Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Sanusi Setpol 'Membunuh' Anggota Team Media Kedah!! #TukarKedah
- PANASS!! Lagi Bukti Pas Punya Kedah Sejahtera!! #TukarKedah
- TUDIAA!! Lagi Artis Cun Suarakan Kebodohan Abby Abadi Mengenai Politik dan Agama!!
- EKSKLUSIF PANASS!! Penyokong Pas Halau Mat Sabu Sebab Syiah?!! #TukarKedah
- TUDIAA AIHH!! Apabila Blogger UMNO Di Panggil IBLIS!! #TukarKedah
PANASS!! Sanusi Setpol 'Membunuh' Anggota Team Media Kedah!! #TukarKedah Posted: 30 Jul 2012 10:22 AM PDT Fitnah tu lebih teruk dari membunuh. Kerana kita menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar terhadap seseorang atau sekumpulan. Jadi pada kali ni Mc rasa Sanusi Setpol MB yang suka makan angin sana-sini ni, dah membunuh setiap anggota TMK di Kedah. Kali ada lebih 45 orang anggota TMK di Kedah dan Sanusi sudah berhutang dosa dengan setiap anggota TMK ni, dengan fitnah yang dia buat.
Mc diberitahu bahawa, Sanusi memfitnah TMK dengan menyatakan Padi Jantan itu adalah salah seorang anggota ahli TMK. Sebab tu Mc kata, puak Pas ni main tembak saja. Padi Jantan tidak ada kena mengena dengan kami. Walaupun Mc mengenali Padi Jantan secara peribadi, namun beliau tidak berjuang bersama kami. Beliau ada jalan beliau sendiri. Jadi kenapa tuduh kami (TMK)? Mengenai kisah Sanusi ditangkap sebab songlap wang tu, kami tak terlibat langsung. Jadi tolong beritahu, dari sudut mana yang kata kami ni fitnah Sanusi? Sekarang ni, siapa yang fitnah siapa. Maruah kami dah tercemar, nama kami tercalar. Walaupun kami tidak dapat membalas apa-apa pada Sanusi, namun percayalah.. sempena hari baik bulan baik ini, kami akan tuntut fitnah beliau terhadap kami di akhirat kelak. McTheory: Bulan-bulan puasa pun nak fitnah..teruk betul orang Pas ni.. | ||||
PANASS!! Lagi Bukti Pas Punya Kedah Sejahtera!! #TukarKedah Posted: 30 Jul 2012 02:12 AM PDT Jika di lihat dari perolehan balak yang di katakan berkali ganda lebih dari perolehan zaman BN mentadbir Kerajaan Negeri, apakah Kerajaan Negeri sekarang tidak mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai pentadbir sehingga terpaksa biarkan rakyat mengalami kesusahan seperti yang berlaku kepada penduduk lorong shariff, Jalan Langgar? Atau kerajaan negeri sekarang hanya lebih suka berpolitik, dari mentadbir negeri kearah yang betul? Atau sememangnya puak ni langsung taktau cara nak tadbir sebuah negeri dengan baik? Kalau tak tahu, serahkan balik Kedah kepada UMNO/BN, dari terus dirosakkan oleh Pas yang dunggu ni. Tapi apa nak buat, rakyat Kedah juga yang pilih depa ni.. Tepuk dada tanya iman. Jangan tepuk dahi sudah.. heh.. | ||||
TUDIAA!! Lagi Artis Cun Suarakan Kebodohan Abby Abadi Mengenai Politik dan Agama!! Posted: 29 Jul 2012 11:12 PM PDT Semakin dekat dengan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), semakin rancak isu-isu yang bersangkut-paut dengan politik dibahaskan. Bukan sahaja dibahaskan di 'dunia' politik sahaja, bahkan, dunia industri juga semakin kecoh dengan politik. Seperti ramai yang tahu, semakin ramai artis sekarang ini bergiat aktif menyertai parti-parti politik yang ada. Terbaru, kecoh dan panas dengan kisah pelakon wanita, Abby Abadi yang lantang bersuara semenjak menyertai parti Pas dan selepas dia berhijrah bertudung. Bagi pelakon wanita yang juga sekarang ini sudah pun bertudung, Diana Amir lebih selesa mengulas isu panas artis dalam dunia politik dengan komen yang 'ringan' sahaja. Kata Diana, politik itu bukanlah agama. Diana menegaskan, dia sentiasa menyokong pemimpin yang membawa hukum Islam yang benar tidak kiralah dari parti mana. "Bagi saya politik itu bukan agama. Jadi setiap dari kita harus menyokong sesiapa sahaja pemimpim (Islam) yang mahu menegakkan hukum Islam tidak kiralah ianya datang dari parti manapun dan mana tahu dekat parti yang lain pun ada individu yang bagus jugak dalam menegakkan Islam. "Jadi terpulang pada setiap individu untuk menyokong pemimpin yang dirasakan sesuai dengannya," kata Diana yang dipetik dari Buahmulut.com. Seperti dirinya yang tidak begitu arif dalam selok-belok dunia politik, Diana lebih selesa untuk tidak terlalu ekstrim berbicara. Malah, pendekatan untuk berdiam diri itu lebih baik dilakukan untuk satu-satu isu yang timbul. "Cuma bagi saya tentang politik ni ataupun apa apa yang berkenaan dengan polisi sepertinya lebih baik jangan nak komen sangat melainkan kita ada kemahiran dalam bidang tersebut. Macam saya tak tahu sangat, jadi lebih baik saya diam je daripada berkata sesuatu yang saya sendiri pun tak pasti," katanya. Mengulas tentang isu apabila artis wanita bertudung, punca rezeki tidak ada dalam dunia hiburan, Diana menolak pendapat itu. "Saya tidak setuju jika ada individu yang mengatakan jika kita menyokong mana mana parti politik periuk nasib artis ini akan tejejas, diorang yang menyokong sesuatu parti politik itu pun akan disokong oleh parti politik tersebut dan tak rasa periuk nasi mereka akan tertutup. "Untuk artis yang berhijrah kena kuatkan semangat sebab banyak cabaranya nanti. Kita sentiasa kena ingat yang kita berhijrah ini untuk mendapat redha dari Allah SWT. Jadi jangan risau dengan apa pun yang berlaku, yang penting kita nak dapatkan ganjaran di akhirat bukan didunia ini. Di dunia ni buat pening kepala sahaja. Lebih baik kita fokus untuk ganjaran yang lebih besar di sana kelak," kata Diana. SUMBER | ||||
EKSKLUSIF PANASS!! Penyokong Pas Halau Mat Sabu Sebab Syiah?!! #TukarKedah Posted: 29 Jul 2012 08:18 PM PDT
Info terbaru yang Mc dapat, kehadiran Mat Sabu di Pendang tidak disukai oleh Pas Pendang sendiri. Malah Mat Sabu bersama kroninya dikatakan cuba menyebarkan ajaran Syiah di Pendang dengan mengedarkan risalah berkaitan dengan syiah. Akibatnya, ahli Pas dan penyokong Pas Pendang bangkit membantah dan mengedarkan risalah anti Mat Sabu dan syiah. Sebelum ini pun memang ada ura-ura yang mengatakan bahawa Mat Sabu mahu bertanding di parlimen Pendang untuk kekalkan kedudukan sebagai MP dan kemungkinan besar ada harapan menjadi Menteri sekiranya Pakatan Haram dapat menawan Malaysia. Tinggi sungguh cita-cita Mat Sabu ni. Namun Mc percaya, semua ini terjadi disebabkan pepecahan Pas Pendang semakin ketara. Kerana sudah wujud puak yang menyokong Mat Sabu Syiah dan sebelah lagi menyokong calon tempatan Pas. Atas sebab demikian, Pas Pendang memulakan tindakan untuk menghalau Mat Sabu dengan alasan menyebarkan fahaman Syiah. Namun memang benar Mat Sabu pejuang Syiah. Beliau patut dihalang, bukan saja di Pendang bahkan di seluruh Malaysia. Carta diatas menunjukkan rangkaian kroni Mat Sabu yang menyokong perjuangan syiahnya di Pendang Kedah. Mc minta rakyat Kedah faham, kenapa kita perlu tolak orang yang perjuangkan syiah ni. McTheory: Syiah tu sesat, patut di'bersih'kan dari Malaysia.. | ||||
TUDIAA AIHH!! Apabila Blogger UMNO Di Panggil IBLIS!! #TukarKedah Posted: 29 Jul 2012 05:37 PM PDT
Sedih betul Mc rasa apabila kami TMK disamakan dengan Iblis. Kenyataan yang dikeluarkan blog Pas Kedah yang diuruskan oleh Urusetia Penerangan Negeri Zulkifli Yahaya telah memfitnah kami TMK di bulan Ramadan yang mulia ini. Apakah ini yang Pas panggil Islam? Mengelarkan seseorang muslim yang lain dengan panggilan buruk? Mereka mengatakan kami pemfitnah! Buktikan apa yang telah kami fitnah? Kalau benar kami fitnah, heret kami ke mahkamah. Kami tak takut berdepan dengan apa yang kami tulis di blog kami Mungkin kami tidak tunjukkan muka. Well.. soal keselamatan juga jangan dilupa. Kami sekarang berada dibawah kerajaan negeri yang ditunjang oleh Pas. Kami juga perlu menjaga keselamatan diri dan keluarga, kami takut ada tindakan yang bukan-bukan dibuat oleh pihak penyokong fanatik Pas terhadap kami. Mc beri contoh bagaimana Facebookers TMK, Aktivis UMNO Pekan Naka yang telah beberapa kali diugut oleh puak Pas. Hingga ada yang menelefon beliau untuk memukul beliau sekiranya beliau masih lagi aktif mengkritik dan menghentam kerajaan negeri Kedah dalam facebook beliau. Apakah itu tidak bahaya? Malah rumahnya juga pernah dibuang bangkai ayam sebagai tanda untuk berjaga-jaga. Selamatlah beliau masih bujang trang tang tang.. kalau berkeluarga, rasanya beliau terpaksa pindah ketempat lain kerana bimbangkan soal keselamatan. Kita kembali ke soal fitnah! Blogger Pas kata, kami fitnah kerajaan negeri Kedah. Mc nak tanya balik, isu apa yang kami fitnah Kerajaan negeri? Isu kewangan KUIN? memang benar KUIN tengah nazak sekarang ni. Tarian separa bogel di kelab malam yang diluluskan oleh exco? Perkara itu benar.. surat sokongan exco yang mahu kelab malam lulus? Itu pun benar. Balak di Gunung Inas merosakkan alam semulajadi dan kawasan tadahan air penduduk? itu pun benar, bukan fitnah. Balak di Pedu tak ada EIA? Memang betul pun, disahkan oleh JAS. Balak Hutan Simpan bernilai tinggi di Pendang hilang tanpa dikesan? Perkara itu pun betul. Ketua PKR Langkawi seleweng duit khafalah? Itu pun benar. Malah yang terbaru.. Azizan beri kroni projek berjuta-juta ringgit? Itu pun benar..malah ianya akan bersambung dan tak habis lagi pembongkaran kami mengenai hal itu. jadi apa yang kami fitnah kerajaan negeri? Mungkin ada yang kata TMK mulakan fitnah terhadap Sanusi Setpol MB berkenaan isu songlap duit RM1.3 juta. Cehh.. tolong skrin shot dan sertakan pada Mc, blog TMK yang mana mainkan isu tersebut. Kami ni ada intergriti. Tak main la setakat khabar-khabar angin. Malah kami tak campur pun isu tu. Mungkin ada blogger Kedah lain yang buat. Tapi apa yang Mc boleh beritahu, itu bukan kerja hasil air tangan kami. Sebenarnya, tak ada pun fitnah.. malah kami yang difitnah berulang kali oleh blogger Pas Kedah hingga ada yang katakan kami Cybertroopers yang dilatih oleh APCO yahudi. ha ha ha.. malah kami juga dibayar oleh Dato' Mukhriz Tun Mahathir dengan bayaran rm2000 sebulan, hanya untuk menghentam kerajaan negeri Kedah. Aduh.. lawak benar rasanya perkara ni. Yang tak tahannya siap edit letak star of david dekat logo TMK. Lihat gambar bawah
Dari sumber mana agaknya blogger Pas ni dapat? ha ha ha.. jauh panggang dari api. Ini baru namanya fitnah. Main tulis saja tanpa ada sumber rujukan yang betul. Malah dari segi psywar pulak, troopers Pas Kedah agak jauh ketinggalan berbanding kami. Kalau berminat, jemputlah kami mengajar training psywar. Tak payah panggil APCO, anak melayu Kedah pun pandai. he he.. Sebelum Mc lupa, Mc nak pesan something pada Pas Kedah. Lain kali, ikut pesanan Azizan, buat kerja cara Islam. Dulu dok kutuk UMNO lumat, kononnya tak berapa nak Islamik. Kini bila depa dah jadi kerajaan negeri, bukan kata nak perkasakan Islam. Malah masalah sosial di negeri Kedah semakin teruk. Sudah la ekonomi pun tak maju, infra teruk, masalah sosial pun meningkat. Kiranya tak ada langsung perubahan kearah kebaikan sejak Pas memerintah negeri Kedah ni. Semakin teruk ada la. Bagi Mc dan TMK, kerajaan negeri Kedah sekarang yang ditunjang oleh Pas Kedah dah tak relevan. Takdak perubahan. Malah makin teruk.. Pada pembaca semua rasanya, perlukah kita beri mandat kedua kepada orang-orang ini lagi? P/s: Tolong komen sikit wahai rakyat Kedah yang amat disayangi.. McTheory: Bak kata orang tua-tua, buat mengabihkan beras saja, bagi kat depa ni.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment