UMNO Online - “Amalan Pentadbiran 2R – Rasis Dan Rasuah Makin Terserlah Di Pulau Pinang” plus 9 more

UMNO Online - “Amalan Pentadbiran 2R – Rasis Dan Rasuah Makin Terserlah Di Pulau Pinang” plus 9 more

Link to UMNO Online

Amalan Pentadbiran 2R – Rasis Dan Rasuah Makin Terserlah Di Pulau Pinang

Posted: 03 Jul 2012 04:59 AM PDT

PULAU PINANG  3 Julai  – Ketua UMNO Bahagian Jelutong,  Abdul Razak Abdul Rahman mengingatkan DAP agar tidak keterlaluan  menuduh UMNO sebuah parti rasis dan mengamalkan rasuah, dengan tujuan untuk mengelabui mata rakyat bagi melindungi sikap dan pendirian parti itu yang sebenarnya.

Menurut beliau, telah terbukti hari ini, banyak  isu-isu kenyataan berbaur perkauman yang timbul sepanjang pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan begitu juga dengan pendedahan Tunku Aziz berkenaan sogokan Lim Guan Eng terhadapnya agar tidak meletakkan jawatan,  sudah cukup membuktikan bahawa DAP merupakan sebuah parti yang mengamalkan prinsip 2R.

"Apa itu dua R? Dua itu bermaksud Rasuah dan Rasis. Bagi saya, ini adalah realiti sebenar prinsip politik yang dipegang oleh DAP. Sepanjang lebih empat tahun DAP memerintah Pulau Pinang, amat-amatlah ketara sikap rasis yang diperlihatkan pentadbiran kerajaan DAP seperti menindas para peniaga Melayu, menghalau seorang peniaga ‘Balik India’ dan sebagainya," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambahnya lagi, pentadbiran kerajaan DAP di Pulau Pinang juga lebih kepada sentimen perkauman.

Justeru beliau mempertikaikan laungan kerajaan DAP Pulau Pinang yang kononnya mengamalkan pentadbiran telus dan adil.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan tentang kehadiran pemaju-pemaju yang dilihat kini semakin galak menarah dan membeli tanah-tanah di sekitar Pulau Pinang untuk membina rumah-rumah mewah yang berharga ratusan ribu ringgit.

"Saya lihat ada sesetengah pemaju yang seolah-olah diberi layanan yang istimewa oleh kerajaan DAP di sini. Saya tak pasti dan tidak mahu menuduh mengapa ada sesetengah mereka itu lebih istimewa dari yang lain, tetapi mungkin ada sesuatu kelebihan yang ada pada pemaju tersebut sehingga menjadi pemaju kegemaran kerajaan. Saya tidak mahu menuduh tetapi hati kecil saya mengesyaki, mungkin ada sesuatu yang tidak kena di situ," tegasnya.

Jelas beliau lagi, kehadiran pemaju yang begitu rancak membina perumahan mewah di Pulau Pinang juga merupakan salah satu strategi kerajaan DAP untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua, di mana penduduk tempatan yang kebanyakkan terdiri daripada orang Melayu akan dihalau keluar secara halus.

"Saya tak dapat bayangkan bagaimana nasib orang Melayu di Pulau Pinang pada masa akan datang, sekiranya DAP terus menguasai bumi Pulau Pinang ini.

“Namun apa yang dapat dilihat hari ini, Pulau Pinang tidak lagi menjadi tempat untuk peniaga-peniaga kecil yang terdiri daripada orang-orang Melayu  semenjak Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP. Sekiranya perkara ini berterusan untuk lima tahun lagi, mungkin akan berakhirlah sejarah orang Melayu di pulau ini," akhiri beliau. -MediaUMNO

Apabila Pas Cuba Berlakon Jadi Keldai Jantan…

Posted: 03 Jul 2012 04:20 AM PDT

Buat kali kedua dalam jangka waktu setahun Pas menyatakan keinginannya untuk bertanding di lebih 80 kerusi parlimen untuk PRU 13, peningkatan 25% berbanding pilihanraya sebelumnya.

Pertengahan tahun lalu, Pas pernah menyuarakan hasrat yang sama namun beberapa bulan kemudiannya terpaksa akur dengan tekanan Anwar Ibrahim dan PKR yang mahu Pas kekal bertanding di 66 kerusi seperti dalam PRU 2008.

Menurut Presiden Pas, Hadi Awang, “Pas berhasrat menjadi tulang belakang kepada pemerintahan negara jika pakatan pembangkang menguasai kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang”.

Tinggi angan-angan Pas nak menjadi tulang belakang, walhal situasi sejak dulu hingga sekarang, Pas nak tonjolkan kejantanannya dalam apa saja mesyuarat pemimpin pembangkang pun tak mampu dilakukan.

Waima prinsip juang sendiri untuk mendirikan Negara Islam ala Pas dan hukum Hudud pun Pas terpaksa digadaikan demi mengikut kehendak DAP dan PKR, agaknya di mana pula logik untuk Pas menjadi tulang belakang pakatan?

Sebetulnya dalam mesyuarat pimpinan Pas beberapa minggu lalu, satu unjuran telah dibentangkan membayangkan Pas hanya berpeluang menang di 20 buah kerusi parlimen sahaja berikutan penolakan besar-besaran oleh pengundi Melayu Islam.

Satu cara untuk mengurangkan impak penolakan tersebut ialah dengan menunjukkan ‘kejantanan’ dalam pembahagian kerusi dengan PKR khususnya.

Pas berpendapat dengan merampas beberapa kerusi yang sebelum ini ditandingi oleh rakan sebatalnya PKR, para pengundi Melayu Islam akan melihat Pas ‘masih jantan’ dan bukannya keldai jantan yang asyik ditunggang oleh Anwar dan pembangkang.

Himpunan Hijau yang Pas laksanakan di merata negeri di seluruh negara sekarang inipun matlamat utamanya untuk tunjukkan dirinya ada kekuatan bagi memberi isyarat pada Anwar, PKR dan DAP konon Pas bukannya seekor keldai sebarangan.

Walau hakikatnya sebahagian besar peserta himpunan yang datang diimport khas dengan bas dan kereta serta mendapat upah pengangkutan, tapi Pas berpendapat itu satu-satunya cara bagi memenangi pertarungan merebut kerusi dengan rakan sepakatan.

Namun, melihat pada mentaliti pimpinan Pas yang masih erat dengan pemikiran pak kaduk, keputusan akhir kelak akan balik semula sama seperti pembahagian kerusi tahun 2008.

Pas akan terus tunduk pada PKR dan Dap serta kekal menjadi keldai tunggangan pembangkang kecualilah kalau Anwar Ibrahim merasakan dirinya sudah di penghujung senja.

gerakan-anti-pkr.blogspot.com

Kuota Haji Malaysia Bakal Diketahui Ramadan Ini

Posted: 03 Jul 2012 04:06 AM PDT

SHAH ALAM, 3 Julai –  Jumlah kuota jemaah Malaysia yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah haji tahun ini akan diketahui Ramadan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sudah berusaha secara positif bagi memastikan sekurang-kurangnya kuota sebelum ini seramai 28,000 jemaah, dikekalkan.

Kerajaan benar-benar berharap tindakan segelintir rakyat Malaysia yang mengadakan demonstrasi Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas tidak menjejaskan jumlah kuota jemaah haji Malaysia tahun ini, katanya.

Beliau berkata demikian selepas memberikan amanat kepada ‘Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci Musim Haji 1433H/2012′ yang menjalani kursus pengukuhan selama empat hari mulai Ahad lepas di sini.

Jamil Khir berkata kerajaan menerusi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah pun menghubungi kerajaan Arab Saudi mengenai isu itu.

Malah semasa lawatan perdana menteri ke Arab Saudi pada bulan lepas untuk memberi penghormatan terakhir ke atas Putera Mahkota Nayef bin Abdul Aziz Al Saud yang mangkat pada bulan lepas, Najib turut memohon kerajaan Arab Saudi memberi pertimbangan kepada kuota Haji Malaysia, katanya.

Jamil Khir berkata setakat hari ini jumlah yang mendaftar dengan Tabung Haji ialah seramai 984,204 orang dan 12,000 ialah mereka yang berusia 75 tahun ke atas.

Justeru itu, Tabung Haji juga perlu mengambil kira kehadiran golongan ini dengan menyediakan pegawai perubatan yang secukupnya, katanya.

Beliau berkata Tabung Haji juga masih memberi subsidi kos Haji, kerana kos sebenar mengerjakan haji tahun ini ialah RM15,155 seorang, tetapi jemaah haji Malaysia hanya membayar RM9,980 seorang.

Jamil Khir berkata Tabung Haji akan mewujudkan Talian Ibadah dan memperkenal e-Book Tabung Haji sebagai penambahbaikan perkhidmatannya.

Saham FGV Dijangka Terus Melonjak

Posted: 03 Jul 2012 04:04 AM PDT

RAUB, 3 Julai - Nilai saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dijangka terus melonjak berdasarkan permintaan terhadap komoditi minyak sawit yang sentiasa meningkat setiap tahun.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin menasihati peneroka yang memiliki saham FGV agar tidak sewenang-wenang menjualnya kerana saham terbabit akan terus melonjak sehingga ke paras yang lebih menguntungkan.

“Pasaran saham berasaskan komoditi minyak sawit adalah perniagaan yang berasaskan produk sebenar yang sedia ada dan bukannya bersandarkan kepada saham-saham spekulasi atau pasaran hadapan yang boleh dimanipulasi oleh pemain saham tetapi produknya tidak wujud,” katanya, Selasa.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan wang bayaran Insentif Tanaman Semula Kelapa sawit kepada 434 peneroka Felda Lembah Klau dan 87 peneroka Felda Tersang 1 di Dewan Orang Ramai Felda Lembah Klau di sini.

Hamzah berkata penyenaraian FGV di Bursa Saham Malaysia adalah tepat pada masa dan ketika serta merupakan langkah bijak kerajaan yang secara tidak langsung dapat melenyapkan pelbagai tomahan serta fitnah pihak yang cuba mengagalkannya.

Timbalan Menteri itu berkata minyak sawit negara sentiasa mendapat pasaran baik dunia kerana ia berkualiti dan Malaysia merupakan pengeksport utama sawit dunia setakat ini walaupun Indoensia dan Thailand mempunyai ladang yang lebih luas.

“Tahun lepas negara memperolehi pendapatan RM80.20 bilion hasil eksport minyak sawit ke beberapa negara antaranya ialah negara China, Pakistan, India dan Eropah, manakala eksport akan terus meningkat 3.5 peratus setahun.

Polis, SPRM Diminta Siasat Segera Pendedahan Penyelewengan RM1 Billion Di Selangor

Posted: 03 Jul 2012 04:01 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Julai – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pandan, Mejar (B) Mohd Iszeham A. Hamid mendesak pihak berkuasa agar segera mengadakan siasatan terhadap dakwaan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong yang mendakwa berlakunya penyelewengan di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang melibatkan transaksi berjumlah lebih RM 1 billion.

Menurut beliau, dakwaan penyelewengan berjumlah RM1 billion ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia melibatkan sejumlah wang rakyat yang begitu banyak.

"Saya meminta agar pihak polis dan SPRM agar segera menjalankan siasatan terhadap dakwaan Datuk Chua Tee Yong itu, adakah benar-benar berlaku penyelewengan sebanyak itu dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor.

"Begitu juga dengan dakwaan beliau yang mengatakan bahawa kerajaan negeri telah membeli aset Talam Corporation dengan harga RM676 juta duit rakyat untuk menyelamatkan syarikat terbabit, biarpun sebelum ini bajet dewan Undangan Negeri Selangor telahpun meluluskan sebanyak RM392 untuk syarikat tersebut.

"Saya yakin, rakyat di negeri ini pastinya juga ingin tahu sejauh manakah dakwaan tersebut dan sekiranya ia benar, maka pelaku-pelaku yang melakukan penyelewengan terbabit perlu dihadapkan ke muka pengadilan dengan kadar segera. Kerajaan Pakatan Pembangkang  di Selangor juga perlu terbuka dan tidak berselindung, atau melindungi sesiapa dalam isu penyelewengan ini," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Katanya lagi, Pakatan Pembangkang sepatutnya mencontohi UMNO yang tidak pernah melindungi mana-mana ahlinya atau pemimpin yang terlibat dalam isu-isu rasuah atau pun penyelewengan baik di peringkat mana sekalipun.

"Kalau dulu Pakatan Pembangkang  setiap masa menuduh UMNO parti rasuah dan kroni namun hari ini, jelas terbukti tidak sampai beberapa hari memerintah Selangor, pelbagai isu telah timbul di dalam pentadbiran Pakatan Pembangkang.

"Dan hari ini, timbul pula isu penyelewengan duit rakyat yang begitu besar berjumlah RM 1 Billion! Pastinya isu ini memerlukan penjelasan yang lebih konkrit dan masuk akal dari kerajaan Pakatan Rakyat.

"Rakyat Selangor sememangnya tertunggu-tunggu apa penjelasan mereka tentang isu penyelewengan yang melibatkan sejumlah wang rakyat yang begitu besar dan Pakatan Pembangkang Selangor juga tidak perlu berdolak dalih dan perlu memberi kerjasama untuk pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka kelak," ujarnya.

Datuk Chua Tee Yong hari ini mendedahkan berlakunya transaksi berjumlah RM1 bilion yang amat mencurigakan dalam kerajaan Pakatan Pembangkang Selangor.

Beliau turut mendakwa bahawa kerajaan negeri Selangor telah membeli aset bernilai RM676 juta bagi menyelamatkan Talam Corporation Berhad (TALAM) yang telah menimbulkan banyak kecurigaan di dalam pembelian aset tersebut. -MediaUMNO

Lebuh Raya Kuala Krai-Kota Bharu… Satu Lagi Projek Lawak Kerajaan Pas Kelantan

Posted: 03 Jul 2012 03:17 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Julai – Langkah kerajaan Kelantan meletakkan batu asas selain melaksanakan kutipan derma bagi Projek  Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai dianggap cukup memalukan setelah projek berkenaan rupa-rupanya masih belum diluluskan mesyuarat Exco negeri tersebut.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Dali Hussin berkata sepatutnya perkara asas seumpama itu perlu diutamakan dan bukannya ghairah meletakkan batu asas selain melancarkan kutipan derma dan sebagainya.

Menurut beliau amat jelas rancangan pembinaan lebuh raya berkenaan sememangnya diragui berdasarkan beberapa projek besar yang diumumkan kerajaan Pas Kelantan yang semuanya menemui kegagalan.

"Sebelum ini ramai yang khuatir dan bimbang serta  ragu-ragu berhubung pembinaan lebuh raya berkenaan termasuklah soal kutipan derma dan sebagainya. Rupa-rupanya apa yang dibimbangkan oleh rakyat selama ini telah menjelma hari ini yang mana masih belum diluluskan di peringkat Exco.

"Bagaimana mereka boleh lancar dan letak batu asas serta kutip derma terlebih dahulu…Bagaimana pula dengan pelan jajaran dan berbagai-bagai lagi yang ada hubungkait dengan pembinaan lebuh raya itu. Apa pun derma itu kita akui bagus dan digalakkan oleh Islam itu sendiri tetapi apakah matlamat dan niat penderma untuk melihat impian mereka membantu menjayakan projek lebuh raya tersebut berjalan lancar kelak. Inilah yang dipersoalkan umum," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mengesahkan projek Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai masih belum diluluskan mesyuarat Exco.

Husam turut mengakui ia akan dibawa dalam mesyuarat Exco pada 4 Julai ini dan kerja-kerja awal untuk membina lebuh raya tersebut bermula sebaik sahaja pelan yang diukur oleh juru ukur bertauliah diluluskan.

Dali yang juga Ketua UMNO Pengkalan Chepa seterusnya mempersoalkan apakah projek lebuh raya derma itu bakal menerima nasib sepertimana beberapa projek mega yang dilancarkan oleh kerajaan negeri sebelum ini yang hanya gah pada pelancaran semata-mata.

"Jika lihat pada peringkat awal ini iras-irasnya seolah-olah ke arah itu..tetapi apa pun kita sama-sama berdoa agar projek lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai tidak menerima nasib yang sama sepertimana beberapa projek yang telah dilancarkan sebelum ini. Lagi pun duit yang didermakan itu  nak letak kat mana.

"Jangan sampai apa yang diperkatakan umum bahawa pengumuman projek berkenaan sebagai modal pilihan raya menjadi realiti kerana janji perlu ditepati dan bukannya janji digunakan untuk undi," katanya. -MediaUMNO

Pemuda Selangor Sifatkan Faekah Manusia Kebal Di Selangor

Posted: 03 Jul 2012 03:01 AM PDT

SHAH ALAM, 3 Julai –Pergerakan Pemuda UMNO negeri Selangor menyifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin sebagai manusia yang kebal kerana walaupun didesak untuk meletakkan jawatan, namun sehingga hari ini beliau masih kekal `berkuasa' sebagai Setiausaha Politik kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ketuan Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata perkara ini perlu diketahui rakyat bahawa kerajaan negeri mempunyai kuasa memecat atau sebagainya jika seseorang individu itu mempunyai kes tertentu.

"Kalau kepala surat kerajaan negeri pun boleh sewenang-wenangnya ditandatangani oleh Setiausaha Politik, yang mana dia tahu bahawa syarikat itu adalah milik anak saudaranya, saya rasa kalau orang yang bermaruah beliau akan meletakkan jawatan.

“Dia akan meletakkan jawatan secara sukarela. Kalau dia orang yang tidak rasa apa-apa, kalau dia rasa semua perkara yang dia buat benar, dia tidak akan meletakkan jawatan," ujarnya mengulas laporan polis yang dibuat oleh Pemuda UMNO Selangor baru-baru ini berhubung salah laku yang dibuat Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Hussin.

Tambahnya, sebagai ahli individu yang bermaruah, kebiasaannya mereka akan meletakkan jawatan.

"Saya lihat ini satu fenomena baru dalam pakatan pembangkang  yang mana kita boleh menandatangani surat sokongan kepada keluarga kita yang terdekat. Ini sebenarnya salah guna kuasa. Kita boleh menandatangani surat sokongan tetapi kepada syarikat yang tidak ada kepentingan kepada kita," ujarnya yang juga Pengerusi Pemuda BN Negeri Selangor.

Sila ikuti wawancara bersama Ungku Salleh Ungku Jamal, Ketua Pemuda UMNO Selangor di dalam Youtube MediaUMNO.

MCA Youth Wants Selangor Govt To Reveal Debt – Recovery Deal

Posted: 03 Jul 2012 02:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, July 3 – The MCA Youth has asked the Selangor Government to spell out details regarding a deal on a debt-recovery exercise involving more than RM1 billion, with a public-listed company.

In giving a background to the case at a press conference here today, MCA Young Professionals Bureau chief Datuk Chua Tee Yong said in 2009, the Selangor state assembly approved RM392 million to Menteri Besar Incorporated to buy the debts of the company owing to the state government.

He said RM277 million was owed to Permodalan Negeri Selangor Bhd and Universiti Industri Selangor (Unisel) but Unisel did not receive any of the money.

If Unisel had received, then it need not have to raise RM30 million to help its students, claimed Chua.

The deputy minister of agriculture and agro-based industries also claimed that RM115 million which was owed to Kumpulan Hartanah Selangor Bhd (KHSB) by the state government was still not paid, according to KHSB’s annual report.

Chua alleged that the state government purchased RM676 million worth of assets from the public-listed company and this enabled the company concerned to migrate from being PN17 company. A PN17 status company is regarded as one which has defaulted in its loan repayments.

“Instead of recovering RM392 million debt, the state government bought up an additional RM284 million worth of assets. This is the clear case of a bail-out where it (state government) used the people’s money to help the company,” he asserted.

Meanwhile, asked to comment on a statement by Kemelah state assemblyman Ayub Rahmat that Johor Umno must take the lead in implementing “true hudud to all races before Kelantan did”, Chua replied:

“We only take note if the hudud statement came from the prime minister (Datuk Seri Najib Tun Razak), his deputy (Tan Sri Muhyiddin Yassin) or as an official statement from Umno.”

Penang Govt Chided For Twisting Truth On Free-Port Status

Posted: 03 Jul 2012 02:32 AM PDT

GEORGE TOWN, July 3 – The Penang Barisan Nasional (BN) has chided state government leaders for having twisted Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s statement regarding the reinstatement of the state’s free port status.

State BN information chief Tan Cheng Liang said state executive councillor Chow Kon Yeow had misled the people by withholding the full text of the prime minister’s reply in Parliament on the matter recently.

Yesterday, Chow was quoted as saying that the prime minister had said that since Penang had been placed within the Principal Customs Area, the concept of a free port no longer existed.

“Actually, the prime minister qualified his statement by saying that the federal government was ready to consider a proposal to reinstate the free port status to boost the state’s economic growth with support of the people of Penang,” Tan told reporters here today.

He claimed that the opposition distorted the prime minister’s statement to show that the BN government’s inability to implement the proposal.

The Penang BN launched a month-long signature campaign to get 1.5 million residents to support a proposal to accord Penang a free port status.

200 Kuin Staff Stage Peaceful Demonstration Against Rector

Posted: 03 Jul 2012 02:28 AM PDT

ALOR SETAR, July 3 – About 200 Kolej Universiti Insaniah (Kuin) staff today staged a peaceful demonstration, urging its Rector Prof Datuk Dr Jamil Osman to resign.

The demonstrators, wearing white attires as a mark of protest, named the protest ‘Himpunan Aman Bersih Kuin 2.0′ and gathered in front of the rector’s office at 1.30pm.

Muhammad Azki Hafizi Ibrahim who represented the Kuin staff said the staff had lost confidence in the rector since he had failed to ensure the welfare of the workers and students.

Muhammad Azki alleged that mismanagement was the cause of the predicament faced by the staff and students.

He added that the matter would be forwarded to Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak since Kuin is a state owned university.

They claimed that although their employer had deducted their salaries for car, insurance, personal and housing loans, the money did not reach the respective creditors.

The staff claimed that some of the staff had been threatened with bankruptcy by banks while others had their cars repossessed while insurance coverage of some had been terminated due to non payment.

Five Kuin staff had also lodged a police report against its rector for alleged criminal breach of trust (CBT) on June 27 at the Kota Setar police station.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...