PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
HOT! NING BAIZURA: BERTUDUNG TAK PERLU MASUK PAS! Posted: 27 Jul 2012 07:37 AM PDT Hanya kerana gambarnya mengenakan tudung tersiar di laman sosial Twitter miliknya, tidak semena-mena nama Ning Baizura Hamzah dikaitkan bakal menyertai parti pembangkang, PAS. Bukan saja hanya berpandukan gambar berkenaan, malah kenyataan dikeluarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, dalam sebuah akhbar sebelum ini seolaholah penyanyi terkenal itu memang berhasrat menyertai parti terbabit. Kenyataan itu tentunya mengejutkan ramai pihak, termasuk Ning sendiri. Kecewa dengan pengumuman yang dianggap sebagai fitnah, Ning terpaksa bersuara di Twitter menafikan khabar itu. Bertemu si empunya diri pada majlis buka puasa dan pengagihan royalti oleh Performers & Artistes Rights Malaysia (PRISM) di ibu kota, kelmarin, Ning berkata, meskipun luahan itu mendapat pelbagai reaksi negatif, dia terpaksa bertindak begitu kerana tidak mahu orang ramai keliru dengan pendirian politiknya. Sebelum ini saya tidak pernah bercerita secara terbuka mengenai pendirian politik saya. Justeru, apabila terbaca kenyataan berbaur fitnah itu di sebuah akhbar, saya memang terkejut. Terus terang, fitnah itu boleh menjejaskan kerjaya seni saya. Bagi mengelakkan kekeliruan, saya ingin memberikan penjelasan, saya menyokong pemerintahan kerajaan sedia ada, kata Ning yang hadir ditemani suami, Omar Dalton. Apa yang dikesalkan Ning, mengapa mereka tergamak menipu khalayak semata-mata bersandarkan kepada gambarnya mengenakan tudung? Gambar itu diambil ketika saya menjalani penggambaran drama terbitan Erma Fatima tahun lalu. Saya muat turun di Twitter sebagai koleksi peribadi. Tak sangka pula ia disebarkan di blog dan terus dijadikan isu kononnya saya berhijab kerana mahu menyertai PAS, seperti yang berlaku ke atas beberapa artis sebelum ini, ujar Ning yang sudah pun menyerahkan perkara itu kepada peguamnya. -generasi pejuang bangsa |
PRU 13 APRIL 2013! PEMBANGKANG GUSAR BN KEKAL DI PUTRAJAYA! Posted: 27 Jul 2012 06:40 AM PDT Apahal pulak pembangkang kecoh suruh bubar parlimen. Berita terkini menerusi kajian yang dibuat BN masih lagi menang pada pru 13. BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menggunakan mandat sepenuhnya, sehingga April 2013, sebelum memanggil Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata, Najib perlu menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun sedia ada untuk terus membantu rakyat serta memakmurkan negara, yang dilihat dapat meraih sokongan. "Saya tidak mahu cadang bila beliau patut bubar (Parlimen), beliau lebih tahu. "Tetapi kalau saya berpeluang, saya akan kata, gunakan hingga akhir (mandat)," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini. Terdahulu tenaga akademik ini mengambil bahagian dalam forum khas mengenai pilihan raya umum ada yang diadakan pada Program Semarak Kasih MPN Bersama Anak Yatim di sini, hari ini. Selain beliau, turut menjadi ahli panel ialah Prof Dr Mansor Mohd Noor dan Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Syed Idid. Shamsul Amri yang juga Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) menekankan bahawa mandat semasa bukan diperoleh menerusi kepimpinan Najib selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional. "Datuk Seri Najib baru tiga tahun jadi Perdana Menteri. Beliau masih ada masa, seharusnya menggunakan untuk meneruskan program kerajaan," katanya lagi. Beliau ditanya pada pandangan MPN bila masa yang sesuai Najib memanggil PRU13 di sebalik spekulasi bahawa Parlimen dibubarkan bulan lalu. Spekulasi baru menyebut Parlimen kemungkinan akan dibubarkan September ini atau November dan jika tidak kemungkinan besar Mac-April depan. Mandat kerajaan semasa akan berakhir penghujung April 2013. Ketika ditanya sama ada beliau melihat kemungkinan BN akan menang tetapi hanya memperoleh majoriti tipis berdasarkan beberapa kajian yang dikemukakan kebelakangan ini, Shamsul Amri bersetuju dengan tanggapan itu. Bagaimanapun beliau menolak andaian negara akan berhadapan dengan kemungkinan Parlimen gantung. "Parlimen gantung, saya rasa tidak, tidak mungkinan... 111-110 kerusi? Tidak mungkin. Majoriti tipis, ya mungkin," katanya lagi. Laporan media kelmarin memetik anggota MPN berkata BN akan menang di peringkat pusat tetapi tidak akan memperoleh majoriti dua pertiga. |
You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment