Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


"HARAM BACA AKHBAR BAHASA MELAYU!!" - ARAHAN GUAN ENG BUKTI DAP RASIS.

Posted: 12 Apr 2012 11:16 PM PDT




Amaran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada 84 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negeri itu supaya berhenti melanggan akhbar arus perdana berbahasa Melayu merupakan satu perbuatan rasis yang menghalang perpaduan rakyat.

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah ketika dihubungi salah seorang wartawan akhbar Utusan menjelaskan, amaran tersebut akan membawa kesan buruk kepada rakyat keseluruhan terutamanya dari segi perkauman dan cintai bahasa kebangsaan.

"Bagi saya, amaran ini merupakan bentuk rasis dan hasutan secara halus bagi membenci bahasa Melayu, sedangkan ia adalah bahasa kebangsaan negara.

"Tidak sepatutnya Guan Eng berbuat sedemikian yang hanya akan membentuk generasi muda di SJKC membenci bahasa Melayu dan secara tidak langsung kepada orang Melayu," katanya.


VIDEO CERAMAH - PENYOKONG TERKEJUT WAJAH KHALID SAMAD B'TUKAR JADI JELMAAN IBLIS!!

Posted: 12 Apr 2012 07:22 PM PDT



Melampau kan? Memang betul. Muka dan gaya gelak macam Iblis. Ceramah Pakatan Pembangkang pada malam tadi di Taman Setapak Jaya KL dikejutkan pula dengan kehadiran Khalid Samad walaupun tidak tertera nama pada kain2 rentang. Dikatakan Khalid Samad hendak tumpang ceramah ini untuk membuat serangan balas terhadap Hasan Ali.


 


Video yang dipaparkan di bawah perenggan terakhir artikel ini merupakan salah satu rakaman video Ceramah yang telah dipaparkan Photojounalist Minaq Jinggo. Satu perkara yang musykil apabila Khalid Samad menerusi Ceramah ini telah mengeluarkan fatwa sesat mendakwa Surau bukan digunakan sebagai lokasi untuk memberi bantuan kepada masyarakat setempat.






Kenapa tak boleh? Itulah fatwa Parasit PAS. Beri bantuan, derma dan sumbangan yang merupakan salah satu sifat yang dididik dalam Islam dengan niat ikhlas didakwa beliau tidak boleh dilakukan di dalam Surau. Siap kata kalau ada mana2 Surau dan Masjid di Selangor anjur Majlis Sumbangan Kebajikan Masyarakat AJK2 nya akan dipecat serta merta.

Kalau hendak bawa bukan Islam masuk ke dalam surau untuk berkhutbah, itu disaran dalam Islam, begitu? Kalau hendak bawa Bukan Islam masuk surau tidak menutup aurat, lebih digalakkan? Kalau hendak ajak Pemimpin wanita Bukan Islam bersenam aerobik di perkarangan surau, itu mesti diteruskan? Itulah ajaran dan pegangan fatwa Parasit2 PAS.

Tonton video di atas. Anda juga dapat melihat raut wajah dan mendengar gaya gelak sinis Khalid Samad. Agak meremang bulu roma.. Macam Setan.. Serius.. Sudahlah kamu Khalid. Nak putar belit politik tak mengapa. Ini sampaikan Islam ditafsir mengikut fahaman Parasit.





NIZAR DEDAH - P'TEMUAN SULIT KU LI & ANWAR SUSUN STRATEGI RAMPAS SEMULA PERAK!!

Posted: 12 Apr 2012 07:20 AM PDT




"Siap sedia hadapi peralihan kuasa Negeri Perak." Itu antara ungkapan yang khabarkan Ahli Parlimen Gua Musang Ku Li kepada Mantan MB Perak Nizar Jamaluddin.

Nizar mendakwa Ku Li memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap beliau dan barisan pimpinan DAP, PKR dan PAS mentadbir Negeri tersebut. N

izar juga mengesahkan Ku Li telah mengkhabarkan lampiran strategi bagi menawan semula Negeri tersebut daripada BN dan daripada analisis, mantan Presiden Parti Semangat 46 itu pasti tindakan strategi tersebut mampu merampas kembali Perak daripada BN.



 



Nizar menjelaskan Ku Li telah bertemu dengan beliau dalam satu pertemuan di Hotel Syuen di Ipoh pada 1 April lalu sebagaimana yang telah dilaporkan menerusi salah sebuah Laman Portal Pro Pembangkang.

Benar atau tidak? Hanya KU LI  sahaja yang mampu menjawab soalan tersebut. Malah KU LI mesti nafi perkara ini jika benar apa yang didakwa Nizar ini palsu semata2. Jikalau tidak, letaklah jawatan.. Keluarlah kamu dari parti ini.

Kerana tuduhan Nizar ini amat berat kerana bukan sahaja mengkhianati Parti akan tetapi juga membocor strategi BN dalam menghadapi pihak Pembangkang pada PRU13.

Jangan dok menyalak kata pejuang UMNO jika kamu atau sesiapa sahaja bertindak mengkhianati UMNO. Dan tiada sebab dan alasan buat UMNO menyimpan Pemimpin yang satu ketika dahulu pernah mengkhianati Parti dan Negara.

Jangan kamu nafi KU LI. Kamu sendiri pernah mengakui tentang khianat kamu ini lantas meminta maaf kepada kesemua Ahli UMNO di bawah pimpinan Tun M pada ketika kamu menjilat semula ludah yang kamu tujukan kepada parti ini dalam satu Majlis anjuran BN Kelantan beberapa tahun yang lalu. Semuanya dengan harapan Tun M dapat memberi peluang kedua kepada kamu dan melantik membarisi barisan Kabinet paling kanan Kerajaan Malaysia.

Tun M tidak semudah itu mempercayai kamu Ku Li.




 

NAFI KU LI!! NAFI JIKALAU BENAR TUDUHAN INI PALSU!! BUKTIKAN KENYATAAN KAMU SEBELUM INI BAHAWA KESETIAAN KAMU TERHADAP UMNO TIDAK PERNAH LUNTUR!! BUKTIKAN SEGERA!!



Lagi info tuduhan Ku Li Pengkhianat Parti (Klik pada tajuk di bawah untuk paparan) :-
  





SPR BALUN BALAS TUDUHAN SULIT PEJUANG LESBIAN AMBIGA!!

Posted: 12 Apr 2012 06:18 AM PDT




Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyifatkan desakan Bersih 2.0 agar anggotanya panel termasuk pengerusinya meletak jawatan adalah tidak logik.

Menurut, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, Bersih 2.0 merupakan badan yang tidak diiktiraf itu tidak layak untuk berbuat demikian.

"Bersih 2.0 adalah pertubuhan yang tidak sah, siapa mereka untuk mendesak kami meletak jawatan?, panel-panel SPR dilantik mengikut Perlembagaan Malaysia.

"Mereka hanya suara minoriti, sedangkan majoriti di luar masih lagi mempercayai SPR," katanya kepada Sinar Harian hari ini.Wan Ahmad juga menyangkal dakwaan pihak terbabit yang mengatakan mereka gagal membawa perubahan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

Pada sidang media pagi tadi, Bersih 2.0 mendesak kesemua ahli panel SPR termasuk pengerusinya meletak jawatan serta-merta atas alasan rakyat sudah tidak lagi yakin dengan badan pengendali pilihan raya.

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A. Samad Said mendakwa ahli-ahli panel SPR yang ada sekarang tidak lagi diyakini dan dipercayai oleh orang ramai khususnya membabitkan status daftar pemilih.

Wan Ahmad berkata, hal itu adalah tidak tepat kerana SPR sentiasa berusaha untuk memastikan sistem pilihan raya berjalan dengan baik dan adil.


PEMIMPIN UK KATA TAK LOGIK TAWARAN 'HEBAT' BEKAS MENTERI PENDIDIKAN!!

Posted: 12 Apr 2012 01:32 AM PDT




Jika diperhatikan Tawaran yang diumumkan Bekas Menteri Pendidikan Anwar Ibrahim, tak tumpah seperti tawaran hebat agensi2 dan gedung2 perniagaan yang dapat dilihat menerusi keratan2 iklan.

Salah satu daripadanya yang kini sedang hangat dibicarakan isu Pendididkan. Tatkala arahan dimulakan menerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia sebagai anjing menyalak marahkan isu PTPTN, Anwar seterusnya bertindak menawarkan pendidikan percuma buat setiap individu yang layak melanjutkan pengajian di peringkat IPT. Persoalannya boleh percayakah kita terhadap janji2 beliau?

Sampaikan ada Pemimpin2 Luar mendakwa tawaran tersebut mengalahkan sebuah Negara yang diikhtiraf sebagai sebuah Negara Maju.

Anwar bukannya tiada pengalaman dalam menguruskan hal Pendidikan Negara. Sepanjang tempoh beliau mengepalai Kementerian Pendidikan (kini Pelajaran) satu ketika dahulu, fikir sejenak apa perlaksanaan yang beliau tinggalkan yang memberi kesan positif terhadap setiap mahasiswa pada ketika itu?

Pindidikan Percuma? Jauh sekali. Penambahbaikan Biasiswa? Tak ada. Malah Anwar mengetatkan lagi Akta AUKU ke atas setiap mahasiswa yang menentang beliau pada ketika itu. Tak percaya? Tanyalah Pemimpin2 PAS. Apa janji beliau ketika dipilih memegang jawatan Menteri Pendidikan pada ketika itu. Langsung tidak dikotakan. Sampaikan ada Pemimpin2 PAS pada ketika itu menyalak tidak akan memaafkan Anwar atas kezaliman beliau terhadap mahasiswa pada ketika itu.

Itu satu pengalaman yang kita boleh jadikan ikhtibar. Adakah janji Anwar ketika ini akan beliau realisasi setelah memegang tampuk Kerajaan?

Inilah dinamakan Janji Pilihanraya. Kalau betul boleh laksanakan, sudah pasti ianya dibuktikan terlebih dahulu menerusi IPT di bawah Kerajaan Negeri Selangor UNISEL. Kenapa dahulu tidak buat? Alasan dan alasan yang sudah pasti akhirnya menyalahkan Kerajaan BN.

Isu PTPTN itu memang berlaku. Tapi ada saluran yang betul untuk mendesak penambahbaikan. Bukan dengan cara berdemo di jalanan. Lihat kesan yang berlaku di Indonesia gara2 pemberontakan emosi tanpa merujuk akal yang dikurniakan Allah, adakah Negara tersebut stabil? FIKIR!!
 


PS : Apa yang pasti, isu ini tidak timbul jika peminjam2 PTPTN terdahulu kesemuanya membayar semula mengikut bulanan. Ada bekas mahasiswa bekerja di oversea gaji puluhan ribu, tak bayar pinjaman PTPTN yang hanya memperuntukkan minimum RM150 sebulan.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...