UMNO Online - “Pembangkang Cuba Budayakan Nilai Negatif Di Kalangan Rakyat – Shafie” plus 9 more | |
- Pembangkang Cuba Budayakan Nilai Negatif Di Kalangan Rakyat – Shafie
- ’1Malaysia Janji Ditepati’ Tema Hari Kemerdekaan Tahun Ini
- UMNO Sungai Siput Manfaatkan Saat-Saat Akhir Daftar Pengundi Baru
- SUARAM: Alat Pembangkang Promosi Dusta Dan Pembohongan Pembangkang
- Satu Malaysia Sudah Tahu, Mengapa PKR Selangor Perlu Menipu?
- Mengenal Ulama Sebenar, Ulama Jahat… Dan Peliwat…
- Denda Maksimum RM2,000 Bagi Kesalahan Jalan Raya Dalam Pindaan Akta Pengangkutan Jalan
- Caring Volunteers Concept Good Platform To Fight Drug Abuse – Najib
- Ahmad Phesal Datuk Bandar Kuala Lumpur Baru
- Forum Siri Pemikiran Kritis – Bukti Majlis Peguam Sudah Mampu Berinteraksi Dengan UMNO
| Pembangkang Cuba Budayakan Nilai Negatif Di Kalangan Rakyat – Shafie Posted: 25 Jun 2012 04:25 AM PDT
Beliau berkata budaya negatif seperti itu jika tidak ditegur dan diperbetulkan boleh membawa implikasi buruk kepada pemikiran rakyat bukan sahaja dalam aspek hubungan rakyat dengan kerajaan atau pemimpin tetapi juga hubungan sesama masyarakat. “Budaya yang diamalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ialah budaya membela dan membantu rakyat serta membangunkan negara kita manakala pembangkang pula menanamkan nilai-nilai buruk supaya tidak mengenang budi,” katanya. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata demikian selepas merasmikan Program Rakan Alam Sekitar peringkat Parlimen Semporna anjuran Jabatan Alam Sekitar di sini hari ini. Menurut Shafie pembangkang juga menyogok budaya negatif lain seperti tidak perlu membayar hutang dan berani menabur janji meskipun mengetahui mereka tidak akan mampu mengotakan janji. Katanya, kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Pembangkang menjanjikan 20 perkara kepada rakyat negeri itu pada pilihan raya umum lalu namun sehingga ke hari ini, satupun janji berkenaan belum ditunaikan. Shafie yang juga anggota Parlimen Semporna berkata kaedah berpolitik Pakatan Pembangkang semata-mata untuk meraih undi. Mengulas mengenai tiga diplomat dari Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia yang berada di lokasi perhimpunan haram Bersih 3.0 pada 28 April lepas, Shafie berkata jika perkara itu benar berlaku ia amat dikesalkan kerana ia dianggap mencampuri urusan dalam negara lain. “Saya ingat dalam resolusi Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), kita tidak harus terbabit dalam gelanggang politik negara jiran sama ada menghasut atau membantu jentera-jentera politik pembangkang,” katanya. |
| ’1Malaysia Janji Ditepati’ Tema Hari Kemerdekaan Tahun Ini Posted: 25 Jun 2012 04:07 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Jun – ’1Malaysia Janji Ditepati’ dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos. Sarawak pula akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai. Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia. “Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 Sept kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak,” katanya. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di sini Isnin, Rais berkata terdapat cadangan agar Bintulu dijadikan lokasi sambutan Hari Malaysia, namun ia masih belum diputuskan. Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia. Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas. Pada 17 Julai, perdana menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling secara serentak, kata Rais. Pada bulan Ramadan, program berkaitan tetapi berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam dan beberapa acara untuk kaum lain turut disusun. Rais dalam pada itu meminta semua pihak agar mengenepikan perbezaan fahaman politik bagi menjayakan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 itu. “Para pemimpin masing-masing perlu memainkan peranan dengan sokongan rakyat supaya Jalur Gemilang dikibarkan di setiap rumah, setiap kedai, setiap gedung dan pejabat dan ini tidak mengira latar belakang politik dan pentadbiran masing-masing,” katanya. “Kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasann dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu,” katanya. |
| UMNO Sungai Siput Manfaatkan Saat-Saat Akhir Daftar Pengundi Baru Posted: 25 Jun 2012 04:06 AM PDT
Oleh yang demikian, setiap UMNO Bahagian harus memainkan peranan penting memanfaatkan peluang yang ada bagi memastikan lebih ramai rakyat terutama ahli UMNO dapat mengundi. Menurut Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput Datuk Dzulkifli Harun, beliau telah mengarahkan agar sayap-sayap termasuk parti komponen agar lebih serius sebelum berakhirnya 30 Jun ini untuk memastikan Barisan Nasional (BN) mampu merampas kembali Parlimen Sungai Siput yang dimenangi oleh PKR dan juga Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong yang dimenangi oleh DAP pada PRU lalu. "Kita memang memberikan perhatian yang lebih terhadap Parlimen Sungai Siput dan DUN Jalong kerana kita mahu memastikan Parlimen Sungai Siput mampu meyumbang kemenangan dua pertiga parti di PRU nanti. "Sebab itulah, saat-saat genting ini harus digunakan sebaik mungkin agar kita dapat mendaftarkan seramai mungkin daftar pengundi baru. Saya juga berpuas hati dengan parti komponen yang turut sama memainkan peranan penting dalam membantu mendaftar pengundi baru," ujarnya kepada UMNO-Online. Selain itu tambah beliau, setelah semua pihak bertungkus lumus memastikan daftar pengundi baru meningkat dengan baik, akhirnya semua akan terpulang kepada calon yang bakal diletakkan semasa PRU nanti. "Kita memang tidak boleh menolak bahawa faktor calon juga memainkan peranan penting dalam memastikan kita berjaya dalam PRU. Sekarang ini soal calon harus dititik beratkan kerana sekiranya tersalah letak calon, kawasan yang sepatutnya menang juga kita boleh kalah," ujarnya lagi. Baru-baru ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah menyatakan bahawa Jun adalah detik paling sesuai untuk mendaftar sebagai pengundi sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan. Menurut Abdul Aziz, bulan Jun adalah bulan terakhir suku tahun 2/2012 dan selepas itu nama-nama tersebut akan dipamerkan pada bulan berikutnya iaitu Julai selama dua minggu. Jika tiada sebarang bantahan, senarai daftar pemilih berkenaan boleh diwartakan. Semakan boleh dibuat melalui Call Centre di ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6565 ataupun menelefon ke pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri mulai 8.00 pagi hingga 5.00 petang, Isnin hingga Ahad tujuh (7) hari seminggu sepanjang bulan berkenaan. Malah, semakan juga boleh dibuat menerusi Laman Sesawang SPR di www.spr.gov.my dengan cara memasukkan nombor kad pengenalan dalam ruang semakan yang disediakan dan maklumat pendaftaran pemilih akan dipaparkan; Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPRSEMAKNO.KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888. Semakan di kaunter SPR boleh dibuat di Ibu Pejabat SPR Putrajaya, ataupun di pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri dan dibuka pada hari Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang sepanjang bulan berkenaan. – MediaUMNO |
| SUARAM: Alat Pembangkang Promosi Dusta Dan Pembohongan Pembangkang Posted: 25 Jun 2012 04:00 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Jun – SUARAM kini dilihat sebagai senjata utama pakatan pembangkang yang sedang giat mengeksploitasi isu pembelian kapal selam Scorpene, bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara. Pembangkang tidak langsung berasa bersalah untuk memburuk-burukkan nama baik Malaysia dan imej kerajaan yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam itu dari sebuah syarikat milik kerajaan Perancis. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hasshim berkata sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti. "Segala tuduhan dan dakwaan SUARAM terhadap Perdana Menteri terdapat banyak keraguan dan tanda tanya. Ini boleh dilihat menerusi fakta-fakta yang menunjukkan jelas SUARAM telah mengaitkan Perdana Menteri dengan Altantunya dan Scorpene adalah satu pendustaan dan pembohongan. “Pertama sekali, di mana mereka mengatakan Altantuya ini dikatakan sebagai kononnya penterjemah tapi kita tahu, mendiang ini cakap Perancis pun tak boleh. Dia bukan seorang yang memahami dan boleh bertutur dalam bahasa Perancis," ujarnya ketika ditemui di Dewan Rakyat petang tadi. Dalam masa yang sama, jelas beliau Altantunya sendiri tidak pernah pun ke negera Perancis kerana iIni terbukti melalui kenyataan Imegresen Perancis bahawa tiada rekod langsung bahawa dia masuk ke Perancis dari tahun 1999 ke tahun 2006. “Ini menunjukkan satu permainan reka cipta yang SUARAM ketengahkan”, ujarnya. Sehubungan dengan itu, Zahrain melihat wujud satu desakan dan pakatan yang kotor yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Kita boleh nampak satu rekaan untuk memburukkan dan mencari jalan untuk menjatuhkan Perdana Menteri. Sekarang, Ketua Pembangkang menggunakan badan-badan lain untuk mempromosikan pendustaan dan pembohonangan terhadap Perdana Menteri dan salah satu badan yang telah digunakan ialah SUARAM. “Sebab itu saya katakana SUARAM ini bukan sekadar NGO, tetapi AGO (Anti Government Organisation) sebab mereka menggunakan asas-asas pendustaan dan fitnah untuk memburukkan pimpinan kerajaan. Saya desak SUARAM minta maaf kepada rakyat, kerajaan dan yang lebih penting ialah kepada Perdana Menteri," tambahnya lagi. Nota: Sila ikuti wawancara UMNO-Online bersama Datuk Seri Zahrain Hashim dalam Youtube MediaUMNO. |
| Satu Malaysia Sudah Tahu, Mengapa PKR Selangor Perlu Menipu? Posted: 25 Jun 2012 03:33 AM PDT
Dari kem Azmin, dikisahkan dengan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Rafizi Ramli sebagai CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Manakala di kem Khalid pula, Setiausaha Politiknya, Faekah Husin pula diserang habis-habisan oleh geng-geng Azmin dan dipaksa untuk melepaskan jawatannya serta merta, mengikut jejak langkah Rafizi Ramli. Khalid Ibrahim semalam mengeluarkan kenyataan mempertahankan Faekah dan menegaskan bahawa Faekah yang dipercayai masih lagi "anak dara" itu tidak melakukan sebarang kesalahan. Dalam masa yang sama, Azmin pula mengeluarkan kenyataan bahawa PKR Selangor tidak bergolak dan menafikan pergaduhannya dengan Khalid Ibrahim serta konco-konconya. Tapi, tiba-tiba muncul pula Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimie Shafie, yang sebelum ini lebih dikenali sebagai "raja pasir Selangor" membuat sidang akhbar mengecam Faekah dan menuntuk agar "anak dara" itu meletak jawatan atau digantung tugas. Begitulah kira-kiranya "drama swasta" yang dilakonkan oleh PKR Selangor menjelang PRU ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Hebat bukan? Harapnya Yusuf Haslam beri perhatian kepada bakat-bakat terpendam ini untuk membintangi filemnya pada masa akan datang… Saya tidak pasti, mengapa PKR Selangor, khususnya Azmin, tetap enggan mengaku bahawa PKR Selangor sedang teruk dilanda krisis yang besar. Azmin dan PKR nak sembunyikan dari siapa? Kalau nak sembunyikan dari ahli-ahli atau pemimpin PKR Selangor, mereka sendiri tahu dan terlibat dalam pergaduhan Azmin – Khalid ini. Malah, rakyat Selangor yang bukan PKR pun tahu tentang krisis antara Azmin dan Khalid. Kalau nak sembunyikan dari rakyat yang berada jauh dari Selangor, rasanya perkara ini bukan lagi rahsia pada mereka. Hampir seluruh negara tahu tentang pergaduhan antara kem Azmin dan kem Khalid Ibrahim. Bukannya rakyat tak tahu bahawa Azmin disokong kuat oleh Anwar dan kem Azmin dibarisi oleh golongan seperti Rafizi Ramli, Shuhaimie Shafie dan mereka-mereka yang mendapat "durian runtuh" dari Anwar… Manakala Khalid Ibrahim pula adalah dari kem Kak Wan Azizah, yang turut disokong oleh Nurul Izzah dan golongan yang simpati kepada isteri Anwar itu. Itu bukan lagi rahsia. Semua orang yang mengikuti perkembangan politik tahu mengenainya. Jadi, mengapa perlu menafikan pergolakan PKR Selangor? Mengapa perlu berbohong tentang sesuatu yang semua orang tahu? Sebenarnya, banyak penyelewengan yang berlaku di dalam pentadbiran Khalid Ibrahim. Dikhabarkan bahawa pendedahan mengenai penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh Faekah sebenarnya didalangi oleh orang-orang Azmin. Ini bukan pertama kali. Sebelum ini Khalid Ibrahim pernah dikaitkan dengan skandal penyelewengan kontrak mewah yang bernilai berbilion ringgit yang diberikan kepada Lim Kim Hong, yang didakwa salah seorang kroninya. Khabarnya, pendedahan itu juga berpunca dari pembocoran maklumat dari kem Azmin. Tapi, bagaimana pula dengan kem Azmin? Khabarnya ada penyelewengan di dalam pejabat Penasihat Ekonomi RM1, benarkah? Jika tidak, mengapa pula Rafizi secara tiba-tiba meletakkan jawatan sebagai CEO di pejabat itu dan memberikan alasan bodoh sebagai justifikasi perletakan jawatan itu? Takkanlah Khalid Ibrahim dan kemnya hanya mahu duduk dan biar saja? Tak mahu dedahkan pada rakyat tentang Azmin dan kroni-kroninya, kah? Atau Kak Wan dan Khalid takut pada Azmin? mykmu.net |
| Mengenal Ulama Sebenar, Ulama Jahat… Dan Peliwat… Posted: 25 Jun 2012 03:27 AM PDT
Kesimpulan yang paling penting yang didapati dari program ini ialah: masalah hudud dan masalah dosa pahala pemimpin tidak harus dijadikan penyebab untuk umat untuk berpecah dari kumpulan. Pemimpin wajib ditaat agar negara boleh menjadi kuat dan tidak memberi ruang kepada musuh untuk masuk dan menghancurkan segala nikmat. Selain dari pengajaran dari kertas-kerja yang dibentang, satu pengajaran tidak langsung yang mungkin ramai peserta terlepas pandang ialah bagaimana kita menilai Ulama. Ulama-ulama yang hadir di program tersebut adalah Ulama-ulama tersohor termasuk Syeikhul Universiti Al-Azhar sendiri. Penyampaian kertaskerja mereka adalah berdasarkan kajian mendalam selama berbelas atau berpuluh tahun. Mereka juga bercakap mengenai pengalaman sendiri dengan melihat perpecahan yang berlaku di negara-negara Asia Barat. Namun, walaupun mereka semua terdiri dari pakar agama yang dihormati, mereka sentiasa berpesan di akhir pembentangan bahawa mereka mengalu-alukan perbezaan pendapat agar dapat diperbincangkan. Selain itu, dari segi keperibadian juga, mereka semuanya bersikap merendah diri, sentiasa bercakap dalam tonasi lembut, mengajak kepada perpaduan, kebaikan dan keamanan. Pendek kata, para hadirin dapat merasa ketenangan yang dibawa oleh Islam di akhir setiap pembentangan. Jika kita seorang yang gemar memerhati dan belajar dari persekitaran, kita akan mendapati bahawa semua ciri-ciri ini tiada dalam diri Ulama-ulama Pas yang sering mendabik dada sebagai 'pemilik mutlak' agama Islam. Dengan itu, penulis meminta agar para penganut Pas bertanya kepada diri sendiri, apakah Nik Aziz layak untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Ulama-ulama tersebut? Apakah Hadi Awang layak berbincang bersama mereka? Kita tahu, jauh di sudut hati para penganut Psd mereka terpaksa jua mengaku yang Tok Guru dan Tuan Guru mereka itu bagaikan langit dengan bumi kedudukannya dari segi ilmu dan akhlak berbanding Ulama-ulama tersohor tersebut. Selama kita mendengar ceramah-ceramah Nik Aziz atau Hadi Awang atau mana-mana Ustaz Pas, tiada ilmu yang kita dapat melainkan mendengar bagaimana mereka memuji diri sendiri dan menghentam semua orang lain yang tidak bersetuju dengan mereka.
Selain dari memetik hadith dan ayat-ayat Al-Quran yang menepati kepentingan mereka, tidak ada kajian mendalam mengenai ayat-ayat terbabit yang mampu dihuraikan mereka dengan sebaiknya tanpa berbunyi politik kepartian. Mungkin dalam menjunjung semangat perpaduan dalam soal perbezaan pendapat, Nik Aziz telah menolak pendapat para Ulama di dalam program Fiqh tersebut yang sepakat bahawa politik tidak seharusnya mempengaruhi niat untuk mengerjakan ibadah haji. Tetapi, malangnya, Nik Aziz tidak mampu menghuraikan pendapatnya dengan menggunakan hujah-hujah ilmiah yang terperinci dengan rujukan-rujukan yang pasti. Sebaliknya pendapat Nik Aziz hanya berasaskan fikiran dan emosi sendiri. Kita pasti, para penganut Pas yang membaca dan memerhati akan dapat mengenalpasti kesilapan ataupun lebih tepat, kesesatan yang dibawa oleh Nik Aziz. Cumanya, kita tidak tahu berapa ramai di antara yang sedar itu yang akan kembali ke pangkal jalan. Kita tidak tahu berapa ramai yang lebih rela berpegang kepada kebencian terhadap UMNO yang ditanam oleh Nik Aziz, berbanding berpegang kepada tuntutan Islam untuk bersatu padu dan mentaati pemerintah. Kerana itu, di harap program seperti ini diadakan lagi untuk kebaikan umat Islam di Malaysia. Untuk itu, eloklah dijemput Nik Aziz, Hadi Awang, Hasan Ali malah, Pak Sheikh Anwar Ibrahim juga, untuk duduk bersama-sama berforum dengan Syeikh Uthman AlMuhammady serta para Syeikh dari Tanah Arab dari program Fiqh ini, demi mencari titik penyatuan. Dengan program seperti ini, kita akan dapat menilai sendiri, mana Ulama sebenar, mana Ulama jahat dan mana satu peliwat. Encik Beruang Biru |
| Denda Maksimum RM2,000 Bagi Kesalahan Jalan Raya Dalam Pindaan Akta Pengangkutan Jalan Posted: 25 Jun 2012 03:14 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Jun - Kadar penalti yang lebih tinggi sehingga RM2,000 mungkin dikenakan bagi beberapa kesalahan jalan raya, termasuk gagal mematuhi isyarat lalu lintas, selepas pindaan kepada Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan kelak. Perkara itu adalah antara yang terkandung di dalam Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2012 yang antara lain mencadangkan tindakan yang lebih tegas diambil bagi kesalahan lalu lintas, termasuk menaikkan kadar denda maksimum sehingga RM2,000 bagi beberapa kesalahan utama. Rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, di sini, hari ini dibentangkan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Rahim Bakri. Pindaan kepada subseksyen 79(2) bertujuan menetapkan denda minimum RM300 dan menaikkan kadar maksimum penalti sehingga RM2,000 dikenakan kepada mana-mana pemandu atau pejalan kaki yang didapati mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas yang diberikan oleh seseorang pegawai polis berpakaian seragam atau seseorang warden lalu lintas yang sedang mengawal selia lalu lintas di suatu jalan. Menurut akta asal, seseorang yang melakukan kesalahan serupa hanya boleh didenda tidak lebih RM500. Pindaan pada subseksyen 26(2) rang undang-undang itu pula bertujuan menetapkan kadar minimum penalti RM300 dan kadar maksimum denda bagi kesalahan memandu tanpa lesen, dinaikkan kepada RM2,000 daripada RM1,000 yang ditetapkan sebelum ini, atau boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya. Kadar penalti serupa turut dicadangkan bagi kesalahan memandu melebihi had laju yang diperuntukkan di bawah subseksyen 40(1). Menurut akta asal, seseorang pemandu yang melakukan kesalahan di bawah subseksyen itu boleh didenda tidak melebihi RM1,000 apabila disabit kesalahan. Rang undang-undang itu juga bertujuan memasukkan takrif baru “basikal elektrik”, yang bererti sikal dengan bantuan kayuh yang dilengkapi dengan motor elektrik sokongan yang mempunyai kuasa berkadar berterusan yang maksimum 0.25kW, dengan outputnya berkurangan secara beransur-ansur dan akhirnya terhenti apabila kenderaan mencapai kelajuan 25km/j atau sebelumnya jika penunggang sikal berhenti mengayuh. Pindaan akta itu juga bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 76A bagi mengadakan peruntukan baru mengenai belok kiri dibenarkan. Peruntukan baru itu bertujuan membenarkan mana-mana pemandu kenderaan bermotor untuk membelok ke kiri di simpang lalu lintas, di mana terdapat isyarat yang membenarkan belok kiri, setelah memastikan selamat untuk berbuat demikian. Bagi maksud subseksyen itu, menteri yang bertanggungjawab boleh menetapkan kaedah-kaedah tertentu berhubung pergerakan kenderaan motor dan pejalan kaki dan pendirian isyarat lalu lintas di simpang lalu lintas di mana belok kiri dibenarkan. Mana-mana orang yang melanggar seksyen itu atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawah seksyen berhubung dengan belok kiri dibenarkan, adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih daripada RM2,000. |
| Caring Volunteers Concept Good Platform To Fight Drug Abuse – Najib Posted: 25 Jun 2012 03:07 AM PDT KUALA LUMPUR, June 25 – The concept of Caring Volunteers can be a platform for participation of more Malaysians to fight drug abuse in a holistic and sustainable manner, said Datuk Seri Najib Tun Razak. The Prime Minister said the concept had been made the theme of the National the Anti-Drugs Day (HADA) 2012 and was being put in action by the 1Malaysia Squad, a mammoth voluntary movement which has 252,128 memebrs. “The 1Malaysia Squad reflects the deep concern Malaysians have on substance abuse issues and are always supporting the government’s efforts to prevent drug abuse and rehabilitation of drug addicts,” he said in his message in conjunction with HADA 2012, today. The 1Malaysia squad, which was established on July 4 last year, is a movement of volunteers under the National Anti-Drugs Agency namely from the Friends Against Drugs (Rada), Drug Rehabilitation Committee, Women Against Drugs (Mawadah), Members of the Board of Visitors (ALP), alumni of the agency (Pendamai) and the Peers Mentoring Society (PRS). The squad is involved in activities such as drug prevention, counselling, treatment and rehabilitation and social support, including when disasters occur. Najib said young people should be encouraged to participate in voluntary work and for this, the Home Ministry (KDN) had established a movement known as “Skuad Muda KDN” (KDN Young Squad), which also involved the participation of the 1Malaysia Squad, comprising youths from various races between the age of 18 and 25. He said a dynamic approach was needed to address the problem of drug addiction with the ADDK to take proactive action by offering treatment and rehabilitation services to society voluntarily through the 1Malaysia Cure and Care Clinic, Cure & Care Service Centre (CCSC) and Caring Community House (CCH). “Since these services were introduced in 2010, there has been a positive impact with the accumulated number of people coming to the nine 1Malaysia Cure & Care Clinic standing at 15,508 people,” he added. He said the number of clients who sought services at the 39 CCSCS nationwide was 341,796 people, as of last May 30. “God willing, the Home Ministry, especially the National Anti-Drugs Agency (AADK), will further widen these these services to ensure Malaysians are free from drug threats,” he added. According to the Home Ministry’s report, there are 300,000 hardcore drug addicts nationwide with 80 per cent of them aged between 15 and 40 and 97 per cent of them men. |
| Ahmad Phesal Datuk Bandar Kuala Lumpur Baru Posted: 25 Jun 2012 02:58 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Jun – Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib, 58, dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk tempoh dua tahun bermula 18 Julai ini. Ahmad Phesal menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang tamat kontrak pada 15 Julai ini. Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pelantikan Ahmad Phesal telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengikut subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960. "Beliau telah berkhidmat selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam, mempunyai pengalaman yang cukup luas dalam pengurusan kerajaan tempatan sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian pada 2007. “Semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian, beliau terlibat secara langsung dengan dasar-dasar mengenai Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur seperti ‘Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, River of Life’ serta program-program pembangunan lain di ibu kota, (dan) ini akan memudahkan beliau menjalankan tugas sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur,” ,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin. Ahmad Phesal menyertai perkhidmatan awam pada 1977, dan antara jawatan yang pernah disandangnya ialah penolong pengarah dan ketua penolong pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dan setiausaha Majlis Perbandaran Labuan. Beliau berkelulusan Sarjana Perancangan Bandar dan Wilayah daripada Universiti Wisconsin dan Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Antropologi dan Sosiologi daripada Universiti Malaya. |
| Forum Siri Pemikiran Kritis – Bukti Majlis Peguam Sudah Mampu Berinteraksi Dengan UMNO Posted: 25 Jun 2012 02:54 AM PDT KUALA LUMPUR, 25 Jun – Forum Siri Pemikiran Kritis yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Malaysia baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik bagi menyemarakkan lagi perbincangan secara ilmiah berkenaan institusi undang-undang di negara ini, kata Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun. Menurut beliau, dengan wujudnya siri-siri forum seperti ini, perbincangan demi perbincangan untuk menambahbaikan sistem undang-undang di negara ini boleh dilakukan dengan idea-idea yang diluahkan oleh panel dan juga peserta forum berkenaan. "Tindakan Majlis Peguam menjemput saya sebagai wakil dari UMNO juga membuktikan bahawa Majlis Peguam kini sudah mampu untuk berinteraksi dengan UMNO dan ini merupakan satu langkah permulaan yang baik untuk kedua-dua belah pihak," jelas beliau. Jelas beliau lagi, dakwaan yang mengatakan Majlis Peguam lebih memihak kepada pakatan Pembangkang dalam beberapa isu sebelum ini, termasuk perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini adalah lebih kepada masalah persepsi. "Dakwaan yang mengatakan bahawa Majlis Peguam lebih memihak kepada pembangkang adalah hanya satu persepsi. Tidak dapat dinafikan, persepsi ini timbul mungkin disebabkan pendirian dan tindakan Majlis Peguam terhadap beberapa isu dilihat masyarakat awam lebih memihak kepada pembangkang. “Jadi, dengan wujudnya forum-forum terbuka seperti ini, ia dapat menghapuskan tanggapan bahawa Majlis Peguam menjadi alat Pakatan Pembangkang untuk kepentingan politik mereka," ujarnya lagi. Manakala menurut Presiden Majlis Peguam, Lim Wee Chee, dakwaan yang mengatakan bahawa Majlis Peguam menentang kerajaan sedia ada hari ini merupakan satu dakwaan yang tidak benar. "Sebenarnya, kita di Majlis Peguam banyak bekerjasama dengan kerajaan dalam hal-hal undang-undang di negara ini. Malah, saya juga kerap mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin dari BN dan UMNO, termasuk Datuk Seri Nazri Aziz untuk berbincang mengenai hal-hal undang-undang negara termasuk isu penubuhan akademi undang-undang yang di cadangkan kerajaan," katanya lagi. Tambahnya lagi, setiap pendirian dan kenyataan awam Majlis Peguam dalam beberapa isu undang-undang di negara ini hanyalah berdasarkan undang-undang semata-mata dan tidak pro kepada mana-mana pihak. Katanya lagi, setiap kali Majlis Peguam Malaysia mengadakan sebarang forum, mereka pasti akan menjemput pemimpin-pemimpin dari BN dan juga Pembangkang, namun kebanyakannya dari forum tersebut hanya dihadiri oleh pemimpin dari pakatan Pembangkang sahaja. Di dalam forum Siri Pemikiran Kritis anjuran Jawatankuasa Peguam Muda Kebangsaan di bawah Majlis Peguam itu, salah seorang ahli panel yang dijemput, Abu Backer Sidek mendakwa bahawa 36 ahli jawatankuasa pusat Majis Peguam yang dipilih di seluruh Malaysia kini sudah menjadi alat kepada pakatan Pembangkang. Ia juga bertambah hangat apabila beliau yang juga merupakan ahli Majlis Peguam Malaysia secara terbuka mengkritik sistem dan perlaksanaan dibawah kepimpinan Presidennya, Lim Chee Wee yang dilihat lebih pro kepada pembangkang terutamanya dalam isu bersih 3.0 dan juga resolusi mesyuarat khas yang mengkritik keganasan pihak polis, dan meminta agar pengerusi Majlis Peguam itu bekerja 10 kali lebih keras untuk menafikan persepsi ini. Forum yang membincangkan pro dan kontra kewujudan akademi undang-undang seperti yang dicadangkan oleh kerajaan itu juga memperlihatkan beberapa pendirian yang menyokong, tidak menyokong dan mengambil jalan tengah. Antara ahli-ahli panel yang terlibat di dalam forum tersebut ialah terdiri daripada bekas Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan; Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd. Hafarizam Harun, Roger Tan Kor Mee ahli MCA, Khaizan Sharizan Abdul Razak dan Abu Backer Sidek. -MediaUMNO |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment