BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! PENIPUAN TERHEBAT PAKATAN HARAM !!! SELANGOR TAK PERNAH KELUARKAN LESEN RUMAH URUT DAN PUSAT HIBURAN ???
- KANTOI !!! PAS SEDIA SERANG PIHAK MENENTANG MAKSIAT DI SELANGOR ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! RAFIZI KANTOI !!! MAKLUMAT BANK VS AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT !!! WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! PAS TETAP BARUA DAP !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSF !!! #JANJIDITEPATI !!! @BARACKOBAMA MENIRU PM @NAJIBRAZAK ??? WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! PAS DAN DAP BERSETONGKOL HAPUSKAN AGENDA ISLAM DAN MELAYU ??? WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! PERJUANGAN BARISAN NASIONAL DEMI RAKYAT DAN MASA DEPAN !!! WAJIB BACA !!!
Posted: 03 Aug 2012 12:42 PM PDT Berdasarkan statistik di atas yang disiarkan oleh akhbar Suara Keadilan,exco kerajaan Selangor,Ronnie Liu,dengan megahnya mengumumkan bahawa TIADA lesen rumah urut yang dikeluarkan kerajaan PKR dan semua rumah urut yang ada telah mendapat lesen dari kerajaan BN.Jumlah lesen yang dikeluarkan BN adalah 571.Namun,Ronnie gagal menjawab kenapa isu rumah urut tidak timbul pada ketika pemerintahan BN.Kenapa rakyat tidak merasa begitu terganggu dengan 571 pusat urut yang ada ??? Tetapi rakyat hanya merasa rimas,resah dan marah sejak PKR mengambil-alih pemerintahan ??? Bukan sahaja di kalangan umat Islam yang begitu sensitif dengan perkara ini yang merasa terganggu,tetapi juga kaum Cina dan India yang lebih terbuka dengan 'hiburan' juga merasa tidak senang.Contohnya,apabila NGO yang diwakili kaum Cina juga mula bersuara mengenai hal ini sejak 2010 lagi Dan pada 2011,mereka telah membuat aduan rasmi mengenainya namun tidak diendahkan oleh kerajaan negeri. Pada tahun 2009 juga,muncul satu blog yang menawarkan urutan 'gay' di sekitar sheramas,ampang jaya,damansara dan seluruh Selangor secara 'on-call'.Begitu hebat sekali industri mengurut di Selangor yang bukan sahaja berkembang biak tetapi mengalami evolusi yang hebat sekali.Tentu sekali tidak semua rakyat Selangor boleh menerima perkara ini sebagai satu lagi 'hak asasi' yang diperjuangkan pakatan haram.Lalu keresahan di kalangan rakyat pun meningkat.Sekali lagi ditekankan,iaitu sebelum 2008,tiada rungutan dari rakyat atau mana-mana NGO mengenai 'percambahan' rumah urut di sekitar negeri ini.Dalam senarai yellowpages,terdapat hampir 400 rumah urut yang berdaftar dan bolehlah dianggap yang semuanya wujud sejak zaman BN.Ini bermakna yang lebih kurang 100 lebih lagi tidak berdaftar dengan yellowpages.Tidak salah juga untuk saya menganggap yang semua yang berlesen dan berdaftar benar-benar menawarkan khidmat urutan secara jujur. RENUNG-RENUNGKAN |
KANTOI !!! PAS SEDIA SERANG PIHAK MENENTANG MAKSIAT DI SELANGOR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 03 Aug 2012 08:30 AM PDT sebelum ini saya telah mengeluarkan artikel yang saya telah pergi ke beberapa lokasi perniagaan yang dibangunkan sepanjang 4 tahun pakatan haram memerintah Selangor,iaitu di sekitar kawasan Seri Kembangan dan Puchong. KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA Selangor kini sudah sinonim dengan gelaran 'Syurga Dunia' bagi mereka-mereka yang gemar berhibur.saya bukan bercakap tentang hiburan ringan seperti muzik atau teater,tetapi hiburan berat di tahap 'tertinggi' yang boleh didapati dengan mudah di seluruh pelusuk negeri Selangor.Seimbas lawatan ke Puchong atau Subang Jaya sahaja saya mendapati beratus-ratus rumah urut termasuk urut kesihatan dan juga 'urut hiburan'.saya tidak perlu bersusah payah untuk membuat kajian urutan jenis mana yang lebih banyak ditawarkan kerana melihat sahaja 'amoi' atau 'neng' tukang urut yang bersantai menunggu pelanggan,saya tidak yakin yang mereka itu mampu mengurut urat terkehel atau tulang patah untuk kesihatan.Hakikatnya,percambahan rumah urut di Selangor bukanlah serangan peluru kapur dari BN terhadap kerajaan pakatan haram tetapi ia adalah sesuatu yang terlalu nyata yang mana orang buta juga tidak dapat menafikannya.Pada 1 Julai 2011,beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita di Selangor membuat aduan mengenai hal ini serta mempertikaikan kenyataan yang dikeluarkan kerajaan negeri Selangor yang menyatakan bahawa hanya 60 lesen kepada pusat urut di seluruh negeri. Sedangkan,mengikut Wakil NGO yang juga merangkap Presiden Persatuan Terapi Kecantikan Malaysia,Profesor Dr. Clara Chee,di kawasan Pandan Indah sahaja,terdapat lebih 80 pusat urut dan berdasarkan pemerhatian,terdapat lebih 200 pusat urut beroperasi di Klang selain berpuluh-puluh lagi wujud di Kuchai Lama, Damansara dan Ampang Jaya.Tetapi,segala aduan tersebut telah diabaikan sahaja oleh kerajaan negeri Dan ini adalah cerita tahun lepas.Tahun ini,rumah-rumah urut di Selangor telah tumbuh dengan berlipat ganda lagi Dan sekali lagi pihak kerajaan negeri,khasnya,Ronnie Liu,menafikan yang kerajaan Selangor mengeluarkan lesen kepada rumah-rumah urut ini.Kenyataan tersebut hanya mengesahkan lagi bahawa kerajaan negeri telah tidak menangani masalah ini dengan serius sehingga menyebabkan rumah-rumah urut terus 'bermarajalela' beroperasi secara haram. Lebih buruk lagi apabila parti PAS yang sama-sama berkongsi peranan dalam pentadbiran negeri Selangor juga mengambil sikap yang sama dengan Ronnie Liu iaitu menafikan serta tidak mengendahkan aduan rakyat. 3 EXCO dan 7 wakil DUN PAS di Selangor nampaknya tegar mempertahankan kerajaan PR Selangor biarpun seluruh negeri bergelumang maksiat.Bukan itu saja,mereka juga sanggup menyerang sesiapa sahaja yang lantang menghentam isu maksiat di Selangor.Secara langsung,PAS memaksa penyokong-penyokongnya memejam mata dan memekakkan telinga dalam isu ini.Mungkinkah PAS memilih untuk memakai pepatah Inggeris yang berbunyi 'if you can't beat them,join them' (kalau tak dapat kalahkan mereka,sertai mereka) ??? Jika inilah sikap PAS mengenai masalah maksiat yang berleluasa,maka eloklah PAS menukar sahaja nama partinya agar tidak mencemarkan lagi nama agama Islam yang telah teruk dipermainkan oleh mereka.saya tidak pernah lupa bagaimana penyokong PAS suatu ketika dahulu di zaman pemerintahan BN sanggup berjihad menentang kilang arak di Selangor.Kononnya,kewujudan kilang itu sudah cukup untuk menunjukkan yang BN menyokong maksiat,hatta kafir serta wajib ditentang dan dijatuhkan.Seolah-olah tidak sahlah solat seluruh umat Islam di Malaysia selagi kilang tersebut tidak diroboh dan selagi kedai-kedai menjual arak,pusat-pusat hiburan terutama rumah-rumah urut wujud di negara ini. Namun,hari ini penyokong-penyokong PAS yang sama membisu seribu bahasa mengikut rentak EXCO, ADUN,Presiden dan Mursyidul Am mereka mempertahankan