kanak-kanak rebina. Cara penulisan beliau menafikan cerita Asfanizam yang dipukul oleh samseng Pas ni bagaikan beliau tidak ada agama. Mc pun tak tahu samaada beliau Islam ke tidak. Sanggup berbohong dan membuat fitnah di bulan puasa. Semoga Allah ampunkan dosa beliau.

gambar kesan lebam

Mc nak cerita sikit mengenai Asfanizam Abdullah, beliau bukan saja seorang Blogger dan Facebookers, beliau juga Timbalan Pengarah MTD Derga merangkap S/U Pemilih Pas Negeri Kedah. Seorang pejuang yang berjawatan penting dalam parti, namun beliau telah dipukul dan ditolak mentah-mentah oleh Pas sendiri. Disebabkan beberapa orang yang taksub kepada pemimpin Pas .Apa punya teruk la Pas sekarang ni.

Asfanizam dipukul oleh samseng belaan Mat Sabu dan Phahrolrazi. Dua pemimpin Pas pusat dan Kedah ini bertanggung jawab diatas perbuatan samseng-samseng tersebut. Malah Asfanizam juga telah membuat laporan polis mengenai kes ini dan dalam laporan polis beliau itu ada nama beberapa dalang yang mahu samseng Pas yang bodoh terbabit memukul beliau.

Malah ada diantaranya mereka yang beliau kenal. Sebab itu beliau tahu siapa yang mengarah  untuk  memukul beliau..Namun apa yang pasti, UMNO tidak langsung terlibat dalam permasalahan ini. Malah kami sendiri pun tak sangka, bahawa ada orang Pas yang bahalol, sanggup memukul kawan sendiri demi taat pada pemimpi tertentu..
laporan polis yang telah dibuat
Disebabkan artikel fitnah yang dikeluarkan blogger Pas Kedah yang bahalol tu. Asfanizam katanya mahu menyaman blog terbabit dan individu yang telah memfitnah beliau dengan begitu dahsyat sekali. Tentunya tuan punya blog terbabit ialah kepunyaan Zulkifli Yahaya. Ada saja jawatan penting dalam penerangan negeri tapi buat kerja hanya menjadi penjilat kepada pemimpin.

Sebab tu Mc kata, siapa yang berani menentang Mat Sabu dan Phahrolrazi, (pejuang syiah tulen) akan dicari dan cuba didiamkan sekumpulan orang syiah dalam Pas. Mereka ini yang telah merosak dan menghancurkan Pas dari dalam. Mereka mengunakan Pas hanya untuk mencari kuasa dan mengembangkan ajaran syiah secara meluas. Contohnya Pendang, dulu tak sampai seratus orang syiah di sana. Kini, dah hampir separuh ahli Pas di Pendang tu ialah pengikut syiah.

Mc harap, bab syiah ni perlu kita tentang habis-habisan. Tak kira Pas atau UMNO, sama-sama kita tolak syiah ni dari cuba menyesatkan kita serta anak cucu kita pulak nanti. Apa pun, Mc menyokong Asfanizam menyaman blog Pas Kedah yang telah memfitnahnya tu. Perlu diajar sikit si Zulkifli Yahaya tu.. walaupun dia bukan Islam, tapi jangan la dok buat fitnah suka hati (kalau dia Islam, takkan dia nak buat fitnah?)

Kalau ada yang menafikan lagi Asfanizam di pukul oleh samseng Pas. Nampaknya nama dalam report polis tu terpaksa Mc dedahkan jua. Jangan cabar..

P/s: Nampak sangat, Pas hanya pentingkan orang atasan dari pejuang bawahan yang banyak berjasa.. apakah Pas sekarang sudah menjadi parti berkasta-kasta?


McTheory:
Pas makin bertambah sesat dengan syiah ni..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...