tun faisal dot com |
- Alfatihah - Bob Lokman pula meninggal dunia
- Senarai dikehendaki @PDRMsia : Manusia-manusia keparat demo haram #bersih
- Selaku penganjur demo haram #bersih, Ambiga mesti bayar kerugian RM1.8 juta ini
Alfatihah - Bob Lokman pula meninggal dunia Posted: 03 May 2012 06:30 PM PDT Nyanyuk agaknya; bawa-bawalah berhenti jadi MB Kelantan. Bob Lokman dan Bob Kuman? |
Senarai dikehendaki @PDRMsia : Manusia-manusia keparat demo haram #bersih Posted: 03 May 2012 11:30 AM PDT Manusia-manusia keparat #bersih ni anak siapa ya? Siapa kenal mereka ni ya? Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan. Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin. Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak. Hubungi Pegawai Siasatan Jenayah D7A Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Azmi Aziz di talian 019-2602344 dan 019-3872344 atau email azmiazizi@rmp.gov.my |
Selaku penganjur demo haram #bersih, Ambiga mesti bayar kerugian RM1.8 juta ini Posted: 03 May 2012 09:28 AM PDT PDRM Rugi RM1.8j Dalam Perhimpunan Bersih Sabtu Lalu >> THURSDAY, MAY 3, 2012 Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.828 juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan di ibunegara Sabtu lepas. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut. "Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan hari ini. Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei. Sehingga kini polis telah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh dalam perhimpunan itu dan memburu 49 lagi. Mahmood berkata seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan telah bertugas sepanjang perhimpunan itu. Kementerian sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan tersebut, katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment