House PK

House PK


PANAS BERAPI! VIDEO IBU AZMIN YANG PANAS!

Posted: 05 May 2012 08:57 AM PDT




Apabila saya menulis mengenai luahan hati ibu kepada Azmin Ali, Hajah Che Tom, tentang sikap derhaka dan kurang ajarnya Timbalan Presiden PKR itu terhadapnya, ramai yang memperkecilkan tulisan itu serta menganggapnya sebagai satu hikayat rekaan semata-mata

Namun hari ini, Che Tom yang lebih mesra untuk saya panggil sebagai Mak Tom mendedahkan sendiri dari bibirnya bahawa anaknya Azmin sememangnya seorang anak derhaka dan telah menghancurkan hatinya.
Sila rujuk di sini untuk luahan hati ibu malang itu.

Sayu benar apabila mendengar keluhan dan luahan hati seorang ibu mengenai anaknya yang telah mengguris, melukakan dan menghancurkan hati. Jika Azmin berada di depan mata saya ketika itu, tidak mustahil saya akan pijak kepalanya di depan Mak Tom.

Sebagaimana kita tahu, Islam meletakkan kedudukan seorang ibu adalah merupakan individu pertama, kedua dan ketiga paling penting di dalam hidup setiap umat Islam di dalam dunia ini. Kemudian barulah hadir, bapa, suami, isteri dan sebagainya.

Salah seorang sahabat Rasulullah SAW dilaporkan sangat terseksa di saat menghadapi sakaratulmaut, hanya kerana melebihkan sedikit kepentingan isteri melebihi ibunya dan menyebabkan ibunya itu sedikit berkecil hati.
Setelah ibunya memaafkan sahabat tersebut, barulah roh beliau pergi dengan aman bertemu dengan Allah Azza Wajalla. Dan begitulah besar dan tingginya kedudukan seorang ibu kepada setiap muslim di dunia ini.

Namun saya terfikir, apakah dengan luahan, rintihan dan rayuan hati itu akan menyebabkan Azmin insaf dan menuruti nasihat ibu tua berusia 78 tahun tersebut? Adalah dia akan menurut kata Mak Tom? Apakah dia akan taat pada ibunya?

Saya tidak fikir Azmin akan berbuat begitu. Hatinya pada Anwar sahaja…

Mak Tom memberitahu bahawa kali terakhir Azmin bertemu dengannya ialah pada beberapa hari selepas hari raya pertama tahun lalu, sebagaimana yang saya ceritakan sebelum ini.

Dan beliau mengesahkan kisah derhaka Azmin yang menganggap segala peralatan rumah dan makanan di dalam rumah Mak Tom sebagai najis dan haram, serta perlu disamak. Ceritanya sama saja dengan apa yang saya tuliskan beberapa bulan yang lalu.

Dan setelah berbulan menghancurkan hati dan menyebabkan ibunya mengalirkan air mata, apakah Azmin akan pulang esok untuk memohon ampun dan bertaubat dari segala kesalahannya itu?
Saya tidak fikir begitu. Maaf dan taubatnya untuk Anwar sahaja…

Memang benar Mak Tom sering berdoa agar Azmin berubah kembali ke pangkal jalan dan memohon agar Allah membebaskan Azmin dari Anwar. Memang benar doa ibu itu sangat mustajab untuk dimakbulkan Allah SWT.

Namun, Allah juga pernah berfirman yang mafhumnya bahawa Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum atau seseorang itu selagi mereka atau dia tidak mengubah dirinya sendiri. Jadi, apakah kita fikir Azmin mahu berubah dan kembali ke pangkal jalan?

Saya berpendapat, selagi Azmin dilimpahi dengan kemewahan, kuasa dan pengaruh yang diberikan Anwar kepadanya, dia tidak akan berubah dan takkan kembali ke pangkuan Mak Tom.

Dan apakah kita fikir bahawa Anwar akan menasihati Azmin untuk meninggalkan dirinya dan kembali ke jalan yang benar bersama keluarga serta darah dagingnya? Anwar nak buat begitu? Jangan haraplah. Silap-silap Anwar akan kata "pergi mampos la dengan Mak Tom!".

Mungkin Anwar akan memberitahu pada Azmin bahawa semua luahan hati Mak Tom itu ialah "skrip ciptaan UMNO" yang digunakan untuk melemahkan dan memisahkan Azmin dari Anwar. Anwar mungkin menabur fitnah bahawa Mak Tom telah "dibayar UMNO".

Mungkin Anwar akan menuduh luahan hati Mak Tom itu sebagai palsu dan dipaksa oleh Umi Hafilda untuk memburuk-burukkan Azmin dan Anwar. Dan mungkin juga Anwar akan bertanya pada Azmin, "Mak you tu boleh berikan apa yang I dah beri pada you selama ini?".

Justeru itu, apakah kita fikir bahawa anak derhaka itu akan kembali ke pangkuan ibu dan keluarganya? Apakah kita fikir Azmin akan bertaubat dan tinggalkan Anwar? Apakah Azmin sanggup tinggalkan segala pemberian Anwar kepadanya demi Mak Tom dan darah dagingnya?

Rasanya, Azmin tidak akan berbuat demikian…

Sumber : Mykmu

GEMPAR BERAPI! LUAHAN HATI IBU AZMIN YANG MESTI DIBACA SEMUA

Posted: 05 May 2012 05:11 AM PDT

Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.

Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.

Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.

Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.

Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.

Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.

Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.

" Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur," kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.

Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.

Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

" Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

" Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum 'disamak', Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya 'benda haram'.

" Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim," kata Che Tom sambil menahan sebak.

Che Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar," katanya.

Katanya, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.

"Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami," kata Che Tom

Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.

Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.

" Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu," kata Che Tom.

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya 'dijemput pulang' oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.

" Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat," katanya.

Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.

" Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah," katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. (Mynewshub.my)

Sent from my HTC

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...