UMNO Online - “Permuafakatan Jamin Proses Transformasi – PM” plus 3 more |
- Permuafakatan Jamin Proses Transformasi – PM
- Obama Sends Ramadan Greetings To Muslims Worlwide
- Peniaga Bazar Ramadan Di P.Pinang Dakwa Didiskriminasi
- Pemberian Imbuhan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Ikut Kemampuan Kerajaan
Permuafakatan Jamin Proses Transformasi – PM Posted: 21 Jul 2012 12:28 AM PDT KUANTAN, 21 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata permuafakatan di antara masyarakat setempat menjadi tonggak penting bagi memastikan kejayaan proses transformasi negara. Perdana Menteri berkata hanya menerusi permuafakatan dan perpaduan yang kental yang ada dalam kalangan rakyat dapat mencapai matlamat perjuangan. “Dalam konteks masyarakat di Kampung Ketapang ini, saya melihat kejayaan mengindahkan serta mengimarahkan Masjid An- Nur ini adalah hasil dari gotong royong oleh kira-kira 700 penduduk,” katanya ketika berucap selepas menyampaikan sumbangan kepada 70 fakir orang fakir miskin, warga emas, anak yatim dan ibu tunggal sempena bulan Ramadan di Masjid An-Nur, Kampung Ketapang Hilir, di sini malam Jumaat. Terdahulu, Najib yang lengkap berpakaian baju Melayu berwarna coklat muda dan berkain pelikat, tiba ke masjid pada kira-kira pukul 8.30 malam. Beliau kemudian menunaikan solat Isyak dan solat Tarawih pertama bersama kira-kira 500 penduduk Pekan di masjid berkenaan yang diketuai oleh Imam dua Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj Pekan, Mohd Lutfi Syahwan Muhd Bashir. Pada majlis tersebut Najib juga berkesempatan bersalaman, bermesra dan menikmati hidangan moreh bersama jemaah yang hadir. |
Obama Sends Ramadan Greetings To Muslims Worlwide Posted: 21 Jul 2012 12:24 AM PDT KUALA LUMPUR, July 21 – United State (US) President Barack Obama and his wife Michelle today sent their warm Ramadan greetings to Muslims around the world especially American Muslims. Obama said this year Ramadan holds special meaning for those citizens in the Middle East and North Africa who are courageoulsy achieving democracy and self determination, and for those who are still struggling to achieve their universal rights. “The United States continues to stand with those who seek tha chance to decide their own destiny, to live free from fear and violence, and to practice their faith freely,” he said in a statement issued here today by the US Embassy. Obama said in US, Ramadan reminds them that Islam is part of the fabric of the nation, and that from public service to business, from healthcare and science to the arts, Muslim Americans help strengthen the country and enrich the American lives. “Even as Ramadan holds profound meaning for the world’s 1.5 billion Muslims, it is also a reminder to people of all faiths of our common humanity and the commitment to justice, equality and compassion shared by all great faiths. “In that spirit, I wish Muslims across America and around the world a blessed month and I look forward to again hosting an iftar dinner at the White House. Ramadan Kareem,” he added. |
Peniaga Bazar Ramadan Di P.Pinang Dakwa Didiskriminasi Posted: 21 Jul 2012 12:17 AM PDT GEORGE TOWN, 21 Julai - Para peniaga bazar Ramadan Jalan Penang, di sini membantah tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) memindah tapak bazar Ramadan dari Jalan Penang ke Jalan Phee Choon. Wakil peniaga, Abdul Karim Gulam Ali berkata tindakan MPPP itu akan menyebabkan lebih 20 peniaga bumiputera tidak dapat menjalankan perniagaan mereka memandangkan tempat baru yang ditawarkan itu bukan tempat tumpuan orang ramai. “Sejak 26 tahun lalu, tempat ini (Jalan Penang) menjadi tumpuan tapak warisan tradisional bazar Ramadan tanpa sebarang gangguan serta halangan dari mana-mana pihak. “Tetapi sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang, para peniaga bumiputera ditindas dan dianaktirikan. Kami mahu mencari keadilan untuk semua peniaga. Satu tahun sekali sahaja. Mereka boleh bagi tempat lain seperti ‘Little India’ kepada kaum lain, kenapa kami orang Melayu (tidak boleh berniaga di Jalan Penang),” katanya di sini, hari ini. Beliau berkata alasan kerajaan negeri bahawa mereka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas jika terus berniaga di kawasan itu adalah tidak munasabah kerana masalah kesesakan lalu lintas sudah menjadi lumrah di negeri ini. Katanya kerajaan negeri kononnya memperuntuk RM6,000 untuk menempatkan para peniaga berkenaan dengan khemah percuma sekiranya mereka bersetuju untuk berpindah, dilihat sebagai satu usaha yang tidak berbaloi kerana kawasan yang ditawarkan itu adalah projek terbengkalai dan kurang tumpuan orang ramai. “Betapa baiknya sekiranya peruntukan RM6,000 itu disalurkan ke kawasan Jalan Penang sebagai ganti untuk memeriahkan suasana bazar Ramadan dengan hiasan lampu berwarna-warni dan lain-lain acara menarik di bulan puasa ini,” katanya. Abdul Karim juga menyifatkan kerajaan negeri pimpinan DAP sebagai “cakap tidak serupa bikin” kerana sebelum ini Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berjanji mahu mengekalkan tapak bazar Ramadan di Jalan Penang. Beliau berkata MPPP perlu bertindak secara realistik dan rasional sebelum mengambil sebarang tindakan. Justeru itu, beliau mendesak kerajaan negeri dan MPPP tampil untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi para peniaga bumiputera dengan kadar segera bagi membela nasib dan masa depan mereka. |
Pemberian Imbuhan Aidilfitri Untuk Penjawat Awam Ikut Kemampuan Kerajaan Posted: 21 Jul 2012 12:13 AM PDT PEKAN, 21 Julai – Pemberian imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Dengan wajah yang ceria, Najib berkata beliau akan melihat ‘buku kira-kira’ kerajaan terlebih dahulu berhubung perkara itu. “Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu, kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu…kalau apa-apa pun kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan kepada kemampuan kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini, Sabtu. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengenai pemberian imbuhan itu baru-baru ini. Pada 16 Julai, Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan seperti menaikkan harga barangan. Najib ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh Felda Fasa 2 dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Masjid serta sumbangan Apron kepada peniaga dan bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan Umno Pekan, di sini. Dalam ucapannya beliau menegaskan agar pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan tidak menghalang usaha kerajaan dalam memajukan negara. Mengambil contoh penyenaraian saham Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH)di Bursa Malaysia, beliau berkata, pihak yang cuba menghalang disifatkan sebagai busuk hati kerana tidak suka melihat kerajaan membantu meningkatkan kehidupan rakyat. “Jangan halang usaha kerajaan untuk majukan negara dan rakyat, tidak sokong tidak apa…dalam hal ini (penyenaraian FGVH) kita tak boleh halang sebab ini adalah hal yang baik dan untuk kebaikan rakyat,” katanya. Bercakap kepada pemberita kemudian Najib berkata jika peneroka ingin membeli tambahan saham, mereka perlu membelinya di pasaran saham terbuka. “Pihak Felda perlu membantu peneroka untuk membelinya di pasaran terbuka dengan harga semasa. Walaupun peneroka telah ditawarkan dengan 800 unit saham ketika saham tersebut dilancarkan mereka juga tetap dapat keuntungan kerana 20 peratus saham FGVH telah dimasukkan ke dalam tabung amanah yang akan membayar dividen setiap tahun kepada mereka,” katanya. Ditanya mengenai laporan akhbar berhubung senarai awal calon Barisan Nasional yang ditolak 50 peratus daripadanya, Najib berkata: “Kita belum memuktamadkan calon-calonnya dan kita akan memutuskannya apabila tiba masanya, jadi semuanya hanya spekulasi. Umno pun belum, kita tengah semak-semak dan belek-belek lagi,” katanya. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment