House PK |
- PANAS BERAPI! KHIR TOYO NASIHAT AZMIN UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS DENGAN KADAR SEGERA!
- GEMPAR BERAPI! KHALID GAGAP RAMPAS TANAH YAYASAN SELANGOR UNTUK ELI KANGKANG!
- MAZLAN ALIMAN TERCIRIT BILA PM UMUM DURIAN RUNTUH UNTUK PENEROKA!
- GEMPAR!!! TERDESAK NAK KUTIP DERMA, KETUA DHPP PERAK YANG KAFIR, AJAR DOA KEPADA PENGIKUT PAS BALING!!!
- CILI KASI TARUK! MEH BACA BETAPA SESATNYA PARTI PAS!
- APA NI? KENAPA THE ECONOMIST KATA BERSIH 3.0 GAGAL? SALAH UMNO GAK KE?
- CILI KASI TARUK! BAR COUNCIL NI ELOK DIBUBAR JE! PEGUAM SENDIRI PUN DAH JELAK LA!
PANAS BERAPI! KHIR TOYO NASIHAT AZMIN UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS DENGAN KADAR SEGERA! Posted: 08 May 2012 01:05 AM PDT Tu dia Khir Toyo pun dah bersuara, apa lagi Azmin? Kasi bikin laporan polis la! Nak tau apa Dato Seri Khir Toyo tulis? KLIK SINI |
GEMPAR BERAPI! KHALID GAGAP RAMPAS TANAH YAYASAN SELANGOR UNTUK ELI KANGKANG! Posted: 07 May 2012 11:53 PM PDT Laman Malaysia Today yang mirik sering mengkritik kerajaan telah membuat pendedahan terhadap Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dan tanah Yayasan Selangor. Pada Mac 21hb, 2011, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Eli Wong telah memohon tanah kepunyaan Yayasan Selangor untuk dijadikan projek pelancongan Pusat kebuadayaan Cina di Klang. Permohonan tanah itu kepada Menteri Besar agak anih kerana yang dipohon bukan tanah kerajaan tetapi tanah kepunyaan Yayasan Selangor dibwah tanggungjawab Khalid sebagai Pengerusi Pemegang Amanah Yayasan. Tanah itu tidak pula ditawarkan untuk beli atau dimajukan bersama tetapi diminta diserahkan saja dengan percuma tanpa apa-apa tawaran kepada Yayasan. Bagaikan lelaki yang sudah termakan nasi kangkang, Khalid hanya menurut permintaan Eli Wong. Sebaik menerima surat itu keesokan hari pada Mac 22hb 2011, Khalid memberitahu Pengurus Besar Ilham Marzuki pada Mac 23hb bahawa perkara ini sudah dibincang dengan Lembaga dan terus diarahnya uruskan penyerahan tanah. Tidak faham apa dimaksudkan dengan Lembaga, adakah Lembaga Pengarah Anak Syarikat Yayasan Selangor atau Lembaga Pemegang Amanah Yayasna Selangor. Mungkin dia baru sedar prosedurnya itu salah dan boleh membawa masaalah pada dirinya. Pada Mac 23hb 2011, Khalid arahkan dalam nota dalam surat Eli Wong supaya dibentangkan kepada Lembaga Pengarah Yayasan Selangor yang mungkin bermaksud Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor. Read more... |
MAZLAN ALIMAN TERCIRIT BILA PM UMUM DURIAN RUNTUH UNTUK PENEROKA! Posted: 07 May 2012 11:15 PM PDT JENGKA: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pemberian "durian runtuh" sebanyak RM1.689 bilion kepada peneroka FELDA berikutan penyenaraian FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia bulan depan. Perdana Menteri berkata, pengagihan fasa pertama membabitkan RM5,000 kepada peneroka diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri dan fasa ketiga RM5,000 untuk generasi kedua. Beliau mengumumkan berita gembira itu di depan lebih 30,000 peneroka di padang FELDA Jengka 8, Pahang, sebentar tadi. Sumber: Klik sini |
