Gelombang Rakyat |
- VIDEO BUKTI BERSIH 3.0.. ANWAR BERI SIGNAL PADA AZMIN ARAH MULAKAN KEGANASAN!!
- BERSIH 3.0 - PERKASA BERI WARNING PADA NAJIB!!?
- PAS MAKIN GILA TALAK - UGUT KERAJAAN RUSUHAN BERSIH 4.0 PULAK!!
VIDEO BUKTI BERSIH 3.0.. ANWAR BERI SIGNAL PADA AZMIN ARAH MULAKAN KEGANASAN!! Posted: 29 Apr 2012 08:18 PM PDT |
BERSIH 3.0 - PERKASA BERI WARNING PADA NAJIB!!? Posted: 29 Apr 2012 05:16 PM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yakin kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) akan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen meskipun Bersih 3.0 dengan sokongan Pakatan (PR) mengadakan perhimpunan, kelmarin. Sehubungan itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu bimbang untuk membubarkan Dewan Rakyat, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam waktu terdekat. Desas-desus sebelum ini mengatakan PRU13 kemungkinan diadakan Jun ini, tetapi pemerhati meramalkan kemungkinan ia akan lewat ekoran perhimpunan Bersih 3.0 semalam. Ini kerana, menurut beliau, Bersih 3.0, yang diadakan di ibu negara dan beberapa lokasi di seluruh negara, adalah perhimpunan ganas yang mengupah rakyat untuk menghuru-harakan Malaysia. Malah katanya, Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu memerintah kerana berlainan ideologi yang dibawa setiap tiga parti politiknya. "Mereka akan bercakaran sesama mereka, kerana pada hari ini ideologi yang dibawa oleh Pas juga sudah tergadai kepada DAP," katanya dalam ucapannya pada perhimpunan Raja Berdaulat Kasih Dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, semalam. Katanya, PR sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk membuat perhimpunan tersebut yang mengundang nama buruk Malaysia di mata dunia. "Negara kita tercemar di seluruh dunia. Tidak ada negara lain mengadakan sepanduk dan memakai baju kuning di Madinah dan Makkah seperti yang dilakukan penyokong Bersih 3.0. "Paling menyedihkan tidak sampai setengah jam dalam laporan media antarabangsa CNN, Al-Jazeera menyiarkan liputan berita yang huru-hara di Malaysia. Betapa buruknya negara kita di mata dunia. "Biar mereka memburukkan negara kita, biar mereka hina negara namun majoriti rakyat Malaysia tetap menyokong kerajaan dan menjunjung daulat tuanku," katanya. Ibrahim berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut pilihan raya yang bersih dan mendakwa daftar pemilih adalah kotor dan salah, sedangkan sudah empat kali beliau bertanding di Permatang Pauh dan memenangi kawasan itu. "Ada dia menuntut dan tidak bersetuju dengan SPR? Mana ada negara maju daftar pemilihnya bersih seratus peratus, tetapi SPR hari ini telah mengambil daya usaha akan memperbaiki dari semasa ke semasa," katanya. Terdahulu, pengisytiharan memohon mengadap Yang di-Pertuan Agong satu rombongan akan dihantar menjelaskan maksud yang tersirat dan mengadap setiap Sultan. |
PAS MAKIN GILA TALAK - UGUT KERAJAAN RUSUHAN BERSIH 4.0 PULAK!! Posted: 29 Apr 2012 10:01 AM PDT Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil. "Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima. "Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya." Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal. "Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi. Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur. "Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH. "Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi. Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia. "Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi. "Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment