BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM TAK PUAS HATI SENARAI CALON KERANA TAKUT KALAH PRU 13 ???

Posted: 25 Jun 2012 12:00 PM PDT


Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan bertolak ansur mengenai kelayakan pimpinan PKR yang akan bertanding terutama untuk barisan pemuda dan wanita.Menurutnya,kelayakan dan kewibawaan seseorang calon merupakan faktor utama yang akan memastikan kemenangan parti.Bagaimanapun katanya,senarai pimpinan wanita dan pemuda yang dikemukakan setakat ini masih tidak mencapai sasaran seperti yang dijanjikannya sebelum ini.

"Senarai setakat ini menunjukkan kuota pemilihan calon pemuda tidak sampai 10 peratus dan begitu juga dengan wanita.Kita telah menjanjikan 30 peratus kuota wanita.Tidak adil mengetepikan anak-anak muda dengan hanya menempatkan calon lama sahaja. Suara anak muda inilah yang akan mewakili semua kaum kerana parti kita didominasi golongan muda berbanding parti lain," katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan penutupan Konvensyen Keadilan Perak dengan tema Memacu Keadilan dan Kedaulatan Rakyat di Dewan Chin Woo di sini,kelmarin.Anwar berkata,beliau turut menegaskan pimpinan parti untuk segera mempersiapkan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) jika dibuat pada Julai ini.

"Kita tidak menolak pilihan raya ini akan diadakan seminggu sebelum Ramadan.Sekiranya ia tidak berlaku,ia suatu bonus kepada kita.Jangan terkejut sekiranya Sabah akan memberi kejutan pada pilihan raya nanti dengan menempelak kekuatan Umno dan BN di negeri itu," katanya.

Katanya,pimpinan PKR harus mengambil peluang meletakkan calon yang setia kepada perjuangan parti selain mempunyai integriti dan berwibawa dalam kepimpinan. – SH

MACAM DAH TAHU JER TARIKH PILIHARAYA ???

LEPAS TU PUSING KENYATAAN KONONNYA SABAH MENEMPLAK KEKUATAN UMNO DAN BN !!!

SEMUA TU LAKONAN JER BRO !!!

RENUNG-RENUNGKAN

ISU PTPTN !!! @NAJIBRAZAK DI KATA KAN GILA KERANA SELANGOR GAGAL BERI KAN PENDIDIKAN PERCUMA ???

Posted: 25 Jun 2012 08:30 AM PDT



Ternyata,apa yang dilakukan oleh Menteri Pendidikan Tinggi,Khaled Nordin dalam usaha hendak mengajar Rafizi Ramli agar tidak meroyan lebih,membuahkan hasil yang cukup menyenangkan.Isu PTPTN masih lagi menjadi onak dan duri dalam hati para pemimpin Pakatan Rakyat manakala juak-juak dan para pecacai Pakatan yang lain,cuba memutarbelitkan kenyataan dan menyalahkan pentadbiran negara kerana kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menyediakan pendidikan percuma sepertimana yang mereka laung-laungkan selama ini.Alasan paling mudah yang mampu diberikan oleh Pakatan Rakyat,khususnya para pemimpin PKR dalam hal ini ialah,PENDIDIKAN PERCUMA HANYA DIBERIKAN JIKALAU PAKATAN BERJAYA MEMERINTAH PUTRAJAYA.

Terlalu berkhayal jauh selain penyakit kuat berjanji merupakan penyakit terhebat Pakatan Rakyat di Selangor dan seluruh Malaysia.Keterujaan mereka untuk mengekalkan kuasa di Selangor selain merampas Putrajaya dari tangan UMNO-BN membuatkan mereka tidak berfikir panjang tentang janji-janji yang telah ditaburkan.Apabila Pakatan Rakyat menaja soldadu-soldadu mereka untuk menentang PTPTN,para pemimpin Pakatan Rakyat menyatakan mereka mampu memberikan dan menyediakan pendidikan secara percuma kepada rakyat di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Kegilaan untuk menghapuskan PTPTN sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan peruntukan besar kepada kumpulan OCCUPY DATARAN yang kemudian bergabung dengan BERSIH 3.0 melakukan onar dan kekacauan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Apabila PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar baru UNISEL,terjerit-terlolonglah para pemimpin Pakatan Rakyat.Kata mereka,Perdana Menteri Malaysia sudah gila kerana sanggup membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar UNISEL.Anehnya,para pemimpin Pakatan itu tidak pula menyatakan kegilaan itu sebenarnya patut dituju kepada diri sendiri.Bagaimana tidak dikatakan gila kalau mereka yang berjanji, tetapi kemudian apabila pembekuan benar-benar dilakukan,mereka sibuk pula menyalahkan Kerajaan Pusat.UNISEL adalah milik kerajaan negeri.Justeru,segala tanggungjawab terhadap UNISEL terletak sepenuhnya di bahu Kerajaan Negeri Selangor.PTPTN merupakan sebuah agensi yang memudahkan pinjaman.Sama fungsinya dengan bank-bank saudagar yang lain.Kalau sudah PTPTN tidak mahu memberikan pinjaman kepada UNISEL,seharusnya Kerajaan Negeri Selangor yang membiayai pendidikan di UNISEL.

Malangnya ia tidak jadi sepertimana yang dilaung-laungkan sendiri oleh Pakatan Rakyat.Sebaliknya yang mereka bisingkan ialah Perdana Menteri sudah gila kerana tidak membenarkan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar-pelajar UNISEL Dan apabila sudah terdesak sangat,Pakatan Rakyat keluar dengan solusi baru iaitu JUAL TANAH yang mana ramai percaya,penjualan tersebut telah pun dilakukan lebih awal dan sekatan PTPTN sekadar satu alasan untuk Khalid Ibrahim meluahkan rahsia berkenaan kepada umum.Kini masalah PTPTN di UNISEL telah selesai.Yang tidak selesai dan baru berbangkit ialah pembayaran balik PTPTN daripada para pelajar UNISEL begitu menurun.Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat,khususnya PKR masih lagi memekak dengan janji-janji kosong untuk memberikan pendidikan secara percuma sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya.Perdana Menteri masih lagi dikatakan gila kerana PTPTN membekukan pinjaman kepada pelajar-pelajar UNISEL.

Sememangnya yang gila adalah para pemimpin Pakatan Rakyat.Mereka yang membuat janji.Apabila peluang untuk mereka menunaikan janji yang ditabur dalam skala yang lebih kecil,mereka gagal.Malangnya mereka tidak memperbaiki keadaan tersebut,sebaliknya menyalahkan pihak lain di atas kegagalan yang mereka sendiri ciptakan.Kalau sebegitulah kerenah dan tindak tanduk Pakatan Rakyat,tidak mustahil sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya pada PRU13 nanti,bukan sahaja harta benda negara mereka gadaikan dan songlap sebaliknya rakyat Malaysia akan terus dihidangkan dengan pelbagai janji-janji kosong Dan apabila mereka terdesak,segala tudingan dan kesalahan akan dilepaskan kepada BEKAS PERDANA MENTERI dan KERAJAAN SEBELUM INI. - SelangorDaily

EKSKLUSIF !!! SAH !!! PAKATAN HARAM DAN SUARAM MENIPU !!! ALTANTUYA TIDAK PERNAH BERADA DI PERANCIS !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 25 Jun 2012 05:15 AM PDT



Kertas-kertas siasatan polis Perancis menunjukkan bahawa tiada rekod-rekod warga Mongolia memasuki Perancis,menimbulkan persoalan di kewujudan sekeping gambar beliau, Najib dan Abdul Razak mengambil di Paris.

PETALING JAYA : A French police investigation has revealed that a person named Altantuya Shaariibuu has never entered France from 1999 to 2006.Their investigation finds that there are no immigration records of an "Altantuya Shaariibuu" entering France in that period, raising a red flag on the existence of a photograph of the Mongolian, Najib Tun Razak and Abdul Razak Baginda in Paris,allegedly taken between 2004 and 2006.



sekeping gambar warga Mongolia,Najib Tun Razak dan Abdul Razak Baginda di Paris,dikatakan mengambil antara 2004 dan 2006,yang tidak pernah wujud.This is revealed in confidential investigative documents submitted to the French judicial inquiry which is looking into alleged kickbacks in the Scorpene submarine deal between French firm DCNS and the Malaysian governmentThe French investigation also revealed that there are no immigration records to show that Prime Minister Najib and his close aide Abdul Razak had entered France from 1999 to 2006.However,another investigative document revealed that Najib, then a defence minister, and Abdul Razak were part of an official entouarge to Paris from June 16 to June 18,2000.




Najib made further visits to France in July 2001, July 2003, June 2005 and October 2007 but it is possible that Najib and his entourage could have entered France through diplomatic channel.The confidential documents also revealed that DCNS officials had also informed French police that they never met a person named Altantuya and do not know who she is in the course of their negotiations for the Scorpene dealThe DCNS officials had further informed the French police that the negotiations for the submarines were done in Malaysia and not in France.One official – DCNS' former sales manager to Malaysia Fredric Faura – told the French investigators the negotiations were in English and not in French, so there is no need for an interpreter.Furthermore, Altantuya did not speak French so she could not have acted as an English-French interpreter.


gambar superimposed Tian Chua a.k.a. ahli Parliemn gigit polis

He also alluded that he had not met or known Altantuya.

"You ask me if Altantuya was present at these meetings; I say that all Malaysians have perfect English and an interpreter is unnecessary," was his response to a question by the French police.

Likewise,Jasbir Singh Chahl, who is reported by Malaysian NGO Suaram as being the first Malaysian to be subpoenaed as a witness in the Scorpene case, also told the French police that he has never met Altantuya and that she was not involved in the submarine negotiations.

What photo?

If there are no records of Altantuya entering France, questions are bound to rise over the so-called photo being taken of herself, Najib and Abdul Razak in Paris.At a press conference held by Altantuya's father Setev in Kuala Lumpur on April 10, he claimed that he had seen the said photograph. He said that his daughter had showed him the photograph, and that "a lot of witnesses have seen this picture".





Saya dibayar Anwar Ibrahim untuk fitnah Perdana Menteri Malaysia

That was the last time he had seen his daughter as she was later found murdered by being shot in her head and her remains blown up with C4 explosives in October 2006.Abdul Razak – the owner of Perimekar Sdn Bhd and the middleman in the submarine deal – was charged with two Special Action Squad members — Azilah Hadri and Sirul Azhar Umar — over Altantuya's murder but he was subsequently acquitted of a charge of abetment.

His co-accused were found guilty and sentenced to death. As part of his defence, Abdul Razak had admitted that Altantuya was his lover since 2004, and that they had parted ways the next year.Setev is now claiming that his daughter's murder was linked to the submarine deal.

On June 4,international journalist Roger Mitton wrote in a Cambodian newspaper that "soon after meeting her in Hong Kong, Abdul Razak took her off to tour Europe in his red Ferrari, wining and dining at all the best spots and finally ending up in Paris where they met Najib".

In fact, ever since Altantuya's remains were recovered in the early hours of Oct 19, 2006, Najib's detractors had jumped onto the bandwagon to link him to the murder, allegedly over the submarine deal.Many opposition leaders have claimed that they were aware of the photograph which showed Najib, Abdul Razak and Altantuya being together in Paris but so far the photo has not surfaced anywhere.


Nevertheless,they continue to link Najib to her murder, despite the prime minister's vehement denials of even meeting her, let alone knowing her.Suaram has successfully sought for a judicial inquiry at the Tribunal De Grande Instance in Paris to probe alleged corruption crimes and illegal bribes involving top officials from both Malaysia and France in the submarine deal.Suaram claims that DCNS had paid bribery amounting to 114 million euros to Perimekar, with help from Altantuya, who was later gruesomely murdered for allegedly asking a part of the bribe - FMT



Sumber Gambar Gelombang Wangsa Maju @ GWM

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! DR MASHITAH IBRAHIM MENGHENTAM PAS KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 25 Jun 2012 02:00 AM PDT


Tahun ini genap satu dekad Dokumen Negara Islam.Ketika dilancarkan Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada November 2003,ia dicanangkan sebagai "usaha serius menangani kegagalan akal manusia" berhubung pelbagai masalah dalam negara.Dokumen ini kononnya merangkumi semua aspek negara Islam berasaskan al-Quran dan Sunnah,yang disediakan tenaga pakar Pas.Dokumen ini diterbitkan sebagai reaksi kepada cabaran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kritikan seorang wakil Pemuda Pas terhadap kepimpinan parti di muktamar ke-49.

Selama puluhan tahun Pas menuduh kerajaan sebagai sekular,Perlembagaan Persekutuan sebagai jahiliah,mahkamah sebagai toghut dan Umno sebagai "kafir berikat" kerana hubungannya dengan parti MCA dan MIC dalam Perikatan-Barisan Nasional.Cerdik pandai Pas mengambil masa dua tahun setengah menyediakan dokumen 53 muka surat ini atau purata sebulan untuk menyiapkan 1.8 muka surat.Sepuluh muka surat pertama dihiasi tiga ayat al-Quran mengenai kerajaan, bersifat umum dan boleh diguna pakai sesiapa.Empat muka surat selanjutnya ialah kata-kata aluan Abdul Hadi.

Mukadimah pula lima muka surat menjelaskan ideologi Pas. Isi sebenar cuma 32 muka surat, terbahagi kepada empat bahagian : tasawur (gambaran) negara Islam, dasar utama pemerintahan, ciri-ciri utama dan beberapa polisi umum negara Islam.Dari segi ilmu,perbincangan dalam dokumen ini sangat tohor, tidak ilmiah dan terlalu umum untuk dijadikan panduan.Penghasilannya bagai melepaskan batuk di tangga.Allahyarham Prof Datuk Dr Syed Hussein Alatas berpendapat isi buku ini bagaikan khutbah biasa selain penjelasan yang banyak berselindung, banyak kesalahan bahasa dan lebih cenderung menimbulkan kekeliruan daripada penerangan.Sebaik sahaja diterbitkan,dokumen ini menerima pelbagai kritikan. Paling lantang ialah pucuk pemimpin DAP. Karpal Singh kata,"langkah mayat dia dulu" jika Pas mahu wujudkan negara Islam.

Lim Kit Siang berkata,dokumen ini tidak boleh diterima langsung kerana bercanggah dengan Perlembagaan dan manifesto bersama Barisan Alternatif 1999. Ia juga bercanggah dengan prinsip demokrasi, hak asasi,pluralisme, hak wanita dan modenisme.Kit Siang tuduh Pas tidak boleh dipercayai kerana bersikap 'lidah bercabang".Jaminan Pas tidak meneruskan perjuangannya membentuk negara Islam diisytiharkan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Persidangan Gereja-Gereja Malaysia di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan Naib Presiden ketika itu Datuk Mustafa Ali dalam wawancara BBC pada September 2003.

Kit Siang menarik perhatian mengenai perbezaan kandungan dokumen ini dalam versi bahasa Melayu dan Inggeris satu cubaan Pas untuk memberi mesej berbeza kepada pengundi Melayu-Islam dan pengundi bukan Melayu-bukan Islam.Pemimpin veteran DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, partinya tidak akan menyokong hasrat Pas menubuhkan negara Islam kerana ia hanya senjata Pas berebut agenda agama dengan Umno.Dokumen Negara Islam bersifat superfisial, kurang substance dan Malaysia tidak boleh dikuasai pemerintahan ala Ayatollah Khomeini, tegasnya.Pemimpin sekutu termasuk Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah dan Dr Syed Husin Ali jelas tidak selesa dengan pendirian Pas.Mereka mengeluarkan kenyataan akhbar menghormati hak Pas tetapi menegaskan bahawa "sebarang perubahan sistem perundangan dan pengenalan undang-undang hudud perlu mendapatkan sokongan majoriti rakyat."

Tahun ini sepatutnya Pas meraikan sambutan tahun ke-10 dokumen ini diterbitkan kerana ia hasil cerdik pandai Pas mengenai matlamat perjuangannya.Namun, semua orang tahu Pas hari ini sudah banyak berubah dari segi prinsip,cara dan asas perjuangan politiknya.Yang penting bukan lagi negara Islam tetapi kuasa semata-mata.Buku kecil ini pun tidak boleh didapati lagi, baik di pasaran mahupun pejabat Pas. Saya percaya pemimpin Pas sendiri lebih senang jika isu dokumen ini dikuburkan saja.Ia sudah diganti dengan buku lain iaitu perihal negara berkebajikan yang sudah pun saya ulas dalam ruangan ini.Sama-samalah kita tengok apa jadi buku negara berkebajikan ini, adakah nasibnya seburuk Dokumen Negara Islam ???

Oleh DR Mashitah Ibrahim

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! SIAPA KAH NIK AZIZ YANG SEBENARNYA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Jun 2012 10:00 PM PDT


Perwatakan seorang yang bergelar ulama biasanya sinonim dikaitkan dengan rendah diri,baik budi,mesra dalam perbezaan pendapat,memiliki sifat terpuji dan bila dirinya berkata-kata banyak manfaat yang boleh dijadikan panduan oleh anggota masyarakat.Orang tua-tua pula selalu berkata insan yang baik budi dan berjiwa besar acapkali bila makin tinggi ilmunya akan makin tunduk ego dirinya.Itu hakikat dan realiti yang semua orang sudah ketahui.Tapi bagi Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat soal baik budi,merendah diri dan mesra tatkala berbeda pandangan bukannya prioritinya sekalipun dikalangan penyokong PAS beliau dikenali sebagai ulama dan tok guru.

Misalnya dalam polemik isu penangguhan haji demi mendahulukan kepentingan parti dalam pilihanraya,beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan betapa besar ego dirinya sehingga memandang rendah pada pendapat ulama lain.Kelihatan jelas sikap bongkak dan membesar diri sendiri semakin berakar umbi dalam sanubari Nik Aziz apabila tidak dapat menerima nasihat dan pandangan bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar,Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkaitan isu tersebut.Syeikh Mahmoud semasa menjawab soalan seorang peserta di Seminar Antarabangsa Fiqh Mantaati Pemimpin secara terang menjelaskan bahawa hukum mengerjakan haji tetap wajib bagi sesiapa yang mampu dan soal pilihanraya bukannya satu alasan yang membolehkan ibadah tersebut sengaja ditangguhkan.Namun dek kerana bongkak dan ego, Nik Aziz masih juga berpegang erat pada pendapatnya sendiri dengan alasan Nabi Muhammad s.a.w pernah menangguhkan haji.

Walhal,penangguhan ibadah haji oleh Nabi Muhammad s.a.w langsung tiada kaitan dengan pilihanraya melainkan semata-mata kerana untuk mengelakkan percampuran ibadah dengan golongan musyrikin Mekah yang saat itu masih melakukan tawaf di sekeliling Kaabah.Selain itu sejarah Islam merekodkan, antara sebab lain ibadah haji tertangguh pada tahun ke-6 Hijrah ialah kerana halangan oleh kaum Quraisy yang kemudiannya membawa kepada wujudnya satu perjanjian Hudaibiah.Bukankah jauh bezanya di antara isu sekarang dengan peristiwa yang membawa kepada perlaksanaan Perjanjian Hudaibiah di zaman Nabi Muhammad s.a.w dulu ???

Tapi apa nak pelik,bagi Nik Aziz apa saja kesilapan dan keterlanjuran di pihaknya senantiasa cuba dikaitkan dengan zaman Nabi semuanya dilakukan demi untuk mengabui mata rakyat disamping sudah menjadi satu kegemaran bagi dirinya mendahulukan sikapnya yang sombong dan bongkak.Jika rukun Islam ke-5 yakni kewajipan menunaikan haji pun semudah itu sahaja dipandang remeh dan sejarah Islam diputar belit demi memenuhi nafsu kepartian dan keduniaan,masih lagikah kita mahu memanggil Nik Aziz sebagai tok guru ??? Tok guru surat pekeliling dan 'ulamak' politik layaklah,tak begitu wahai pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! PUAK PAS RAMPAS MASJID AL-MUTTAQIN DI SRI KEMBANGAN !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 24 Jun 2012 07:00 PM PDT





UNTUK FAKTA MENGENAI VIDEO DI ATAS !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA !!!

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! BEKAS KETUA PEMUDA PKR TERENGGANU MENGAMUK KAT ANWAR IBRAHIM ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Jun 2012 04:00 PM PDT


Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu,Fakrul Azmin Abu Bakar mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim agar memfailkan saman fitnah terhadap bekas Pengarah Penyiasatan Badan Pencegahan Rasuah Abdul Razak Idris di atas pendedahannya mendakwa disuruh oleh ketua pembangkang itu membuat pengakuan bersumpah (SD).Fakrul Azmin juga turut curiga dengan keikhlasan Anwar bersedia untuk berkerjasama dengan pihak SPRM,sedangkan tiada tindakan yang diambil oleh Ketua Pembangkang itu untuk membersihkan namanya daripada isu tersebut.

"Jika Anwar jujur dengan kenyataan akan beri kerjasama,maka kita meminta Anwar beri penjelasan bagaimana Azmin Ali boleh memiliki aset saham dan wang bernilai berjuta-juta sedangkan gaji Azmin hanya RM2,400 sebulan (pada ketika itu).Jika tidak,akuan kerjasama ini adalah satu lagi agenda putar alam Anwar," katanya dalam kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernama

Sebelum ini,Anwar menggunakan perisai SD Abdul Razak ketika diajukan berkenaan pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset,saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion sepertimana yang terkandung dalam pengakuan berkanun bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Abdul Murad Khalid.Namun,apabila Abdul Razak sendiri membuat kenyataan media pada 21 Jun mendakwa beliau disuruh Anwar untuk membuat SD itu, maka ia merupakan satu kesalahan jenayah dari segi undang-undang.

"Orang yang buat SD itu (Abdul Razak) telah menyatakan dia dipaksa..jadi ini adalah satu kesalahan..lebih baik pihak polis siasat perkara ini kerana dalam (membuat) SD mesti dibuat dengan sukarela.Kalaulah ada satu paksaan..ini adalah satu kesalahan yang amat berat," kata Wee Choo Keong seorang pengamal undang-undang yang juga Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Choo Keong juga turut mengesyorkan kepada Abdul Razak agar membuat laporan polis untuk menyiasat lanjut kebenaran tersebut.Abdul Razak dalam kenyataannya mendakwa Anwar telah menyuruhnya membuat SD pada tahun 2003 untuk membersih namanya daripada dakwaan memiliki 20 akaun induk bernilai RM3 bilion dan mempunyai hubungan berkepentingan dengan pihak Barat.

"Beliau (Anwar) takut saya akan menjadi saksi belot, jadi saya diminta membuat SD dan serahkan dokumen itu ketika dalam kandang saksi.Saya terbabit dalam siasatan ini dan sepanjang menjalankan siasatan,banyak yang dibongkar dan helaian kertas siasatan saja setinggi kira-kira satu meter.Namun, bukti yang tidak mencukupi bagi mendakwa seseorang tidak bermakna orang yang disiasat itu tidak bersalah. Ia juga mungkin bermakna tiada gunanya membuat pendakwaan kerana sudah pasti tidak dapat dibuktikan di mahkamah," katanya.

Sehubungan itu,Abdul Razak turut mengesyorkan agar SPRM membuka semula kes yang beliau tutup dulu dan beliau bersedia menawarkan bantuannya dalam sebarang siasatan baru.Pada 12 Jun lalu akhbar New Straits Times(NST) dalam laporan muka depan bertajuk "Anwar gave order" mendedahkan siasatan BPR pada tahun 1999, menemui bukti rasuah dan salah guna kuasa Anwar ketika berjawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan apabila mendapat pengakuan dari seorang saksi, seorang CEO sebuah bank yang mendakwa Anwar telah mengarahkannya menyalurkan berjuta-juta ringgit ke dalam akaun individu-individu dan syarikat-syarikat tertentu.Namun BPR tidak menawarkan CEO itu sebagai saksi kerana arahan untuk memindahkan dana itu sebahagian besarnya dibuat secara lisan dan tanpa dokumen.

Pada 18 Jun,bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia,Abdul Murad Khalid sendiri tampil memberi kenyataan bahawa beliau bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dengan pengendalian akaun-akaun induk sejumlah RM3 bilion itu.

"Saya telah memberi keterangan-keterangan yang diminta oleh pihak berkuasa.Dan saya juga bersedia untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa, jika dikehendaki."katanya yang turut mengesah bahawa beliau pernah membuat akuan bersumpah pada tahun 1999 berhubung dengan pengendalian akaun-akaun itu. - AIDC
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...