Posted: 07 May 2012 08:33 PM PDT Aku tak tahu nak kata apa la tentang PAS ni. Memang betullah macam orang semua cakap, PAS adalah Parti Ajaran Sesat. PAS akan sanggup buat apa-apa sahaja demi menghalalkan cara bagi mencapai matlamat mereka menumbangkan UMNO. Kalau sebelum berkawan dengan DAP dan PKR, PAS takkan berani menonjolkan Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP untuk berceramah atau bercakap apa-apa tentang isu membabitkan orang Islam, atau pun perkara-perkara dalam Islam, tetapi selepas berkawan dengan SYAITAN-SYAITAN BESAR itu, sekarang ni PAS dah jadi taghut yang bukan sahaja buta mata, tetapi buta hati! Korang tonton video yang didedahkan oleh KEDAHAN69ERS.COM ini dan korang nilai sendiri macam mana teruknya Islam di tangan PAS kalau parti itu dibenarkan berkuasa. Sesiapa sahaja yang PAS rasa boleh bagi duit dan kemudahan pada mereka, akan dibenarkan berbuat apa sahaja walaupun merogol Islam dan umatnya secara terang-terangan. |
CILI KASI TARUK! MEH BACA BETAPA SESATNYA PARTI PAS! Posted: 07 May 2012 05:00 PM PDT Apabila Ulama memfatwakan agar jangan berpolitik di dalam Masjid, PAS menentangnya dengan mengambil beberapa ayat Al-Quran yang menyatakan tiada salahnya berpolitik di dalam masjid. Apa yang PAS enggan bincangkan dengan terperinci ialah politik yang dibawa oleh PAS di masjid bukanlah politik sihat tetapi politik yang membawa kepada pecah belah, benci-membenci dan kata-mengata yang mana amat dimurkai oleh Allah S.W.T. Apabila Mufti Perak memfatwakan bahawa tarian poco-poco adalah haram kerana mempunyai elemen Kristian, PAS menempelak konon perkara itu perkara kecil dan tidak wajar diperbesar-besarkan. Bagi PAS, taraf ulama dan agama Islam itu sendiri hanyalah milik mereka dan sesiapa sahaja yang bertentangan pendapat dengan mereka, tidak kira bertaraf Ulama atau tidak, adalah jahil dan tidak Islam belaka. Oleh itu, tugas memfatwakan sesuatu hanya boleh dilakukan oleh mereka dan mereka boleh menolak dan menerima mana-mana fatwa orang lain mengikut hati dan mengikut suasana politik semasa. Fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama PAS bagaimanapun, jauh lebih menyimpang dari ajaran Islam. Antaranya, ialah 'Undi PAS Masuk Syurga', 'Undi UMNO jadi kafir' dan bermacam-macam lagi. Namun, semua penyokong-penyokong PAS memegang fatwa-fatwa sesat ini tanpa banyak soal. Dan hari ini, apabila Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan bahawa demonstrasi jalanan yang berniat tidak baik dan melanggar undang-undang adalah haram maka PAS sekali lagi bangun memperlekehkan semua Ulama yang terlibat memutuskan fatwa tersebut. Semata-mata kerana ingin sangat membela tindakan ganas peserta BERSIH 3.0, Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang video seksnya bakal disebarkan, mengikut sumber-sumber tertentu, menuduh bahawa ke semua 24 ahli jawatankuasa termasuk 14 mufti dalam Majlis Fatwa sebagai tidak faham apa-apa mengenai BERSIH. Kata-kata Mustafa Ali itu dilihat sebagai menghina para ulama ini seolah-olah mereka hanya budak-budak hingusan yang tidak tahu apa-apa mengenai isu dunia, isu politik semasa mahupun agama. Sebenarnya, semua orang faham apa itu BERSIH 3.0, yang tidak faham hanyalah para peserta demonstrasi itu sendiri. Jika mereka faham, mereka tidak akan sanggup turun berdemonstrasi. Mustafa Ali tidak mungkin boleh menafikan bahawa BERSIH mempunyai niat tidak baik dan melanggar undang-undang. Ini kerana amat jelas sekali dalam laungan "Tumbangkan Kerajaan!" "Jatuh BN!" dan "Mampus PM!" oleh peserta demonstrasi, bahawa mereka sememangnya mempunyai niat tidak baik iaitu ingin menggulingkan kerajaan yang sah. Mereka juga jelas melanggar undang-undang dan menipu sejak dari mula lagi iaitu dengan menolak tawaran untuk berdemonstrasi di dalam stadium tetapi sebaliknya berarak serta merusuh di sekitar Kuala Lumpur sedangkan janji mereka pada mulanya hanyalah untuk "Duduk Bantah". Dan apabila mereka mengganas dan memukul pihak berkuasa, itulah kemuncak 'haramnya' BERSIH 3.0 di sisi Islam. Justeru, kita ingin bertanya, apa yang Mustafa Ali tidak faham mengenai Islam sebagai agama yang aman? Apa yang PAS tidak faham mengenai dosa melakukan kerosakan di muka bumi? Dan apa yang Mustafa Ali dan PAS tidak faham mengenai haram menentang pemerintah? PAS sering merujuk kepada pemerintah, iaitu kerajaan, sebagai zalim, namun memetik soalan seorang Pak Cik kepada seorang peserta BERSIH yang lari dari ditangkap polis dan bersembunyi di dalam LRT pada 28 April lalu, "jika kerajaan begitu zalim, berapa ramaikah rakyat yang telah dibunuh oleh kerajaan tanpa sebab?" Untuk pengetahuan semua, peserta BERSIH tersebut tidak mampu menjawab dan turun tersipu-sipu apabila semua penumpang dalam LRT berkenaan memberi sokongan kepada Pak Cik itu. Oleh itu, bahawa adalah berdosa bagi umat Islam menafikan nikmat di depan mata. Adalah berdosa memfitnah kehidupan sendiri yang aman damai dan senang lenang, sebagai susah, derita, tertindas dan teraniaya. PAS sudah terlalu amat keterlaluan dalam mempermainkan fatwa dan agama Islam. Kita yakin, Mustafa Ali sendiri cukup maklum betapa jauh terpesongnya PAS hari ini. Tetapi seperti juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain, beliau tetap tegar mempertahankan PAS mungkin kerana inginkan jaminan syurga seperti yang difatwakan oleh Nik Aziz. Fatwa Undi PAS Masuk Syurga pasti amat tinggi nilainya bagi Mustafa Ali terutamanya jika skandal video seksnya benar-benar wujud dan bakal disebarkan tidak lama lagi. BLUE BEARY! |
APA NI? KENAPA THE ECONOMIST KATA BERSIH 3.0 GAGAL? SALAH UMNO GAK KE? Posted: 07 May 2012 11:22 AM PDT MENURUT media pro-kerajaan, BERSIH 3.0 telah gagal dengan teruk sekali. Tetapi menurut Ambiga, Anwar dan pembangkang Malaysia keseluruhannya, BERSIH 3.0 telah berjaya mencapai matlamat. Alasan pembangkang menyatakan ia berjaya adalah berdasarkan jumlah peserta yang dikatakan mencapai 300,000 di seluruh negara. Namun, kebenarannya ialah bahang BERSIH 3.0 hanya dirasakan dalam jarak 10km radius dari Dataran Merdeka. Jauh sedikit dari itu, orang ramai menjalankan kehidupan mereka seperti tiada apa-apa berlaku. Jika ditanya mengenai BERSIH pula, mereka rata-ratanya akan mencemuh dan tersenyum sinis. Ramai bersetuju bahawa hanya orang-orang yang benar-benar buta tuli atau bodoh sahaja yang akan turun berdemonstrasi dalam usaha untuk menghuru-harakan negara yang aman damai. Jika tidak kerana ramai yang meluahkan rasa menyampah terhadap BERSIH 3.0 di dalam laman-laman sosial, maka tidak keterlaluan dikatakan bahawa penganjur BERSIH 3.0 bersama dengan 25,000 jumlah peserta yang turun pada 28 April tersebut, hanyalah syok sendiri. Read more... |
CILI KASI TARUK! BAR COUNCIL NI ELOK DIBUBAR JE! PEGUAM SENDIRI PUN DAH JELAK LA! Posted: 07 May 2012 08:28 AM PDT KASI BUBAR JE LA, ad apun jadi alat untuk puaskan nafsu Anwar je. Kasi bikin malu la sama badan proffesional! |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment