House PK |
- PERHATIAN! TOLONG JANGAN TUNDA TAYANGAN FILEM TANDA PUTERA!
- CILI KASI TARUK! UCAPAN NAJIB YANG AKAN MEMBUATKAN PAKATAN ANGIN SATU BADAN!
- PAS AHLI NURAKA! FAUZI SHAARI DITOLAK PAS LARUT DARI MENJADI CALON! KENAPA?
- KARI PANAS! APA YANG PUAK PAKATAN MARAH SANGAT DENGAN GAMBAR INI?
PERHATIAN! TOLONG JANGAN TUNDA TAYANGAN FILEM TANDA PUTERA! Posted: 28 Jul 2012 12:33 AM PDT Bukan mahu melebih-lebih, tapi baru 20 minit pertama filem ini berlangsung, meremang-remang bulu roma kami apabila penataan bunyi dan visual yang sedang berjalan bergabung bersama. Bagi kebanyakan filem-filem di Malaysia, memang jarang untuk kita menonton filem yang berdasarkan sejarah. Apa lagi jika filem itu memang berdasarkan fakta-fakta yang tepat dan sahih. Kebanyakan filem tanah air hanyalah filem-filem komedi, aksi, dan romantik yang sudah biasa disajikan kepada para penonton. Tidak berlebihan jika kami katakan, karya terbaru arahan pengarah terkenal, Datin Paduka Shuhaimi Baba ini sememangnya sebuah filem yang mampu membuatkan anda menitiskan air mata dan mampu menimbulkan perasaan yang bercampur-baur didalam hati. Apa yang paling penting, lakonan oleh Rusdi Ramli, Zizan Nin, Linda Hashim, dan Faezah Elai sememangnya sebuah gabungan yang mantap. Ia mengisahkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan Timbalannya Tun Dr Ismail, yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan mereka bagi memulihkan keadaan Negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969. Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia tentang penyakit leukemia yang dihidapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan Negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga. Apabila mengetahui penyakitnya sudah bertambah teruk dan diberitahu doktor dia hanya ada 2 tahun lagi, Tun Razak bersyukur bahawa Tun Dr Ismail, orang yang dipercayainya yang terkenal jujur dan berintegriti, akan dapat meneruskan rancangan mereka bagi pembangunan negara. Namun begitu, Tun Dr Ismail pergi dahulu apabila dia diserang penyakit jantung dan ini menyebabkan Tun Razak semakin tertekan. Dia mula mengejar masa untuk melaksanakan berbagai-bagai perancangan bagi menjamin kestabilan serta masa depan Negara walaupun sentiasa diancam aktiviti Komunis dan Radikal yang mensasarkan Pegawai Polis tertinggi Negara. Tun Razak mengambil langkah berani – membina hubungan diplomatik dengan Republik China bagi melemahkan pengaruh komunis tempatan walau dia dikecam kuasa barat dan negara sekutu tertentu. Lawatannya ke China yang sangat berjaya dan menerima sambutan yang begitu meriah dan bermakna daripada Ketua Pemimpin China itu membuatkan anasir subversif dan Komunis membalas dendam. Kisah ini memang diambil sepenuhnya berdasarkan fakta dan sejarah. Ianya akan ditayangkan di seluruh pawagam pada 13 September 2012. Jangan lepaskan peluang anda ya! Sumber: Klik sini Jom tonton trailer "Tanda Putera" selepas ini ya! HOUSE PK: KENAPA KITA NAK TUNDUK DENGAN KAUM DAP? Aku nak semua rakyat Malaysia tengok apa yang telah dilakukan oleh Kit Siang, aku nak semua tahu jasa besar Tun Abdul Razak dan Tun DR Ismail, sejarah ni beb. Kenapa nak takut dan nak jaga hati kaum DAP? Ada pernah kaum DAP ni jaga hati kita orang melayu? So, tolong jangan nak potong sana sini dan nak tundakan tarikh asal tanyang filem yang cuku hebat dan dasyat ni! Walau aku belum tengoktapi dari penceritaan rakan-rakan yang dah tonton aku tau filem ini adalh MASTERPIECE! Semalam aku terima satu sms berbunyi "Ada tangan-tangan misteri yang mahu melambatkan siaran filem Tanda Putera yang tentu bermakna dan bakal merangsangkan semangat sayangkan negara serta menjawab pembohongan DAP selama ini yang telah dipropagandakan oleh manusia anti Nasionalis!" Sejarah yang mesti disampaikan kepada melayu yang semakin lupa asal usul mereka dan kepada melayu yang suka sangat nak jadi balaci DAP! Oh ya, aku juga nak korang baca apa yang ditulis oleh blogger Another Brick pasal filem ni. KLIK SINI Shuhaimi Baba adalah pengarah yang sangat aku suka dari zaman dulu lagi, aku tau dia adalah pengarah tersohor negara. Ada satu lagi sahabat aku, blogger MIK juga kupaskan pasal filem masterpiece Tanda Putera ni. KLIK SINI Kepada mereka yang berpeluang menghadiri Pra Tonton Filem TANDA PUTERA pada 18 Julai yang lalu, hampir keseluruhan mereka memberikan komen yang serupa "...generasi muda melayu akan lebih faham perjuangan tokoh pemimpin pemimpin yang terdahulu dan akan mengenali wajah sebenar dan hati budi jahat pemimpin DAP yang terbukti Chauvanist…!! KEBENARAN MESTI DISEBARKAN AGAR ANAK MELAYU KITA TIDAK MENJADI BANGSA KURANG AJAR YANG LUPA ASAL USUL MEREKA! |
CILI KASI TARUK! UCAPAN NAJIB YANG AKAN MEMBUATKAN PAKATAN ANGIN SATU BADAN! Posted: 27 Jul 2012 05:00 PM PDT Meskipun tiada label Islam, perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap berpandukan kepada maqasid syariah yang bukan sahaja menjaga kepentingan agama Islam tetapi juga keamanan, ilmu, ekonomi dan juga keturunan rakyat negara ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Percayalah kita berada di landasan perjuangan yang betul walaupun tidak ada label Islam kerana tetap berpandukan kepada kehendak Islam seperti yang tertera dalam maqasid syariah yang digunakan sebagai panduan induk kepada kerajaan. "Islam itu tidak sempit agama tetapi ada puak-puak tertentu yang tidak meletakkan Islam dalam pertimbangan mereka," katanya ketika berucap pada majlis Ihya Ramadan Bersama Perdana Menteri di Kediaman Rasmi Menteri Besar, di Ipoh, sebentar tadi. Hampir 5,000 tetamu menghadiri majlis itu yang turut diserikan dengan kehadiran pemimpin parti komponen termasuklah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan Timbalan Pengerusi GERAKAN, Datuk Chang Ko Youn. Terdahulu, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta umat Islam berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Penasihat Agama kepada Menteri Besar, Datuk Najmuddin Elias. Read more... |
PAS AHLI NURAKA! FAUZI SHAARI DITOLAK PAS LARUT DARI MENJADI CALON! KENAPA? Posted: 27 Jul 2012 07:00 AM PDT Antara nama yang seringkali diusung dan dijadikan modal oleh PAS adalah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Dato' Fauzi Shaari. Dengan gambaran, Fauzi adalah cerminan kepada sokongan anggota-anggota dan pegawai-pegawai polis kepada PAS dan Pakatan Rakyat. Sekurang-kurangnya itulah dakwaan dan tohmahan PAS serta Pakatan Rakyat! Setelah puas diusung ke sana ke mari untuk berceramah, tibalah masanya untuk PAS menguji keberkesanan ayam tambatan baru mereka. Fauzi Shaari cuba dicalonkan di Parlimen Larut. Ahli Parlimen Larut sekarang adalah Dato' Haji Hamzah bin Zainuddin, dari Barisan Nasional merangkap Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Pada PRU12 lalu, Hamzah bin Zainuddin telah berjaya mengalahkan Dr. Mohd Dhari Othman dari PAS dengan majoriti undi 1,911. Bagaimanapun, PAS Kawasan Larut mempunyai pertimbangan yang lain. PAS Larut tidak memerlukan Fauzi Shaari sebagai calon Ahli Parlimen mereka, sebaliknya mereka lebih mempercayai Mohd Akmal bin Kamaruddin, manakala DUN Selama dan Kubu Gajah pula, PAS Kawasan lebih menaruh harapan kepada Dhari Othman dan Nazri Hj. Din. Satu lagi DUN dalam Parlimen Larut iaitu DUN Batu Kurau. DUN Batu Kurau bagaimanapun, telah diserahkan kepada PKR untuk ditandingi bagi mewakili Pakatan Rakyat. Sepucuk surat dari PAS Kawasan Larut untuk Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mendedahkan bagaimana PAS Kawasan menolak cadangan meletakkan bekas Pengarah JSJ PDRM itu di Parlimen Larut. Sekaligus menunjukkan sudah wujud kebimbangan daripada jentera-jentera bawahan PAS tentang usaha-usaha yang mereka lakukan selama ini, akan dicantas oleh orang atasan semata-mata untuk memenuhi janji yang diberikan tatkala menarik individu seperti Fauzi Shaari ke dalam PAS. Meskipun PAS seringkali mencanangkan konsep WALA' dan TSIQAH untuk menunjukkan bagaimana ahli-ahli dan pemimpin peringkat bawahan mampu menjadi taksub dan membuta tuli, namun perkembangan terbaru ini menyaksikan bagaimana PAS Kawasan sudah mulai bimbang dengan pertimbangan tidak wajar yang seringkali diambil oleh kepimpinan pusat. Namun sesuatu yang sangat menakjubkan ialah bagaimana individu-individu yang baru BERSALIN KULIT seperti Fauzi Shaari mendapat tempat yang jauh lebih istimewa berbanding mereka yang sudah lama berjuang di dalam PAS. Hanya kerana mereka pernah berkedudukan dalam jawatan, mereka boleh mengatasi semua usaha keras akar umbi PAS dan segala jerih-perih serta keringat yang ditabur semata-mata untuk memastikan PAS berada pada kedudukan sekarang. Mungkin kerana itulah, PAS Larut bertindak tegas dengan melanggar WALA' dan TSIQAH menerusi tindakan mereka menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Agung PAS sendiri. SEL13.COM |
KARI PANAS! APA YANG PUAK PAKATAN MARAH SANGAT DENGAN GAMBAR INI? Posted: 27 Jul 2012 03:57 AM PDT Di sebalik kesibukan memenuhi undangan dan jadual padatnya sebagai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak ketinggalan mendalami ilmu agama bersama tokoh agama terkenal, Ustazah Datuk Dr Fatma El Zahra. Bertempat di kediaman peribadi Perdana Menteri petang tadi, Datin Seri Rosmah bersama-sama 30 rakan rapatnya mempelajari ilmu berkaitan solat sunat Tasbih daripada Dr Fatma. Sebelum melaksanakan solat sunat terbabit, Dr Fatma turut mengutarakan beberapa fadilat atau kelebihan bagi umat Islam yang mengerjakan amalan tersebut. Dua hari lepas bila blog Papa Gomo siarkan gambar Rosmah tengah mengaji, maka gang-gang Pakatan masuk dan menyerang serta memaki hamun Rosmah dengan begitu dasyat sekali. Hanya kerana gambar tu maka anjing-anjing pakatan naik gila? Why? Salah ke bat benda baik? Kenapa nak marah? Tetapi puak pakatan ni jugak bila kita bongkarkan video Anwar dan fakta kes Liwat mereka kata kita buat fitnah! Agaknya la, mereka suka kalau pemimpin UMNO ni jadi macam pemimpin mereka, buat Zina, Liwat, sapu bini orang dan segala macam maksiat maka mereka akan puji dan pertahankan. Buat benda baik ni mereka takleh terima kot. Sekarang aku nak tunjukkan gambar-gambar yang akan buatkan mereka kepanasan api dalam jiwa mereka lagi, sila la tengok gambar-gambar ni: Kalau nak tengok gambar penuh majlis PM dan MB Perak KLIK SINI Perhatian: Ini adalah gambar orang tengah beribadah dan bukan tengah buat maksiat! Nak Marah jugak ke? Nak maki ke? |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment