Gelombang Rakyat |
- PAS KESAL JANJI SYAITAN ANWAR BENAR2 MEMBUNUH HUDUD..!!
- TERKINI NIK AZIZ MASUK WAD HUSM - SAMPAI MESEJ KHAS BUAT NAJIB & ANWAR..!!?
- MANSOR OTHMAN BAKAL DIPECAT - DAKWA GUAN ENG PATUNG TOKONG CINA PENANG..!!
PAS KESAL JANJI SYAITAN ANWAR BENAR2 MEMBUNUH HUDUD..!! Posted: 23 Aug 2012 07:23 PM PDT Peringatan seorang Negarawan bertaraf dunia, Tun Dr. Mahathir mengenai Pakatan Rakyat (PR) wajar diberi perhatian serius. Kata beliau, 'banyak yang akan musnah jika PR memerintah' dan 'lebih baik syaitan yang kita kenal dari bidadari yang kita tidak kenal'. Walaupun mungkin ada yang memusuhi Tun Dr. Mahathir tetapi tidak seorang pun dari musuh-musuhnya yang dapat menafikan jasa-jasa dan kejayaan beliau melonjakkan negara serta kehidupan rakyat dengan begitu pantas, bergaya serta cemerlang sekali. Oleh itu, peringatan yang beliau berikan di atas tidak wajar dipandang sinis kerana ia bukannya peringatan kosong, tetapi berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan pengalaman beliau dalam mengurus-tadbir negara selama 22 tahun. Beliau pastinya cukup arif mengenai 'aspirasi' pemimpin tertinggi PR, Anwar Ibrahim setelah terlibat secara langsung mengekang percubaan Anwar membankrapkan negara pada tahun 1997/98 dengan menurut saranan IMF. Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai penyelamat negara dan rakyat sekali gus musuh utama barat. Hari ini, PR menjanjikan negara kebajikan dengan pendidikan percuma untuk semua, tiada tol, menurunkan harga minyak, pendapatan minimum sehingga RM4000 setiap rumah, menghapuskan cukai dan berbagai-bagai janji manis lagi. Namun, realitinya bagi memberikan sesuatu secara percuma, kerajaan perlu terlebih dahulu mempunyai dana. Dan jika kos tertentu terhadap rakyat turut dihapuskan, maka bagaimana kerajaan akan dapat mengumpul dana tersebut agar dapat memberikan sesuatu yang lain secara percuma kepada rakyat? Tidak mustahil bahawa PR berniat untuk mengambil pinjaman atau berhutang dari luar, yang mana gagal dilakukan oleh Anwar ketika krisis kewangan 1997/98 dahulu bagi menunaikan segala janji-janji manis tersebut. Jika ini dilakukan, maka negara akan terbeban dengan hutang yang semakin bertambah saban tahun kerana tidak mempunyai dana dan pendapatan yang cukup untuk membayarnya akibat penghapusan tol, cukai, kos pendidikan dan lain-lain, di samping meningkatkan subsidi kepada rakyat. Keadaan ini pasti lama kelamaan akan mencetuskan kemarahan rakyat, seterusnya ketidakstabilan dalam negera. Kita sedia maklum bahawa meletakkan negara di dalam keadaan lemah dari segi ekonomi adalah langkah pertama untuk membantu rakan-rakannya neo-con Anwar untuk menakluk negara ini. Apabila sudah ditakluk, maka lebih mudahlah undang-undang yang berlandaskan pemikiran liberal dan plural dipaksa ke atas negara Islam ini. Inilah agenda halus yang tersembunyi di sebalik segala janji manis PR. Walaupun PR kelihatan bagai bidadari yang membawa janji-janji manis dari syurga tetapi hakikatnya, apa yang dijanjikan tidak menepati realiti dunia. Sebaliknya, BN mungkin tidak kelihatan seperti bidadari dan mungkin dianggap kejam kerana mengenakan cukai, tol dan kos pendidikan tetapi BN berpijak di bumi yang nyata. Realitinya, di bumi ini, sesebuah kerajaan perlu mengenakan kos tertentu terhadap rakyat untuk menjana ekonomi negara serta membantu rakyat secara meluas dan dalam jangka masa yang panjang. Wang tidak turun dari langit dan tidak bertambah dengan sendirinya. Jika kita berhutang dengan negara luar, ia perlu dibayar atau kita akan tersepit sehingga akhirnya hancur berkecai. Inflasi dan trend peningkatan harga pasaran dunia menjadikan perkataan 'percuma' adalah sesuatu yang mustahil dan bakal memakan diri sendiri. Justeru, sepertimana pesan Tun Dr. Mahathir, usahlah kita percaya pada manusia yang menyamar sebagai bidadari yang turun dari syurga kerana kita bukannya berada di syurga, tetapi di dunia yang nyata. Maka, berpijaklah di bumi nyata, dan berfikirlah dengan sebaik-baiknya sebelum menyerahkan nasib kita kepada PR. Apa yang PR janjikan walaupun kelihatan seperti syurga tetapi realitinya ia bakal membawa kita ke neraka. |
TERKINI NIK AZIZ MASUK WAD HUSM - SAMPAI MESEJ KHAS BUAT NAJIB & ANWAR..!!? Posted: 23 Aug 2012 08:20 AM PDT Dunia politik sememangnya diperakui penuh dengan tatapan peristiwa yang kadangkala dilihat mustahil akan berlaku. Hari ini bermusuh, esok menjadi sahabat. Hari ini dihina, esok dipuja. Namun ianya mempamerkan keikhlasan seorang pemimpin. MB Kelantan Nik Aziz hari ini dilaporkan berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Menurut kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Nik Aziz telah diarahkan doktor untuk berehat setelah berdepan dengan pelbagai penyakit tua. Malas nak ulas persoalan tindakan beliau yang tegas mahu pegang jawatan MB sampai mati. Akan tetapi gambar di atas menggambarkan satu peristiwa yang tidak akan dilupakan dalam titik sejarah politik tanah air. Tatkala digelar terlibat dalam pembunuhan Altantuya, Najib masih lagi boleh menziarahi Nik Aziz malah secara drastik mengarahkan perubatan secukupnya diberikan bagi memastikan Nik Aziz kembali pulih. Walhal Najib tidak perlu berbuat demikian kepada seorang yang dianggap PAS sebagai musuh politik. Mungkin Nik Aziz ada terfikir sifat PM Najib Tun Razak yang sejak menyertai politik tidak pernah menghina beliau sehingga hari ini. Kebanyakan kenyataan Najib bersifat dasar parti politik yang umum. Sedikitpun tidak berganjak, sederhana dan tidak melampaui batas. Itulah sifat Najib dalam menghormati rakan pimpinan parti politik kawan mahupun lawan. Ianya jelas mempamerkan kejujuran Najib dalam merealisasi perlaksanaan seorang Pemimpin. Ini sifat yang dipamerkan Najib secara jelas jika dibandingkan dengan tuduhan atas angin yang tidak jelas buktinya sehingga hari ini. Sebagaimana yang dituduh Anwar perancang kes liwat beliau dan perancang pembunuhan Altantuya. Pembangunan Negeri Kelantan usah dibicara. Daripada kelulusan projek Nelayan yang diperjuangkan selama 20 tahun, sehinggakan keajaiban seorang Pemimpin UMNO secara terbuka mahu turut serta mengkaji dan memperjuangkan pembayaran royalti Minyak Kelantan. Namun Nik Aziz juga ada terfikir membandingkan sifat Anwar. Ketika Anwar bersama barisan Pimpinan UMNO herdikan Anwar ke atas beliau sangat biadap. Sehingga digelar Ulama' Terompah. Pemimpin membawa Kelantan ke arah budaya Islam Ekstrim. Anwar adalah Pemimpin UMNO pada ketika itu yang keras menentang Kerajaan beliau. Malah kekerasan beliau melampaui Pimpinan UMNO Negeri sendiri. Mendabik dada menentang Nik Aziz. Perubahan dan bantuan dari Anwar terhadap Negeri Kelantan? Tiada langsung. Hanya mengadakan ceramah dengan teriakan politik menyalak satu Negeri menggelar ULAMA TEROMPAH semata2. Ianya terus berubah tatkala Anwar kini bergelar Pemimpin Pembangkang. Dipuja Nik Aziz dari seorang Ulama' Terompah kepada seorang Ulama' tersohor di dunia. Diangkat Nik Aziz umpama wali. Satu perubahan yang bukan sahaja drastik, akan tetapi 'overacting'. Mengapa? Inilah sifat pemimpin yang tidak jujur. Tidak mustahil 5 tahun akan datang Nik Aziz bakal digelar semula Ulama' Terompah dari mulut Anwar. Nik Aziz tahu semua ini. Akan tetapi 'agenda politik' mengatasi kejujuran dalam kepimpinan. Namun tatkala berakhirnya usia beliau, harapan agar Nik Aziz lebih jujur sebelum memejamkan mata buat selamanya. NAJIB - BERTINDAK MENGATASI PERCAKAPAN.. ANWAR - PERCAKAPAN MENGATASI TINDAKAN.. OMONG KOSONG. |
MANSOR OTHMAN BAKAL DIPECAT - DAKWA GUAN ENG PATUNG TOKONG CINA PENANG..!! Posted: 23 Aug 2012 06:24 AM PDT DAP Pulau Pinang akan menuntut penjelasan rasmi daripada rakan kongsinya PKR berhubung kebocoran minit mesyuarat yang terbocor di Internet, didakwa mengandungi komen yang memperkecilkan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata, kandungan dokumen yang bocor itu turut mengandungi kenyataan ketua PKR negeri Datuk Mansor Othman yang menggelarkan Lim sebagai pemimpin "angkuh". Chow mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang memetik Mansor sebagai berkata, minit mesyuarat yang bocor itu sememangnya mencerminkan isu yang diambil berat oleh anggota parti itu. Minit mesyuarat berkenaan, yang menyatakan dengan terperinci mesyuarat strategik PKR bertarikh 19 Mac itu dimuatkan dalam satu blog gelagatanwar.wordpress.com pada bulan Jun lalu. Menurut dokumen tersebut, beberapa pemimpin PKR, termasuk Mansor membincangkan mengenai agihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang. Dalam perbincangan itu, beberapa pemimpin PKR menyatakan kebimbangan mereka mengenai rundingan kerusi dengan DAP, parti yang paling dominan antara komponen Pakatan di negeri tersebut, dan juga kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru. Dalam dokumen itu juga, Mansor meyakinkan pemimpin bawahannya bahawa beliau tidak akan berganjak dan menggesa timbalan ketuanya, Law Choo Kiang untuk menyediakan senarai kedua – dengan sekurang-kurangnya 10 anggota berbangsa Cina sebagai persediaan sekiranya mereka perlu berdepan DAP dalam pertandingan tiga penjuru. Ia turut menyatakan bahawa Mansor menyebut mengenai pengaruh calon Cina PKR sebagai "ancaman" kepada DAP. Mansor dalam minit berkenaan juga menyatakan bahawa sukar untuk bekerjasama dengan Lim kerana ketua menteri itu semakin "angkuh", dan Lim juga dianggap sebagai "tokong" oleh golongan Cina tempatan. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment