Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


ISU AIR - PAPARAN BUKTI RONNIE LIU TIPU RAKYAT SELANGOR..!!

Posted: 03 Aug 2012 07:23 PM PDT




Kerajaan Persekutuan telah membuat perkiraan sejak beberapa tahun lalu bahawa Lembah Klang akan mengalami krisis air pada tahun 2014. Semuanya kerana seperti yang semua sedia maklum setiap hari jumlah penduduk Lembah Klang makin meningkat , perindustrian semakin pesat dan bilangan rumah-rumah juga semakin meningkat.






Menyedari masalah yang akan timbul dan tidak mahu krisis air seperti tahun 1998 berulang kerana ianya boleh menjejaskan kehidupan seharian rakyat serta boleh menjejaskan ekonomi negara, maka kerajaan telah mengambil langkah segera pada masa itu dengan rancangan untuk membina sebuah loji rawatan air yang baru di Hulu Langat yang dinamakan Loji Langat 2.





Bagaimanapun usaha Kerajaan Persekutuan terencat selepas berlaku pertukaran kerajaan yang memerintah Selangor pada PRU 12 tahun 2008. Kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim yang memerintah Selangor cuba menghalang pembinaan Loji Langat 2. Bukan setakat menghalang, malah keseluruhan anggota Exco nya dikerah untuk mengelirukan rakyat Selangor dan Malaysia berhubung krisis air yang bakal berlaku.

Mereka cuba kelirukan rakyat dengan mengatakan krisis air tidak akan berlaku kerana Selangor mempunyai air yang cukup. 






Pertengahan bulan Julai, Ronnie Liu membawa sekumpulan wartawan berkunjung ke empangan-empangan yang menyimpan air untuk kegunaan rakyat Lembah Klang dan menunjukkan kesemua empangan penuh dengan air. Sila lihat di sini.

Khalid Ibrahim juga pernah menyatakan hasrat untuk menggunakan air lombong sebagai alternatif  jika sungai kekurangan air.




Mereka cekap bermain politik untuk mengelirukan rakyat. Apa yang ditunjukkan oleh Ronnie Liu dan apa yang diperkatakan oleh Khalid Ibrahim bukan fakta yang sebenar.

Rakyat dan industri memerlukan air yang telah dirawat atau pun dipanggil air bersih. Tiada rakyat yang sanggup gunakan air dari lombong atau empangan tanpa dirawat. Begitu juga dengan industri. Tiada kilang yang sanggup gunakan air mentah atau yang belum dirawat untuk industri mereka. Semuanya memerlukan air bersih.



 



Masalah yang bakal dihadapi oleh penduduk Lembah Klang pada tahun 2014 bukannya masalah air mentah. Sebaliknya masalah air bersih. Loji memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk merawat atau memproses air mentah.

Masalah yang timbul kini adalah masalah loji. Jika tidak diatasi dengan segera pada tahun 2014 penduduk dan pemain industri Lembah Klang akan menghadapi masalah untuk menggunakan air.





Air bukannya isu besar di Malaysia kerana negara kita sering menerima hujan. Masalah yang besar adalah masalah loji pemprosesan air. Tidak kira air hujan, air lombong, air sungai atau air empangan, semuanya memerlukan loji untuk merawat air sebelum disalurkan kepada pengguna.

Pada masa ini di Hulu Langat terdapat sebuah loji pemprosesan air utama ( Loji Sungai Langat) yang membekalkan air untuk kegunaan pengguna di kawasan Hulu Langat, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, Cheras , Kajang dan Balakong.





Khamis petang penulis telah diberikan kesempatan untuk melawat Loji Sungai Langat dan telah diberi penerangan oleh pihak Puncak Niaga berhubung operasi loji berkenaan. Rombongan melawat loji berkenaan diketuai oleh Pengerusi Gabungan Prihatin Rakyat Selangor , Datuk Sohaimi Shahadan. Tujuan lawatan adalah untuk kami mengetahui dan lebih memahami keadaan yang sebenar.






Ternyata tohmahan yang dilemparkan oleh Kerajaan Selangor bahawa Puncak Niaga dan Syabas berkomplot mengurangkan bekalan air untuk kegunaan penduduk Lembah Klang bagi tujuan kepentingan politik BN adalah dusta semata-mata.

Loji Sungai Langat yang ada sekarang dibina pada tahun 1971. Ianya direka bentuk untuk memproses dan merawat 386 juta liter air sehari. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini loji tersebut terpaksa merawat sebanyak 460 juta liter air sehari. Peningkatan tersebut disebabkan oleh permintaan yang semakin meningkat dari pengguna saban hari. Jumlah 460 juta liter sehari yang diproses akan keluar dari loji untuk disalurkan kepada pengguna tanpa meninggalkan seliter pun bakinya.

Akibat dari pemprosesan yang melebihi kapasiti yang direka bentuk membuatkan pihak Puncak Niaga berada dalam keadaan tertekan kerana mereka perlu menggunakan kesemua 15 mesin yang ada. Tidak ada satu mesin pun tidak digunakan melainkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri. Ini kerana pada masa itu ramai penduduk Lembah Klang pulang ke kampung halaman. Itu pun sekadar 2 mesin sahaja yang boleh dihentikan untuk tempoh beberapa hari sahaja.





Akibat dari tekanan pemprosesan air yang terlalu banyak 24 jam sehari tanpa henti menyebabkan pada sesetengah waktu mesin tersebut rosak. Apabila mesin rosak jumlah air yang diproses akan berkurangan dan bekalan kepada pengguna akan terganggu. Proses membaik pulih mesin bergantung kepada kerosakan yang dialami. Ianya boleh memakan masa antara 1-3 hari.

Loji tersebut sudah maksimum penggunaannya. Tidak ada sebarang ruang lagi untuk pembesaran atau penambahan mesin baru. Jawapan kepada masalah yang timbul adalah pembinaan loji baru. Itulah yang dinama Loji Langat 2 yang dirancang oleh Kerajaan Persekutuan. Tetapi oleh kerana permainan politik Kerajaan PKR Selangor menghalangnya.

Pembinaan Loji Langat 2 memerlukan masa antara 3-4 tahun. Sehingga ke hari ini ianya belum dapat dibina kerana halangan Khalid Ibrahim. Makin lama pembinaannya terhalang makin lama masa yang diperlukan untuk menyiapkannya. Sekiranya dibina sekarang mungkin ianya akan siap pada 2016. Sudah melebihi dari tempoh yang jangkaan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.

Jika berlaku krisis air ianya bukan sahaja menjejaskan kehidupan seharian rakyat, malah akan turut menjejaskan ekonomi negara dan seterusnya memburukkan imej negara di kalangan pelabur-pelabur asing. Apabila ekonomi negara terjejas kesannnya akan terasa dari poket sehingga ke dapur rumah setiap rakyat.

Kerajaan Persekutuan telah mengambil langkah jangka panjang yang sepatutnya bagi mengelak rakyat tidak kira dari parti politik mana sekali pun menghadapi krisis air. Tetapi kerajaan PKR pula yang menjadi penghalang. Dari apa yang terjadi ini rakyat boleh menilai siapa yang bersungguh-sungguh dalam usaha untuk mengelak rakyat menghadapi masalah dan siapa pula yang cuba menjadi pengkhianat rakyat.


Petikan dari Artikel Selangor Daily.


LAGAK HERO BAKAL BANDUAN RAFIZI AKHIRNYA MAKAN DIRI..!!

Posted: 03 Aug 2012 04:38 PM PDT




Tindakan kerajaan mendakwa Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan bekas kerani Public Bank di bawah Akta Institusi Perbankan dan Kewangan 1989 (BAFIA) berhubung pendedahan butiran transaksi akaun milik Pengarah National Fidlot Corporation (NFC), Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.

Sudah sekian lama perkakas dan lain-lain pemimpin pembangkang telah diperalatkan oleh Anwar Ibrahim untuk menabur fitnah dan mereka cipta pelbagai cerita karut marut terhadap kerajaan dan institusi awam.

Tujuannya adalah satu iaitu untuk menumbangkan sebuah kerajaan yang sah dipilih rakyat melalui proses pilihan raya.

Dalam keadaan tangan bergari, kedua-dua Rafizi serta balacinya, Johari tersenyum dalam sedu apabila cuba menonjolkan imej yang menyakinkan bahawa tindakan mereka adalah 'demi rakyat'.

Sebenarnya mereka telah dipergunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk matlamat politiknya mahu menjadi Perdana Menteri.

Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan bangganya mengumumkan kerajaan negeri akan menanggung segala kos guaman Rafizi dalam kes ini daripada geran Selangorku.

Sekali lagi Pakatan Rakyat mengguna wang rakyat untuk agenda politik mereka kerana umum tahu bahawa Rafizi tidak lagi menjadi kakitangan kerajaan negeri setelah meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Bagaimana pula dengan Johari, siapa pula akan menanggung kos guamannya?

Setelah dipergunakan, nampaknya Johari akan dipinggirkan begitu sahaja oleh pembangkang, seperti kata pepatah habis madu sepah dibuang.

Keseoranganlah ia dalam memikirkan sara hidup anak dan isteri setelah kehilangan pekerjaan.

Setelah NFC, Rafizi kini beralih kepada isu pemberian kontrak projek penyambungan LRT Ampang kepada Konsortium George Kent.

Dalam hal ini beliau juga dengan bangganya menunjukkan kepada umum kononnya surat sulit Syarikat Prasana Negara Berhad  mengenai penilaian para pembida proek tersebut.

Atas informasi itu sahaja Rafizi membuat tuduhan berat bahawa Perdana Menteri sendiri terbabit dalam penganugerahan kontrak tersebut.

Tindakan itu juga adalah atas arahan Anwar dengan sasarannya bukan George Kent tetapi Perdana Menteri.

Anwar mahu menanam perasaan benci rakyat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana di dakwa terlibat dalam pelbagai jenayah rasuah tetapi jika dikaji satu persatu fitnah yang dilemparkan, tidak ada satu bukti pun dikemukakan oleh pembangkang untuk menyokong dakwaan mereka.

Begitu juga dalam fitnah kes kapal selam Scorpene.

Isu yang dibawa oleh satu lagi perkakas Anwar, Suaram, ialah dakwaan rasuah dalam urusan pembelian dua kapal selam itu tetapi fokusnya adalah kepada pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah pembangkang tidak langsung mempunyai moral dan integriti walau sedikit pun dengan menuduh isu itu juga melibatkan penjualan rahsia ketenteraan negara.

Mereka cuba menjadi hero tetapi hakikatnya merekalah yang selama ini yang mendedahkan rahsia negara kepada pihak asing serta mencaci pemimpin dan memburuk-buruk imej negara.

Kini terserlah dengan fakta-fakta dan keterangan yang jelas dari kerajaan bahawa semua yang didakwa Suaram adalah pembohongan jelas semata-mata yang bermotifkan politik kotor.

Di sini juga tujuan pembangkang bukan untuk menegakkan keadilan dan mencari kebenaran tetapi menyerang Perdana Menteri untuk melemahkan kepimpinannya.

Begitu juga dengan dakwaan anak Anwar, Nurul Izzah  yang membuat dakwaan palsu dalam blognya berhubung projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dibangunkan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Tindakan Nurul Izzah juga  bukan mensasarkan syarikat bumiputera tersebut tetapi matlamatnya adalah meruntuhkan kredibiliti Kementerian Pertahanan yang bertanggungjawab terhadap dasar-dasar keselamatan negara.

Senario yang sama boleh dilihat apabila Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan bahawa pihak polis gagal mengurangkan kadar jenayah.

Dengan memberi satu atau dua contoh, beliau membuat kesimpulan jumlah kes jenayah semakin meningkat disebabkan sebahagian besar  peruntukan Program Transformasi Kerajaan dibelanjakan untuk perhubungan awam daripada menangani permasalahan jenayah.

Walaupun kerajaan telah mengemukakan data yang sahih menunjukkan kadar jenayah telah menurun, namun pembangkang terus memberi persepsi negatif terhadap pihak polis.

Jika Pakatan Rakyat sanggup menipu, berbohong, memfitnah, mentohmah, mereka-reka cerita palsu apa agaknya senario negara jika mereka memerintah? Fikir-fikirkanlah dengan akal yang sihat.


 


KES RAFIZI - NAJIB BALUN ANWAR AL JUBURI..!!

Posted: 03 Aug 2012 06:22 AM PDT




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mendakwa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di mahkamah kerana mendedahkan akaun berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Ini kerana, kata Najib, mendedahkannya kepada umum dianggap bertentangan dengan Akta Institusi Perbankan dan Kewangan (Bafia).

Katanya lagi, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan patut menyalurkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Akan tetapi sebaliknya Rafizi mendedahkan secara terbuka walaupun tanpa sebarang sokongan yang mengesahkan dokumen tersebut. Apatah lagi tatkala beliau melibatkan dokumen sebuah syarikat yang bukan milik beliau.

Rafizi pada 1 Ogos didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.




SEKS RUMAH URUT - RONNIE LIU DAKWA ENAKMEN SYARIAH UNDANG2 SAMPAH..!!

Posted: 03 Aug 2012 02:32 AM PDT




SUARA Keadilan atau biasa disebut sebagai Suara Penipuan ini sekali lagi tanpa malu menayangkan kebebalan dalam menjalankan fungsinya sebagai lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin sepenuhnya oleh keluarga Anwar Ibrahim, anak beranak.

Mana tidaknya, dalam keluaran terbaru akhbar tersebut, Suara Keadilan memetik kenyataan Exco Selangor yang bertanggungjawab bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Ronnie Liu bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak pernah mengeluarkan waima satu lesen pun rumah urut dan pusat hiburan!!

Sebaliknya, kesemua lesen sedia ada kononnya dikeluarkan oleh kerajaan BN terdahulu.

Ramai di antara rakyat Selangor yang penulis temui ketawa tidak kering gusi dengan kenyataan terbaru ini.  Tanpa berkata sepatah, mereka membawa penulis ke beberapa lokasi perniagaan yang dibangunkan sepanjang 4 tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, iaitu di sekitar kawasan Seri Kembangan dan Puchong.  Penulis berani kata baru kerana masih ada kerja-kerja pembinaan di beberapa tempat, malah banyak diantara kawasan tersebut baru sahaja diduduki peniaga beberapa bulan yang lepas.





Pada mulanya penulis menggunakan jari, tapi bila jumlah rumah urut, pusat refleksologi dan pusat hiburan yang ditunjukkan semakin bertambah dari lorong ke lorong, penulis terpaksa menggunakan kalkulator pula.  Di penghujung 'tour' itu, penulis mengira, ada lebih dari 50 buah pusat urut, refleksologi dan hiburan yang dijumpai.  Itu di 2 kawasan sahaja, belum seluruh negeri Selangor lagi.

Persoalan penulis, siapa yang keluarkan lesen untuk kesemua pusat-pusat maksiat ini?

Takkan kerajaan BN kot, sebab banyak dari lokasi perniagaan tersebut baru sahaja diduduki peniaga?  Bagaimana BN boleh terlibat memberikan lesen-lesen operasi ini sekarang bila mana bukan mereka lagi yang berkuasa.

Kalau benarpun kerajaan BN yang keluarkan (walaupun tidak logik), kenapa PBT tidak menjalankan pemantauan serta menutup pusat-pusat maksiat ini?  Adakah alasannya kerana kerajaan BN juga?

Itu yang berlesen, bagi yang tidak berlesen pula, masih lagi kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan.  Masih lagi nak menyalahkan BN?

Jadi Ronnie Liu, usah temberang dan cuba memperbodohkan rakyat.  Orang di Selangor tahu bahawa kenyataan Ronnie Liu itu tidak benar, malah kalau benar sekalipun (kalau), kerajaan Selangor masih boleh mengambil tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas. 

Pendek kata, pusing macam mana pun, tetap kerajaan negeri sekarang yang perlu bertanggungjawab.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...