Gelombang Rakyat |
- RUSUHAN BERSIH 3.0 - SEORANG PEMIMPIN PKR DITAHAN HARI INI!!
- 'BAPA' ANWAR BONGKAR MISI JAHAT DI SEBALIK BERSIH 3.0!!
- JURUKAMERA TV AL HIJRAH.. "PERUSUH BERSIH 3.0 NYARIS2 BUNUH POLIS!!"
- POLIS SIASAT TUDUHAN NIZAR.. MELAYU BERTOPENG FAHAMAN CHIN PENG!!
- 65 RIBU NELAYAN DI SELANGOR BAKAL DILINDUNGI SKIM INSURANS!!
RUSUHAN BERSIH 3.0 - SEORANG PEMIMPIN PKR DITAHAN HARI INI!! Posted: 30 Apr 2012 09:44 PM PDT Naib Presiden PKR N Surendran berkata seorang ketua cabang parti itu di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu operasi tengah malam tadi, dipercayai berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April. Surendran berkata, ketua cabang PKR Rasah, R Thangam itu ditahan di kediaman lelaki berkenaan di Seremban. Katanya beliau bercakap dengan Thangam pada tengah malam dan diberitahu bahawa lelaki tersebut berada di dalam trak polis untuk dibawa ke balai polis Dang Wangi. Surendran berkata, beliau percaya bahawa penahanan itu berkait dengan dakwaan bahawa Thangam mengalihkan penghadang yang dipasang polis di Dataran Merdeka ketika perhimpunan itu berlangsung. Thangam ketika dihubungi pada kira-kira jam 8 malam semalam berkata beliau telahpun mendengar khabar angin berhubung penahanan itu. |
'BAPA' ANWAR BONGKAR MISI JAHAT DI SEBALIK BERSIH 3.0!! Posted: 30 Apr 2012 08:38 AM PDT Bekas PM Malaysia Mahathir Mohamad mendedahkan agenda sulit dikepalai anak didik beliau satu ketika dahulu iaitu Anwar Ibrahim dalam menganjurkan Bantahan BERSIH 3.0 Sabtu lalu. Beliau menjelaskan Anwar bijak dalam menyampaikan misi tersurat yang mampu memukau penyokong2 nya menghasut menyertai Perhimpunan tersebut. Agenda ini adalah sebagai Mukadimah dalam menggulingkan Kerajaan Pusat dan bakal berlangsung dengan lebih agresif dan mengganas jika gabungan 3 parti pimpinan beliau tewas pada PRU13. Ini adalah misi yang telah dilaksanakan di beberapa buah Negara yang hadir dengan campurtangan Barat terutamanya US seperti Iraq dan yang terbaru Mesir. Akan tetapi, bezanya perlaksanaan di Negara ini adalah mencapai misi Agen Barat di Asia iaitu Anwar Ibrahim dalam mendapat kuasa. Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru. Mahathir mendakwa beliau telah mengenali Anwar sepanjang 16 tahun berkhidmat di bawah pemerintahan Kerajaan Pusat pimpinannya dan amat mengenai misi tersirat bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. Kali terakhir Anwar mengulangi pendirian menggelar Mahathir sebagai bapa beliau pada 2 hari sebelum dilucutkan jawatan lantas terus berubah sikap menentang bekas Presiden UMNO itu. |
JURUKAMERA TV AL HIJRAH.. "PERUSUH BERSIH 3.0 NYARIS2 BUNUH POLIS!!" Posted: 30 Apr 2012 06:18 AM PDT Atas dasar kemanusiaan, jurukamera TV AlHijrah, Mohd Azri Mohd Salleh mengetepikan keselamatan diri dan membantu seorang anggota polis yang diserang sekumpulan peserta perhimpunan pada Sabtu lepas. Akibatnya beliau sendiri menjadi mangsa serangan kumpulan "pengganas" terbabit sehingga terlantar di Unit Rawatan Rapi Hospital Kuala Lumpur dengan 15 jahitan di kepala, selain lebam di beberapa bahagian badan. Menceritakan pengalamannya kepada Bernama, di sini, Mohd Azri berkata beliau sedang membuat liputan di hadapan kompleks membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira 4 petang apabila melihat peserta perhimpunan membaling pelbagai objek ke arah sebuah kereta polis. "Mereka baling macam-macam termasuk batu menyebabkan kereta terbabas dan langgar tembok Sogo. Mereka kemudian serbu kereta itu dan menyerang anggota polis di dalam kereta tersebut. "Mereka serang bertubi-tubi. Saya tengok anggota polis itu sudah pengsan jadi saya datang untuk leraikan sebab saya takut mereka akan terus pukul sampai dia mati," katanya. Akibat tindakannya itu, kumpulan perusuh terbabit menyerang dan memukulnya bertalu-talu sekalipun beliau sudah terjatuh termasuk ada yang menggunakan topi keledar. Mohd Azri berkata beliau akan membuat laporan polis selepas ini dan tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat. Ini kerana katanya, rakaman wajah individu berkenaan berjaya diperolehinya. |
POLIS SIASAT TUDUHAN NIZAR.. MELAYU BERTOPENG FAHAMAN CHIN PENG!! Posted: 30 Apr 2012 02:16 AM PDT Polis akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mendakwa kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya. Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata pasukan khas itu akan diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Datuk Dzuraidi Ibrahim kerana kenyataan yang dibuat oleh Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Pasir Panjang itu boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara. Setakat ini, polis menerima enam laporan daripada individu dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berhubung dakwaan yang dibuat oleh Mohammad Nizar, katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penutupan perkhemahan dan perbarisan sambutan ulang tahun ke-42 Pasukan Kor Kadet Polis Peringkat Kontinjen Perak 2012 di kem Sentosa PLKN Chenderiang di sini hari ini. Mohd Shukri berkata polis juga akan memanggil Mohammad Nizar bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya itu secepat mungkin. Mohammad Nizar dalam satu ceramah Ahad lepas, mendakwa beliau dikhabarkan kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil semua kepimpinan tentera dan bertanya sama ada mereka akan berbuat sesuatu jika BN tumbang. Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan Angkatan Tentera Malaysia yang bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang ke atas Mohammad Nizar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap pasukan keselamatan. |
65 RIBU NELAYAN DI SELANGOR BAKAL DILINDUNGI SKIM INSURANS!! Posted: 30 Apr 2012 01:17 AM PDT Kira-kira 65,000 nelayan berdaftar di seluruh negara bakal menikmati skim insurans mulai pertengahan tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar. Beliau berkata insurans itu membolehkan nelayan menikmati perlindungan terhadap kecederaan atau kematian mereka ketika keluar menangkap ikan yang sekaligus dapat meringankan penderitaan mereka dan waris mereka. "Cadangan mewujudkan skim insurans ini telah diluluskan Kabinet awal tahun ini dan persatuan nelayan di seluruh negara juga telah menyatakan persetujuan penuh terhadap langkah terbabit. "Kita berharap hasrat itu dapat direalisasikan pertengahan tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung Persatuan Nelayan Kawasan Pelabuhan Klang di sini hari ini. "Nelayan menerima eluan sara hidup sebanyak RM2,400 setahun dan daripada jumlah itu, RM100 (setahun) akan dipotong untuk dicarumkan. "Sebelum ini, nelayan yang memperoleh elaun hanya menggunakan wang itu untuk tujuan tertentu dan jarang menyimpan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang. Justeru setiap kali berlaku musibah, nelayan akan dihimpit kesusahan," kata Noh. Beliau berkata skim insurans itu turut meliputi perlindungan lain termasuk kebakaran dan kecacatan anggota badan. "Kita telah memilih syarikat insurans yang boleh memberi pampasan yang tinggi bagi menjaga kebajikan setiap nelayan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment