BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! LAPAN BANDUAN MENDAPAT PENGAMPUNAN DARI SULTAN JOHOR DAN DI BEBASKAN SEMPENA BULAN RAMADHAN !!!
- KHAS UNTUK PAKATAN SELANGOR !!! KETEPIKAN POLITIK !!! TOLONG FOKUS ISU LANGAT 2 !!!
- ISU LRT AMPANG !!! KANTOI !!! RUPANYA RAFIZI LEMBU NAK JAHANAMKAN KERAJAAN !!! WAJIB BACA !!!
- BONGKAR !!! ISU AIR !!! ANDA NAK TAHU APA DOSA KHALID GAGAP TERHADAP RAKYAT SELANGOR ???
- HOT VIDEO !!! PAS DAN DAP TIDAK PERNAH BERSETONGKOL ??? MEH SAYA JAWAB !!!
- HOT NEWS !!! SYABAS MEMBELASAH KHALID GAGAP BERKENAAN DENGAN ISU AIR !!!
- EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR MASUK PARTI AKAN DAPAT MASUK SYURGA ??? WAJIB BACA !!!
Posted: 21 Jul 2012 12:53 PM PDT "Saya tak dapat bayangkan macam mana besarnya cabaran selepas dibebaskan ini, maklumlah dekat 30 tahun terkurung dalam penjara, tetapi saya bersyukur sangat-sangat kepada Allah dan berterima kasih sungguh kepada Sultan Johor di atas pengampunan ini". Hanya itu yang mampu dilafazkan Mel (bukan nama sebenar),58,salah seorang daripada lapan orang banduan yang dibebaskan setelah mendapat pengampunan daripada Sultan Johor,Sultan Ibrahim sempena bulan Ramadan pagi tadi.Mel ditangkap setelah terlibat dalam kes senjata api dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hayat sejak tahun 1982 lagi.Sejak itu,Mel sudah beberapa kali membuat rayuan untuk dibebaskan namun semuanya hampa.Namun kira-kira tiga bulan lepas,dia mendapat khabar gembira yang dia akan dibebaskan daripada menjalani hukuman tersebut. " Nak tahu lama tak lama saya kat penjara…waktu saya masuk ke 'dalam',stesen televisyen TV3 pun tak wujud lagi," katanya sambil tersenyum. Begitupun Mel beruntung kerana walaupun sebegitu lama bergelar banduan, tetapi dia langsung tidak pernah dipinggirkan oleh keluarganya.Malah sewaktu pembebasannya pagi tadi, ramai ahli keluarganya yang hadir menyebabkan suasana menjadi pilu seketika apabila kesemuanya memeluk erat Mel yang segak berbaju Melayu serta lengkap bersampin.Turut hadir sewaktu pembebasan tersebut adalah Timbalan Pengarah Penjara Kajang,Adnan Atan dan Ketua Unit Perhubungan Awam Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Supri Hashim.Namun perasaan gembira bercampur hiba menyelubungi Pak Din (bukan nama sebenar) apabila dia hanya mampu menitiskan airmata kerana tiada ahli keluarga yang datang menyambut pembebasannya itu. " Saya orang Indonesia,keluarga saya jauh…kali terakhir mereka melawat saya pun kira-kira 15 tahun lepas, tidak mengapalah, saya tak mahu menyusahkan sesiapa.Namun saya bersyukur kerana walaupun saya bukan orang Malaysia, tetapi Sultan Ibrahim masih sudi untuk memberi pengampunan kepada saya,ini menunjukkan Tuanku tidak pernah membeza-bezakan kami para banduan yang ditahan di sini," katanya sambil menitiskan airmata terharu. Baru-baru ini Sultan Ibrahim berkenan memberi pengampunan penuh dan perintah pembebasan terhadap lapan orang banduan.Sultan Ibrahim turut berkenan meringankan hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara terhadap empat banduan dan memberi pengampunan kepada seorang lelaki yang disabitkan kesalahan ketika berumur 18 tahun pada 1985 untuk membersihkan namanya daripada rekod sabitan kesalahan.Pada 19 Januari lalu,Sultan Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Johor. Atas nasihat daripada anggota Lembaga Pengampunan Negeri Johor,Peguam Negara dan mempertimbang semua aspek seperti kesalahan banduan, tempoh hukuman yang dijalani serta pemulihan yang dicapai oleh banduan, maka Sultan Ibrahim dengan limpah kurnia dan perkenannya telah mempertimbangkan pembebasan dan meringankan hukuman kesemua banduan yang terlibatLembaga Pengampunan Negeri Johor itu dihadiri Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta tiga anggota lembaga pengampunan iaitu Datuk Law Boon King, Datuk Rashidi Mohd Noor dan Datuk Dr M.Harjit Singh. Daripada lapan banduan yang akan dibebaskan pada 1 Ramadan itu,seorang daripadanya,Sapuan Hanin, 58,adalah banduan di bawah kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 manakala tujuh yang lain yang berumur 41 hingga 63 tahun, adalah banduan di bawah kes Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali (KHETS) di bawah Peraturan 54, Peraturan-Peraturan Penjara 2000.Sapuan telah menjalani hukuman 24 tahun penjara sejak 1987 atas kesalahan mengedar dadah mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952. Tujuh yang lain pula,katanya,dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat dan telah menjalani hukuman penjara antara 22 dan 37 tahun serta dikenakan antara enam dan 10 sebatan atas kesalahan rompakan dan memiliki senjata api.Empat banduan yang diringankan hukuman gantung sampai mati kepada hukuman penjara pula adalah banduan di bawah kes rayuan pengampunan hukuman mati di bawah Peraturan 114, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 iaitu yang terlibat dengan kes pengedaran dadah dan bunuh. Tiga daripada mereka yang berumur 36 hingga 41 tahun dan telah menjalani hukuman penjara antara lapan dan 14 tahun,diperkenan diringankan hukuman penjara sepanjang hayat (tiada tarikh bebas) manakala seorang lagi yang berumur 57 tahun, yang telah menjalani hukuman 16 tahun penjara,diringankan hukuman kepada penjara seumur hidup (20 tahun)," katanya. Keseluruhannya sebanyak 32 kes rayuan telah disemak oleh Lembaga Pengampunan Negeri Johor, namun hanya 13 kes yang mendapat pengampunan daripada Sultan Ibrahim. – Mynewshub |
KHAS UNTUK PAKATAN SELANGOR !!! KETEPIKAN POLITIK !!! TOLONG FOKUS ISU LANGAT 2 !!! Posted: 21 Jul 2012 08:30 AM PDT sebelum saya teruskan cerita langat 2 ini,saya nak ceritakan sejarah.tapi,eloklah rasanya menteri besar Selangor luluskan projek langat 2.ini kerana bukan untuk menteri besar sahaja,malah untuk semua rakyat selangor dapat minum air yang bersih dan kegunaan seharian.saya ceritakan sedikit tentang sejarah.Suatu ketika dulu sekitar tahun 1991,negeri Melaka pernah mengalami krisis air setelah dilanda kemarau panjang yang mengakibatkan empangan Durian Tunggal hampir kering sekaligus menyebabkan kegagalan loji-loji rawatan air di negeri tersebut menyedut dan menapis air dari empangan tersebut.Pada tahun 1998 pula di Selangor,sebahagian besar empangan dan sungai mengalami penyusutan isipadu air disebabkan fenomena El-Nino.Empangan dan sungai-sungai yang sebelumnya penuh mula menunjukkan penurunan paras airnya disebabkan bahang panas yang melanda.Kesan daripada itu loji-loji rawatan air juga mengalami kesukaran untuk mengepam air mentah untuk dirawat sebelum dibekalkan kepada pengguna di sekitar Lembah Klang seterusnya membawa kepada krisis air yang memeritkan kehidupan ramai. Mengambil iktibar dari dua kejadian tersebut,Kerajaan Pusat telah melaksanakan pendekatan pro aktif untuk kepentingan jangka masa panjang dengan melancarkan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor (PPAMPS).Tujuan pembinaan Langat 2 adalah sebagai tambahan kepada loji rawatan sedia ada yang kebanyakannya telah beroperasi melebihi paras optimum disamping menampung aliran air mentah dari Sungai Pahang yang disalurkan melalui terowong air PPAMPS.Dalam konteks sekarang,Selangor sememangnya tidak mengalami masalah dari segi sumber air mentah kerana empangan dan sungai-sungai yang membekalkan air ke loji-loji rawatan masih lagi penuh.Jika mengikut congak ramai pemimpin dari PKR,DAP dan PAS,mereka sependapat tiada apa yang perlu dirisaukan sangat setelah dilihat pada paras air di empangan dan sungai yang masih penuh dan tidak menunjukkan sebarang penurunan.Atas sebab itu, mereka menyokong langkah keras Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim yang sengaja mahu untuk menghalang dan melambat-lambatkan proses pembinaan loji rawatan air Langat 2 dan terowong air PPAMPS. Walhal,realiti sebenarnya soal hujan atau tidak,kemarau atau sebaliknya bukannya ketentuan kita.Tak selamanya hujan akan membasahi bumi Selangor dan tidaklah kerap kemarau panjang berlaku secara tiba-tiba.Namun apabila beberapa negeri termasuk Selangor sendiri pernah mengalami krisis air dek kerana perubahan cuaca,bukanlah meragukan lagi terdapatnya keperluan untuk mengadakan satu saluran air mentah dari Sungai Pahang untuk dirawat di loji baru Langat 2 sebagai satu persediaan jangka masa panjang untuk kebaikan semua.Sementelah lagi rata-rata loji rawatan air di seluruh negeri sedang beroperasi melebihi kemampuan asal, mahu tidak mahu proses selenggara loji-loji tersebut terpaksa kerap dilakukan. Ini bermakna tiap kali loji diselenggara,bekalan air bersih yang telah dirawat terpaksa dihentikan sementara. Walaupun pada 20 Mac lepas Kerajaan Pusat telahpun siap membina sebuah loji baru di Sungai Labu yang mampu merawat air mentah sehingga 45 juta liter sehari seterusnya membekalkan kepada pengguna di sekitar Sepang hingga tanjung Sepat, Bagan Lalang,Sungai Pelek dan Kundang,namun rizab air bersih keseluruhan yang cuma 151.8 juta liter sehari sahaja yang pastinya tidak mencukupi untuk keperluan mendatang.Disinilah pentingnya keperluan loji rawatan air Langat 2 sebagai loji tambahan bagi meningkatkan kapasiti rizab air bersih sekaligus mengurangkan risiko bekalan air terpaksa dicatu.Terowong air PPAMPS pula selain berperanan menyalurkan air mentah dari Pahang ke loji Langat 2,ia juga merupakan satu plan jangka waktu panjang sekiranya dalam keadaan tertentu kemarau panjang atau fenomena El-Nino melanda negara sekali lagi. Pengalaman lepas yang pernah dialami majoriti rakyat Selangor sepatutnya menjadi pengajaran berguna pada kerajaan negeri untuk mengetepikan seketika perbezaan politik dan kepentingan kepartian, sebaliknya bekerjasama dengan Kerajaan Pusat bagi mencegah krisis air yang lebih buruk kelak.Seandainya gagal ditangani segera dan projek Langat 2 serta terowong air PPAMPS terus disekat,bukan sahaja rakyat bawahan yang merana malah turut memberi kesan buruk pada ekonomi negeri apabila krisis air yang melanda.Soal air percuma atau tarif air turun naik bukan lagi persoalan utama sekiranya krisis air 1998 menimpa Selangor sekali lagi. Bagi mereka yang pernah melalui kegawatan krisis air 1998 tentu tahu betapa sukarnya kehidupan bila berhadapan dengan krisis air,saban hari terpaksa menanti lori tangki air untuk ditadah manakala aktiviti ekonomi terbantut dan kilang-kilang pula terpaksa mengurangkan waktu operasinya.Justeru itu,ketepikan seketika politik kepartian, apa sahaja jawatan yang dipegang tatkala ini hakikat nyatanya masing-masing kita memerlukan air bersih untuk meneruskan kehidupan dan menjalani aktiviti seharian.saya minta kepada kerajaan selangor,Segerakan pembinaan Langat 2 dan PPAMPS untuk kebaikan bersama bagi menghadapi waktu-waktu mendatang. Jangan nanti bila ditimpa bencana barulah kita mahu menyesal kerana tika itu penyesalan tiada gunanya lagi. RENUNG-RENUNGKAN |
ISU LRT AMPANG !!! KANTOI !!! RUPANYA RAFIZI LEMBU NAK JAHANAMKAN KERAJAAN !!! WAJIB BACA !!! Posted: 21 Jul 2012 05:00 AM PDT Rafizi Kantoi lagi.sebelum ini isu NFC,kali ini isu LRT Ampang pula.tak habis-habis jambu anwar ibrahim ni nak kencing rakyat malaysia.dari mana dia petik semua fakta ni ??? apa pun semua isu berkaitan dengan kontrak pembinaan projek LRT laluan Ampang yang dimulakan Rafizi Ramli sudah terjawab dengan sendirinya bila Prasarana Berhad mengesahkan bahawa tidak ada sebarang kontrak pembinaan telah dianugerahkan kepada mana-mana syarikat termasuk syarikat George Kent dari UK seperti didakwa Rafizi.Laporan polis yang dibuat Rafizi juga lebih kepada mahu polis menyiasat SAMA ADA wujud penyelewengan dalam soal penganugerahan kontrak tersebut,bukan Rafizi menyerahkan apa-apa bukti yang menunjukkan berlakunya penyelewengan.Perkataan SAMA ADA itu dibesarkan bagi menunjukkan yang Rafizi pun tidak pasti.Maklumlah,kontrak tak award pun lagi,nak seleweng macam mana ??? Hakikat ini ramai rakyat tak tahu sebenarnya termasuk puak pakatan haram,sebab itu rakyat percaya bulat-bulat.apa yang berlaku adalah,Rafizi cakap depan polis (semasa buat laporan) lain minta disiasat,keluar jumpa penyokong cakap lain.bukti dah diserah kepada polis.Bijak Rafizi ni bukan dari segi fakta tapi dari segi menyelewengkan persepsi.Rafizi pun tau apa hukumannya buat laporan polis palsu.Jadi tidak hairan kenapa isu itu tidak mendapat sambutan rakyat seperti mana dalam soal NFC dimana Rafizi terlibat sebelum ini.Menyedari hal itu,kali ini,Rafizi cuba cipta pembohongan terbaru,kononnya projek LRT laluan Ampang itu tidak selamat dan boleh mendatangkan bahaya kepada rakyat.Isu keselamatan ini telah dibangkitkan sebelum ini dalam tuduhan pertama,kononnya kerana Perdana Menteri campur tangan dalam soal penganugerahan projek ini,ia tidak selamat kerana syarikat George Kent itu tidak mempunyai pengalaman membina projek LRT atau yang seumpama dengannya sebelum ini.Tapi ia tidak begitu dibesar-besarkan sangat kerana sasaran sebenarnya ialah PM kerana kononnya campur tangan dalam soal penganugerahan kontrak. Bila isu PM campur tangan terbukti tidak benar,dengan itu tidak dapat sambutan rakyat,Rafizi main isu keselamatan pulak,kononnya projek tidak selamat kerana hampir dengan kolam air,bekas kuari dan sebagainya.Semua soal ini tidak muncul pun sebelum ini,hanya dibangkitkan setelah tuduhan tentang wujudnya campur tangan PM tidak mendapat sambutan.Tidak cukup dengan itu Rafizi minta Kerajaan Selangor halang pembinaan landasan LRT Putra Height dan Taman Subang Alam yang berada dalam negeri Selangor.Kalau benar projek itu tidak selamat,kemukakan fakta di Mahkamah supaya keseluruhan projek dibatalkan atau ditangguhkan,kenapa nak ambil kawasan yang dalam negeri Selangor sahaja ??? Sebab di situ Pakatan Haram berkuasa kan Rafizi otak lembu ??? opsss,bulan puasa.tak baik maki... Nampak sangat isu ini isu politik.Dengan tidak ada siasatan dan pengesahan oleh pakar bertauliah,Rafizi sendiri pun tidak ada latarbelakang pembinaan dah pandai-pandai nak buat kesimpulan sendiri projek tersebut tidak selamat.Nama Prof Madya Dr Tajul Jamaluddin yang disebut Rafizi itu pun belum dipastikan kepakarannya dalam bidang berkaitan.Memang pangkal depan namanya Prof Madya,tapi adakah dia layak bercakap tentang soal struktur dan pembinaan serta alam sekitar ??? siapa rafizi ramli ni nak bercakap sedemikian ??? Jika pun dia layak, bagaimana pula dengan pakar-pakar yang lebih berkelayakan sedang berkhidmat dalam Prasarana dan kerajaan sendiri ??? Sudahkah Rafizi mengambil kira pendapat mereka ini semua ??? Jelas,semua ini menunjukkan bahawa Pakatan Haram hanya berminat untuk mensabotaj projek kerajaan BN yang mampu memberi manfaat kepada rakyat dengan mempolitikkan isu tersebut. Samalah halnya dengan penangguhan projek Loji Langat 2 yang menjadi penyebab kepada krisis air di Selangor,Kuala Lumpur dan Putrajaya sekarang, semuanya sebab projek berkepentingan rakyat yang dipolitikkan puak-puak ini.Pakatan Haram tidak mahu kerajaan BN kedepan dalam soal memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Mereka gagal melakukannya di Selangor, air dan pengurusan sampah adalah beberapa dari banyak kepincangan yang berlaku di sebabkan oleh kegagalan Pakatan Rakyat memimpin.Itu baru bercakap di Selangor,belum di 2 negeri yang lain (Kedah dan Pulau Pinang).Kelantan ??? Itu tak payah sebut,memang gagal sokmo !!! RENUNG-RENUNGKAN |
BONGKAR !!! ISU AIR !!! ANDA NAK TAHU APA DOSA KHALID GAGAP TERHADAP RAKYAT SELANGOR ??? Posted: 21 Jul 2012 01:30 AM PDT Tatkala Selangor dibawah tampuk pemerintahan BN,setiap perancangan pembangunan dibuat dengan mengambil kira keperluan jangka masa pendek dan panjang bersandarkan kajian data-data semasa dan sebelumnya.Cadangan pembinaan cawangan UITM bernilai RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah misalnya,merupakan salah satu pandangan jauh ke depan yang mengambil kira tuntutan semasa dan impak kebaikan pada kawasan sekitarnya.Apabila pusat pendidikan tinggi itu siap dibangunkan,ia akan membawa bersamanya limpahan kemakmuran untuk penduduk sekitarnya dan mampu mengubah wajah tempat tersebut sebagai salah satu pusat tumpuan pendidikan serta membuka banyak ruang perkembangan aktiviti ekonomi. Namun apabila Selangor diambil alih oleh DAP,PKR dan PAS,cadangan tersebut diganggu oleh Khalid A.K.A Gagap hanya semata-mata YBK tidak memenuhi permintaannya untuk menjadi Pengerusi baru bagi yayasan tersebut.Selanjutnya,Khalid mula menunjukkan langkah pemusuhan dengan YBK dengan sengaja memulangkan semula bayaran cukai tanah oleh yayasan tersebut yang jelas berniat bagi menghalalkan tindakan jahat kerajaan negeri merampas tanah milik YBK.Disebabkan mahu mengelak kontroversi berpanjangan dengan kerajaan negeri pimpinan Khalid,maka cadangan pembinaan kampus UiTM di Serendah terpaksa dibatalkan dan dipindah ke Jasin,Melaka.Akhirnya siapa yang rugi ??? Demikian juga yang berlaku dengan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2),sejak 2010 lagi kelancaran pembinaannya sengaja diganggu gugat oleh Khalid dan kerajaan negeri pimpinannya dengan berselindung disebalik alasan kenaikan tarif air.Sedangkan projek yang dirancangkan oleh kerajaan sebelumnya itu bertujuan untuk menambah bekalan air bersih untuk kegunaan semasa dan akan datang yang manfaatnya bukan saja memberi kebaikan kepada rakyat malah menjamin kelangsungan ekonomi negeri.Selepas dua tahun isu ini dipolemik dan diganggu gugat oleh kerajaan negeri yang diketuai Khalid Ibrahim,kesan negatifnya mula terasa bukan sahaja menyebabkan rakyat dirundum keresahan malah para pelabur mula menjauhi negeri ini. Bayangkan apabila 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM tiba-tiba terpaksa membatalkan perancangan pelaburan mereka di negeri ini kerana tiada jaminan konkrit dari kerajaan negeri yang krisis air tidak akan berlaku. Berikutan itu,sekurang-kurangnya 12,000 peluang pekerjaan hilang begitu sahaja. Bukankah ini satu dosa besar kerajaan negeri terhadap rakyat yang sepatutnya dapat dielakkan sekiranya Khalid dan pemimpin negeri yang lain dapat berfikir lebih jauh ke depan.UITM Serendah dan Langat 2 hanyalah secebis contoh klasik betapa ceteknya tahap pemikiran Khalid dalam mendepani tuntutan semasa sehingga kesan buruknya terpaksa pula diharungi oleh rakyat jelata.Barangkali tidak keterlaluan kalau saya katakan untuk selama 5 dekad akan datang,rakyat Selangor akan mengenang Khalid Ibrahim sebagai satu-satunya MB yang banyak 'berdosa' dalam merosakkan masa depan negeri Selangor. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT VIDEO !!! PAS DAN DAP TIDAK PERNAH BERSETONGKOL ??? MEH SAYA JAWAB !!! Posted: 20 Jul 2012 10:00 PM PDT anda lihat video penuh di atas dulu,terang-terang nasarudin tantawi kata PAS dan DAP tidak bersetongkol cuma bekerjasama.kerana ia adalah tahaluf siasi.Tetapi,nasarudin tantawi mengakui bahawa PAS bekerjasama dengan DAP kerana politik.meh saya jawab isu ini.saya faham bahawa Nasrudin bercakap atas kapasiti beliau sebagai ahli politik dan bukannya agamawan dan kerana itu beliau merasa selesa bermain dengan kata-kata tanpa menghiraukan maknanya.Dengan menggunakan perkataan 'bekerjasama' dan bukan 'bersetongkol',maka Nasrudin menyangka yang PAS akan terlepas dari dikaitkan dengan agenda DAP.lepas itu anda lihat lihat kembali video diatas.kata parti islam,kenapa arahnya ke politik ??? lain macam jer.kalau anda nak tahu,Perkataan-perkataan seperti bersetongkol,berkomplot,berkonspirasi sebenarnya membawa kepada perlaksanaan yang serupa dengan bekerjasama. Beza kedua-dua perkataan ini hanyalah dari segi 'niat' di mana 'setongkol' merujuk kepada satu pakatan yang berniat jahat dan 'kerjasama' pula merujuk kepada satu-satu pakatan secara umum.Oleh itu,kedua-dua perkataan membawa pengertian yang sama iaitu 'berpakat,berganding-bahu,bertoleransi dan saling bantu-membantu untuk mencapai matlamat masing-masing'.Dalam konteks politik PAS dan DAP dan seperti yang diakui oleh Nasrudin,adalah jelas bahawa matlamat masing-masing hanyalah untuk menang pilihanraya.Pastinya kerana PAS dan DAP ingin mencatur semula politik Malaysia mengikut acuan mereka.Maka di sinilah terletaknya masalah dalam penjelasan atau 'tafsiran' Nasrudin mengenai hubungan PAS-DAP.Iaitu,walaupun matlamat kedua-dua parti adalah sama tetapi acuan mereka amat bertentangan.Malah Nasrudin sendiri enggan atau tidak sanggup mengaku yang PAS berkongsi agenda yang sama atau 'bersekongkol' dengan DAP. acuan DAP adalah Malaysian Malaysia di mana ia menjulang kesamarataan total (ala DAP).Ini bermakna,semua agama adalah sama dan Islam tidak harus menjadi agama rasmi sekali gus persoalan mengenai undang-undang Islam,cara hidup Islam,hudud dan sebagainya adalah tidak relevan sama sekali.Selain itu,DAP juga diketahui mengambil sikap memperlekeh dan menentang Institusi Raja-raja Melayu.Bagaimanapun,atas dasar kerjasama seperti yang diakui Nasrudin,kedua-dua parti ini tetap saling bantu membantu untuk memenangkan masing-masing dalam pilihanraya walaupun matlamat mereka bertentangan. Ini bermakna,PAS membantu DAP menang,DAP membantu PAS menang,kemenangan PAS adalah kemenangan DAP dan mengundi PAS adalah sama ertinya dengan mengundi DAP.Dalam ertikata lain,PAS bertanggungjawab membantu DAP membentuk negara ini mengikut acuan DAP.ada kemungkinan DAP tidak mampu membentuk negara ini mengikut acuannya dan sebaliknya PAS yang berjaya memaksa acuan mereka ke atas DAP.Tetapi,ini hanyalah satu kemungkinan kecil.Jika dilihat dari segi kebarangkalian matematik,jumlah PAS mengalah kepada DAP dalam isu-isu di mana mereka bertelagah pendapat adalah jauh lebih besar dari jumlah DAP mengalah kepada PAS. Antaranya,hudud, Negara Islam, isu judi,arak,rumah urut dan murtad,keputusannya ialah DAP-5,PAS-0,.Di kala PAS sanggup menggadaikan Negara Islam,DAP pula sanggup 'berjihad' dan mati menentangnya.Hakikatnya,DAP tidak pernah mengalah atau berundur walau se-inci pun dalam 'semangat' kerjasamanya dengan PAS.Justeru itu,adalah hampir mustahil yang DAP akan akur kepada agenda PAS andainya Pakatan Rakyat berjaya memenangi pilihanraya.Kesimpulannya,'kerjasama' atau 'persetongkolan' atau 'pakatan' atau apa saja perkataan yang digunakan oleh Nasrudin untuk menjelaskan hubungan PAS-DAP,hanya akan menguntungkan DAP.Dengan itu,Nasrudin harus sedar,bahawa PAS tidak akan berjaya menghapuskan imej parti itu sebagai balaci,barua dan anjing suruhan DAP hanya dengan menggunakan perkataan berbeza tetapi mempunyai maksud perlaksanaan yang sama,dalam menerangkan hubungan mereka.minta maaf terkasar.puasa pulak hari ini.apa pun ini lah sebenarnya yang berlaku RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! SYABAS MEMBELASAH KHALID GAGAP BERKENAAN DENGAN ISU AIR !!! Posted: 20 Jul 2012 07:00 PM PDT Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menyangkal dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa syarikat itu tidak menjalankan tugasnya mengikut perjanjian konsesi. "Ini merupakan satu tuduhan yang tidak berasas dan tidak benar sama sekali," kata Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikalnya V. Subramaniam pada sidang media khas. Terdahulu,Khalid mengumumkan cadangan pengambilalihan syarikat air berkenaan bagi menangani krisis air di kawasan Kuala Lumpur,Selangor dan Putrajaya,yang pengurusan sistemnya didakwa mempunyai unsur "keraguan".Subramaniam berkata krisis bekalan air yang sedang melanda ketika ini disebabkan kurangnya bekalan air terawat untuk diagihkan,yang berpunca daripada keengganan kerajaan Selangor mengeluarkan arahan pembangunan untuk projek pembinaan Loji Langat 2. "Ia juga berpunca daripada kegagalan kerajaan negeri tersebut untuk mewartakan perlarasan tarif yang telah ditetapkan dalam perjanjian konsesi," katanya. Subramaniam juga berkata kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor yang mengatakan keadaan bekalan air mentah di empangan sedia ada mencukupi sehingga melimpah,adalah tidak tepat dan mengelirukan. "Sebenarnya isu kekurangan bekalan air merujuk kepada air terawat untuk memenuhi keperluan pengguna," katanya. Beliau turut menjelaskan bahawa kerajaan pimpinan Khalid itu mengarahkan pembekuan perbelanjaan modal Syabas, dan ini turut membantutkan usaha syarikat itu untuk mengurangkan kadar kehilangan air tanpa hasil.Subaramaniam berkata perkara itu telah dimaklumkan melalui Sembilan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah sejak dua tahun lepas. "Setiap kali mesyuarat Lembaga Pengarah,kerajaan negeri yang menguasai 30 peratus kepentingan dalam syarikat berkenaan,turut dimaklumkan menerusi wakilnya mengenai kedudukan bekalan air yang kritikal,tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh kerajaan Selangor sehingga kini," tambahnya. Pada masa yang sama,Subramaniam menjelaskan kegagalan kerajaan Selangor untuk mewartakan perlarasan tarif,telah menyebabkan tanggungan tertunggak Syabas kepada operator loji rawatan air. SIAPA YANG SALAH SEKARANG ??? KHALID GAGAP ATAU SYABAS ??? RENUNG-RENUNGKAN |
EKSKLUSIF !!! ADAKAH BENAR MASUK PARTI AKAN DAPAT MASUK SYURGA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 20 Jul 2012 04:00 PM PDT BEBERAPA artis dan bekas pegawai kanan kerajaan yang masuk Pas bukan sahaja mendapat liputan meluas dalam Harakah dan blog,malah diarak dan dijaja ke sana ke mari untuk berceramah.Ada yang jadi ustaz segera.Mereka diraikan sebagai orang yang ingin mencari kebenaran agama.Di negara ini,sesiapa mahu masuk parti apa pun tidak jadi hal kerana ini negara demokrasi.Sebagaimana warganegara lain,artis juga mempunyai hak.Dalam kalangan artis,lebih ramai yang masuk Umno seperti Afdlin Shauki,Amy Search,Awie,Mus May,Harun Salim Bachik,Ibnor Riza,Zed Zaidi dan Erma Fatima.Antara penyokong kuat Umno ialah Datuk Siti Nurhaliza.Manakala Datuk Jins Shamsuddin bukan sahaja ahli Umno yang setia tetapi juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negara.Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Abdul Kadir Syeikh Fadzir dan bekas Timbalan Menteri Penerangan,Datuk Fauzi Abdul Rahman adalah antara pemimpin yang bertindak keluar Umno.Ini juga tidak memberi sebarang impak dalam hati rakyat. Saya teringat kes seorang bekas Menteri Kabinet pada zaman Tunku Abdul Rahman yang menjadi renggang hubungan keduanya kerana beberapa kali bertindak di luar pengetahuan Kabinet.Selepas tidak lagi berada dalam kerajaan, beliau mula memburuk-burukkan parti dan kerajaan termasuk mendakwa Perikatan sebagai patung imperialis.Nasihat Tunku kepada ahli Umno ketika itu : "Kita semua mesti berjaga-jaga dan mengawasi orang seperti ini kerana dalam tiap-tiap satu zaman, dalam tiap-tiap satu pemerintahan itu,sentiasalah terdapat pengkhianat seperti ini." (25 Ogos 1963).Pengalaman dan nasihat Tunku masih relevan sampai ke hari ini.Namun,dalam sejarah Umno,belum ada tokoh kanan yang masuk Pas.Tapi kalangan pemimpin Pas,begitu ramai tokoh kanannya masuk Umno,termasuk Ahli Dewan Ulama Datuk Ghazali Ahmad,Prof Datuk Dr Mohd Noor Deris,Setiausaha Agung Datuk Nakhaie Ahmad dan Presiden Pas sendiri,Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda.Tan Sri Sanusi Junid pernah bercerita :Pada suatu pagi Khamis 1962,Dewan Ulama Pas berbincang di rumah Menteri Besar Kelantan sama ada kerjasama Umno dengan MCA dan MIC sah di sisi Islam.Antara yang hadir termasuk Setiausahanya,Tok Guru Haji Mat Nor Teliar,penolongnya Tok Guru Haji Mat Nor Selising dan Tok Guru Haji Umar Daud. Asri bertanya kepada Mat Nor : "Boleh tak Umno bekerjasama dengan kafir MCA dan MIC?" Mat Nor bertanya balik : "Apakah kerjasama itu untuk keamanan?" Maka pemimpin Pas menjawab : "Umno nak jual bangsa,nak jual agama,bukan kerana keamanan." Dengan itu,Dewan Ulama Pas pun berfatwa,ahli Umno kafir.Majlis Raja-Raja Melayu mengharamkan fatwa itu tetapi kesan pengkafiran itu telah menular walaupun Umno dan Perikatan memenangi Pilihan Raya Umum 1965.Setelah Peristiwa 13 Mei,Presiden Umno,Tun Abdul Razak menjemput Asri berunding mengenai keanggotaan Pas dalam Barisan Nasional (BN).Asri sekali lagi berjumpa ketiga-tiga tok guru itu tapi gagal memujuk mereka dan Dewan Ulama supaya menerima Pas masuk BN. Sebaliknya, ketiga-tiga tok guru minta jumpa sendiri dengan Tun Razak.Ketika Asri duduk di luar Seri Perdana,seorang tok guru itu bertanya: "Tun, bekerjasama dengan kafir MCA dan MIC ni buat gapo?" Tun Razak menjawab : "Kalau tak bekerjasama dengan MCA dan MIC, kita akan huru-hara dalam negara ini." Tok Guru menyampuk : "Oh, jadi kerjasama ni untuk keamanan. Adakah dengan kerjasama dengan Cina dan India, orang Islam akan rugi?" Jawab Tun Razak: "Orang Melayu Islam lebih untung kerana yang membayar cukai bukan Melayu. Kita buat jalan luar bandar, kita buat rancangan Felda, kita buat masjid dan pelbagai lagi dengan menggunakan hasil cukai orang bukan Islam." Justeru,mereka beritahu Tun Razak : "Tun, kami akan bawa balik ke Kelantan dan kami akan beri fatwa bahawa Pas boleh masuk BN. Kami bertiga akan keluar Pas setelah Pas masuk BN." Tun Razak mengeluh: "Tak sempurnalah Pas masuk Barisan kalau tok guru semua keluar Pas." Jawab mereka: "Kami keluar Pas sebab nak masuk Umno." Moralnya : Walau terpelajar setinggi mana pun seseorang itu dalam bidang agama, namun ada yang dia tidak tahu. Maka, fatwa pengkafiran dibuat pada 1962. Tiga ulama telah mengkafirkan Umno kerana diberi maklumat tidak betul. Tapi akhirnya, dengan kehendak ALLAH, mereka semuanya masuk Umno.Umar menjadi guru agama Kemas manakala Mat Nor Teliar dan Mat Nor Selising pernah jadi penasihat Umno.Sebelum masuk ke satu-satu parti, ambillah pedoman daripada kisah ini,selain pengalaman Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hassan Ali,bekas Ketua Penerangan Pas Selangor,Ustaz Hassan Basri dan Sasterawan Negara,Datuk Shahnon Ahmad.Ingatlah,Pas hanya sebuah parti politik,bukan jalan mudah untuk masuk syurga. Oleh Dr Mashitah Ibrahim RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment