House PK

House PK


CILI KASI TARUK! SAMPAI KE SUMPAH LAKNAT - PAS MENGAKU KALAH DENGAN AHMAD SAID

Posted: 13 Apr 2012 01:10 AM PDT

"Tunggu dia buatlah, dulu....Berapa ramai orang yang dah termakan kata-kata mereka. Merekalah yang sepatutnya sumpah dulu, kenapa kita pula. Macam Anwar Ibrahim, apabila dia dimalukan (kes liwat), sepatutnya dia yang perlu bersumpah. Pas perlu menyuruh Anwar dulu sumpah laknat, tapi dia (Pas) tak buat pun," - Ahmad Said

Mudah saja bagi Ahmad Said (Datuk Seri Ahmad Said) iaitu pemimpin PAS bersumpah laknat terlebih dahulu bahawa mereka bukan pemimpin yang menyesat dan PAS pula bukan Parti Ajaran Sesat.

Jangan suruh orang sumpah tetapi sendiri enggan bersumpah bahawa selama ini merekalah yang menyesatkan orang Islam, bukan sahaja di Terengganu tetapi juga di negeri-negeri lain hingga ke Johor dan Kedah/Perlis.

Dalam kes dengan beliau, Ahmad Said menegaskan PAS sanggup meminta bersumpah laknat tetapi dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi idola mereka – PAS tidak pun menyuruh Anwar bersumpah mengenai pelbagai tuduhan termasuk biseksual.

Dengan menimbulkan isu sumpah laknat yang dikaitkan dengan Pas Ajaran Sesat ini nampak sangat PAS kini kehabisan modal untuk menentang UMNO, khususnya Ahmad Said.

Baca seterusnya disini...

HOUSE PK: Aku tengok dalam banyak-banyak MB, PAS paling pening kepala nak lawan dengan si Mat Said ni, sebab dia cukup kenal dengan perangai lahanat PAS ni. Mana tidaknya, Ahmad Said boleh panggil PAS sebagai PARTI AJARAN SESAT dan juga juga Parti Tin Sekut (Tin Biskut - logo bulan PAS tu).

House PK tabik sama MB Ganu ni!

EMAIL BERAPI DARI SEORANG PEMBACA TENTANG PTPTN! PAKATAN MESTI PANAS PUNYA!

Posted: 12 Apr 2012 11:05 PM PDT

Ini aku ada terima email baik punya dari seorang pembaca yang menceritakan bagaimana kebodohan Pakatan begitu menyerlah dalam isu PTPTN ni, moh kite bace kat bawah ni:

Bro Parpu,

Yuran pengajian pelajar 90% ditanggung oleh kerajaan, manakala baki sebanyak 10% ditanggung oleh mahasiswa.

Ambil contoh, seorang pelajar yang menerima RM3,250.00 per semester pinjaman PTPTN hanya membelanjakan sekitar RM1,000.00 ke RM1,500.00 untuk yuran pengajian dan baki akan menjadi duit poket pelajar. Pakatan mencadangkan pemansuhan PTPTN dan akan menanggung 10% yuran pengajian pelajar. rujuk http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/9365-ptptn-boleh-dimansuh-jika-ada-kemahuan-politik. Bermaksud pelajar atau ibu bapa perlu menyediakan duit poket sendiri.

Bukan semua ibu bapa mampu menanggung duit poket untuk anak-anak di pengajian tinggi. Sebab itu Pakatan mencadangkan pemansuhan PTPTN, bukannya pemberian biasiswa di mana dalam kes pemberian biasiswa yuran pengajian di bayar oleh pembiaya dan pelajar akan menerima duit poket setiap bulan, dua bulan atau setiap semester.

Tapi untuk meyakinkan rakyat, eloklah Pakatan mula memberikan pendidikan percuma di negeri yang mereka perintah bermula dari peringkat pra sekolah sehingga pengajian tinggi. Ambil contoh Selangor, mereka ada KUIS yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Saya telah menelefon KUIS +03-8925 4251 dan mereka mengesahkan biasiswa tidak ditawarkan dan pelajar perlu memohon pinjaman dari PTPTN atau MARA. chait yennadey.

House PK: Itu original email dari pembaca yang hanya bagi nama dia sebagai Putera Suran. Aku sokong cadang brader yang hantar email ini, apa kata mulakan dengan negeri yang mereka perintah dulu.

Err, seingat aku janji-janji dulu masih banyak belum tertunai. Nak janji senang tapi nak memenuhi janji tu yang payah kan Pakatan Harami? So amacam ada berani buat kat negeri Pakatan dulu?

APA? UMMI AKAN BERTANDING MENENTANG AZMIN?

Posted: 12 Apr 2012 08:59 PM PDT

Ini khabar yang kami(The Unspinners) dengar. Sudah ada persetujuan pihak tertinggi untuk Ummi Hafilda dicalunkan menentang Azmin.

Buat masa ini, ura-ura berkata Azmin tidak akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa.

Ini berlainan dari sangkaan ramai bahawa Azmin mahukan jawatan Menteri Besar Selangor, dia dipercayai akan hanya dicalun untuk Parlimen saja. Teori ini timbul apabila Khalid dilapurkan tukar alamat dari Ijok ke Lembah Pantai.

Azmin yang sekarang merupakan ahli Parlimen Gombak berkemungkinan akan mempertahankan kerusi Gombaknya. Namun ada desas desus dia akan bertanding di Lembah Pantai kerana Nurul Izzah dijangka akan kalah teruk di Lembah Pantai jika pertahankan kerusi Lembah Pantai.

Desas desus memberitahu bahawa Ummi tidak ditentukan lagi kawasan untuk bertanding tetapi pastinya dia akan menentang Azmin dimana Azmin bertanding.

Pasti macam-macam akan keluar dari Ummi ketika berkempen. Azmin telah diserang dengan pelbagai persoalan, tuduhan dan laporan tentang peribadi dan kewangannya. Sampai bila Azmin boleh berdiam. Lama-lama dia terpaksa berhadapan dengan semua itu.

Nampaknya akhirnya dia akan menjawab semasa pilihanraya dan ketika itu adalah suatu masa yang genting untuk menjawab. Ketika itu salah jawab boleh menyebabkan menang kalah dalam pemilihan.

Sumber: The Unspinners

INI LAGI PANAS PUNYA CERITA: Ibu Azmin Rayu Allah Bebaskan Azmin Dari Durjana Anwar…

BANJIR TERBURUK DI KAMPAR MENDAPAT PERHATIAN DR ZAMBRY!

Posted: 12 Apr 2012 07:00 PM PDT



"Ini kejadian banjir paling buruk pernah berlaku di kawasan ini dan saya terpaksa meminta pertolongan jiran untuk menyelamatkan ibu bapa serta abang yang lumpuh apabila paras air semakin naik," demikian kata Alias Mohamad, 49, ketika menceritakan cetik cemas menghadapi banjir yang menenggelamkan rumahnya sehingga ke paras bumbung.

Katanya, khuatir dengan keselamatan kedua-dua orang tuanya, Mohamad Abdul Rauf, 80, dan Yun Megat Din, 76, beliau terpaksa akur untuk memindahkan mereka ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar bersama abangnya, Nazri Mohamad, 55.

Mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Dipang yang terletak tidak jauh dari Sungai Kampar.

"Kira-kira jam 5 pagi, paras air mula naik dan kami sekeluarga terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian pagi ini.

Alias adalah salah seorang daripada hampir 1,200 mangsa banjir yang terpaksa dipindahkan ke dewan SMK Kampar selepas rumah mereka dinaiki air sehingga ke paras bumbung.

Tinjauan Peraktoday.com di tempat kejadian mendapati, kebanyakan rumah yang terletak berdekatan dengan Sungai Kampar ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

Read more...

PANAS BERAPI! PEMBANGKANG SEMAKIN BIADAP! INI BUKTINYA

Posted: 12 Apr 2012 05:00 PM PDT

Tanggal 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.

Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.

Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau 'sir' ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.

Read more...

HOI PAPAGOMO! ANJING-ANJING AARON SUDAH HACK FACEBOOK ZED ZAIDI!

Posted: 12 Apr 2012 09:15 AM PDT

Bangsat betul anjing-anjing peliharaan Aaron Aziz di Facebook ni, mereka telah hack FB Zed Zaidi, kesian Zed, hanya kerana dia bersuara untuk menyatakan kebenaran maka dia menerima nasib sebegini! Lepas ni apa pulak? Nak bakar kereta Zed Zaidi pulak ke?

Jangan la FANATIK sangat macam ni....ianya sangat tidak elok...

BERTAUBATLAH WAHAI MANUSIA YANG TAK ADA IMAN! Takkan la korang nak jadikan semua musuh hanya kerana kita tak sokong PELAKON YANG TAK RETI BERLAKON ni?

WACANA PKR VS KONVESYEN MEDIA SOSIAL TERENGGANU! APAKAH PETANDANYA INI?

Posted: 12 Apr 2012 08:56 AM PDT



PKR mengadakan
'Wacana Politik yang bertajuk "Pendidikan Percuma, Apakah Sekadar Mimpi" di Dewan Kiambang, Sek. 7, Shah Alam.

Inilah ceramah yang kehadhiran Anwar menunjukkan aura mula pudar. Baca Tok Selampit sini.

OK ini artikel The Unspinners, korang sendiri tengok kan? Tak laku kan? Sekarang aku tunjuk kat korang Konvesyen  Media Sosial yang telah diadakan di Terengganu:
 

 Aku diberitahu hampir 2 ribu orang yang hadir. Yang bestnya takde pun kelihatan BAS mahupun kenderaan besar yang membawa mereka ni, semua peserta datang atas kapasiti sendiri. Apakah petandanya ini wahai pembaca sekalian?

Ce cite. ce cite....

PAPAGOMO PATUT MALU KERANA MEMBELA AARON AZIZ SINGAPORK! HIDUP ARTIS MALAYSIA

Posted: 12 Apr 2012 08:19 AM PDT


Wah,aku tak sangka beb PAPAGOMO akan belasah aku dan defend seorang pendatang dari Singapork. Tapi takpe kita kena hormati kebebasan bersuara, bermakna sesiapa pun ada hak untuk cakap apa saja asalkan ianya tidak melanggar undang-undang negara. Betul tak?

Semalam bila aku kata si Aaron Singapork tu patut balik ke negara dia, maka ramailah yang sudah komen. Ada yang mrmbalun aku dan angkat si pndatang tu dan ada juga yang menyokong pandangan aku. Tak sangka benda ni dah boleh buatkan PAPAGOMO tak tido malam dibuatnya. Kih kih kih.

Aku nak cakap sikit la ini blog peribadi aku, apa saja yang aku utarakan dalam blog ini afalah pandangan peribadi aku, so aku tak paksa korang untuk ikut. Sebagai rakyat Malaysia aku ada hak pertahankan artis Malaysia. Kepada peminta blog akunpulak jangan la korang sedih atau marah sebab aku si mamat dari Singapork tu. Aku cakap ni untuk kebaikan sebenarnya.

Aaron datang berlakon kat sini pakai VISA apa pun kita tak tahu hingga ke hari ini. Dari semalam aku tunggu jawapannya, sampai kesudah aku tak tahu cerita sebenar. Takdebyang explain, kalau ada pun oenyokong fanatik tahap gila yang tak rasional langsung. Tau nak mneghina je tapi nampak apa yang tersurat disebalik yang tersirat.

Aku nak cerita sikit la pengalaman kengkawan aku semasa mereka berkerja di Singapork negara Kuan Yew yang tak ubah macam komunis tu. Tahukah pembaca sekalian, rakyat Malaysia yang berkerja di negara Singapork dilayan seperti mamat kontrak Indon dan Bangla je kat sana? Ni melayu jenis Aaron ni semua pandang kita hina beb. Walau merekantinggal di flat tapi lagak merekan mengalahkan pemilik bungalow mewah atas bukit la.

Kalau tak percaya, buat la research sikit atau tanya saudara mara atau kengkawan yang tinggal di negara tersebut. Benar rakyat kita kerja kat sana ramai tapi apa jawatan kita? Setakat jawatan rendah-rendah je beb. Yang jaatan tinggi semua milik mereka. Kita pulak dok bagi karpet merah kat mereka, siapa maki hamun rakyat senegara untuk pertahankan manusia dari negara KIASU ni.

Termasuk lanrakan blogger PAPAGOMO ni, ada baiknya kalau blogger tersohor dan terhebat tu cuba berkerja di Singapork dulu dan lepas tu tengok la samada dia nak sokong Aaron atau kawasan-kawasan yang sewaktu dengan dia tak? Takat duduk sini dan sokong si mamat Singapork tu, baik tak payah la wei. Kita ni sebenarnya bermurah hati tak kna tempat.

Asyik bagi je semua benda kat orang luar sampai kitabterlepas pandang orang sendiri. Jangan esok kita jadi semacam peribahasa ni "KERA DI HUTAN! DISUSUKAN! ANAK SENDIRI MATI KELAPARAN"

Lagi satu aku ni bukan la diupah atau dibayar oleh seiapa pun. Demi Allah aku hanya sampaikan ikhlas deminmempertahankan artis negara kita. Berita Harian kena bertanggungjawab, jangan la sampai aku mulanpanggil korang BERITA HAIRAN OK. Strict la sikit, jangan paszlnnak glamer korang buat apa saja walau ianya bolrh merosakkan masa depan artis negara kita.

Kalau korang nak sokong Aaron Azizhanya kerana dia hensem, then god help us la. Lepas ni aku nak ajak Sharukh Khan berlakon filem Gangster 3 pastu bagi dia anugerah ok tak? Ingatlah rakyat Malaysia semua, sayangi filem tempatan kita, jadikan kisah P.Ramlee sebagai iktibar. Semua hasilnP.Ramlee dipegang oleh Shaw Brothers hingga ke hari in dan mereka buat duit tak hengat punya sedangkan P.Ramlee yang kita sayangi mati dalam kemiskinan.

Aku juga bukankah nak pertikai rezeki si Aaron, memang dia tak bersalah tapi kita yang bebal dokntergila-gilskan artis luar sampai sanggup memaki hamun sesama warganegara. Sedih aku tengok perangai sesetengah orang yang komen disini, macam orang tak berakal pun ada. Salahkah akunpertahankan ARTIS MALAYSIA WAHAI PAPAGOMO?

Aku sayangkan negara aku ini dan aku akan pertahankan warganegara kita dari ditindas dan dihancurkan kerana orang-orsng luar ni. Kepada Aaron Aziz, wa tarak hal sama lu bro, cuma wa nak sedarkan rakyat negara wa jangan jadi terlampau fanatik. Bahaya budaya fanatik ni dan Aaron lu kena terima hakikat bro, rakyat Malaysia memang dilayan seperti rakyat kelas ketiga di Singapork tu.

CINTAI BARANGAN DAN ARTIS MALAYSIA! KATAKAN TIDAK KEPADA WARGA ASING SEMUA!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...