Isu Irshad Manji - Pas Sokong Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) ?

KOTA BHARU - Suara Pas dalam isu Irshad Manji tidak kedengaran langsung dalam media.

Untuk rekod Irshad adalah penulis buku bertajuk  'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan versi Bahasa Inggeris 'Allah, Liberty and Love' kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
 
Seperti juga soal murtad, Pas mengambil sikap sambil lewa terhadap isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) biarpun parti mendakwa ia memperjuangkan Islam dan Islam mengharamkan perbuatan seksual songsang.

Malahan dalam soal murtad, Pas sanggup tidak hadir pada majlis anjuran anti murtad di Selangor sebelum ini dan membuang pemimpinnya sendiri iaitu bekas Naib Presiden Pas Datuk Dr Hassan Ali.

Ia kerana kelantangan Hassan memperjuangkan keseriusan soal murtad yang melanda umat Islam di negara ini tetapi Pas ketepikan soal itu demi menjaga hubungan politik dengan DAP dan PKR.

Kini, Irshad Manji timbul dan Pas juga mendiamkan diri kerana mungkin ada pemimpin sekutunya yang menyokong konsep LGBT berkenaan.

Berapa lamakah Pas harus menjadi keldai tunggangan parti sekutunya sehinggakan soal agama diketepikan?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...