kerajaan negeri Selangor walaupun kilang arak masih terus wujud dan pusat maksiat tumbuh berlipat kali ganda dan tanpa kawalan berbanding zaman pemerintahan BN.Justeru,penyokong-penyokong PAS wajar merasa malu jika masih melaungkan sokongan terhadap PAS atas alasan Islam dan menginginkan hudud.Jika masalah maksiat yang nyata juga PAS tak ambil peduli,apakah layak untuk PAS bercakap tentang hudud,Negara Islam,malah Islam itu sendiri ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 03 Aug 2012 05:00 AM PDT Tidak ramai rakyat malaysia yang tahu bahawa maklumat sulit adalah antara perkara yang terpenting bagi sistem perbankan.saya akan beritahu satu persatu berkenaan isu ini.Sebabnya adalah mudah,ini adalah kerana hubungan antara pihak bank dan pelanggan sepatutnya sentiasa sulit.Rahsia bank adalah sesuatu yang boleh dilakukan dimana pihak bank tidak dibenarkan untuk mendedahkan sebarang maklumat pelanggan kepada pihak berkuasa, melainkan terjadinya perkara-perkara seperti kes jenayah yang telah difailkan.Rahsia bank banyak digunapakai di negara-negara seperti Switzerland,Singapura dan Luxembourg serta bank-bank 'offshore' dan kawasan yang dilindungi daripada cukai dan lain-lain.Akta yang terbesar bagi perkara ini adalah Akta Bank Swiss 1934,yang memberikan populariti kepada bank-bank Swiss kerana segalanya akan disimpan sebagai rahsia.Itulah sebabnya sehingga hari ini,ada beberapa yang mempersoalkan mengenai rahsia bank terutamanya oleh NGO dan kerajaan-kerajaan yang menyatakan bahawa ia menggalakkan kadar jenayah terancang. Walaupun perkara ini didebatkan,akta ini masih lagi digunapakai dan pihak berkuasa perlu menggunakan jalan lain untuk mendapatkan sebarang maklumat melalui perundangan tertentu.Malaysia menggunakan undang-undang British bagi maklumat sulit bank dan negara ini telah meluluskan Akta Perbankan dan Insitusi Kewangan pada tahun 1989.Namun,masih ramai lagi yang mengatakan bahawa undang-undang ini tidak cukup komprehensif bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang yang berkesan.Dibawah BAFIA,terdapat beberapa perkara yang perlu dikenalpasti sebelum sebarang maklumat pelanggan boleh dikeluarkan.Akta ini memastikan agar pegawai-pegawai bank tidak mendedahkan sebarang maklumat pelanggan.Perkara ini juga diaplikasikan kepada mereka yang telah meninggalkan sektor perbankan.Anda mungkin mempersoalkan bahawa Rafizi dan bekas pegawai bank tersebut berbuat demikian untuk mendedahkan kes rasuah yang melibatkan syarikat NFC.Anda juga mungkin mempersoalkan bahawa kerajaan perlu melindungi beliau dibawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat. Bagaimanapun,bagi perkara ini,apa yang Rafizi lakukan bukanlah sesuatu yang dianggap ringan.Segala maklumat yang mereka peroleh,oleh seorang yang pernah berkhidmat di sektor perbankan (secara terang telah dilarang oleh BAFIA) telah didedahkan melalui sidang akhbar dan segala maklumat telah didedahkan.Beliau tidak membuat laporan kepada pihak berkuasa dahulu.sebaliknya,memberitahu rakyat bahawa pihak berkuasa tidak membuat sebarang siasatan terhadap perkara tersebut.Akta Perlindungan Pemberi Maklumat adalah satu Akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta, untuk melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan,untuk mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.Apa yang didedahkan oleh Rafizi adalah sesuatu yang melanggar undang-undang kerana dokumen-dokumen tersebut dilindung dibawah BAFIA dan hanya beberapa individu yang dibenarkan untuk melihat maklumat-maklumat tersebut.mereka tidak dibenarkan untuk membocorkan maklumat tersebut kepada orang awam dan hanya boleh diberikan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut. Rafizi bukanlah kes pertama bagi perkara yang melibatkan BAFIA.Terdapat beberapa kes lain yang melibatkan kesalahan yang tidak disengajakan.Bagaimanapun,segalanya jatuh kepada undang-undang.Beberapa tahun lalu, terdapat kes dimana seorang lelaki telah berjaya menyaman sebuah bank di Malaysia kerana membocorkan maklumat.Pada April 1997,lelaki ini membuka akaun semasa,akaun simpanan dan akaun deposit tetap dibawah nama beliau dan anak-anak dan telah memberikan pihak bank alamat-alamat tertentu.Pada 17 Mac 2007,tanpa kebenaran daripada lelaki berkenaan,pihak bank tersebut telah menghantar kenyataan akaun kepada alamat yang salah.Daripada itu,isteri plaintif mendapat tahu bahawa perkara ini telah memberi masalah antara mereka.Pihak bank mengaku bahawa lelaki ini tidak pernah diberitahu akan pertukaran alamat tersebut dan tidak pernah memberitahu pihak bank agar menukar alamat.Hakim kemudiannya menyatakan bahawa pihak bank telah menyalahguna maklumat terhadap akaun lelaki ini yang kemudiannya membolehkan beliau mendapat kadar faedah sebanyak 8% setahun Dan baru-baru ini,seorang pegawai bank telah dipecat kerana mendedahkan nombor akaun yang melibatkan seorang VIP.Tiada sesiapa yang lebih tinggi daripada undang-undang,tidak kira Rafizi mahupun pengarah-pengarah NFC RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! PAS TETAP BARUA DAP !!! WAJIB BACA !!! Posted: 03 Aug 2012 02:00 AM PDT Dalam kenyataan terbaru Setiausaha Agung PAS dua hari lepas kepada media,sekali lagi khalayak umum 'dikejutkan' dengan hasrat PAS untuk menjadi tulang belakang kepada gerombolan pakatan haram."Pas tetap akan jadi tulang belakang bagi PR," demikian tegas dan yakin sekali bunyinya kenyataan Mustafa Ali.Entah mimpi apa yang mengganggu Mustafa malam sebelumnya sehingga memaksa dirinya untuk mengulangi kenyataan tersebut untuk entah ke berapa kali.Dalam jangka waktu sebulan dua ini kerap betul pemimpin PAS bermimpi nak jadi tulang belakang.Sebelum ini pun,Presiden PAS,Hadi Awang juga pernah beberapa kali mengeluarkan kenyataan bernada sama.Tinggi sungguh angan-angan pemimpin PAS mahu menaiktaraf parti mereka supaya dilihat dan diiktiraf oleh khalayak sebagai tulang belakang kepada pakatan haram.Elok-elok dilahirkan sebagai orang,tiba-tiba nak jadi tulang belakang,mimpi kot. Sebetulnya,PAS sekarang berada dalam keadaan agak tertekan.Bukan sahaja tertekan dengan pelbagai isu kepimpinan dalaman parti yang sehingga menjerumuskan PAS kepada masalah kecelaruan prinsip,malah turut terbelit dengan masalah terlebih-lebih menjadi balaci.Sejak PKR,DAP dan PAS bersekedudukan dan berkomplot mencipta pakatan haram,umumnya masyarakat melihat komplot pakatan tersebut diketuai oleh PKR dengan bantuan dukungan kuasa disebalik tabir yang diterajui oleh DAP.Sementara PAS pula kekal tarafnya sejak dulu hingga sekarang sebagai balaci merangkap barua paling setia kepada DAP dan PKR.Pentingnya peranan PAS dalam gerombolan komplot pakatan tersebut boleh digambarkan seperti berikut,"tanpa PAS di sisi,bermakna sukarlah dicari ganti para barua yang setia mengikut kehendak ketua dan pendukungnya". Itu identiti PAS semenjak berkomplot bersama DAP dan PKR yang sudah sebati dihayati oleh pemimpin dan penyokongnya.Setia dan sanggup menurut apa saja kemahuan ketuanya hatta kalau disuruh untuk meniarap atas jalanraya pun sanggup dilakukannya.Namun kini PAS menyedari statusnya sebagai balaci dan barua bukannya membawa kebaikan melainkan lebih menjahanamkan lagi identitinya sebagai sebuah parti politik yang sepatutnya memiliki jatidiri sendiri,maka PAS cuba merubah persepsi umum.Disebabkan itulah beberapa bulan kebelakangan ini,pemimpin PAS banyak bercakap perihal tulang belakang dan cuba menunjuk kekuatan melalui kerahan perhimpunan segalanya dilakukan untuk mengikis identitinya sebagai balaci dan barua DAP.Selepas kalimah Allah s.w.t digadai,stelah prinsip negara Islam dicampak ke longkang, setelah ranap akidah berpuluh muslim dan selepas jahanam anak bangsa dek kerana penangan LGBT,baru PAS cuba keluar dari tugasan sebagai balaci DAP ??? Masalahnya,sama ada persepsi umum mahupun identiti hakiki PAS,sudah termaktub sukar untuk dikikis selagi para pimpinan PAS cuma berani seketika untuk tunjuk lagak kemudian terus menikus tunduk mengikut kehendak DAP setelah dihentam dan di brainwash dalam mesyuarat tertinggi.Mahu tidak mahu,PAS perlu terima hakikat yang tersurat, tidak kira berapa banyak tulang belakang sotong mahu ditukar ganti oleh pemimpin PAS, realiti tetap realiti - PAS tetap balaci dan barua DAP. RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSF !!! #JANJIDITEPATI !!! @BARACKOBAMA MENIRU PM @NAJIBRAZAK ??? WAJIB BACA !!! Posted: 02 Aug 2012 11:00 PM PDT Bayangkan sekiranya Presiden Barack Obama yang terlebih dahulu mengguna pakai slogan "Janji Ditepati" (Promises Kept) kemudian digunakan pula oleh Datuk Seri Najib Tun Razak,tentunya tidak cukup selori makian dan cercaan yang dihamburkan oleh penyokong pakatan haram terhadap PM.Slogan "Promises Kept" yang sekarang menjadi tagline kempen Presiden Amerika Syarikat itu membuktikan konsep Janji Ditepati sepertimana dianjurkan oleh Kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib tidak terhad di Malaysia sahaja sebaliknya turut diamalkan di negara lain.Barangkali Obama sememangnya tertarik dengan konsep Janji Ditepati yang dipelopori oleh Kerajaan BN disebabkan itu ia turut dijadikan tagline kempennya ataupun secara tidak sengaja ianya kebetulan sama,sukar untuk ditentukan. Apa yang pasti,samada Janji Ditepati yang dipelopori oleh Datuk Seri Najib ataupun Promises Kept yang diperjuangkan oleh Obama,masing-masing telah menyeru rakyatnya kepada nilai murni sekalipun dalam beberapa perkara kedua-dua negara ada perbezaannya.Satu hakikat yang tersurat sejak azali,Islam sendiri telah sekian lama mendidik dan menuntut umatnya sentiasa berpegang pada janji dan menepati janji.Jadi amatlah canggung dan pelik sekali bilamana tiba-tiba sahaja ada segelintir umat Islam di negara kita khususnya dari PAS dan PKR begitu keras sekali menentang anjuran mengamalkan nilai mulia menepati janji.Sedangkan penganut Kristian seperti Obama pun tahu pentingnya memiliki sikap murni sedemikian,tidakkah terdetik sedikitpun rasa malu dikalangan pemimpin PAS dan PKR kerana masih terus mempolemikkan isu slogan Janji Ditepati ??? Hatta lain-lain agama dan segala kaum bangsa yang wujud atas bumi ini pun sentiasa menuntut kepada amalan menepati janji,bukankah itu cukup untuk membuktikan betapa mulianya sikap sebegitu ??? Atau sememangnya sudah selayaknya PAS dan PKR digelar sebagai munafik dek kerana hanya golongan munafik sahaja yang sanggup mengajak pengikutnya melanggar seruan menepati janji. Mungkin juga ada betulnya. Lagipun diimbas pada 3 ciri utama golongan munafik,seperti terlalu kerap ingkar bila berjanji,acapkali berdusta bila berkata-kata dan gemar mengkhianati amanah yang diberi,kelihatannya seakan ketiga-tiga ciri tersebut agak dekat dengan tindak tanduk PAS serta PKR.Mungkin kerana itulah PAS dan PKR paling lantang menolak penggunaan slogan Janji Ditepati untuk sambutan kemerdekaan ke 55 negara tahun ini dan lebih selesa menggunakan slogan ciptaan mereka sendiri 'Sebangsa,Sejiwa dan Senegara'.for U.S President Barack Obama,If u read my article,please search google traslate ok :-). RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! PAS DAN DAP BERSETONGKOL HAPUSKAN AGENDA ISLAM DAN MELAYU ??? WAJIB BACA !!! Posted: 02 Aug 2012 08:17 PM PDT PAS nampaknya keseorangan dalam memperjuangkan Islam dalam pakatan haram.Walaupun Presiden PAS,Abdul Hadi Awang mengatakan partinya sebagai yang terkuat di dalam rangkaian kerjasama dengan PKR dan DAP namun andaian ini tidak tercermin dalam realiti politik pakatan tersebut.Hujah utama mengapa PAS bukan parti terkuat di dalam pakatan haram adalah faktor bagaimana kedudukan dan status Islam dipertahankan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.Apabila ketiga-tiga pemimpin pakatan haram Anwar Ibrahim,Abdul Hadi dan Lim Kit Siang mempersetujui serta menanda tangani penegasan bersama apa yang dikenali sebagai Kerangka Dasar Bersama atau 'Common Policy Framework (CPF)' pada Disember 2009,antara yang disetujui ialah persetujuan untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa.Pendirian jelas ini kemudiannya telah diperkukuhkan lagi di dalam Buku Jingga yang dilancar pada Mach 2011.Di dalam CPF,PAS terpaksa (baca : dipaksa) mengorbankan tuntutan berhubung Hukum Hudud yang telah menjadi teras perjuangannya selama ia berada sebagai sebuah entiti politik yang independen.Tidak ada Hukum Hudud bermakna tidak adalah Negara Islam seperti yang diidamkan oleh PAS. Sekiranya PAS adalah parti terkuat dalam pakatan haram sudah tentu Hukum Hudud akan termaktub di dalam CPF dan Buku Jingga tetapi kenyataan adalah sebaliknya.PAS terpaksa menukar istilah Negara Islam kepada Negara Kebajikan untuk memuaskan hati pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.Ini telah dinyatakan oleh Abdul Hadi pada Muktamar ke-57 parti itu Jun tahun lalu.Pada 8 Jun lalu juga Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat berkata keputusan parti itu mengubah fokus kepada Negara Kebajikan dan menggugurkan istilah Negara Islam adalah langkah yang betul.Alasan DAP dan PAS 'bersetuju untuk tidak bersetuju' mengenai undang-undang hudud adalah bagi menutup malu PAS bahawa parti itu telah kalah dalam mempertahankan prinsip.Jikalau pada tahap perundingan mengenai Hukum Hudud PAS sudah kecundang,bagaimana mungkin ia akan melindungi Islam apabila Pakatan Rakyat berkuasa ??? Lama sebelum menyertai pakatan haram DAP sudah pun jelas menentang Hukum Hudud. sebagaimana dilihat pada kenyataan Karpal Singh,'Islamic state over my dead body' pada 1990.Tetapi yang lebih musykil ialah pendirian Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR yang juga dianggap pemimpin utama Pakatan Rakyat yang juga bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan bukan sahaja isu Hukum Hudud tetapi apa-apa sahaja yang berkaitan Islam di dalam CPF dan Buku Jingga.Agenda bersama PKR dan DAP untuk melemahkan kedudukan Islam terserlah dalam ucapan dasar Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku presiden pada November 2010 di Kongres Nasional Tahunan Ke 7 yang mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan.Selepas ucapan tersebut,malangnya tidak ada seorang pemimpin Melayu di dalam PKR pun yang bangun membantah,malah mereka turut serta memberi tepukan gemuruh bersama-sama pemimpin DAP dan PAS.Menghapuskan Ketuanan Melayu bermakna juga menghapuskan Ketuanan Islam kerana kedua-duanya adalah saling berkait antara satu sama lain. Menghapuskan Ketuanan Melayu juga bermaksud PKR mahu menghapuskan institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada bangsa Melayu dan Islam di Malaysia.Inilah yang diperjuangkan UMNO bermatian sejak 66 tahun lalu agar Islam dan Melayu menjadi tunggak segalanya di dalam negara ini baik politik,ekonomi,pendidikan atau agama dengan institusi raja menjadi pelindung kepada keutuhannya.Pemimpin Melayu yang berada di dalam pakatan haram semuanya boleh diibaratkan sebagai lembu atau kambing yang telah dikasi, kerana mereka amat takut sekali menyentuh isu-isu perihal Islam atau Melayu,takut-takut nanti DAP akan melenting.Kini PAS juga tersepit dengan desakan Persekutuan Kristian Malaysia berhubung hak kebebasan agama.Golongan Kristian kini menuntut hak ini haruslah merangkumi kebebasan untuk menganut,mengamal,menyebar dan mengembang agama tanpa sebarang batasan undang-undang,penegahan ataupun larangan.Sehingga kini PAS membisu dan tidak menjawap cabaran yang telah diberi kepadanya berhubung isu ini.Pastinya pemimpin parti itu tidak akan mampu menjawab kerana realitinya PAS telah menanda tangani perjanjian setan dengan DAP dan PKR atau dalam bahasa Inggerisnya,'PAS have sold its soul to the devil'. RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! PERJUANGAN BARISAN NASIONAL DEMI RAKYAT DAN MASA DEPAN !!! WAJIB BACA !!! Posted: 02 Aug 2012 04:00 PM PDT Sesuatu produk yang baik akan bertahan lama,biarpun begitu banyak produk baru yang muncul di pasaran.Malah,produk-produk baru itu juga tidak dapat tidak akan mencuba sedaya upaya untuk meniru atau menciplak produk lama itu.Seringkali terjadi,pengguna yang telah mencuba produk baru akan kembali menggunakan yang lama kerana tidak berpuas hati dengan kualiti produk ciplak atau tiruan.Produk asal yang asli dan berkualiti akan tetap di hati dan bertahan biarpun berdekad-dekad lamanya.Begitulah halnya dengan Barisan Nasional yang tetap bertahan biarpun usia sudah menjangkau 55 tahun.Biar begitu banyak saingan dari parti-parti lain,termasuk parti-parti baru yang berusaha untuk meniru atau menciplak BN, namun produk tiruan tidak mungkin sama dengan yang asli.Persoalannya,bagaimana BN boleh bertahan walaupun berbagai-bagai tohmahan dilemparkan bagi memburukkan imej dan reputasinya ??? Jawapannya,kerana semua rakyat dapat melihat bukti nyata,selama tahun demi tahun,bahawa perjuangan BN adalah demi rakyat dan demi masa depan negara, bukan demi individu atau kumpulan tertentu. Ini sama seperti seorang peniaga yang berniaga dengan ikhlas,memberi khidmat terbaik atau memastikan kualiti terbaik produknya untuk kepuasan pengguna dan bukannya berniaga hanya kerana ingin untung besar Dan inilah yang tidak dapat difahami oleh musuh-musuh atau pesaing-pesaing BN di dalam politik.Kebanyakan mereka,hanya ingin 'untung besar' iaitu memegang kuasa tetapi tidak punya keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat.Oleh itu,segelintir rakyat mungkin terpedaya sebentar dengan promosi,iklan atau lebih tepat,dakyah-dakyah mereka tetapi kemudiannya,rakyat akan tetap kembali kepada BN kerana percaya hanya produk BN yang benar-benar asli lagi berkualiti.Hanya BN yang mampu membawa Malaysia ke tahap ini.Sejarah telah merekodkan bagaimana BN berjaya mengekalkan keamanan di saat kritikal.BN berjaya membawa kita mengharungi beberapa krisis ekonomi dunia dengan aman dan tanpa rakyat terjejas teruk. Malah,hari ini,di kala dunia sedang dalam kritikal,sehingga Greece bankrap dan Sepanyol,Portugal dan Itali serta Britain juga sedang bergelut dengan krisis ekonomi tetapi Malaysia masih 'bergaya' dengan kadar pertumbuhan ekonomi di tahap empat ke lima peratus lebih baik dari Eropah dan Amerika.Rakyat di negara Arab pula sibuk memberontak serta memusnahkan kehidupan sendiri,manakala sebahagian lagi negara di dunia menghadapi perang saudara,pembunuhan etnik,kebuluran dan berbagai-bagai lagi yang mungkin akan dapat diatasi jika kerajaan mereka lebih cekap dan prihatin.Tetapi ini tidak berlaku di Malaysia walaupun kita hidup berbilang kaum dan berbagai agama.Benar kita merasa sedikit 'sesak' kerana kos sara hidup yang semakin tinggi tetapi adalah munafik bagi sesiapa yang menafikan bahawa rakyat Malaysia amat mewah dengan makanan sehinggakan di bulan Ramadhan ini pembaziran berleluasa dan berbuka di hotel masih menjadi budaya.Semua ini adalah mustahil sekiranya kerajaan BN bukan sebuah kerajaan yang baik. Di celah-celah itu,walaupun seimbas pandang rakyat Malaysia sudah cukup mewah dan selesa,namun BN tetap memberikan bantuan langsung dalam berbagai bentuk seperti BR1M,KR1M,TR1M,Klinik 1Malaysia,durian runtuh untuk warga Felda,Bonus untuk kakitangan awam, Duit raya untuk warga Felda dan sebagainya, demi untuk meringankan beban rakyat.Tidak keterlaluan jika dikatakan bantuan tersebut hanyalah untuk membantu rakyat untuk 'mengekalkan kemewahan' dan bukannya untuk mengurangkan penderitaan. Ini kerana, jarang sekali rakyat yang menerima bantuan itu berada di tahap begitu miskin sehingga tidak cukup makan dan menderita. Hakikatnya,walaupun sering mengeluh akan kos sara hidup yang tinggi, namun,hampir kesemua yang mengeluh itu masih bermewah berbelanja di bazaar Ramadhan ini.Ertinya, tahap 'menderita' rakyat Malaysia tidak mungkin terbanding dengan tahap 'menderita' rakyat di Syria,Afrika,malah mungkin juga sebahagian rakyat Amerika yang berhadapan dengan kadar pengangguran yang tinggi sehingga memaksa mereka menjadi gelandangan. Sedangkan di Malaysia,walaupun menganggur,entah bagaimana,kita tetap cukup makan juga. Inilah realitinya di Malaysia dan semua ini tidak mungkin menjadi realiti jika BN bukan sebuah kerajaan yang baik.Kita yakin,masa depan bersama BN akan kekal cerah dengan komitmen pemimpinnya untuk meneruskan cara berkhidmat atas dasar Demi rakyat dan Demi Masa Depan. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment