Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Video Kemalangan Ngeri Kereta Drag Di Putrajaya!! #HBN2012

Posted: 28 May 2012 09:39 AM PDT


Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19,kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar,menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.

Menteri Belia dan Sukan,Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.Beliau berkata perlumbaan tersebut telahpun dihentikan dan beliau akan meminta pihak penganjur membuat siasatan rapi termasuk membuat laporan polis.

"Saya tak mahu lagi tragedi seperti ini berlaku di masa hadapan. Saya sedih dan dukacita kepada mangsa dan keluarga mereka dan ini amat dikesali oleh pihak saya sendiri Dan kita akan lihat apa bentuk bantuan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan kejadian hari ini.

Ahmad Shabery berkata program perlumbaan itu diatur oleh penganjur yang berpengalaman namun beliau difahamkan tidak ada satu badan yang khusus yang menyelia dan mengawasi perlumbaan seperti itu.Diminta mengulas mengenai dakwaan aspek keselamatan diabaikan penganjur,beliau berkata terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan dan beliau akan menunggu laporan penuh bagi mengenal pasti punca kejadian.

Beliau berkata beliau turut dimaklumkan pihak penganjur telah memberi amaran supaya orang ramai berada di belakang bahagian yang dibenarkan, namun apabila sesi itu berlangsung ramai yang tidak mengendahkan arahan tersebut disebabkan kawasan tersebut terlalu sesak dengan kira-kira 10,000 penonton,katanya.Ketua Polis Daerah Putrajaya,ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ia masih dalam siasatan. – Harapan Esok

PANASS!! Video Nurul Izzah dan Ummi Hafilda Bergaduh Sakan!!

Posted: 28 May 2012 06:25 AM PDT



Ceramah ini berhadapan diantara satu sama lain.. setiap perkataan yang keluar dapat didengar oleh penceramah!! Memang terbaik la..

GEMPAR!! Wardina Di Ganggu Panggilan Lucah!!

Posted: 27 May 2012 09:12 PM PDT


Semalam Mc dimaklumkan seorang artis wanita yang sudah bertudung iaitu Wardina diganggu dengan panggilan lucah. Namun tak pula setakat mana lucahnya panggilan itu, yang beliau beritahu hanyalah panggilan lucah.

Mari kita tanya Wardina setelah terkena panggilan lucah, apa tindakan yang dia akan buat?

"Saya rasa nak cari dia, kalau boleh nak kenal dan tahu dia anak siapa," kata Wardina Saffiyah Fadlullah Wilmot, 32, mengulas mengenai panggilan berunsur lucah dan mengaibkan yang diterimanya daripada seorang lelaki tidak dikenali, pagi semalam.

Personaliti televisyen itu yang masih trauma dengan panggilan berunsur lucah itu mendakwa terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dipercayai dilakukan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

"Saya ada anak. Saya pernah rasa melahirkan anak dan pasti sangat sedih apabila anak sudah besar jadi seperti itu (melakukan gangguan seksual).

"Malah, saya simpati dengan dia kerana bersikap sedemikian. Saya pasti dia seorang Muslim, kenapa perlu melakukan perbuatan mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Menceritakan bagaimana kejadian itu berlaku, Wardina memberitahu beliau menerima dua panggilan daripada nombor sama ketika dia berada di rumahnya di Taman Bukit Utama, Bukit Antarabangsa, di sini.

Wardina, minta pihak berkuasa tolong selesaikan masalah ini.. buat laporan polis, kan senang.


McTheory:
Orang Gila Seks memang ramai..

PANASS!! Putrajaya Di Tawan Oleh Belia!! #HBN2012 #BeeAntBlues

Posted: 27 May 2012 07:24 PM PDT

Masih ada bunyi-bunyi cengkerik yang mempertikaikan jumlah belia yang datang ke Putrajaya. Kat sini Mc ada beberapa keping gambar yang menunjukkan bukti Putrajaya ditawan oleh belia selama 5 hari berturut-turut.






Lihatlahh.. penuh sesak!! Nak bergerak pun susah, setiap acara yang dianjurkan mendapat sambutan. Ada pentas lagi melayu, lagu asli, pancaragam, rock, slow rock namun acara paling hebat dan mendapat sambutan ialah acara yang dituntut oleh kaum cina, iaitu pentas K-Pop, artis K-Pop dari Korea dijemput khas untuk buat persembahan. 

Jutaan belia telah berkumpul, jutaan belia telah memberi sokongan terhadap program kerajaan. Himpunan Jutaan Belia ini, berlangsung dengan aman. Kawasan yang tidak dibenarkan masuk, mereka tak merempuh masuk. Tak pula nampak pula sebarang provokasi dilakukan terhadap polis. Polis pula kelihatan tenang melakukan tugas mereka.

Belia yang datang amat berdisiplin tinggi, mematuhi undang-undang negara. Tak pula ada kes-kes kena pukul atau dipukul. Sesungguhnya belia Malaysia sudah dididik dengan disiplin dan cintakan negara, yang jahat-jahat tu, berapa kerat saja..

Walaupun himpunan ni berjuta, tapi tak lah kacau bilau macam himpunan bersih yang 22 ribu orang tu.. orang hanya datang 22 ribu, tapi Anwar canang kata 300 ribu orang datang.. kah kah kah.. lawak-lawak!


McTheory:
Inilah bukti belia Malaysia sudah makin tertamadun tinggi!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...