BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KISAH BENAR !!! KERANA ALLAH AKU TINGGALKAN DUNIA HIBURAN - AKHBAR !!!

Posted: 03 May 2012 12:00 PM PDT



Mungkin masih ramai yang mengenali seorang artis yang bernama Akbar bin Azmi suatu ketika dahulu apabila Negara kita meletup dengan wujudnya muzik ala hip-hop.Serba sedikit tentang beliau : pernah bersama-sama dengan kumpulan Nasyid Brothers pada tahun 2000 - 2005.Kemudian,beliau bergerak sendiri dengan album rap solonya.Beliau juga pernah beberapa kali membuat penampilan bersama kumpulan hip hop terkemuka di Malaysia iaitu Too Phat dan juga kumpulan dari Singapura iaitu,Ahli Fikir.Tidak terlepas juga berpenampilan bersama-sama penyanyi, Yassin.Bakat beliau bukan sahaja pada nyanyian,juga berbakat dari segi lakonan apabila diberi kepercayaan memegang watak utama di dalam drama bertajuk Fatimah Najwa yang pernah ditayangkan di TV2,beliau juga berpeluang bergandingan dengan pelakon terkenal Ashraf Muslim dalam drama Cinta Sempurna.

Alhamdulillah, hidayah Allah tidak mengira sesiapa,beliau (Akbar) telah meninggalkan dunia hiburan muzik dan lakonan selepas mengetahui bahawa muzik itu adalah haram!,haram!, haram! Sebenarnya,ketika beliau masih menyanyi itu pun beliau telah pun terdedah dengan pendapat-pendapat tentang haramnya muzik di dalam Islam,waktu itu,hati beliau telah pun condong dengan pendapat muzik itu haram,tetapi masih tidak meletakkan satu keputusan muktamad tentang pilihan pegangannya.Akhirnya,selepas beberapa tempoh,beliau mengambil keputusan meninggalkan dunia hiburan muzik apabila terkesan dengan satu hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam iaitu : "Ketahuilah bahawa dalam tubuh ini terdapat segumpal daging. Jika ia baik maka baik pula seluruh tubuh ini Dan sebaliknya apabila ia rusak maka rusak pula seluruh tubuh ini." [HR: Bukhari]

"Telah terang jelas lagi bersuluh penjelasan para Ulama' berkenaan pengharaman muzik ini, tiada lagi alasan untuk saya berdalih untuk menghalalkan muzik dan nyanyian. Ya! saya cintakan muzik,tetapi cinta saya kepada Allah dan RasulNya melebihi segalaNya!". katanya.

Kadang-kadang kita terfikir,betapa bukan mudahnya untuk seseorang itu meninggalkan hobinya apatah lagi ianya merupakan kerjaya yang merupakan sumber pendapatan rezeki.Tetapi, inilah yang berlaku,apabila kita meletakkan cinta kepada Allah dan RasulNya melebihi segala-galanya.Allah akan menggantikan pekerjaannya yang lama dengan pekerjaan yang baru yang mana ia lebih baik lagi diberkati. Jika tidak di dunia, maka di akhiratlah habuannya yakni dunia yg kekal lagi abadi.

Bagi mereka yang masih bergelumang dengan dunia hiburan muzik ini, hayatilah sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam : "Sungguh akan ada di kalangan umatku suatu kaum yang menganggap halalnya zina, sutera, khamr, dan ALAT-ALAT MUZIK.." [HR: Bukhari]

RENUNG-RENUNGKAN

AL-FATIHAH !!! BOB KUMAN MENINGGAL DUNIA !!!

Posted: 03 May 2012 08:43 AM PDT



saya minta maaf kerana artikel saya ini lambat.saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Bob Kuman dan Al-Fatihah kepada Allahyarham Husni Mohd Rawi.Perkhabaran yang pasti mengundang pelbagai emosi apabila berita yang disahkan sendiri oleh pihak kakitangan hospital Sungai Buloh dimana pelawak kesayangan Rakyat Malaysia,Bob Kuman atau nama sebenar allahyarham,Husni Mohd Rawi telah meninggal dunia.

Bob Kuman yang memang terkenal dengan sikap dan lakonan komedinya telah dimasukkan ke hospital Sungai Buloh awal tahun lepas setelah mengalami kemalangan ketika di lokasi penggambaran drama 'Jangan Pandang Belakang Congkak" di Hulu Langat sekitar tahun 2011.

Berita ini turut disahkan oleh wartawan Mazidul Akmal Sidek di dalam blog rasminya dan memberitahu Bob Kuman menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 4.38 petang tadi di kediamannya di Seksyen 11,Kota Damansara.

"Kakitangan Ambulan Hospital Sungai Buloh telah mengesahkan Bob Kuman meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi."

Filem "Jangan Pandang Belakang Congkak 2" pasti akan diingati peminat filem komedi tanah air,Semoga roh Bob Kuman ditempatkan di kalangan orang yang beriman.Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya.

AL-FATIHAH...

KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! PESERTA UMPAMA BINATANG YANG AKAN DI KORBANKAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 03 May 2012 05:00 AM PDT



BERSIH 3.0 benar-benar membuka mata rakyat Malaysia sehingga memaksa mereka yang sebelum ini hanya menjadi pemerhati juga mula mengambil bahagian membincangkannya di laman-laman sosial.Majoritinya meluahkan perasaan geram dan hairan kenapa ada manusia yang sanggup menghuru-harakan negara yang aman makmur ini.kebenarannya,Jika benar niat BERSIH ini adalah untuk memperjuangkan pilihanraya bersih maka kenapa perlu menolak tempat yang ditawarkan kerajaan ??? Kenapa perlu melanggar undang-undang, berarak dan apa perlunya merempuh polis untuk masuk ke Dataran Merdeka,iaitu kawasan yang dilarang ??? lagipun Kita bukan dalam keadaan berperang di mana perusuh perlu menawan kubu penting musuh.apa pentingnya Dataran Merdeka untuk dijadikan tapak perjuangan ??? lepas itu nak laung macam-macam dan maki polis.cuba bayangkan sekiranya polis tiada masa perhimpunan BERSIH,apa akan jadi Bandar Kuala Lumpur.yang saya pelik,Kenapa perlu mengambil risiko tercedera,tergadai nyawa,terjejas masa depan mengambil risiko dibuang kerja atau dibuang universiti kerana telah melanggar undang-undang yakni semata-mata untuk menawan Dataran Merdeka ???

Jika sekadar ingin duduk bantah dan mempamerkan sokongan yang ramai,apa kata duduk di dalam stadium di mana para wartawan boleh membuat liputan dengan mudah dan aman serta menunjukkan kepada dunia jumlah sokongan yang diperolehi oleh BERSIH.

Mungkinkah kerana ingin menutup jumlah sokongan yang terlalu sedikit,maka BERSIH perlu membuat huru-hara ???


Apapun tujuan dan alasannya,apa yang pasti ialah pemimpin-pemimpin BERSIH jelas menyifatkan penyokong-penyokong mereka sebagai manusia yang tiada nilai langsung.Pemimpin-pemimpin BERSIH telah dengan sengaja menyuruh atau membiarkan peserta melanggar undang-undang walaupun tahu bahawa tindakan itu akan membawa padah. Seolah-olah nyawa peserta BERSIH,iaitu penyokong mereka tidak ada harga langsung !!! apabila mereka dikritik dan dipersoal tentang penyokong mereka yang diluar kawalan,mereka langsung tidak ingin memikul tanggungjawab.Malah Ambiga secara terang-terangan,meletakkan kesalahan 100% ke atas penyokong-penyokongnya dengan alasan beliau tidak pernah mengarahkan mereka untuk bertindak ganas.Pemimpin-pemimpin Pakatan Haram pula hanya menafikan sambil menuduh pihak polis sebagai menyamar dan memukul rakan sendiri.Kebenarannya Pemimpin Pakatan Haram ini tahu bahawa dalam mana-mana demonstrasi pasti ada kemungkinan berlaku keganasan dan kecederaan.Jika tidak,kenapakah dalam setiap demonstrasi di mana-mana negara di dunia,kerajaan akan menugaskan polis dan pasukan anti rusuhan untuk bersedia ???

Pasukan polis punya kuasa dan hak untuk menggunakan kekerasan bagi mengawal perusuh yang tidak mematuhi undang-undang.Sekiranya perusuh bertindak ganas,polis juga bertanggungjawab mengikut undang-undang untuk 'menundukkan' perusuh Dan dalam kes BERSIH 3.0 ini,peserta demo telah dengan nyata merusuh,melanggar undang-undang dan mengganas seperti yang dijangka.anda sudah lihat sendiri semua ini.betul tak wahai pembaca Badut Rakyat ??? Ini bukan mengejutkan dan bukan juga perkara baru,tindakan Ambiga enggan bertanggungjawab atas keganasan yang sememangnya telah dijangka mengesahkan yang beliau tidak pernah mempunyai sedikit pun rasa prihatin terhadap penyokong-penyokongnya.


Beliau melihat penyokong-penyokongnya bagaikan lembu yang boleh dicucuk hidung dan dikorbankan bila-bila perlu.Nyawa lembu-lembu ini tiada harga dan tiada kaitan dengannya.Ambiga juga langsung tidak bertanya siapa dan berapa ramai mereka yang terdera dan bagaimanakah nasib mereka selepas perhimpunan itu.Selesai BERSIH 3.0, Ambiga,Anwar,Kit Siang,Hadi semuanya pulang berlenggang sambil mengibas-ngibas tangan melepaskan segala tanggungjawab terhadap kekotoran,kemusnahan,kecederaan dan kesan perbuatan mereka kepada ekonomi dan imej negara.

cuba Anda Fikir,jika penyokong sendiri yang sanggup mati kerana mereka juga mereka sanggup 'lembukan',maka sekiranya mereka memerintah negara ini,pastinya rakyat juga akan mereka 'anjingkan'.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SHAMSIDAR TAK KISAH DENGAN GAMBAR 'AIS KRIM' DAN AZMIN ALI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 03 May 2012 01:38 AM PDT


Isteri kepada pemimpin kanan PKR yang kini didakwa mempunyai skandal seks,menafikan dirinya risau serta tergugat dengan pendedahan tersebut.

Shamsidar Taharin ketika temuramah bersama FMK berkata,beliau langsung tak ambil peduli dengan penyebaran gambar serta video yang membabitkan suaminya.

"Saya tak kisah pun dengan video tu, yang penting hidup saya bahagia" demikianlah khabarnya perkataan yang terkeluar dari mulut isteri Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin.

Menurut sumber,ungkapan tersebut terkeluar apabila beberapa teman rapat menanyakan tentang isu panas berkaitan video lucah yang dikaitkan dengan Azmin.

Walaupun agak terkejut dengan pertanyaan tersebut, namun Shamsidar dikhabarkan masih mampu mengawal perasaan sambil menganggapnya sebagai satu lagi dugaan.

Petikan gambar dari video seks yang dikaitkan Azmin dengan seorang wanita lain dikatakan mula tersebar dalam beberapa blog sejak 30 April lalu dan menimbulkan kegemparan kepada masyarakat selepas kecoh dengan video terkini yang dikatakan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah beberapa akhbar utama turut memainkan isu tersebut sehingga menjadi perhatian.

Sebelum ini Shamsidar pernah dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar,namun sehingga ini gagal dibuktikan.

HOT NEWS !!! KHALID GAGAP 'MASTERMIND' PENYEBARAN GAMBAR 'AIS KRIM' AZMIN ALI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 03 May 2012 08:43 AM PDT


Apa yang sedang berlegar di dalam blog-blog bukanlah memeranjatkan,sekiranya moral pemimpin-pemimpin PKR dibandingkan satu persatu,sehelai demi sehelai.Dari Elizabeth Wong,si pencetus revolusi kerendahan moral yang diterimapakai oleh kepimpinan PKR dan penyokong mereka,termasuklah yang berkopiah dari PAS,sehingga kepada Penasihat Ekonomi,kini "madu" Azizah, iaitu Azmin Ali menjadi penyambung warisan porno hanya baru 4 tahun diberi mandat sebagai kerajaan negeri.

Tipikal Anwarista,UMNO dituduh dengan pelbagai tuduhan,demi menghalalkan kelakuan moral buruk pemimpin mereka.Walhal, politik dunia tidak pernah memberi ruang dan peluang kepada mereka yang terbabit di dalam skandal seks untuk terus berada di dalan lanskap politik semasa. Hairan, di Malaysia, ramai muka tidak tahu malu terus diberi peluang dan yang memberi peluang tentunya lebih pariah dan hina kerana membiarkan perkara ini berlaku. Idea Barat yang menjadi kiblat mereka rupanya bersifat "selective" dan bukannya bersifat telus.


Sedang gambar-gambar foto yang dipercayai diambil dari CCTV berlegar di segenap ruang maya menyebabkan Azmin Ali pening kepala,sebenarnya ada satu lagi skandal yang melibatkan kamera tersembunyi yang masih "disembunyikan" oleh Khalid Ibrahim.Peristiwa penemuan kamera yang didakwa disorokkan di sebalik langsir di dalam bilik menteri besar suatu ketika dulu masih belum terungkai.

Persoalannya, siapakah yang mempunyai akses ke bilik menteri besar itu? Apa dan siapa yang terkandung di dalam kamera berkenaan? Pastinya ada "sesuatu yang di luar kebiasaan" yang berlaku di dalam bilik berkenaan,sehingga ada pihak yang dapat menghidu.

Yang pasti,ia tentunya dilakukan oleh musuh Khalid Ibrahim dan individu yang bertanggungjawab itu pasti seseorang yang dipercayai oleh PKR kerana akses mudah ke bilik milik seorang Menteri Besar Dan tidak dinafikan, ada kemungkinan ia adalah hasil kerja "orang dalam".Mujur,apa yang terkandung di dalam kamera itu masih lagi tersimpan rapi dan sehingga kini,Khalid Ibrahim terselamat dari sebaran foto tertentu.


Menurut makluman dalaman PKR,perang dingin di antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sudah lama terjadi, gara-gara Azmin mengidamkan kerusi empuk Menteri Besar Selangor.Anwar sendiri dikhabarkan beberapa kali "naik angin" dengan Khalid dan lebih suka sekiranya Azmin berada ditampuk pemerintahan Selangor.Berikutan daripada itu, sudah ada,kata-kata nakal yang mengaitkan Khalid Ibrahim dalam skandal penyebaran foto terbaru Azmin Ali.Ia bersifat balas dendam dengan menggunakan method yang pernah cuba dikenakan ke atas Khalid. Cuma,kali ini,method makan tuan.Itu kata nakal politik.Apapun,kita tidak boleh biarkan teori ini begitu sahaja kerana segalanya mungkin,demi penguasaan total kepada negeri paling maju dan kaya di Malaysia.

Namun,kini Azmin yang terperangkap.Siapa punya angkara? Diimbas dari tertangkapnya bekas kekasih Elizabeth Wong,Azmin dilihat gubra dan senyap buat satu jangkamasa yang lama.Nama Azmin dikaitkan oleh bekas kekasih Eli Wong sendiri.Jangan lupa,isunya berkenaan dengan penyebaran foto bogel Eli dan Eli dikenali sebagai sangat rapat dan mesra dengan Khalid Ibrahim.Eli terkantoi,Khalid Ibrahim terlepas.Moral of the story, Selangor dipimpin oleh pemimpin yang rendah moralnya. Dan jika mandat terus diberikan kepada mereka pada PRU13 nanti, itu bermaksud pengundi mereka lebih hina dari binatang, kerana manusia dikurniakan akal untuk berfikir. - SD

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! R THANGAM TELAH DI TANGKAP !!! ANWAR IBRAHIM MACAM MANA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 02 May 2012 10:14 PM PDT


Penahanan R Thangam tengah malam Kelmarin dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak polis bukanlah bukti satu gambaran jelas penglibatan PKR sebagai dalang utama kekecohan semasa demonstrasi tempohari.Walaupun R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah,tidak mustahil tindakan mencabar arahan mahkamah yang dilakukannya itu adalah inisiatif sendiri sekalipun dalam salah satu rakaman video menunjukkan R Thangam adalah antara individu yang awal sekali mengalih penghadang jalan selepas menerima greenlight dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Berdasarkan rakaman tersebut,selepas penghadang dialihkan ia kemudiannya diikuti dengan serbuan beramai-ramai oleh peserta Bersih 3.0 ke kawasan Dataran Merdeka yang akhirnya mendorong pihak polis berundur dan FRU mula mengambil alih dengan melancarkan langkah penguatkuasaan menghalang serbuan tersebut.

Polis yang berkawal di sebalik penghadang pun satu hal,kalau mereka tidak lari dari serbuan peserta demonstrasi Bersih 3.0 tentu saja FRU takkan menyembur air dan menembak gas pemedih mata.Betul tak wahai pembaca Badut Rakyat ???



Apapun,dengan kejayaan penangkapan ini bolehlah Anwar Ibrahim mencuci tangan kerana tiada bukti fizikal yang menunjukkan Anwar adalah orang pertama menyentuh dan mengalih penghadang tersebut.

Setakat arahan isyarat saja antara Anwar dan Azmin Ali tidak memberi makna apa-apa tambahan pula ketika itu Anwar sedang memeluk bahu seorang lelaki berbaju oren,boleh jadi isyarat tersebut bermaksud mahukan privasi tanpa gangguan.

Sedangkan video chinadoll yang 99% tepat pun Anwar dapat tepis dengan selamba badaknya,apa sangatlah dengan bukti video kabur yang hanya menunjukkan permainan isyarat antara Anwar dan Azmin.

Jika sekalipun terbukti isyarat arahan itu punca utama rempuhan dan kekalutan bermula tetap ianya tidak layak dijadikan bukti. Bukankah Presiden Pas,Datuk Hadi Awang pernah berkata bukti video hanyalah besi yang tak layak menjadi saksi,tidak begitu ???

Saya harap selepas ini Anwar kembali cool kerana watak utama punca kekecohan Bersih 3.0 telahpun berjaya ditahan dan tak usahlah lagi marah-marah macam dalam sidang akhbar di Pejabat PKR sehari dua lepas.lepas ini anda nak berlakon apa pulak yek ??? opsss...


Kasihan menengokkan budak Cina bernama Benji Lim yang selama ini berjuang untuk pakatan Haram alih-alih dihalau keluar semata-mata untuk menjaga air muka Anwar yang terpaksa bersilat lidah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Benji Lim.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! PENGAKUAN INSAN YANG BERSAMA AZMIN ALI SELAMA 12 TAHUN DAN PERCAYA AZMIN ALI ADALAH PELAKU UTAMA 'ICE CREAM' ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 02 May 2012 07:00 PM PDT


PENULIS tidaklah membeli,tapi penulis ternampak deretan akhbar arus perdana di kedai yang hampir kesemuanya memilih gambar-gambar yang diekstrak dari video yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali.Soal penyiaran gambar-gambar ini sebenarnya penulis telah sedari sejak dari Ahad lagi.Siasatan lanjut penulis,menemui satu laman web Sex Scandal Azmin Ali yang penulis rasa diwujudkan semata-mata untuk tujuan penyiaran gambar-gambar (tidak mustahil video juga) tersebut.Begitu juga penulis sedar dengan penafian penuh Azmin yang disiarkan semalam disini.

Maaf cakaplah,bukan penulis tidak percayakan Azmin,tapi setakat yang penulis lihat pada gambar-gambar tersebut,memang sah itu Azmin.Kalau mukanya pelanduk dua serupa,bentuk kepala dan beberapa kriteria lain pada imej tersebut memang menunjukkan itu adalah Azmin.

Penulis rasa amat bodoh kalau kita masih mahu menafikan hakikat tersebut kerana penulis sudah memerhatikan Azmin lebih dari 12 tahun.Ia seumpama memerhatikan anak sendiri membesar di depan mata.

Kes Azmin ini berbeza dengan video seks fitnah yang pernah dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar pada satu ketika dahulu.Paling ketara,video tersebut dalam keadaan hitam putih,sedangkan gambar dari video yang dikaitkan dengan Azmin ini dalam keadaan warna,terang dan cukup jelas untuk dinafikan begitu sahaja.

Malah pelbagai 'angle' juga.

Seseorang yang rapat dengan Timbalan Presiden PKR tersebut juga memaklumkan kepada penulis bahawa keadaan dalam rumah itu hampir menyerupai salah sebuah 'kondo hinggap' (dikunjungi sekali sekala) yang dimiliki oleh Azmin. Setakat mana benarnya penulis kurang pasti kerana penulis tidak pernah datang ke kondo tersebut.Justeru,semua maklumat tersebut menjadikan'penafian air liur' semata-mata tidak cukup. Azmin perlu membuat laporan polis agar satu siasatan penuh dapat dijalankan ke atas gambar dari rakaman video tersebut dan siapa yang terlibat di belakangnya.

Dari satu sudut yang lain pula,kelihatannya Azmin diperangkap oleh seseorang yang rapat dengannya,rapat sehingga boleh keluar masuk dalam kondo milik beliau dan memasang semua CCTV tersebut.

Persoalannya siapa?

Penulis tahu,Azmin punya musuh dalaman PKR yang ramai. Statusnya sebagai penyokong setia Anwar sejak sekian lama, sanggup bersama waktu senang dan susah, menjadikannya sebagai individu yang paling rapat dengan pemimpin agung Pakatan Rakyat tersebut, seterusnya dicemburui rakan dan lawan.Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Azmin pernah dikaitkan dengan satu gerakan rahsia dalam PKR untuk menumbangkan pemimpin PKR yang lebih tinggi.Dengan semua keadaan di atas,kalau Azmin mendakwa diperangkap pun penulis tidak terkejut.

Soal Azmin nak membuat hubungan dengan siapa pun, itu penulis tidak kisah kerana sebagai lelaki, beliau mempunyai hak untuk mempunyai pasangan lebih dari satu. Lagipun penulis berpegang kepada kenyataan Anwar, tidak ada siapa (waima kerajaan) pun yang boleh masuk campur dalam hal yang berlaku dalam bilik orang lain, asal saja mendapat persetujuan bersama.


Yang penulis kisahkan ialah, perkara ini akan mengeruhkan lagi sokongan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat kerana bukan semua yang boleh menerima perlakuan seumpama ini, walaupun dilakukan dalam ruang tertutup. Malah di negara negara barat pun, skandal suami orang dengan perempuan lain adalah suatu perkara taboo untuk dilakukan oleh orang biasa apatah lagi ahli politik.

Ringkasnya,Azmin perlu melakukan 2 perkara ini dengan segera, buat laporan polis dan siasat siapa orang dalam PKR yang cuba menjatuhkannya.

Sumber SuaraPakatanRakyat

BLOGGER PAKATAN HARAM PUN DAH PERCAYA !!!

APA MACAM AZMIN ALI ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! QI RANCANG NAK PINANG YUNA LAGI 2 BULAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 02 May 2012 04:00 PM PDT


Hubungan cinta antara penyanyi Yuna dan bekas pemain dram kumpulan Old Automatic Garbage (OAG),Qi bukan rahsia lagi,malah pasangan itu kini sedang dalam proses untuk melanjutkan setapak lagi perhubungan itu melalui ikatan pertunangan tidak lama lagi.

Menurut Qi yang juga merupakan seorang pengacara rancangan televisyen dan pelakon popular,dia berasakan sudah sampailah masanya mereka bertunang selepas hampir dua tahun bercinta di mana secara tidak lamgsung ia bagi mengelakkan cakap-cakap kurang manis tentang perhubungan itu.

"Niat untuk bertunang dengan Yuna memang sudah lama ada dalam hati saya, cuma buat masa ini keadaan kami yang sibuk dengan kerjaya masing-masing menyebabkan kami masih belum mempunyai masa yang sesuai untuk bercakap lebih lanjut tentang ikatan pertunangan tersebut.Mungkin dalam tempoh sebulan atau dua bulan ini kami akan berbincang tentang perkara itu lebih lanjut lagi. Kami harap semua pihak akan mendoakan yang terbaik untuk kami agar ikatan kami itu akan berakhir ke jenjang pelamin nanti," ulas Qi tentang perancangannya untuk bertunang itu.

Perhubungan antara Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dan Qi mula menjadi buah mulut banyak pihak apabila pasangan itu dilihat banyak kali hadir bersama-sama dalam pelbagai majlis sama ada yang disertai oleh Yuna atau Qi yang berasal dari Kuching,Sarawak itu akhir-akhir ini. - MyNewsHub
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...