Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Lagi Perempuan Gila HINA Nabi Muhammad SAW!!

Posted: 22 Jul 2012 05:37 AM PDT


Lagi perempuan gila menghina Nabi Muhammad SAW, Rasulullah junjungan kita. Apakah ini bermakna mereka tidak menghormati Islam kerana kita lemah? Sampai bila kita nak biarkan perkara ini berlaku? Ini bukan kali pertama ada perempuan muda gila yang menghina Nabi Muhammad.

Mc tak pasti perempuan tu orang Malaysia ke Indon. Kalau Malaysia, baik dia jaga-jaga, kalau dapat mampus la kena pukul. Rasanya pihak pihak berkuasa SKMM kena siasat perkara ni. Perkara ni sensitif, tak boleh dibiarkan lama-lama.

Mc ada cuba masuk FBnya.. tapi tak boleh, mungkin dia dah ambil langkah berjaga-jaga. Inilah yang berlaku apabila umat Islam di lihat lemah dan tidak bersatu. Ramai yang akan cuba mengambil kesempatan.

Sedang kita berkuasa pun, agama kita telah dihina, apa agaknya yang akan terjadi apabila kita dah hilang kuasa?


McTheory:
Sedarlah sebelum terlambat!!

PANASS!! SAH!! Balak di Gunung Inas dan Pedu Langgar Peraturan!! #TukarKedah #JijanBalak

Posted: 22 Jul 2012 02:13 AM PDT

balak gunung Inas..

balak di Pedu
Sudah terbukti pembalakan di Gunung Inas sudah melanggar peraturan Jabatan alam sekitar. Sehingga memaksa, Jabatan Alam Sekitar mengeluarkan notis pemberhentian..


Ini berita penuhnya dibawah..

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata aktiviti pembalakan Hutan Simpan Gunung Inas berhampiran Baling, Kedah telah dihentikan.

Katanya aktiviti pembalakan akan terhenti sehingga Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) diserahkan.

Douglas berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sisa dan Pameran 2012 di sini, Khamis.

Bagaimanapun Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar, Halimah Hassan berkata pihak berkaitan aktiviti pembalakan itu sudah menyerahkan EIA namun ditolak.

"Jabatan Perhutanan memberitahu bahawa kerja-kerja berkenaan telah berhenti dan EIA tidak dikeluarkan," katanya.

Beliau menambah EIA diperlukan untuk dua jenis aktiviti pembersihan tanah.

"Ia diperlukan untuk aktiviti pembalakan di atas tanah 500 hektar dan ke atas. Selain itu dalam kes-kes yang melibatkan perubahan status dalam penggunaan tanah, EIA diperlukan bagi projek-projek yang melibatkan kawasan lebih daripada 50 hektar," kata Halimah.

Dalam pada itu Pengarah Jabatan Alam Sekitar Kedah, Mohamad Sayuti Sepeai juga berkata EIA Gunung Inas telah ditolak.

"Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini telah mengemukakan permohonan tetapi ditolak kerana ia tidak layak untuk menjalankan pembalakan yang luas di kawasan itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, untuk pembalakan di Pedu, EIA tidak pernah dipohon.

Sebelum ini The Star melaporkan bahawa kira-kira 5,000 hektar tanah di Baling dan Pedu telah dibersihkan sejak pertengahan 2011 untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek Ladang Sejahtera.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan bahawa pembalakan di rizab hutan di Pedu, Jeniang dan Baling dilaksanakan mengikut garis peraturan dan panduan yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara. - mStar

Kerajaan negeri Kedah, bukan kisah kesan pembalakkan pada alam sekitar. Apa yang depa kisah hanyalah duit, duit, duit, duit. Kalau air kotor ke, tanah runtuh ke, banjir kilat ke, jalan lubang ke, kerajaan negeri mana pernah peduli. Asalkan poket depa penuh.. itu yang depa kisahkan.. selamatlah Jabatan Alam Sekitar keluarkan notis, kalau tak macam-macam lagi yang akan terjadi kesan dari pembalakan tu.



McTheory:
Balak, balak, balak..kalau boleh satu Kedah depa nak rembat!!

TUDIAA!! Baru 2 Hari Bertudung dah Jadi Ustazah?? - Ustaz Kazim

Posted: 21 Jul 2012 09:39 PM PDT


Baru dua hari pakai tudung, kemudian dah mula mengaku diri ustazah. Malah paling menyedihkan apabila menghina pihak lain seolah-olah diri tu baru lepas salin kulit. Sedangkan dirinya juga dulu penuh dengan maksiat. Itulah yang terjadi didalam Pas sekarang ni. Artis yang suam-suam kuku, yang bertimbun dosanya, masuk Pas dan mengaku menjadi Ustaz atau Ustazah.


McTheory:
Rosak masyarakat kita kalau ramai orang macam depa ni..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...